Kerajaan Langkasuka
PESTA besar-besaran yang diadakan oleh Raja Mahadewa sangat
meriah. Rakyat jelata Kerajaan Langkasuka berpusu-pusu memasuki kawasan
perkarangan Istana. Suasana hiruk-piruk itu membingit gegendang telinga. Majlis
keramaian yang berlangsung ternyata sangat melalaikan hati. Pergaulan bebas,
arak, judi dan sebagainya menjadi penghibur nombor satu para pemuja dunia itu.
Pangeran Aring dan Bagaro sangat suka dengan suasana seperti ini.
“Pangeran,
kita terlupa satu perkara.” Bagaro tiba-tiba sahaja bersuara. Pangeran Aring
berhenti meminum air alah itu.
“Kenapa
Bagaro?” Pangeran ligat berfikir.
“Cuba
Pangeran tengok lelaki-lelaki itu.” Bagaro memuncungkan mulutnya ke arah
sekumpulan lelaki yang sedang duduk di sebelah unggun api yang dinyalakan
sambil meminum arak. Pangeran Aring mencebik.
“Kau
betul, Bagaro. Pengawal-pengawal itu harus mati malam ini juga.” Pangeran Aring
menghabiskan arak yang berbaki dalam gelasnya. Rupa-rupanya lelaki-lelaki yang
dimaksudkan oleh mereka ialah para pengawal yang menahan mereka hari itu di
pintu gerbang Kota Langkasuka.
“Mari
kita berseronok sampai puas malam ini, Bagaro. Hahaha…” Pangeran Aring galak
ketawa kemudian disusuli pula oleh Bagaro yang ketawa terbahak-bahak.
PARA pengawal itu terpegun apabila melihat dua wanita
cantik sedang menuju ke arah mereka. Penampilan dua wanita itu nampak sangat
berbeza dengan wanita-wanita yang ada di sekeliling mereka. Naluri kelelakian
yang membuak-buak membuatkan mereka hilang kawalan diri. Nafsu menguasai akal
fikiran. Dua wanita itu semakin mendekat, bau-bauan yang sangat harum menusuk
kalbu dan jantung.
“Maafkan
kami wahai tuan, bolehkah kami memanaskan badan sebentar?” Wanita yang berbaju
telus pandang itu melirikkan mata sambil tersenyum.
“Dipersilakan,
wahai gadis cantik.” Seorang pengawal lalu berdiri dan mendekati gadis itu.
Mereka sama-sama seronok dan terhibur malam ini. Para pengawal dan wanita itu
berbual-bual, sesekali kedua wanita itu merengek dan membuat gerakan badan yang
manja. Panahan syaitan ternyata amat mudah menembusi hati tanpa iman.
“Wahai
tuan sekalian, kami berdua akan pulang ke rumah sekarang, nanti kita
berbual-bual lagi, ya.” Seorang daripada wanita itu berkata sambil berdiri.
“Kenapa
begitu awal, wahai gadis cantik? Kita berseronoklah dulu.” Ketua pengawal itu
memujuk.
“Orang
tua kami pasti sedang menunggu, lagipun kampung kami agak jauh, tuan.” Gadis
yang seorang lagi pula yang bersuara.
“Kalau
begitu, biarlah kami menghantar kamu berdua pulang.” seorang pengawal bersuara.
“Terima
kasih atas kebaikan tuan.” Kedua gadis itu berpaling lalu berjalan menuju ke
luar perkarangan Istana. Para pengawal itu seraya berebut-rebut untuk berjalan
seiringan dengan kedua gadis itu.
Para
pengawal itu berasa lelah apabila merentasi hutan belantara, tetapi tidak pada
kedua gadis itu. Selang melalui dua perkampungan, tidak ada lagi perkampungan
di hadapan melainkan hutan belantara yang penuh dengan kesuraman.
“Masih
jauhkan, wahai gadis cantik?” Ketua pengawal itu mengah.
“Kita
berehat sebentar di sini.” Gadis itu berkata seraya duduk di seketul batu.
“Baiklah,
semua duduk.” Kata ketua pengawal tersebut.
Kedua
gadis itu berdiri lalu menghampiri lelaki-lelaki hidung belang itu. Para
pengawal itu tidak tahu bahawa maut sedang mengintip nyawa mereka. Para lelaki
itu bertolak-tolakan.
“Usah
berebut wahai tuan sekalian.” Gadis itu perlahan merunduk. Pastinya ketua
pengawal itu dahulu yang akan mengambil tugas.
Sedang
mereka asyik berasmara, kedua-dua wanita itu tiba-tiba bersuara parau. Para
pengawal itu terundur ke belakang. Tidak semena-mena, bentuk badan kedua gadis
itu berubah menjadi lelaki. Kemudian menjelma pula yang empunya badan.
“Sa…saudagar!”
Ketua pengawal itu terduduk sambil mengengsot ke belakang.
“Kalian
akan mati malam ini, lelaki keparat!” Pangeran Aring tampak geram melihat para
pengawal itu.
Pangeran
Aring dan Bagaro lantas menyeringai. Bulu-bulu kasar tumbuh di badan dengan
cepat, kuku mereka bak belati berkilau apabila disimbah cahaya bulan. Dalam
sekelip mata sahaja dua manusia sumpahan itu sudah menjadi makhluk baharu yang
menyerupai serigala. Deraman kedua makhluk itu sahaja telah membuatkan para
pengawal itu terkencing dalam seluar.
Masa
tidak dibazirkan. Pangeran Aring dan Bagaro lantas membuat lompatan tinggi lalu
membenamkan gigi-gigi tajam lantas mengoyakkan daging di bahagian leher mereka.
Darah merah pekat menyeruak. Cantasan kuku di bahagian perut mereka
menyemburkan darah dan isi perut yang akan menyuburkan hutan belantara ini.
Kesepian malam yang bertandang berkecai dengan
lolongan serigala itu. Bulan mengambang di langit bisu, seakan-akan merelakan
pembunuhan itu dan menjadi pemerhati sahaja.
KERESAHAN Raja Baytizan semakin membalut hatinya.
Kunjungan Lelaki yang pernah mengikat dirinya dengan perjanjian dahulu datang
menagih janji. Kepalanya terasa berdenyut-denyut, ubun-ubun kepalanya seperti
ditarik dari atas. Fikirannya benar-benar bercelaru sekarang.
Imbas kembali…
RAJA BAYTIZAN pernah jatuh hati dengan seorang gadis
di Kota Amrah, yakni Kota Amuriah pada masa kini. Ketika itu, dia baru sahaja
memegang tampuk pemerintahan kerana Ayahandanya mangkat. Namun gadis itu pula
berperasaan sebaliknya kerana dia akan berkahwin dengan seorang lelaki pedagang
di Kota itu. Dan situasi inilah yang tidak disukainya.
Sudah
kian lama Raja Baytizan memakan hati sendiri. Kerinduannya terhadap gadis
idamannya semakin mencengkam urat jantung. Kejelitaan gadis itu benar-benar
membuatnya nekad untuk memilikinya. Keanggunannya merobek palung hati. Sesiapa
sahaja yang melihat pasti akan terpesona dan Raja Baytizan termasuk dalam
golongan itu. Dia kemudian mengupah beberapa orang untuk membunuh lelaki yang
dicintai oleh Amuriah.
Namun
cinta bukan paksaan. Amuriah tetap sahaja dengan perasaannya terhadap lelaki
itu. Justeru, Raja Baytizan mencari cara lain namun gagal. Raja Baytizan
kemudiannya menemui seorang tabib yang dipercayai boleh mengikat kasih antara
mereka berdua.
“Tuanku
akan terikat dengan janji.” Tabib itu merenjis-renjis air dalam kemenyan yang
dibakar.
“Beta
setuju.” Raja Baytizan menyatakan persetujuannya demi gadis yang dicintai.
“Tuanku
sanggup bersumpah demi cinta?” Tabib itu berbolak-balik.
“Lakukan
sahaja, orang tua. Beta akan beri ganjaran yang lumayan selain menepati janji
yang Beta akan ikrarkan.” Raja Baytizan naik berang.
“Baiklah,
Tuanku mesti bersumpah bahawa Taghut adalah Tuhanmu.” Tabib itu mengangkat
tangan ke depan dan menggerak-gerakkan jarinya. Telapak tangan Raja Baytizan
juga digores sehingga mengalirkan darahnya.
“Beta
bersumpah taghut itu tuhanku. Itu sahaja?” Raja Baytizan hairan kerana begitu
mudah dia memenuhi syarat.
“Itu
sahaja tuanku. Tetapi setiap sumpah ada syaratnya.”
“Syarat
apakah itu, orang tua?”
“Syaratnya
adalah Tuanku mesti jaga gadis itu sebaiknya. Kalau gadis itu meninggal kerana
dibunuh, maka sumpah itu akan terus menghantui Tuanku.” Tabib itu membaca-baca
sesuatu yang berunsur seru.
“Baiklah.”
Ikrar Raja Baytizan.
AMURIAH berasa sangat resah dan gelisah. Keinginannya
untuk bersua muka dengan Raja Baytizan membuak-buak. Dia terlalu rindu untuk
menatap wajah lelaki itu. Ternyata ilmu pengasih yang diturunkan oleh Tabib itu
kepada Raja Baytizan berkesan. Dan mangsanya pula yang menderita. Mencintai
seseorang dengan hati yang terpaksa.
Raja
Baytizan kemudian mengahwini Amuriah. Nama Kota Amrah juga ditukar menjadi Kota
Amuriah sempena nama permaisuri hatinya. Kehidupan mereka bahagia. Setahun
kemudian, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yakni Puteri Qaisara.
Bertambah serilah Istana cinta mereka pada masa itu.
Hidup
tidak semestinya selalu di atas, terkadang akan jatuh ke bawah juga. Peperangan
yang tercetus antara Kerajaan Amuriah dengan Kerajaan Bastiyar telah
mengakibatkan Puteri Amuriah terbunuh. Maka sumpah jadi galang ganti.
RAJA BAYTIZAN tersentak daripada lamunannya seiring
dengan tusukan anak panah di belakang permaisurinya. Peristiwa hitam itu
ternyata sukar untuk dikikis daripada memorinya.
“Kenapa
baru sekarang, bukankah Puteriku sudah lama meninggal dunia?” Raja Baytizan
bermonolog.
“Kerana
setelah kematian permaisurimu, kau selalu berbuat kejahatan, Baytizan. Itu
adalah salah satu syarat yang aku tidak beritahu” Satu suara tiba-tiba sahaja
kedengaran dari belakang.
“Ka… kau
orang tua!” Raja Baytizan terkejut lagi. Tempoh hari dia juga didatangi oleh
tabib itu.
“Aku
makhluk bernyawa panjang, Baytizan!” Dia kemudiannya menukarkan bentuknya
kepada yang asal. Berselubung hitam dan penampilannya kusut-masai.
“Siapa
kau sebenarnya. Apa yang kau mahu?” Raja Baytizan terundur ke belakang.
“Aku
adalah taghut, Baytizan. Aku datang menagih sumpah dan janji yang kau pernah
ikrarkan dahulu.” Taghut menukarkan dirinya kepada seorang lelaki yang
menyerupa seorang Raja yang hebat.
“Hanya
tabib itu yang layak menagih janji daripadaku.”
“Aku ialah tabib itu, Baytizan. Dan aku juga
sumpahanmu.”
“Apa
yang kau mahu, taghut?”
“Hahaha…
untuk merungkai sumpahanmu, sebarkan
kuasamu di serata negeri Baytizan. Tumpahkan darah.”
“Apakah
aku akan bebas daripada sumpahanmu?”
“Kebebasan
untuk selama-lamanya, Baytizan.” Taghut galak ketawa. Raja Baytizan hanya
merengus kencang. Taghut itu pula terus menghilang di sebalik kepulan asap
hitam.