Sinopsis
MARGASATWA
TIGA penuntut sebuah
Universiti tempatan hilang di hutan Tasik Kenyir. Dipercayai mereka telah
diserang binatang buas, ini kerana ada kesan cakaran dan darah ditemui di
kawasan perkhemahan mereka. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui dan pihak
ranjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apakah yang menyerang
pelajar-pelajar tersebut, kerana kesan tapak kaki yang dijumpai langsung tidak
menyamai tapak kaki binatang pemangsa seperti harimau mahupun beruang. Tapak
kaki misteri itu terus menjadi persoalan, apakah yang menyerang dan apakah
nasib mangsa, antara masih lagi hidup ataupun mati. Manakala Adi Putra yang
kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa.
Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri tersebut.
Dia berminat dan teruja untuk mengabadikan kisah misteri itu ke dalam novelnya. Tetapi Adi
Putra tidak mengetahui bahawa maut sedang menantinya di sana.