Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,264
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5
“arghhh.. kau ni kaaaannn.. kecik besar kecik besar jea aku tengok!” Lukha bersuara geram.

“hehh..kau tak boleh apa-apakan aku kan?” Lyssa tersenyum pahit.

 Dia tahu, apalah sangat kudrat yang dia ada sebagai perempuan, kalau Lukha mahu, senang sahaja tengkuk nya dipulas dan nyawa dia akan melayang sekelip mata. 

“hanya sebab kau berikan aku nama..” ujar Lukha dengan sepasang mata nya masih lagi tajam menikam seluruh susuk Lyssa. 

“jauh lagi ke kita nak sampai?!” soal Lyssa cuba mengalihkan topik perbualan mereka. 

“tak jauh sangat dah.. kejap lagi kita sampai ke tempat asal aku”.. bibir Lukha mengukir senyuman sinis yang mengerikan. 

“hurmmm.. okay!” Lyssa membalas seolah tiada apa.

“Lyssa, sebelum sampai ke sana, aku mahu kau pakai cincin ini..” seraya tangannya menghulurkan sebentuk cincin berbatu zamrud berkilauan. “Kenapa aku kena pakai cincin nih?” 

“Aku menyimpan essence aku dalam batu zamrud nih, sekarang-kurangnya, tiada sesiapa yang akan berani menghampiri kau bila kita sampai nanti!”.. 

“kau bimbangkan keselamatan aku?”

“tidak.. aku sedikit pun tak kisah dengan kau.. yang aku mahukan cuma kau menggunakan aku untuk membalas dendam terhadap Haris!”

“Huh?!”

“Untuk itu kau perlu hidup Lyssa! Aku tak boleh menerima arahan daripada orang yang sudah mati kan?!”

“Kenapa kau beria mahu aku membalas dendam pada Haris huhh?”

“Kerana aku adalah kau dan kau adalah aku Lyssa!”

“Maksud kau?”

“Lyssa.. setiap kali kau hati kau disakiti, dan maruah kau di permainankan lelaki tak guna tuh, aku ada bersama kau Lyssa.”

“Aku tak faham?! Kalau kau ada bersama aku Kenapa kau tak bantu aku?”

“Aku tak berhak campur urusan hidup kau Lyssa selagi aku tidak bernama”..

“.........”

Perbualan mereka terhenti bilamana Lukha menghentikan langkahnya. “kita dah sampai!”


*bersambung

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.