Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,267
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8
Wajah Mak Tok cemas melihatkan keadaan diri Lyssa. "Ya Allah..dugaan apakah ini?..kasihanilah anak yatim piatu ini Ya Allah.." air mata Mak Tok tidak henti mengalir. Sungguh besar dugaan yang terpaksa Lyssa hadapi sejak dia dilahirkan, Lyssa kehilangan ibunya sewaktu dia dilahirkan. 


Bahkan waktu itu kerana terlalu susah hidup mereka, Asyimah melahirkan Lyssa hanya berbidan dirinya. Asyimah mengalami tumpah darah yang sangat banyak dan tidak lama selepas melahirkan, Asyimah menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat pun menyusukan anaknya. Masih jelas di ingatan Mak Tok, wajah Asyimah yang kebiruan, pucat lesi sewaktu berusaha meneran satu-satunya zuriat yang ditunggu sekian lama. 

Asyimah hampir sahaja diceraikan oleh  Kamaruddin  kerana setelah berbelas tahun berkahwin mereka tidak dikurniakan anak. Namun sebaik sahaja Asyimah melahirkan zuriat mereka, Kamaruddin menghilangkan diri tanpa khabar berita.Bahkan Mak Tok sendiri tidak tahu kemana menantunya itu, hidupkah? matikah?..dan sekarang??! Bagaikan tayangan filem di memori Mak Tok saat-saat sewaktu dia kehilangan  anak perempuan tunggalnya.


26 tahun lalu....

"emakkkk..nghhhhh..sakkkit maakkkk!!"..Asyimah mengerang kesakitan.

"sabarrr laa Shimahh..mak rasa belum masa lagi.."

"tttaaapii maakk..kenapa sakkit sangatttt?! arghhhhhh.."

"bawak mengucap Syimah..mengucapp nakkk"..tangan anak gadisnya digenggam kuat.. seolah cuba menyalurkan kekuatan agar kesakitan itu berkurangan.

"emakkkk..aarghhhhh..hushhhh..hushhhh..hushhh..Allahuakbarrr!!'..nyaring jeritan Syimah sewaktu gelombang kesakitan itu berulang dan berulang. 

"terannnn nakkk..terannnn..terannn..!!" tinggi suara  Mak Tok yang terpaksa membidani anaknya sendiri kerana ketiadaan wang untuk membawa Asyimah ke hospital yang jauh di tengah pekan. 

"arghhhhhhhhhhh....Ya Allahhhhhhhhhh..Allahhhhhhuakbarrrr!!!..."hampir hilang suara Asyimah sewaktu proses meneran anaknya. Kesakitan yang dibalas dengan berlipat ganda pahala dan gugur semua dosa-dosa kecil seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan . 

"Uwaaaaa...uwaaaaa..."

"Syimaahhh...Syimahhh..alhamdullilah....anak perempuan Syimaahhh"...bersama linangan airmata, wajah comel itu di kucup penuh kasih. Mak Tok segera mengelap sisa air ketuban pada tubuh  sikecil. Tubuh si kecil di segera dibalut dengan sehelai kain batik lepas bagi memberikan kehangatan. Tali pusat sikecil dipotong dengan cermat. Namun sebaik sahaja Mak Tok berpaling untuk memeriksa keadaan Asyimah, matanya terbeliak melihatkan tumpahan darah yang sangat banyak. Wajah Asyimah pucat lesi dengan bibir kebiruan. "Shimaaa !!".. 

"Makkk..SSSyyimaaa rasssa Syimma tak sempattt naaakk susuukan dia makkk.."ujar Syima lemah.

"Syyhimaaaa...iskskkk..issskkkk.."
"Makkk...tttolooongggg jjjjaaagaa diiia yaaa mmmmaakkkk.." segaris senyumann tawar terukir di bibir Asyimah. Tangan Asyimah digenggam kuat. 

"Syimmahh..meengucapp nakkk..mengucapp.."

"Makkk..kkkaallau abbangg Kama balikkk, jjanggn lupaa bbbeeritahu ddiaa..pppassall Lyssaaa"..

"Syimaah.."

"Syhiiimaah nama kan dia Allyssa Farhana binti Kamaruddin..makkk..sakkkitt makkk.." wajah Asyimah berkerut menahan kesakitan.

"Syhimaa..ikut mak mengucap sayang.. aasshaduallahillahhaillahhh..waashaduannamuhammadurrasullah"..

Asyimah  menghembuskan nafas terakhirnya bersama sebuah kucupan kasih pertama dan terakhir buat zuriat yang ditunggu sekian lama. Mak Tok hampir pengsan sewaktu Asyimah berhenti bernafas. "Banggg Ajiiii...Allahuakbarrrr...bangggg Ajiiii!!!!"

Mendengarkan jeritan Mak Tok, Tok Ayah bergegas ke dalam bilik hanya untuk melihat anak perempuannya sudah menjadi mayat disisi cucu mereka. "Allahhhhhhh!!" terduduk Tok Ayah. 


Kini...


"Ustaz..cepat Ustaz.." Tok Ayah tidak lagi dapat menyembunyikan resah hatinya. Langkah kaki dipercepatkan sebaik sahaja dia turun daripada motosikal. Kedua mereka beriringan menaiki tangga kayu menuju ke tengah rumah. Lyssa dikelilingi oleh Mak Tok dan juga jiran mereka yang masih tidak berhenti membacakan ayat-ayat suci Al Quran. 

Sesekali kelihatan Mak Tok mengelap dahi Lyssa. Panasnya bukan kepalang. Anehnya sewaktu mereka membawa Lyssa ke klinik kesihatan berdekatan dengan bantuan jiran beberapa hari yang lalu,  doktor mengesahkan Lyssa tidak mengalami deman atau sebarang penyakit lain. Bacaan darah Lyssa juga normal. 

"Assalamualaikm semuaa".. sapa Ustaz Nazim.

"Alaikumusalam Ustaz.."hampir serentak mereka membalas.

"boleh bagi saya laluan sikit?" ujar Ustaz Nazim.

"bolehh..Ustaz.."

Tanpa melengahkan masa, Ustaz Nazim segera membacakan Laa Qaulaawallah Quwatailla Billah 7 kali dan dihembuskan diubun-ubun Lyssa. Badan Lyssa tiba-tiba sahaja mengeliat seperti sedang kepanasan. "Arghhhhh....nghhhh..."desahan kecil terkeluar daripada mulut Lyssa.

"Saya mohon izin yea Tok Ayah.."ujar Ustaz Nazim seraya tangannya dengan berlapikkan sehelai sapu tangan menyentuh hujung ibu jari kaki kiri Lyssa. Terus sahaja dipicit ibu jari kaki Lyssa. "Woiiiiii!!!!!!.....jerkah Lyssa tiba-tiba. Tubuh Lyssa yang tadinya terbaring lesu tiba-tiba sahaja bangun dan duduk tegak menghadap Ustaz Nazim. Mata Lyssa merah menyala. 

"kauuuuuu!!" telunjuk Lyssa tepat ditunjukan pada wajah Ustaz Nazim. Suara Lyssa bertukar parau dan kasar. Dia menderam dengan desahan nafas yang kuat.

"Kenapa kau ganggu anak aku hahhh??" Ujar Lyssa dalam nada amarah.

"Dia bukan anak kau!!". Lepaskan dia!!". Ustaz Nazim tidak gentar walau sedikit pun. Dia tahu dengan siapa dia berhadapan sekarang. Yang terlihat dek mata zahirnya adalah jasad Lyssa sahaja. Lyssa pasti ada disuatu tempat yang lain!!.


*bersambung

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.