Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,275
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18
"Kurang ajar punya iblis..syaitan tak gunaaaa...berambusss kauuuu!!! laung Lyssa sambil tangannya tergawang-gawang diawangan. Sesekali dia menunduk-nunduk kepalanya seakan mengelak sesuatu. Sesekali kakinya dikuis-kuis seperti sedang menguis dan menendang sesuatu yang tidak kelihatan. 


"Lyssa..Lyssa!!..

"Yea..Mak Tok?".. sahut Lyssa daripada dalam biliknya.

"Lyssa ok tak ni?" ada nada bimbang di situ.

"Lyssa ok je Mak Tok..

"Ada orang nak melawat Lyssa nih..meh la..keluar dari bilik tu Lyssa.." sambung Mak Tok lagi.

"Siapa orangnya Mak Tok?" Soal Lyssa.

"Alahhh..Lyssa kenal..bukan orang lain pun.."

"Hmm...kejap yea Mak Tok.."


Lyssa melangkah malas menuju ke pintu bilik. Siapa pula yang aku kenal nak melawat aku nih? "Rasanya dah lama aku sihat". rungut Lyssa. Bersama beratnya hati Lyssa untuk melihat tamu yang datang, begitu jugalah beratnya perasaan Lyssa untuk bersemuka dengan tetamu yang singgah tanpa diundang itu.


Sebaik pandangan Lyssa bertembung dengan tuan empunya suara yang memberikan salam sebentar tadi, mata Lyssa segera mengecil. Dahinya berkerut-kerut melihat dua batang tubuh yang duduk di atas tikar mengkuang rumah usang Mak Toknya. 


"Untuk apa kau kesini?" tanpa secalit pun senyuman Lyssa membuka bicara.

"Erkkk...akuu..akuu sekadar nak bertanya khabar kau Lyssa.."kedengaran gugup suara Haris menyahut pertanyaan Lyssa.

"Khabar aku? aku masih hidup Haris..seperti yang kau lihat sekarang..masih bernafas.." datar sahaja suara Lyssa.

"Erkk..yeea--yeaa..aaku nampakkk tuhh.."

"Thennn?? apa kau tunggu lagi?" soal Lyssa dengan sebelah keningnya di jungkit sedikit..

"Abanggg..apa niihh?? macam ni ke cara orang sakit terima tetamu yang melawat dia? takde adab!! "getus Amira tiba-tiba.

"Ko diam!!". Serjah Haris seraya memberikan isyarat diam kepada isterinya.

Amira memandang Haris dengan pandangan yang terkulat-kulat. Sedikit terkejut dengan sergahan yang tidak diduga itu. "Huhhhh!" segera Amira memalingkan wajahnya dan melepaskan rangkulan tangannya daripada lengan Haris.

"Kau sihat Lyssa..aku dengar kau sakit..macam mana sekarang? dah ok ke? ada kau ke klinik ambil ubat ke?" pertanyaan Haris itu ikhlas daripada hatinya. Sedih dan sayu hati Haris melihatkan keadaan Lyssa kini. 


"Buat apa kau nak tanya khabar aku? kau patut lebih tahu kan Haris?" ujar Lyssa bersama jelingan tajam dilepaskan pada Haris.

"Aaakuu-aakuuu nak mintakk maaf Lyssa.." Betul-betul nak minta maaf pada kau..aku tak bermaksud na.."

"Tak payah nak berbasa basi dengan aku Haris.. dan tak payah nak berlakon depan Mak Tok aku!"..

"Kau pergi balik sekarang!!" suara Lyssa bergetar menahan amarah. Sabarnya semakin menipis. Benci sungguh dia melihat pasangan suami isteri dihadapanya itu. Menyakitkan hati dan tubir mata sahaja!! huhhhh!!... 

"Lyssa..Lyssa..tolongg dengar penjelasan aaakuu dulu.." ujar Haris masih mencuba.

"Tak perlu Haris.. tak perlu..kau tak de hutang apa-apa pun dengan aku..nak jelaskan apa??" pasal kau dah kawin? pasal anak? pasal kita? semua tu aku dah tak ingat Haris..thanks to sikapp you!!" getar suara Lyssa semakin jelas. Ada sebak, ada benci, ada marah dan ada rindu.. tapi apa kan daya.


Amira yang disebelah Haris tercengang-cengang. Mak Tok sekadar diam membatu. Tak kuasa dia mencelah pun. 

"Kau balik je la Haris.. balik dan peluk bini kesayangan kau tu kuat-kuat. Kau dah kawin kan? buat cara dah kawin Haris. Jangan merayap-rayap serata kampung semata-mata nak jumpa aku. Tak perlu pun." 

"Hati aku dah mati. Perasaan aku dah takde pada kau. Kau pun tak pernah kenalkan aku pada keluarga kau kan??' jadi kenapa kau ke sini?" 

"Ingat Haris, lagi sekali kau jejak kaki kotor kau ke tangga rumah Mak Tok, kau akan menyesal seumur hidup kau!!". Serentak dengan itu Lyssa bingkas bangun dan meninggalkan pasangan pengantin baru yang tidak menyangka akan menerima kecaman yang berbaur amaran seperti itu.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.