Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,275
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7
Ustaz Nazim bergegas menuju ke beranda rumah sebaik sahaja mendengar namanya dilaungkan beberapa kali. Matanya sempat melirik ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 9.00 malam. “Iskk.. siapa pulakk?!” 


“Assalamualaikum Ustaz!.. saya ni Haji Tok Ayah..”

“huhh.. abang haji? Ada hajat apa kemari malam-malam nih?”

“Tolong saya Ustaz.. cucu saya Lyssa!!“

“Dah kenapa dengan dia?”

“Ustaz.. dekat seminggu lebih dah Lyssa terbaring tak sedarkan diri..tapi malam ni yang agak teruk Ustaz..tttolongg saya Ustaz!”

“Moh cepat kita ke sana!” Suara Ustaz Nazim jelas kedengaran bimbangan.

Ustaz Nazim segera menuruni beranda rumah dan terus masuk ke dalam keretanya. 

“Abang haji naik dengan saya laa” pelawanya seraya tangan menurunkan cermin tingkap kereta. 

“Ehhh.. takkpee Ustaz, saya datang naik motor nih”

                ***********************************

“Lyssa? Kau okay kan?”

“Ehh.. yuppp.. no big deal laa.. aku tak cedera pun..”

“Jom?” ujar Lukha sambil menghulurkan tangannya yang berkuku runcing seperti pontianak. 

“Kenapa sampai nak pimpin aku nih? Aku boleh jalan sendiri laaa!” Lyssa menepis kasar huluran tangan Lukha. 

“Erkkk.. okay-okay!” Lukha mengangkat bahu tanda setuju. 

“Siapa tadi tuh?”

“Siapa.. Siapa?”

“Yang kau cekik tadi?”

“Hurmmmm.. kau tak perlu kenal dia siapa.. kau tahu kan kau tak boleh sesuka hati memanggil nama-nama makhluk seperti aku?!”

“Aku tak faham?!”

“Arghhh..nanti lah... bila aku free nanti aku explain kat kau!”

“Sekarang kita nak ke mana?”

“Pintu dah meletup tapi Tuan Besar Djinn belum balik.. hum.. tak guna juga kalau aku bawa kau ke sana”..Lukha berfikir seketika..

“Kau nak bawak aku mengadap raja kau ke Lukha?”

“Bukan raja.. cuma dia tinggi skit derajat dari aku!”

“Owhhh.. aku ingat kau dah cukup kuat?! Ada lagi yang lagi power rupanye!” 

“Itu perkara biasa Lyssa.. kalau kau rasa kau hebat.. kau jangan lupa ada lebih kurang 100 lagi yang mungkin lebih hebat dari kau..,kann!?”

“Kalau Tuan Besar Djinn takde.. so sekarang macam mana? Balik? Or?!”

“Aku bawak kau masuk ke dalam sekejap sahaja ok?”

“Bolehh.. dah alang- alang menyeluk pekasam kann?”

“A’ahhh.. biar sampai ketiak mashammm!?hahahah”...

*bersambung

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.