Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
66,346
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4
Hidung Lyssa mula menangkap bau hanyir yang meloyakan. Kerana tidak tertahan lagi, Lyssa menekup hidungnya dengan tangan. Walau pun begitu, Lyssa tetap meneruskan perjalanan mengekori rapat di belakang Lukha si Ummu Sibyan. 


“Capuih sangat mulut aku nih!..amek habuan!!” Lyssa memarahi dirinya sendiri. Menyesal pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur. “Pemberani konon..ptuihhh!!”..


Sesekali Lyssa tersadung  dengan tulang temulang yang berserakan di sepanjang denai menuju entah kemana. Lyssa tidak dapat mengagak berapa lama lagi dia perlu berjalan. Keadaan kiri dan kanan denai itu hanyalah dipenuhi dengan pokok-pokok pine tanpa daunnya. 

Sekali pandang seakan bayangan manusia yang berceracakan. “Eeuurggg.. sereeemmm”.. gumam Lyssa sendirian.  Cepat-cepat Lyssa melebarkan langkah mengikuti Lukha yang semakin jauh. “Ehhh.. kau? Boleh perlahan skit jalan tuh?” Lyssa separuh menjerit ke arah Lukha.

 Lukha tidak langsung mengendahkan Lyssa. Dia terus menapak meninggalkan Lyssa di belakangnya. 

“Heyyyy.. kau pekak ke apa?” Lyssa mulai resah.

Lukha menghentikan langkah. Kepalanya berpusing 180 darjah ke belakang. “Huhhh??!” Mata Lyssa terbeliak melihatkan Lukha yang memandang tajam kearahnya. “Kkkeenaapaa kau pandang aku macam tuh?!” ada getar dihujung kata. 

“Kau yang cakap kau tak takut kan Lyssa?” ujar Lukha dari kejauhan. Anehnya suara Lukha kedengaran seperti berbisik di telinga Lyssa. “Huhhh?? Lyssa segera berpaling ke kanan dan ke kiri. Saat dia baru sahaja hendak berpaling ke hadapan, Lukha sudah pun terpacak di depannya. “Jangan tinggalkan aku macam tadi!! Aku tak suka!!” sergah Lyssa geram. 

“ Lyssa?! Kau masih tak sedar di mana dan dengan siapa kau berada sekarang?”

“Apa maksud kau?”

“Aku boleh dengan bila-bila masa sahaja m.a.k.a.n kau Lyssa..heheheheh.. masih kau tak takut?”

“Lukha? Nama kau aku yang pegang.. apa kau masih mahu tunjuk sombong dengan aku?”

“Aku bukan budak suruhan kau Lyssa”

“Tapi aku yang menamakan kau!”

“Arghhh..!! Jemari Lukha yang berkuku tajam dan runcing mengelus kasar kepala botaknya. 

Terasa seakan mahu direntap tubuh Lyssa dihadapannya. Di keronyok-keronyok dan di masak sup ! 


*bersambung..


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.