Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,267
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19
"Salammmmm..hi Lyssa?" nada suara Lukha kedengaran riang berbaur nakal.

"Lukha? kenapa kau ke sini?" soal Lyssa yang sedikit jengkel dengan nada suara Lukha. Pijar hatinya masih berbekas mengingatkan peristiwa siang hari tadi. Terbayang-bayang seraut wajah lelaki yang pernah menjadi pujaan hatinya datang konon-konon mahu melawat. Berkepit pula dengan si isteri yang entah dari mana datangnya. Sakit betul hati Lyssa melihat pasangan pengantin baru yang pada pandangan matanya seperti sepasang ulat beluncas naik daun. "Huhhh"!!. Lyssa mendengus geram.


"Erkkk...Lyssa..Lyssa..aku bukan Haris. Kenapa pula tempias kena pada aku?" sahut Lukha. 

"Heyy..heyy..tengok sini Lyssa.." ujar Lukha seraya jemarinya mengusap lembut wajah Lyssa dan diunjukkan wajah wanita itu betul-betul berhadapan dengan wajahnya.

"Aku bukan Haris". Lukha mengulangi ayatnya.

"Yea-yea..aku tau kau bukan Haris. tak payah  ulang-ulang". 

"Kenapa marah-marah ni Lyssa?"

"Dah gaharu cendana pulak kau ni kan Lukha?"

"Dah tahu bertanya pulak maksud kau kan Lyssa?"

"Tahu punnn.."

"Huhuhu..maafkanlah saya..."ujar Lukha sambil mengangkat tangan umpama menyembah sang ratu.

"Kan aku dah janji akan datang melawat kau..kau dah lupa ke Lyssa?"

"Takk...aku tak lupa pun..kita nak sambung tour ke tempat kau.." 

"Yuppp..ingat pun janji kau!"

"Bila nak gerak ni?"

"Bila-bila kau suka..even now kalau tak keberatan.."

"Aku memang nak sangat ikut kau..cumaaaa kalau aku pergi sekarang, agak-agak berapa lama aku kat sana?"

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Aku risau kat Mak Tok dan Tok Ayah"..

"Hmmm..berapa lama masa yang kau perlukan Lyssa?"

"Berapa banyak benda yang kau nak kenalkan pada aku? Kau masih belum kenalkan aku pada Tuan Djinn kau kan?"

"Erkkk...perlu ke kau  kenal dia?"

"Kenapa? kau takut aku baik dengan dia?"

"Ehhh..tak lahhhh.."

  *************************************************

" Lyssa..Lyssa..sembang dengan sapa memalam buta ni nak?" kedengaran suara Mak Tok dari luar biliknya.

"Aaa..takde sapa-sapa lahh Mak Tok..Lyssa nak sambung tidor la nii.."

"Jangan lupa baca doa tidor dan selawat Lyssa..kaki dah basuh ke"

"Dah Mak Tok.. jangan risauu.. Lyssa dah besar la Mak Tok..takdenya nak mimpi bukan-bukan lagi huhuhu.." Lyssa ketawa kecil.

Lyssa memadamkan cahaya lampu dan membiarkan dirinya tenggelam dalam kegelapan diruangan kecil biliknya. "Tap!" tiba-tiba mata Lyssa menangkap kerlipan cahaya seakan lilin di satu sudut dalam biliknya. 

"Jom Lyssa.."

Dalam samar cahaya kerlipan itu, sepasang tangan dengan jari yang berkuku tajam dan runcing dihulur keluar dari kegelapan. Lyssa tanpa ragu segera menyambut huluran tangan tersebut.

"Jom Lukha".

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.