Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,266
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1
Aku hanya mampu tersenyum. Berita yang disampaikan oleh Tok Ayah sebentar tadi sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hatiku. "Arghh..takpelah..bukan jodoh aku nak buat macam mana kan?" aku redha sahaja. "Aku doakan kau bahagia Haris!!". Di tangan ku masih tergengam kemas sampul kecil berwarna kuning gading. Jemputan ke majlis tautan hati Haris Akhbar Khan Fadhil Khan dengan pilihan hatinya Fatin Amira Datuk Johan. "Masuk habuk pulak mata aku nih", sambil melemparkan senyuman tipis kepada Tok Ayah, aku cuba menyeka air mata yang bergenang di hujung alis.


"Kalau Lyssa rasa tak selesa, tak perlu la Lyssa datang..Tok bagi jemputan pun atas desakan empunya badan..Tok mintak maaf yea Lyssa?"..nada Tok Ayah seperti mahu memujukku.

"Tak pe la Tok..Lyssa ok jea..insyaAllah kalau takde aral, Lyssa akan pergi kendurinya..orang menjemput..rezeki jangan ditolak kan Tok?"..aku berbasa basi.

"Kalau dah Lyssa cakap camtuh, alhamdullilah..dahhh! kumbang bukan seekor kan Lyssa?" ujar Tok Ayah sambil mengukir senyuman.

"Iyaa Tokk...banyak lagi lahh kumbang-kumbang berterbangan kat kampung nih..tinggal lagi tak hinggap kat bunga nan sekumtum  ni jeaa!,..hahahaha"..aku memaksa diri untuk ketawa. Hati aku?! hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hancur berkecai impian yang aku bina sekian lama. "Haris..kau sama saja seperti dia!!"

Kumbang nan seekor itu lah yang berjaya mengetuk hati aku. Setelah sekian lama aku menutup rapat pintu hati aku, kehadiran Haris Akhbar Khan membuka lembaran baru dalam hidupku. Namun...panas yang aku harapkan hingga ke petang rupanya ribut taufan di tengah jalan!!. 

Keesokkannya aku bersiap sedikit awal. Mak Tok masih sibuk di dapur. Kelibat Tok Ayah masih tidak kelihatan. Aku menuruni anak tangga dengan cermat menuju ke beranda rumah. Sesekali aku meninjau-ninjau melihatkan kalau-kalau kelibat Tok Ayah kelihatan di hujung jalan. "Mana pulak Tok Ayah nih?" "Jangankan motor, asap motor pun tak nampak?..iskkk..cakap nak pergi sama-sama..". Mata aku melirik kearah jam di tangan. Hadiah daripada arwah ibuku sewaktu aku menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia hampir tiga tahun yang lalu."hmmm..dah pukul 10.30 pagi nih..mana aje laa Tok Ayah ni?"

Aku telah berjanji pada Mak Tok, biar apa pun berlaku, aku tidak akan sesekali menunjukkan perasaan sebenar aku dihadapan pengantin dua sejoli itu nanti. Biarlah..walaupun Mak Tok tahu aku kecewa dengan berita perkahwinan Haris, Mak Tok masih  tidak tahu sejauh mana hubungan kami. Aku memutuskan buat masa sekarang, biarlah hanya aku yang menyimpan rahsia ini. 

"haiii..Lyssa jauh mengelamunnn? Nak pergi ke tak nih?"..Tok Ayah tercegat dihadapan aku.

"hahh..laaa..dari tadi Lyssa tunggu Tok Ayah..kenapa baru sampai?"

"owhh.tadi tu Tok Ayah ada urusan skit..maaf lupa nak bagitau kamu"

"Takpelah kalau camtu...jom Tok Ayah, kang lambat pulak kita sampai...melepassss nanti lauk kenduri yang sedap-sedap"..aku lemparkan senyuman manis buat jaminan kepada Tok Ayah,  "aku okay!!"...

Motor buruk Tok Ayah berhenti di bahu jalan menuju ke rumah agam milik  Tok Ngah Fadhil Khan. Di kiri dan kanan jalan menuju ke rumah tersebut di pacakkan bunga mangar berwarna kuning keemasan. Deretan kereta memenuhi bahu jalan menunjukkan meriahnya majlis perkahwinan antara Haris dengan Amira. Aku segera melompat turun daripada motor Tok Ayah. "Ehhh..kamu ni Lyssa..kot yea pun..turun elok-elok!..kamu tuh anak dara..buat cara anak dara laa Lyssa oiii" Tok Ayah sempat menegur aku. "huhuhhu.." aku tertawa kecil.  "Cepatlah Tok Ayah..Lyssa dah lapar nih"..  

Kehadiran aku dan Tok Ayah di sambut dengan senyuman manis Tok Ngah Fadhil. "Jemput..jemput masuk Haji .." huluran salam Tok Ngah Fadhil disambut penuh mesra oleh Tok Ayah. "terima kasih jemput kami Fadhil".. ujar Tok Ayah. 

"ehh..ini cucu haji ke?" sambil mata Tok Ngah Fadhil memandang ke arah aku. Aku sekadar tersenyum kelat. Sekian lama aku berteman dengan anaknya..memang tak pernah sekali pun Haris perkenalkan aku kepada keluarganya.. arghh si celaka tuh!!..

"aa'ahh..maaf lupe nak kenalkan.. ni Alyssa Farhana, cucu perempuan tunggal saya" Tok Ayah memberikan isyarat kepada aku agar menundukkan kepala tanda hormat kepada orang tua. Aku turutkan sahaja walaupun hati aku membengkak mual dengan tindakan anaknya. "Aku harap kau bahagia Haris Akhbar Khan!" desis hatiku. Entah kenapa seaakan ada bisikan halus di telinga ku untuk memikirkan semula tindakan aku meredhai perkawinan bekas kekasih ku itu. "Atau..perlukah aku membalas setiap perbuatan dia pada aku?"


*bersambung


 



Previous: UMMU SIBYAN
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.