Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,282
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2
Mataku berkaca-kaca sewaktu melihatkan pelamin nan indah di hujung khemah sana. Kedua mempelai segak berbaju pengantin cantik berseri. "Sampainya hati kau Haris!!".. Aku mengumpul kekuatan yang bersisa, melangkah dengan tenang dan bersahaja menuju ke arah Haris dan pasangannya. Hati aku sedikit berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Setiap bait janji yang pernah Haris lafazkan dulu, kembali terngiang-ngiang di telingaku.


"Awak tak tipu kan?!..awak janji dengan saya.."

"takkk..takkanlah saya nak tipu awak..saya janji!"

"ulang semula janji awak..saya nak rekodkan..mana tahu kalau-kalau awak mungk.." aku tidak sempat menghabiskan ayat pun, bilamana bibir Haris memaut kemas bibir ku. 

"saya sayanggg awak..kalau tak de aral, saya akan pinang awak juga nanti..awak sabar yea?!" ujar Haris memberikan jaminan. Aku tersenyum bahagia saat itu. Sumpah!..kalau aku tahu ini jadinya, tak mungkin aku akan termakan pujuk rayu jantan tak guna tuh!.


Hari ini, aku seperti melukut ditepi gantang. Dalam keriuhan majlis perkahwinan Haris, aku berperang dengan perasaan sendiri. Patutlah Haris tidak pernah memperkenalkan aku kepada ahli keluarganya. 

Semakin aku hampir dengan pelamin, semakin kacau perasaanku. Tanganku mengengam kuat kotak hadiah perkahwinan mereka. 

"Assalamualaikum..Selamat Pengantin Baru Encik Haris Akhbar Khan.." aku melemparkan senyuman semanis mungkin. 

"aarr..wwaalakumussalam.. yea..ttterimaa kkasihh"..Haris tidak langsung berani menatap mataku. 

"kalau saya nak tepung tawarkan mempelai boleh ke?" aku bertanya pada pengapit pengantin perempuan yang aku tak kenal siapa.

"erkk..bbolehh..silakann"

Aku mengambil air mawar dan ku renjis-renjis ke arah Haris dan isteri. Kemudianya aku renjiskan pula dengan beras kunyit dan juga taburan bunga mawar yang harum. Jemari ku mengigil bahkan tubuh ku juga seakan mahu rebah, namun demi ego aku gagahkan jua. "Ini hari bahagia kau Haris..aku tidak akan menganggu..kau tunggu nanti "..desis hati ku.

Sebaik selesai menepung tawar pengantin, aku melangkah menuruni pelamin. Kotak hadiah aku letakkan di atas meja yang dikhaskan berhampiran galeri photo both.  "hmmm..pasti kau suka hadiah nih Haris"..aku memalingkan wajah dan barulah ketika itu, mata Haris bertemu pandang dengan mata aku. 

Aku menatap tajam wajah Haris, kemudiannya ku lemparkan senyuman sinis pada Haris. "Nampak sangat kau gelabah Haris"..tindakan Haris yang sekadar berani mencuri pandang pada aku menyebabkan aku semakin meluat. "Arghh..potong selera aku nak makan nasi minyak!!" dengusku.

Malam itu, selepas pulang daripada majlis perkahwinan Haris, aku mengambil keputusan untuk berkurung sahaja di bilik. Pelawaan Mak Tok dan Tok Ayah untuk makan malam bersama aku tolak dengan baik. 

Lampu bilik sengaja aku padamkan. Aku hanya terbaring di atas katil, merenung nasib. Anak yatim piatu seperti aku ni, siapalah yang ingin untuk diperisterikan. Namun aku sangat bersyukur kerana dikurniakan otak yang cerdas, dan berpeluang menyambung pelajaran ku ke peringkat lebih tinggi. Sekurang-kurangnya aku tidak terperuk di kampung ini sahaja. Walaupun hati aku sakit mengenangkan perbuatan Haris yang mengkhianati cinta kami, aku pasti suatu hari nanti Haris akan menerima balasannya. 

"kau sedih?"

"huh?!"

"aku tanya..kau sedih ke?"

Mata aku meliar. Tiada sesiapa di bilik kecil  ini selain aku. 

"kau siapa?"

"aku tanya..kau sedih ke? kau marah?"

"aku tanya kau siapa?"

"aku adalah kau dan kau adalah aku.."

"huh?? keluar kalau berani..aku tak bercakap dengan bayang kan?"

"aku bukan bayang .tapi aku tahu ...kau sedih kan?"

"kenapa aku perlu jawab soalan kau?"

"kerana aku perlukan jawapan untuk aku benarkan tindakan aku kelak"

"maksud kau?..ehh kau masih bersembunyi?"

"kau pasti sangat sedih dan marah dengan Haris kan? dia mengkhianati cinta kau?"

"kalau aku sedih kenapa? kalau aku marah kenapa? apa yang kau boleh buat? kau pengecut..nak aku percaya pada sekadar suara tanpa badan macam kau nih?"

"aku tahu kau pemberani..tak aku pasti kau berani atau tidak untuk tatap wajah aku.."

"huhh..buruk sangat ke wajah kau?"

"kenapa kau tak jawap soalan pertama aku?"

"kau sengaja tidak menjawab soalan aku jugakan?"

"sebab kau masih belum menjawab soalan pertama aku..katakan, kau sedih kan?"

"hmmmm...nama kau siapa?"

"aku?..manusia gelar aku Ummu Sibyan"

"manusia gelar kau Ummu Sibyan..nama sebenar kau?"

"aku tiada nama tetap..bergantung kepada siapa yang menamakan aku.."

"jadi kau mahu aku namakan kau?"

"kau sudi?"

"kalau aku namakan kau, apa akan jadi pada aku? kau akan anggap aku tuan kau? macam dalam manga jepun yang selalu aku baca tuh?"

"huh?..buah manga?"

"arghhh..abaikann..maksud aku, kalau aku namakan kau, kau akan sentiasa melindungi aku?"

"hurmm..kurang tepat..tugas aku bukan melindungi manusia seperti kau.."

"jadi? apa perlu aku ceritakan perasaan aku pada kau? aku sedih, aku marah atau aku kecewa pun apa kaitan dengan kau?"

"kau boleh gunakan aku untuk membalas dendam.." ujar Ummu Sibyan sambil menyeringai menampakan sepasang taring melepas bibirnya yang hitam legam.

"hmmmm..nanti aku fikirkan..aku mahu berehat sekarang"..ujarku. Entah dari mana datang keberanian dalam diriku yang menyebabkan aku langsung tidak menjerit sewaktu mendengar suara aneh itu. 


Ketuk.ketuk.ketuk. Pintu bilik ku diketuk berkali-kali. "Arghhh..kenapa pulak nih".. "yea Mak Tok..ada apa?" soal ku kepada Mak Tok yang terpacak di pintu bilik.

"Eh..tadi Lyssa cakap dengan siapa?"

"hahh?? owhh..takde siapa-siapalah Mak Tok"...Lyssa penat la Mak Tok.. nak tidur dah nih."

"owhh..okay-okay..tidurlah..maaf Mak Tok ganggu tidur Lyssa yea.."

"hurmmmmm.."


Aku mengheret kaki menuju ke katil semula. Kepala terasa berat kerana tersentak dengan ketukan di pintu tadi. Sebaik sahaja aku merebahkan diri di katil, pandangan aku menjadi gelap dan kelam.


*bersambung



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.