Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
66,482
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3
"hey.."

"huhh?"

"buka mata kau.."

"kau siapa?"..

"kau kat tempat aku sekarang.."

 Aku mengenyehkan mata berulang kali. Mata ku meliar melihat suasana kelilingku. Kelam sebenarnya. Tiada apa yang dapat ku lihat melainkan kegelapan semata-mata.

"Kenapa aku disini?"

"kau yang tanya siapa aku kan?"

"soo?!..kau bawa aku ke tempat kau ?"

"kau takut?"

"takk..tapi kau memang suka main sorok-sorok dengan aku kan?"

"hurmm..aku lagi suka main one two polis jaga..hati-hati bila aku ada!..hahahaha".. 

Aku membisu seketika,perasaan seram menyelinap tiba-tiba.. tidak semena-mena  tercegat makhluk aneh dihadapanku. Sepasang taring terjulur keluar daripada bibir atasnya yang berwarna hitam legam, dan sepasang lagi taring mencanak ke atas seakan taring babi hutan. Bertubuh agam dan kekar, dengan ditampung sepasang kaki yang seakan haiwan berkaki empat. "Hybrib dengan lembu kott?" desis hatiku. Di kepala botaknya terlihat tanduk berbentuk seakan tanduk kambing gurun. 

Manakala di dahi pula tertera seakan tatoo sebelah mata terletak di tengah-tengah segi tiga. Matanya merah bercahaya. Namun sebaik sahaja aku bertentang mata dengan makluk itu, dia segera menundukkan pandangannya dan seketika kemudian warna mata makhluk tersebut berubah menjadi seperti  mata manusia. 

"kenapa kau ubah mata kau?"
"kau tak suka disini?"

"kau tak jawab soalan aku.."

"aku takut kau takut.."

"aku disini kan? kau rasa aku masih akan takut pada kau"

"......."

"na..owhh kau tiada nama kan?"

"kau sudi namakan aku?"

"kau tak kisah dengan nama yang aku akan beri?"

"terpulang.."

"aku namakan kau Lukha.."

"Lukha?"

"kenapa? kau tak suka dengan nama tu?"

"hmmm..agak depresing bunyiknya.."

"aku ingat kau cakap "terpulang" tadi.."

"hehhh..baiklah.. Lukha pun okay.."

"soooo..tunggu apa lagi?"

"??!"

"bila nak bawak aku tour tempat kau nih?"

"kau mahu?" kau tak takut?!..tempat aku bukan seperti tempat kau Lyssa.."

"ya lahhhhh.."

"jangan cakap aku tak bagi kau amaran Lyssa!"


*bersambung


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.