BAB 23 - Part 1
Geramnya Tipah tidak terperi. Dia terus
melangkah menuju ke arah DJ parti yang sedang asyik mengadun lagu. Mata Tipah
meliar mencari punca kabel kepada pembesar suara yang sedang meletup-letup
dengan alunan muzik kuat. Sebaik sahaja punca kabel itu ternampak di pandangan
matanya dengan pantas Tipah terus menarik kabel tersebut. Serta-merta alunan
muzik yang berkumandang terus terhenti.
Panas hati Rayyan di buatnya. Siapa pula
yang cuba mensabotaj partinya ini? Terus sahaja Rayyan melangkah menuju ke arah
DJ parti dengan wajah yang kelat. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat
seorang gadis kecil molek dengan spek mata tebal berbingkai hitam sedang
memegang kabel di tangannya. Tipah! Macam mana dia boleh berada di sini?
Tipah terus menghampiri Rayyan. “Dah lama
dah buat kerja macam ni? Syabas Encik Rayyan, syabas! Tak sia-sia kedatangan
saya ke sini!” Berubah air muka Rayyan mendengarnya.
Zeta muncul di situ selang beberapa minit
kemudian. Di renungnya Tipah dari atas ke bawah dengan dahi yang berkerut.
“Sayang, siapa perempuan ni? Tiba-tiba je muncul dan ganggu parti kita! Pengawal,
halau perempuan gila ni sekarang juga!”
Tipah terus mara ke hadapan. Dengan selamba
di tolaknya Zeta hingga gadis itu jatuh terduduk. “Amboi! Sedapnya mulut kau,
yer? Siapa yang gila sekarang ni? Kaulah yang gila!”
Terkial-kial Zeta bangkit semula. Hatinya
sakit tidak terperi. Di rentap-rentapnya lengan Rayyan dengan kuat. “Sayang!
You tengoklah perempuan ni! Sanggup dia tolak I! Kurang ajar betul lah!” Rayyan
segera menghampiri Tipah. Dengan kasar segera dia meregut lengan Tipah. Di
tariknya tangan gadis itu sampai ke luar rumah.
Rayyan bertempik. “Hei! Ini cara hidup
saya. Kalau awak rasa awak tak boleh nak sesuaikan diri, awak boleh berambus
dari sini, faham?”
Terpana Tipah seketika. Dia bagaikan tidak
percaya Rayyan sanggup menghalaunya begitu sahaja setelah dia bersusah-payah
datang ke mari. Air mata yang bergenangan di tubir mata sedaya-upaya cuba di
tahannya agar tidak jatuh berderai.
“Rayyan, sampai hati awak halau saya? Salahkah
saya datang ke mari? Kan awak sendiri yang janji akan datang jemput saya di
kampung. Saya tak mahu menyusahkan awak, sebab itulah saya sendiri datang ke
sini.”
Rayyan membidas keras. “Bila masa pula saya
suruh awak datang ni? Hei Tipah, dengar sini baik-baik, ya. Saya berkahwin
dengan awak sekadar untuk memenuhi permintaan terakhir arwah papa dan mama saya
je, tak lebih dari tu. Lagipun tiap-tiap bulan saya dah bank-in kan duit ke
akaun awak. Takkanlah itu masih tak cukup? Memang dasar perempuan kampung mata
duitan!”
“Rayyan! Sanggup awak tuduh saya macam tu? Saya
tak pernah idamkan walau sesen pun harta awak. Saya nak minta satu je dari
awak. Tolong hormati perhubungan kita sebagai suami isteri yang sah di sisi
agama Islam.”
Rayyan mencebik. “Tak payah nak tunjuk baik
sangatlah kat sini. Sekarang ni kalau awak nak hidup di sisi saya sebagai
seorang isteri, awak kena terima cara dan gaya hidup saya. Kalau tidak,
dipersilakan berambus jauh-jauh dari sini!”
Tipah terkedu. Belang sebenar Rayyan mula
terserlah. “Ya Allah! Lembutkan hati suamiku Rayyan Haikal bin Khalid
sepertimana Engkau telah lembutkan besi di tangan Nabi Daud a.s. Kau limpahkan
juga kesabaran dalam diriku dan teguhkanlah imanku, Ya Allah,” getus Tipah
dalam hati.
Rayyan kian galak mendesak. “Saya tahu awak
memang takkan boleh terima semua ni. Saya tak mahu jadi manusia yang hipokrit,
Tipah. Apa yang awak lihat sekarang ini adalah Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid
yang sebenarnya. Hah! Tunggu apa lagi? Berambuslah dari sini!”
Melah muncul tiba-tiba di belakang Tipah
dengan wajah yang bengis. “Hei Rayyan! Afsal kau buat Tipah macam ni, hah?
Aritu kau yang terhegeh-hegeh ajak dia kahwin. Kenapa pula sekarang kau nak
halau dia? Memang dasar jantan tak guna!”