Huwaa, dah tak jadi anak
dara lagi. Adam dah rampas semalam. Kali ini kita benar-benar dah jadi isteri
dia. Jadi, apa-apa saja yang berlaku selepas ini, Adam memang kena
bertanggungjawab, tak boleh nak lepas tangan lagi.
“Laa, menangis? Lucu lah
Ris ni!” usik Adam sambil memandang Risya yang sedang memakai tudungnya.
Semalam bermalam di rumah mak, pagi ini kena masuk ofis seperti biasa, tetapi
mama nak jumpa lah pulak. Ajak mama dan mummy makan tengah hari bersama lah,
senang sikit.
“Sedih lah!” bila aku sudah
serahkan hidup aku pada dia, ini bermakna, aku tidak boleh berpatah ke belakang
lagi. Apa saja yang berlaku kena hadapi juga esok hari, kerana aku kena sudah
menjadi hak mutlak kepadanya. Susah ke, derita ke, tak bahagia ke, sudah tidak
boleh berundur diri lagi.
“Ha ha ha.. tak payah lah
bersedih, bukan buat apa pun!” pujuk Adam. Lucu sekali perangai si Risya nih.
Fikir apa lah agaknya yer? Fiqri? Tidur dengan aku, jadi rasa bersalah kat
Fiqri? Hish, merepek lah tu.
“Pandai lah abang
cakap...,” dia lelaki, jadi dia rasa megah dan bangga sebab boleh memiliki aku
yang menjadi isteri dia yang sah. Tetapi aku perempuan, kena setia dan taat
kepada lelaki yang bergelar suami.
“Abang nak tanya ni? Ris
menyesal ke semalam?” soal Adam mahukan kepastian. Jangan lah cakap menyesal
pula. Nanti abang pula yang rasa terlebih bersalah.
“Tak..,” jawab Risya
ikhlas. Alhamdulillah, takut juga tadi.
“Habis, mengada-ngada betul
lah, buat abang suspen saja!” kata Adam sambil bangun dan menghampiri Risya.
“Ris dah jadi milik abang
sepenuhnya ni.. abang...” kata Risya sambil merangkul tangan suaminya. Adam mencuit
hidung Risya dengan manja.
“Abang tak akan persiakan
hidup Ris, hidup Ayien lah,” akur Adam. Risya adalah amanah aku, Ayien pula
adalah amanah ibu bapa kandungnya, dan aku mahu memikul tanggungjawab ini
bersama Risya kini.
“Papa, mama..,” panggil Ayien
sambil berlari mendapatkan mereka berdua. Adam terus mendukung Ayien.
“Ayien tinggal dengan nenek
yer hari ni, nanti mama datang jemput Ayien petang nanti,” beritahu Risya
sambil memegang pipi Ayien.
“Abang jaga Ayien hari
ni..,” beritahu Adam. Semalam Adam tak boleh tidur kerana berpisah dengan
Ayien, sebab Ayien tidur dengan atuknya.
Asyik menyuruh Risya kejutkan mak dan ayah saja, sebab mahu mengambil
Ayien. Tetapi Risya tidak melayan
kehendak Adam. Biar lah Ayien dengan atuk dan neneknya. Bukannya selalu pun,
“Tak kerja hari ni?”
“Malas..,”
“Bagus tu, bawa lah sifat
malas tu lama-lama sikit, biar Risya yang kerja, abang duduk kat rumah pula
nanti,”
“Boleh juga tu, abang jaga
anak-anak, Ris buat kerja!” asyik nak berkepit dengan Ayien saja lah kerjanya.
Makin manjalah si ayien tu nanti,
“Mama ayien nie memang
garang lah!” kata Adam sambil membawa Ayien keluar dari bilik mereka. Risya
menjuihkan bibirnya.
Hari ni nak singgah rumah
mentua. Rasanya sudah lama tak datang ke sini setelah tinggal berasingan.
Ketika Risya sampai hanya ada neneknya saja, ibu dan bapa mentuanya tiada di
rumah. Ah, sebelum tu, papa mentuanya telah pun menceraikan Datin Salbiah
dengan talak tiga. Kehidupan keluarga mentuanya aman bahagia sekarang, sebab
org yang menyibuk tiada lagi.
“Risya!” panggil Kak Mah,
pembantu rumah yang diambil oleh Risya dulu.
“Kak mah!” jawab Risya. Kak
Mah menarik tangan Risya ke luar dari halaman rumah.
Panjangnya cerita dari kak
Mah membuatkan hati Risya luluh. Patutlah sejak akhir-akhir ini, Adam tak
pernah sebut tentang ahli keluarganya di hadapan Risya, rupanya ada cerita di
sebaliknya.
“Encik Adam kena halau lah
Risya, sebab Risya dan Ayien. Nek Yam dan Datuk Muiz tak nak terima Ayien,
sebab Ayien anak angkat Risya,” berterus terang saja kak mah di hadapan Risya.
“Ibu pula mcm mana?”
“Datin boleh terima Ayien
tu, Cuma Datuk tak setuju, tak suka, sebab ayien bukan darah daging Encik
Adam!” kata Kak Mah membuatkan hati Risya robek dan terluka. Apa salah Ayien
sehingga dia ditolak dalam hidup Adam?
“Terima kasih kak kerana
bagi tau Ris perkara ini, kalau tidak Ris tak tahu hal yang sebenarnya yang
telah menimpa keluarga abang adam..,”
“Nie pun Nek Yam suruh kak
mah halau Ris, tak benar Ris pijak rumahnya!” beritahu Kak Mah. Bergetar dada
Risya. Patutlah pintu utama tidak berbuka, walaupun dia sudah banyak kali
memberi salam. Wal hal dia sudah melihat kelibat Nek Yam di dalam rumah. Malah
Nek Yam sama melihatnya yang berdiri di luar.
Hmm, aku tak kisah sangat
tetapi bagaimana dengan anak aku? Sudah lah dia rapat dengan Adam. Sedih lah
macam ni, sedih sangat. Ingatkan keluarga Adam boleh terima Ayien, boleh terima
aku yang sudah ada anak satu, rupanya salah sangkaan aku. Bila hati dah suka
kepada Adam, jadi macam ini lah pulak. Bukan senang nak buat bagi hati kita
suka dekat seseorang, bila dah suka, bila dah serah hati, keluarga pula yang
menghalangnya.
“Risya, Datin tiap-tiap
malam menangis, kerana rindukan encik Adam, kalau boleh suruh lah encik adam
balik jengguk datin yer..,” beritahu Kak Mah lagi. Adam memang rapat dengan ibunya sejak dari
kecil lagi, ibu mana tak rindukan anaknya.
“Abang Adam memang rapat
dengan ibunya lah, kak mah!” aku pun ada ada anak juga, jadi aku faham perasaan
seorang ibu.
“Encik Adam telefon pun tak
sudi lah. Datin dah cuba call banyak kali, tetapi Encik Adam tak nak jawab. Apa
lah salah Datin, Risya?” beritahu Kak
Mah lagi. Amboi, sampai macam tu sekali merajuk? Apa lah abang ni. Mana boleh
buat ibu seperti itu. Kasihan ibu!
“Nanti saya pujuk dia yer,
kak mah. Cakap dengan ibu, tak payah lah susah hati tentang hal ini,” itu janji Risya.
Adam dan ayien masih mahu
bermalam di rumah ibu malam ini. Dua-dua tak mahu balik ke rumah. Suka sangat
tinggal di rumah mak yang menetap di kampung. Suka dengan sikap ayah yang melayan
mereka berdua. Hmm, mcm mana nak berbincang kalau tinggal di sini. Takut nanti
mak dengar pulak.
Tengok kemesraan antara
Adam dan Ayien membuatkan hati Risya menjadi sebak. Macam mana dengan Ayien,
kalau Adam tiada nanti? Tentu Ayien rindukan papanya. Aku kena kuat demi Ayien.
Tak boleh bersedih-sedih di hadapan Ayien.
“Kenapa? Abang tengok
murung saja sejak dari tadi?” soal Adam ketika meletakkan Ayien di atas ribaan
Risya. Dah terlena pun Ayien ni, main dengan papa sampai terlena malam ini.
“Call lah ibu, kasihan ibu
rindukan anaknya.., “suruh Risya. Baru pukul 11.00 malam tentu ibu belum
terlena.
“Ibu??? Abang selalu call
lah!”
“Awak nak tipu saya sampai
bila ni?” ujar Risya. Adam memandang Risya tepat ke anak mata. Risya tarik
bantal, dan letakkan Ayien di atas bantal. Risya bangun dan menarik tangan Adam
keluar dari bilik, tetapi Adam menarik tangan Risya masuk ke dalam bilik
semula.
“Esok kita bincang, macam
lah esok dah tak ada!”
“Tapi ini masa depan Ris,
masa depan Ayien lah,
“Habis, Ris ingat abang
mempermainkan hidup Ris, hidup Ayien?”
“Keluarga abang dah tak
suka hidup Ris dan Ayien kan? Kak Mah dah ceritakan semuanya kepada Ris lah
petang tadi...,” terang Risya. Patutlah tengok aku pun tak sudi, rupanya dah
tahu cerita aku.
“Ooo, perkara ini lah yang
nak bincang sangat tu?” kata Adam, terus merangkul Risya dekat dengannya.
“Yup!”
“Ibu restu lah perkahwinan
kita, cukup lah tu,”
“Habis, yang abang merajuk
dengan ibu tu kenapa? Abang tu seorang saja anak ibu tau tak?”
“Hish la, biar lah kat
abang nak merajuk ke, nak apa ke, Risya apa peduli?” pertikai Adam, tetapi
tangan sedang mengapai telefon bimbit Risya. Terus didailnya nombor ibunya,
tetapi diserahkan kepada Risya.
“Cakaplah dengan ibu, abang
rindu sangat kat ibu!” suruh Adam sambil meletakkan telefon di telinga Risya.
Ibu nak cakap dengan abang lah, bukan dengan Risya pun.
Lama juga berbual dengan
ibu membuatkan hati Risya yang gelisah tadi menjadi tenang. Betul, ibu amat
merestui hubungan mereka berdua dan ibu nak berjumpa dengan Ayien, kerana belum
pernah lagi ibu bertemu dengan Ayien. Tak sabar katanya untuk bertemu dengan
cucunya yang comel itu.
“Abang rasa papa dan nenek
tak lihat lagi anak kita yang comel ini, kalau tengok, mesti suka!” kata Adam
selepas Risya memberitahu tentang hasrat ibu mentuanya yang mahu sangat
berjumpa dengan Ayien.
“Orang dah tak suka, jangan
lah paksa-paksa!”
“Jangan cepat mengalah
sebelum berusaha lah, jadi mak orang, isteri orang ni kena kuat semangat,”
pujuk Adam.
Dulu aku boleh hidup dengan
Ayien saja. Aku kuat kerana Ayien yang memberi aku sinar harapan baru.
Sekarang, aku dah ada Adam, tak lah bimbang sangat sekarang. Sebab cik abang
aku nie memang boleh diharap pun.