Adam tidur di sebelah Ayien, memeluk Ayien dengan erat. Kasih sayang Adam
kepada Ayien tidak berbelah bahagi. Jelas kelihatan semua ini di mata Risya.
Patutlah Ayien tidak boleh berpisah dengan Adam lagi. Sekejap saja Ayien sudah terlena di dalam
pelukan papanya. Bila nampak Ayien terlena, Adam bangun dari katil dan berdiri
di sebelah Risya.
Tadi dia hanya pura-pura marah saja lah. Nak tengok reaksi Risya yang
jinak-jinak merpati, tetapi kalau kita hampiri, terbang tinggi lah pulak.
“Awak ada kerja jugak lah malam-malam nak cari pasal?” balas Risya. Aku
tak suruh pun dia tidur di luar. Dia yang nak kan?
“Tak akan tak ada sikit pun kasih sayang Ris kat saya? Tak akan tak ada
sedikit pun di hati Ris untuk saya? Semua tu untuk Fiqri dan Ayien saja ke?
Saya???” persoal Adam tiba-tiba. Makin pelik lah pulak nih? Nak tengok juga
sedalam mana hati Risya untuk aku?? Sudah nak masuk dua bulan perkahwinan kami,
tetapi antara aku dan dia masih terpisah jauh. Ada saja yang tak kena antara
kami berdua.
“Bukan ke awak buat semua ini untuk Ayien? Bukan untuk saya pun kan??? Di
hati awak tak mungkin ada saya lah???”
“Siapa cakap? Siapa cakap saya buat semua ini untuk Ayien? Ini rumah
tangga kita lah, semua ini kerana awak, kerana Ayien dan kerana rumah tangga
kita lah, kenapa susah sangat cakap dengan awak ni?” ucap Adam perlahan. Adam masih berdiri di sebelah Risya.
Tentang persoalan hati memang susah, yang susahnya aku, bukan Adam pun.
Sebab aku tahu Adam ikhlas menerima aku, dan menerima Ayien dalam hidupnya. Tadi
waktu makan, biasa saja. Tetapi sekarang Encik Adam sudah naik angin. Kesnya
hanya kerana soal tidur berasingan saja. Buat Risya nak ketawa saja lah.
“Apa?” soal Adam apabila Risya tersenyum.
“Mengalahkan perempuan period lah pulak, tadi okey saja kan? Tertiba saja
kenapa?” tanya Risya perlahan. Adam ketawa mengekek.
“Ah, tak jadi lah nak marah Ris..,”
“Bukan dah marah ke?”
“Pura-pura marah..,”
“Macam betul saja ..,”
“Saya kan keturunan anak harimau..,”
“Ha, ah betul lah tu. Bekas mak tiri garang, nenek pun garang, berjangkit
lah dengan awak yer..,” ujar Risya. Adam duduk di sebelah Risya membuatkan
jantung Risya mahu tercabut saja apabila Adam memandang tepat ke wajahnya. Lalu
tanpa diduga Adam mencium dahi Risya yang sedang melihatnya.
“Haaa...,” terkejut Risya seketika. Adam rebahkan dirinya di sebelah
Risya. Memeluk bahu Risya dengan erat. Sekarang bukan setakat jantung saja nak
tercabut, hati, buah pinggang, perut
semuanya macam nak terlucut. Adam dapat rasakan debaran yang melanda hati
isterinya.
“Ris nih...,” tegur Adam.
“Jangan buat lebih dari ini aa...,” pesan Risya tiba-tiba.
“Itu lah Fiqri tu dapat memiliki hati Ris saja, tapi diri Ris, semua
tentang Ris adalah hak abang..,” bisik Adam perlahan. Betul lah tu Fiqri adalah
kenangan aku yang terindah sekali. Tetapi Adam ada lah masa depanku. Tentu
antara kami akan ada banyak kenangan nanti.
“Kata nak kawan dulu dengan Ris, nak kenal hati Ris dulukan, nie apa
hah?”
“Ris lambat sangat... “
“Atau abang dah tak sabar???”
“Macam kucing tengok ikan hari-hari depan mata lah.. tak tertahan tau
tak?”
“Ingat Ris ikan ke?”
“Tidur lah sayang, abang tak akan memaksa Ris dalam hal ini,” terus Adam
bangun semula. Ambilkan Adam dan terus keluar dari dalam biliknya.
“Nak bawa ke mana pulak tu?”
“Biar Ayien dengan papa, lagi senang!”
Pagi ini terpaksa tinggalkan Ayien di rumah mama, sebab mak dan ayah
pergi makan kenduri. Selalunya kalau Risya tak bawa ayien ke ofis, Ayien
ditinggalkan di rumah mak, bukan rumah mama atau mummy. Mama atau mummy tu kata
lah tinggal di rumah orang, sebenarnya tinggal dengan pembantu rumah dia orang
saja lah.
Balik petang, Adam yang pergi jemput Ayien di rumah mama, sebab Risya
balik lagi lewat dari Adam. Dekat pukul 8.00 malam baru sampai rumah. Tetapi
yang hairannya Adam macam tak nak cakap dengan Risya. Muka masam jangan cakap
lah. Tengok Ayien okey saja lah.
“Abang dah solat?” soal Risya. Dia solat mahgrib di pejabat tadi, selepas
itu baru balik ke rumah. Adam diam. Nampak macam tak puas hati saja.
“Ayien, dah makan atau belum?”
“Dah, mama!”
“mandi?”
“Mandi dengan papa tadi..,”
“Kenapa papa marah mama, ayien?” soalnya sambil mengusap rambut Ayien.
Mata melirik ke arah Adam.
“Mana ayien tau lah, mama!”
“Marah kat saya kerana balik lewat ke?” soal Risya lagi. Abang suka buat
macam ini lah. Suka biar Risya tertanya-tanya apa kesalahan Risya.
“Selepas ini tak payah tinggal Ayien di rumah mama lagi, saya tak suka
lah!” ucap Adam perlahan. Hah???? Tak kan bergaduh dengan mama pulak. Risya
mengambil telefonnya dan terus menghubungi pembantu rumah mama.
Rupanya ceritany begini.. ketika Adam sampai petang tadi, Ayien sedang
bermain seorang diri di halaman rumah. Tiada sesiapa pun yang menemani Ayien.
Biasalah mama dan abah kat sibuk kat ofis. Adik-adik pula bukannya boleh harap
sangat kalau bab mengasuh anak ini. Jadi si bongsu yang diamanah kan untuk
menjaga Ayien telah tinggalkan Ayien seorang diri. Mujur lah Adam tak mengamuk
di rumah mama tadi walaupun puas juga lah pembantu rumah mama kena soal siasat.
Risya letak telefon. Patut lah Adam bengang sangat hari ini.
“Mama!” panggil Ayien tiba-tiba.
“Kenapa sayang?” tanya Risya. Dia berdiri dan Ayien sedang berdiri di
sisi kaki kanannya.
“Nak peluk papa!” jawab Ayien. Risya mendukung Ayien dan berjalan ke arah
Adam yang sedang duduk di sofa. Terus Adam berdiri untuk mengambil Ayien di
dalam pelukan Risya.
“Mama sayang papa tak?”
“Sayangg...,”
“Papa sayang mama tak?”
“Sayang...” sepantas itu Ayien merangkul papa dan mamanya.
“Tak fikir keselamatan anak ke, tinggal macam tu, anak tu dah lah tak tau
apa-apa lagi, boleh tinggal macam tu saja..,” sambung Adam perlahan. Nampak
macam dia nak marah, tetapi tak kan nak marah kat Risya pula.
“Ayien tinggal dengan siapa petang tadi?” soal Risya kepada anaknya. Anak
ini tidak pernah menipunya.
“Sorang!”
“Pak usu mana?”
“Pak usu keluar lah mama!”
“Kasihannya anak mama...,” itu anak mama. Satu ibu berlainan bapa.
Hubungan mereka adik beradik, biasa-biasa saja. Tidak rapat, tidak juga
bermaksud renggang. Sekadar saling menghormati antara satu sama lain.
“Sebab tu saya tak pernah tinggalkan Ayien dengan dia orang, lain lah
dengan mak saya!” hari ini terpaksa sebenarnya sebab sudah tidak ada pilihan
lain lagi.
“Dia orang tak kisah tentang anak kita lah, Ris!” jawapan dari mulut Adam membuatkan hati Risya terharu
mendengarnya. Nampak bimbang sangat kat dalam hati Adam memikirkan anaknya yang
ditinggalkan sendirian. Semuanya boleh berlaku akibat kecuaian kita, akibat
dari kelalaian kita.
“Ris tahu...,”
“Abang tak nak sesuatu yang tak diingini berlaku kat anak kita, itu saja.
Ris dah tahu dia orang tak beri perhatian kepada Ayien kenapa tak cakap dengan
abang tadi, boleh abang bawa Ayien ke ofis, atau pun abang ambil cuti saja hari
ini,”tegur Adam.
“Terpaksa tadi..,”
“Masalahnya Ris tak percaya kan abang, tak sayang kan abang...,”
“Abang anak dengar lah..,”
“Mama tak sayangkan papa lah, Yien!” kata Adam ke arah Ayien yang kini
sudah diambil oleh Adam. Hilang perasaan marah terhadap keluarga Risya yang
membiarkan anaknya tadi.
“Sayang, mana boleh tak sayang pulak!” jawab Risya jujur.
“Ayien, sayang papa dan mama!” akui Ayien. Adam membelai rambut anaknya.
Anak yang comel dan tidak mengerti
apa-apa. Dan dia benar-benar menyayangi anak ini seperti anaknya sendiri.
Sayang sangat!
“Rasa sakit hati sangat tengok anak dibiarkan macam tu tadi..,” ucap Adam
perlahan.
“Tak mengapa, selepas nie Ayien tinggal dengan papa kalau mama pergi
kerja, nak?” cadang Risya. Mudah kan? Tiba-tiba Adam mengangguk tanda setuju.
Hari ini sebab nak jadi macam ini, selalunya Ayien tinggal dengan mak. Dan mak
tak akan abaikan Ayien seperti mana mak besarkan Risya dulu.
Selesai solat isyak, mak ajak makan malam di rumah. Entah lah sama ada
Adam sudi atau tidak setelah Adam tahu tentang Risya dan mak. Mak tu bukan saja
mak angkat Risya, malah bakal mak mentua yang tak jadi pula. Kalau dulu Adam
ingat itu adalah keluarga kandung Risya, jadi memang tak ada masalah.
“Nak ajak abang makan dan tidur di rumah mak lah malam ni, nak tak?”
suara Risya. Kalau Adam tak nak pergi, dia tetap akan pergi dengan Ayien.
“Hmmm...,”
“Jom lah, Ris dah tak lama tak tidur kat situ!” Aku kan dibesarkan di
rumah itu. Jadi, rasa rindu nak bermalam di rumah mak.
“Susah lah kahwin dengan org ada banyak mak ni, pastu banyak songgeh
pulak!” kata Adam terus ambil kunci kereta. Ayien berlari mendapatkannya.
Rasa best sangat dapat balik rumah mak. Dapat kongsi cerita dengan mak
seperti hari-hari sebelum ini. Dengan mak, Risya lebih terbuka, bukan lagi
berahsia.
“Mak suka Adam sebenarnya..,” kata mak sambil memegang bahu Risya. Aku
hanya ada seorang anak lelaki saja iaitu Fiqri. Selepas Fiqri pergi, hanya
Risya dan Ayien sajalah penyeri hidup kami. Tapi sejak Adam datang, aku seolah
dapat anak lelaki aku kembali.
“Mak suka abang adam?”
“Ha, ah. Rasa damai dan tenang bila melihat wajah Adam. Matanya,
senyumannya, dan lirikan matanya, membuatkan rasa rindu mak selama ini terubat!”
“Mak ni macam orang jatuh cinta lah pulak!”
“He he he...,”
“Abang Adam terlalu sayangkan Ayien lah, mak. Ayien pun macam tu juga,”
“Syukur alhamdulillah. Mak dapat anak mak kembali. Ayien pula dah dapat
seorang papa yang baik!”
“Mak restu lah Ris pilih abang adam?” selama ini yang masih ada dalam
hatinya dan untuk dia keberatan menerima Adam adalah kerana keizinan dan restu
dari seorang ibu yang membesarkan dia selama ini.
“Mesti lah!”
“Terima kasih, mak!” ucap Risya sambil memeluk erat mak angkatnya itu.
Lega sangat! Risya kahwin dengan lelaki yang mak dan ayah suka. Kita bukan mahu
mencari penganti, tetapi sekurang-kurangnya teman sejati kita adalah orang yang
boleh membuatkan hidup kita berada di dalam ketenangan.
Di luar sana, Adam sedang rancak berbual dengan ayah angkatnya. Dalam
hidup ini, cukuplah andainya kita boleh memuaskan hati orang yang menyayangi
kita dengan setulus hatinya. Cukuplah kita boleh memberi bahagia kepada orang
yang telah memberi kebahagian kepada diri kita juga.