36
Firuz Eidil masih bermalas-malasan. Peristiwa semalam
masih berlegar-legar diingatannya.
Dia terpandangkan
cincin pertunangannya dengan Julia yang diletakkan di atas meja. Cincin
tersebut diambilnya lalu dibeleknya. Ingatannya menerewang ke masa lalu. Pada
hari dia melamar Julia untuk menjadi permaisuri hidupnya.
Tepat jam 8 malam, Firuz
Eidil sudah sedia menanti di luar rumah Julia. Dia cukup kacak dengan baju
kemeja berwarna ungu. Warna kegemaran Julia. Setelah beberapa minit menunggu
Julia pun muncul dengan gaun malam yang sedondon warnanya dengan Firuz Eidil.
Mereka umpama merpati dua sejoli.
“You suruh I pakai
lawa-lawa ni, kita nak ke mana sebenarnya?” soal Julia manja.
“Mana I boleh
beritahu you. I ada sesuatu yang istimewa untuk you.”
“Istimewa?”
Firuz Eidil tidak
menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk.
“You ni sengaja nak
buat I berdebar. Berilah tahu apa yang istimewa itu?”
“Kalau beritahu
sekarang dah istimewa lagilah. Sekarang, you kena pakai ini.” Firuz Eidil
menunjukkan sehelai tuala.
“Nak buat apa pula
ni?”
“I nak tutup mata
you. Nanti kalau kita dah sampai ke destinasi yang dituju baru I akan buka
ikatan ni.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi
lagi. You sayang I tak?”
“Tentulah I sayang
you.”
“Jadi you kena
dengar cakap I.”
“Okey.” Julia telah
memuncungkan bibirnya.
Firuz Eidil tersenyum
kecil melihat telatah Julia. Lalu dia menutup mata Julia dengan tuala yang
dipegangnya tadi. Lalu dibawa Julia masuk ke dalam kereta. Pemanduannya penuh
berhati-hati. Julia yang berasa rimas matanya diikat tidak berhenti bercakap
sejak Firuz Eidil memulakan pemanduannya. Sekali sekala Firuz Eidil akan
mentertawakan gelagat Julia. Julia pula akan menarik muka masam apabila
diketawakan. Tanda tidak puas hati. Apabila sampai ke tempat yang dituju, Firuz
Eidil memakirkan keretanya.
“Okey, kita dah
sampai sang puteri becok.”
Firuz Eidil mematikan
enjin kereta. Dia membawa Julia keluar dari kereta.
“Kita dah sampai
mana ni?”
“Syurga kot,” Firuz
Eidil mengusik nakal.
“Youuu...janganlah
main-main. Entah-entah you bawa I ke tempat yang tak elok. I lapor polis
nanti,” ugut Julia. Firuz Eidil ketawa mendengar kata-kata Julia. Macamlah dia tu jahat sangat
nak berbuat sesuatu yang tidak elok pada kekasih hati sendiri. Dia masih belum
hilang akal lagi ya!
“You ni
mengarutlah. Takkan I nak buat sesuatu
yang tak elok pada buah hati pengarang jantung I.”
“Manalah tahu.
Lelaki zaman sekarang ni bukan semuanya betul.”
“You ni banyak
cakaplah. Ikut sahaja I.”
“Hish dah rasa
macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk pulak. You tak nak nyanyi lagu ke?”
Julia berseloroh nakal.
“Macam-macamlah you
ni. Okey kita dah sampai. Sekarang I nak buka ikatan mata you.”
“Cepatlah I dah tak
sabar ni.”
“Sabarlah sayang.”
Sebaik sahaja
ikatan dibuka, kedengaran lagu happy
birthday dinyanyikan. Dalam kesuraman, muncul satu cahaya. Dia melihat Firuz
Eidil sedang membawa kek hari jadi untuknya. Julia tidak dapat menahan sebak di
dada. Dia berasa terharu dengan kejutan yang dibuat oleh Firuz Eidil.
“Selamat ulangtahun
yang ke 26 sayang.”
“Terima kasih, sayang.
I tak tahu nak cakap apa lagi.”
“Tak perlu cakap
apa-apa sebab I memang sayangkan you.”
Julia mengangguk.
Kemudian dia meniup lilin kek tersebut. Planet Hollywood bergema dengan tepukan
gemuruh dari tetamu yang hadir. Seketika kemudian, Julia memotong kek lalu
disuapnya ke mulut Firuz Eidil. Mereka saling berbalas senyuman. Ada sinar
cinta dalam hati mereka.
“I ada satu lagi
kejutan untuk you.”
“Kejutan lagi? Apa
pula kali ni?” tanya Julia yang begitu teruja.
Firuz Eidil
menganggukkan kepalanya.
“Duduk sini.”
Firuz Eidil
menarikkan kerusi untuk Julia lalu Julia melabuhkan punggungnya ke kerusi.
Firuz Eidil terus menuju ke pentas. Setelah berbincang dengan pemuzik, dia
mengambil mikrofon.
“Lagu ini saya
tujukan khas buat kekasih hati saya, Julia. Selamat hari lahir sayang.”
Sekali lagi tepukan
gemuruh bergema. Alunan muzik mula dimainkan.
Aku ingin menjadi
mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi
sesuatu
Yang mungkin bisa
kau rindu
Kerana langkah
merapu tanpa dirimu
Kerana hati telah
letih
Aku ingin menjadi
Sesuatu yang selalu
bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu
Bahawaku selalu
memujamu
Tanpamu sepinya
waktu merantai hati
Oh bayangmu
seakan-akan
Kau seperti
nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil
rinduku padamu
seperti udara
Yang kuhela kau
selalu ada
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku
tenang
Tanpa dirimu aku
merasa hilang
Dan sepi dan sepi
Usai mengalunkan
lagu tersebut, tepukan gemuruh jelas kedengaran. Firuz Eidil segera mendapatkan
Julia. Dia melutut di hadapan gadis itu. Seperti yang telah dirancang, muzik
bertukar irama. Planet Hollywood menjadi taman romantika. Seorang gadis berdiri
di sebelah Firuz Eidil sambil membawa sebuah kotak baldu berbentuk hati lalu
menyerahkannya kepada Firuz Eidil. Julia memandang Firuz Eidil dalam debar.
“Julia, sudi tak
awak menjadi suri hidup saya, menemani saya sepanjang usia saya, bersama saya
dalam suka dan duka?”
Julia tergamam. Dia
tidak menyangka bahawa Firuz Eidil akan melamarnya. Firuz Eidil masih setia
menanti jawapan daripada Julia. Akhirnya Julia mengangguk. Firuz Eidil mengucap
syukur. Dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manis milik Julia.
“Terima kasih sayang.”
“Cincin ini sebagai
simbolik cinta I pada you. Cincin tunang yang sebenar, mama I yang akan
sarungkan ke jari you. Minggu ni keluarga I akan hantar rombongan meminang.”
“Terima kasih untuk
segalanya.”
Firuz Eidil senyum
sendiri. Memori itu indah. Dia mengeluh berat. Kemudian dia kembali murung. Dia
sedar cerita cintanya telah berakhir. Semuanya salah perempuan itu! Hatinya
membentak keras. Padanya Elfira wajar disalahkan.
Engkau terlalu ego Firuz.
Kau yang sebenarnya bersalah bukan L! tutur satu suara aneh.
“Siapa kau?” soal Firuz
Eidil.
“Hahahaha kau tak
kenal aku?” soal suara itu lagi sambil ketawa.
“Kau siapa? Pergi
jangan ganggu aku. Aku tak kenal kau!”
“Aku adalah kau.
Aku adalah kau, Firuz Eidil!”
“Mustahil!”
“Ya, aku adalah
kau!” jerkah pemilik suara garau itu.
“Pergi! Pergi!” Halau
Firuz Eidil. Meremang bulu romanya.
Pemilik suara garau
itu terus ketawa berdekah-dekah.
“Aku kata pergi!
Jangan ganggu aku!”
Ketawa itu
menghilang apabila telefon bimbitnya
berbunyi. Firuz Eidil bagaikan orang yang baru sedar dari lena yang
panjang. Dia beristighfar. Wajahnya diraup perlahan. Lantas telefon yang masih
rancak berdendang dijawabnya tanpa melihat siapa pemanggilnya. Salam diberi.
“Apa dah jadi ni
along? Tak ada angin tak ada ribut tup tup keluarga si Julia minta
putuskan pertunangan. Kata Julia kamu
curang dengan dia? Betul ke?” soal Puan Sri Faizura sebaik sahaja dia membalas
salam anaknya.
Firuz Eidil hanya
membatukan diri. Dia tahu mama dan papanya akan tahu juga akhirnya. Nampaknya
memang tiada jalan lagi untuk dia dan Julia berbaik semula.
“Mama nak kamu
balik rumah sekarang juga! Papa dah angin satu badan dengan along. Ini nasib
baik mama yang telefon kalau papa yang telefon tadi alamatnya bernanahlah
telinga kamu. Jangan lupa papa suruh balik hari ini juga. Along dengar tak apa
yang mama cakapkan ni?”
“Dengar ma,” jawab
Firuz Eidil acuh tak acuh.
“Jangan
setakat dengar je. Balik tau.”
“Iyalah ma.”
Tanpa menunggu
bicara seterusnya daripada Puan Sri Faizura dia terus sahaja mematikan talian. Puan
Sri Faizura terkedu dengan tindakan anaknya.
“Hish budak ni,
kita belum habis cakap lagi, dia dah matikan telefon. Buat pening kepala orang
tua sahaja,” rungutnya sendirian. Tangannya memicit-micit perlahan kepalanya
yang mula terasa berdenyut.
Mungkin darah
tingginya naik lagi. Usianya yang semakin lanjut membuatkan pelbagai penyakit
datang hinggap ke tubuhnya. Mana dengan darah tinggi, kencing manis mujur saja
dia tidak mempunyai penyakit jantung mahupun kanser.
Masakan tidak darah
tingginya itu naik, jika anak sulungnya itu asyik dengan masalah. Dahulu
anaknya itu tidak mahu mengambil alih syarikat papanya, apabila puas dipujuk
barulah dia bersetuju. Itupun dengan syarat dia mahu hidup sendiri tanpa
bantuan daripada keluarga.
Kemudian dia mahu
bertunang pula dengan Julia. Walaupun pada awalnya mereka membantah, tetapi dek
kerana pujuk rayu Firuz Eidil, akhirnya mereka bersetuju. Sekarang ini lain
pula ceritanya. Aduhai sampai bilalah anak lelakinya itu akan menyenangkan
sekeping hati nurani seorang ibu. Wajah suaminya ditenung keruh. Kemudian dia
mendapatkan suaminya.
“Julia, kenapa kau buat aku macam ni?” jerit Firuz Eidil
melepaskan rasa tertekannya. Dia menarik nafasnya lalu dilepaskan perlahan.
Firuz Eidil lantas
bangkit dari pembaringannya. Kakinya terasa berat untuk melangkah. Dia bersiap
ala kadar sahaja. Dia harus balik ke rumah orang tuanya. Jika lambat dia sampai
ke sana pasti papanya akan bertambah angin!