31
Elfira sudah berada di hadapan bangunan Firuz Land. Elfira
menarik nafas lalu dilepaskan perlahan. Elfira menilik jam dipergelangan
tangannya. Tepat pukul 5 petang. Dia yakin Firuz Eidil masih berada di pejabat.
Menurut Sofea sejak sebulan lalu Firuz Eidil sering pulang lewat.
Elfira kini berada
di hadapan pintu pejabat Firuz Eidil. Dia serba salah. Ada getar di hatinya.
Dia bimbang jika kehadirannya akan mengundang rasa kurang senang buat Firuz
Eidil. Kunci ditangannya digenggam erat. Dia masih lagi berdiri kaku di hadapan
pintu.
“Eh L,” tegur
Tasya.
Elfira terkejut.
“Kau buat apa depan
pintu ni? Kenapa tak masuk?”
“Hem...” Elfira
serba salah. Kepalanya yang tidak gatal digarunya.
“Kau sihat, Tasya.”
“Aku beginilah.
Wah, sejak kau berhenti kerja ni sekali pun kau tak datang jenguk kita orang.
Dahlah berhenti mengejut.”
Elfira sekadar
senyum.
“Kau dah dapat kerja
baru ke?”
“Alhamdulillah.”
“Jadi pemandu
lagi?”
“Jadi pembuat air,”
Elfira mengusik Tasya.
“Kau nak jumpa bos
ya?”
Elfira mengangguk.
“Dia ada kat
pejabat tu. Jaga-jaga semua orang dah balik. Aku yang terakhir ni. Aku pun nak
gerak dulu. Nanti bila kau free kita semua boleh keluar bersama. Kau nak aku
interkom bos ke?”
“Tak apa Tasya. Aku
boleh jumpa sendiri. Terima kasih ya.”
Mereka berbalas
salam dan pelukan. Elfira menghantar Tasya dengan ekor matanya.
Elfira membaca
bismillah. Dia menolak pintu pejabat. Dia melangkah perlahan. Jantungnya kian
berdegup pantas. Dia berada di hadapan bilik Firuz Eidil. Dia masih
teragak-agak sama ada mahu berjumpa Firuz Eidil atau tidak.
Akhirnya Elfira
mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik Firuz Eidil. Kedengaran suara Firuz
Eidil menyuruhnya masuk. Kelihatan Firuz Eidil sedang asyik menyemak failnya
tanpa memandang ke arah Elfira. Elfira sudah berdiri kaku di hadapan Firuz
Eidil.
“Sibuk sangat ke?
Kalau macam tu tak apalah. Saya datang cuma nak pulangkan ini je.”
Elfira meletakkan kunci rumah Firuz Eidil di
atas meja. Baru dia hendak melangkah Firuz Eidil memanggilnya.
“L...”
Firuz Eidil menutup
failnya. Elfira berpaling. Mereka saling berbalas pandang. Ada getar di hati
masing-masing.
“Kenapa Encik Firuz
tenung saya begitu?” tanya Elfira memecahkan kesunyian.
“Awak, L?”
“Yelah sayalah ni.”
“Saya tak
bermimpikan?” tanya Firuz Eidil lagi.
Elfira bosan. Dia
mendekati Firuz Eidil. Lalu dia menghadiahkan...
Pang! Satu tamparan
hinggap di pipi Firuz Eidil. Elfira senyum. Seronok pula rasanya dapat tampar Firuz
Eidil.
“Kenapa awak tampar
saya?” jerkah Firuz Eidil. Dia menggosok perlahan pipinya.
“Sebab saya nak
buktikan yang Encik Firuz tak mimpi,” jawab Elfira selamba.
Firuz Eidil terdiam
seketika. Dia tidak jadi marah kepada Elfira.
“L, terima kasih
kerana kembali.”
“Encik Firuz jangan
nak perasan. Saya datang sini bukan sebab nak kembali kerja dengan Encik Firuz
tapi saya datang sekadar nak bagi kunci itu je. Lepas ni saya dah tak ada
kaitan dengan Encik Firuz lagi.”
“L, saya tahu saya
salah. Tapi boleh tak awak bagi saya peluang kedua?”
“Peluang kedua
untuk apa?” tanya Elfira.
Biasanya pekerja
yang akan minta peluang kedua bukannya majikan. Ini dah terbalik pulak. Lepas
itu cakap mendayu-dayulah pulak. Heee seram bulu roma aku dibuatnya, omel Elfira
di dalam hati.
“Peluang kedua
untuk awak maafkan saya dan saya nak awak bekerja semula dengan saya?”
“As adriver or maid?” tanya Elfira sinis.
“Both.”
Elfira senyum
mengejek.
“Encik Firuz, saya
dah lama maafkan awak. Tapi soal kerja itu saya rasa saya dah tak boleh nak
bekerja dengan Encik Firuz lagi. It over.
Encik Firuz carilah orang lain yang lebih bagus daripada saya. Lagi pun saya
dah dapat kerja yang lebih baik. Terima kasih saja.”
“Itu alasan
awakkan? Saya sanggup rayu dengan awak. Saya nak awak kembali bekerja dengan
saya.”
“Maaf. Keputusan
saya muktamad.”
Firuz Eidil
terdiam. Dia terduduk. Lalu dia bingkas berdiri. Hatinya terasa sebak. Dia
sendiri tidak tahu mengapa dia harus berperasaan seperti itu. Wajah Elfira
ditatapnya mengharapkan secebis simpati daripada gadis itu.
“Tak payahlah Encik
Firuz nak buat muka kasihan dengan saya. Untuk kesekian kalinya saya katakan
keputusan saya muktamad. Saya rasa ini yang terbaik.”
“Okey, saya
mengalah. Saya tahu yang awak tak akan tarik balik keputusan awak. Kalau begitu
kita pergi minum petang?”
“Tak apalah, saya
nak balik. Tujuan asal saya datang sini sebab nak pulangkan kunci tu je.”
“Sudahlah awak tak
nak kerja dengan saya, sekarang permintaan saya yang sedikit itu pun awak tak sudi. Ya, saya sedar
saya ni majikan yang teruk.”
“Tahu tak apa.
Maaf, saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.”
Elfira berlalu
meninggalkan Firuz terpinga-pinga sendiri. Firuz hanya mampu membiarkan Elfira
pergi tanpa dapat dihalang.
“Waalaikumussalam,”
jawab Firuz Eidil perlahan. Entah mengapa hatinya terasa sebak.