16
“Sayang, you ni kenapa? Dah dua minggu I tengok you
monyok. Kalau you jumpa I dengan muka macam ni lebih baik tak jumpa,” rungut Julia.
“Bukan I yang nak
jumpa dengan you tapi you yang ajak I keluar. Jangan nak salahkan I pula,”
tenang tutur bicara Firuz Eidil. Bosan.
“Kalau I tak ajak
you keluar jangan harap you nak keluar. You ni nama aje tunang I. Tapi tak
macam tunang I pun. Bosan, you tahu tak!” bentak Julia.
“Suka hati you lah.
I nak balik. I penat.” Firuz Eidil sudah bangun dari kerusi yang didudukinya.
“Youuu!” Julia
menahan geram. Sakit hati melihat Firuz Eidil. Baru sahaja sampai dah nak
balik. Akalnya ligat mencari idea yang boleh menguntungkannya.
“Kalau you nak
balik boleh. Tapi I nak RM1000. I nak pergi shopping. Boleh sayang?” Julia
membelai lembut lengan Firuz Eidil.
Firuz Eidil
merenung tepat ke arah Julia. Wajahnya sengaja diseriuskan. Julia membalas
kembali renungan Firuz Eidil dengan senyuman yang menggoda. Firuz Eidil
kemudian mengeluarkan dompetnya lalu dia menyerahkan sekeping kad kredit kepada
Julia. Julia mengambilnya dengan senyuman yang melebar dibibirnya.
“Terima kasih,
sayang. Sebab itulah I sayang sangat dekat you. You tak nak temankan I pergi
shopping?” Julia mengajak ayam. Lagi pun dia memang tahu Firuz Eidil tak akan
mengikutnya.
“It okay. I nak balik rumah.”
“Okay my dear, i’ll go first.”
Julia terus berlalu
meninggalkan Firuz Eidil. Langkah Julia diperhatikan. Jiwanya terasa kosong.
Hidupnya tiada lagi warna-warni. Entah mengapa sejak dua minggu ini jiwanya
terasa kosong. Seolah-olah ada sesuatu yang telah hilang dari hidupnya. Dia
masih tertanya-tanya mengapa. Sehingga hari ini dia masih belum menemui jawapan
pada soalannya.