30
Elfira memakirkan keretanya di garaj banglo milik
keluarganya. Dia mengambil kunci pendua rumahnya. Lalu dia dan Sofea menyelinap
masuk ke dalam rumah.
“L sunyi je rumah
kau?” tanya Sofea.
“Mama aku waktu
begini mesti kat dapur dengan Mak Zah. Sibuk nak hidangkan makan malam. Papa aku
pulak akan baca al-quran di bilik solat. Jom kita pergi dapur,” ajak Elfira.
“Assalamualaikum,”
sapa Elfira. Dia mendapatkan mamanya. Dia menghulur tangan untuk bersalam.
“Astaghfirullah al
adzim, bila L balik?” tanya Puan Sri Karmila sambil menyambut huluran salam Elfira.
Dia mencium pipi
anaknya bertalu-talu. Rindu benar dia pada anak bongsunya itu.
“Siang tadi ma.
Papa mana?” soal Elfira. Sengaja bertanya.
“Biasalah papa
waktu begini bukan L tak tahu di mana.”
“Tahu. Saja tanya.”
“Sofea apa khabar?”
tanya Puan Sri Karmila.
“Alhamdulillah
sihat. Wah, auntie makin berseri-seri
sekarang ni?” puji Sofea ikhlas.
“Mana ada. Biasa
aje,” jawab Puan Sri Karmila malu-malu.
“Hai Fea, bodek
mama aku ke?”
“Hish mana ada. Aku
cakap perkara yang betullah,” ujar Sofea sambil menyiku Elfira.
“Cepat L balik?”
sapa Tan Sri Lukman Hakim mesra. Dia mendapatkan Elfira dan Sofea.
“Papa macam tak
suka je L balik cepat?” Elfira buat nada sedih.
“Bukan macam itu.
Kata nak keliling Malaysia. Dah habis keliling Malaysia ke? Cukup ke sebulan
tu?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.
“Duit papa itu tak rasa
rabak ke nak bayar kad kredit nanti?” usik Elfira.
Tan Sri Lukman
Hakim ketawa.
“Terasa rabaklah
juga. Tapi untuk puteri papa ni, apa pun boleh. Biar rabak sekali pun asalkan
anak papa ni gembira.”
“Terima kasih papa.”
“Sudahlah itu
boraknya, Mak Zah dah sediakan makan malam. Jom kita makan.”
“Mama macam
tahu-tahu je...”
“Ala tak cakap pun
mama dah faham. Lagi pun kami belum makan. L dengan Fea memang langkah kanan.”
“Alhamdulillah,
murah rezeki auntiedan uncle,” ujar Sofea.
“Rezeki kamu Fea,”
jawab Puan Sri Karmila.
Mereka semua enak
menikmati makan malam. Selesai menikmati makan malam, mereka duduk di ruang
tamu.
Elfira mengambil
hadiah-hadiah yang dibelinya di kereta lalu dibawanya ke ruang tamu.
“Apa tu?” tanya Puan
Sri Karmila.
“Adalah.”
Elfira mengambil
satu paper bag lalu diberikan kepada Puan Sri Karmila.
“Yang ni untuk mama,
dan yang ini untuk papa.” Elfira menghulurkan satu lagi paper bag untuk Tan Sri
Lukman Hakim.
“Untuk papa. Kira L
beli papa bayarlah ni,” sakat Tan Sri Lukman Hakim.
Elfira tersengih.
“Hadiah-hadiah ni L
beli pakai duit L lah. Duit papa itu L guna buat isi minyak kereta,
hotel,chalet, makan, kapal terbang dan macam-macam lagi,” jawab Elfira pantas.
“Banyaknya hadiah
kamu beli,” tanya Puan Sri Karmila. Teruja!
“Satu negeri satu
hadiah ma,” jawab Elfira manja.
“Terima kasih
sayang.”
“Kasih diterima.”
“Mama, yang ni
tolong bagikan pada Cha.”
“Kenapa L tak
hantar sendiri pada Cha. Cha mesti suka.”
“L malas nak jumpa
Kak Lea. Lagipun L seganlah nak ke rumah mak dan ayah Kak Lea itu. Mama tolong
ya.”
“Okey.”
“Bila L nak masuk
ke pejabat?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.
“Ala pa, L baru je
balik papa dah tanya bila nak masuk pejabat. Potong moodlah papa ni.”
“Papa sekadar
bertanya. Manalah tahu kalau tiba-tiba L berubah hati ke?”
“L kan dah janji
akan bantu papa. Tapi macam perjanjian kita, L tak nak siapa pun kenal L. Dekat
pejabat papa mesti panggil L, Amira. Dan...”
“Tahu, papa tak
boleh beritahu sesiapa yang L adalah anak papa walaupun pada rakan niaga papa
kecuali yang memang dah kenal siapa L,” sampuk Tan Sri Lukman Hakim.
“Tahu tak apa.”
“Jadi bila L nak
masuk pejabat?” Tan Sri Lukman Hakim kembali ke topik asal.
“Lusa L masuk
pejabat okey.”
“Okey, macam itulah
anak papa.”
“Pa, L dah penatlah. L nak balik tidur. Kami
balik dulu ya papa, mama.”
“Eloklah rehat. Dah
jauh sangat perjalanan L itu. Balik dan rehat. Lusa kita jumpa di pejabat.”
“Okey papa.”
Elfira menyalami
tangan Tan Sri Lukman Hakim dan Puan Sri Karmila. Begitu juga dengan Sofea.
“Bawa kereta itu elok-elok,”
pesan Puan Sri Karmila.
Kereta Elfira meninggalkan
perkarangan rumah Tan Sri Lukman Hakim.
“Aduh, penatnya aku rasa.”
Elfira melabuhkan
punggungnya di sofa. Dia merenggangkan urat sarafnya.
Sofea menggeleng.
Dia mengambil remote tv lalu mencari siaran yang menarik untuk ditonton.
“L, aku ada benda
nak bagi pada kau.”
Sofea bangun lalu
menuju ke biliknya. Kemudian dia kembali dan duduk di sebelah Elfira. Dia
menghulurkan kunci kepada Elfira. Elfira buat muka hairan. Dia mengambil kunci
dari tangan Sofea.
“Kunci?”
“Kunci ni mat singa
bagi pada aku supaya bagi pada kau.”
“Dia nak buat apa
bagi kunci ni kat aku?”
“L, dia suruh aku
pujuk kau supaya kerja dengan dia balik. Sebab itu dia bagi kunci itu pada kau
dengan harapan kau akan bekerja dengannya semula.”
“Fea, kau pun
tahukan aku tak nak kembali bekerja dengan dia.”
“Aku tahu tapi dia
tak nak faham. Apa pun aku rasa lebih baik kau jumpa dia sendiri dan cakap pada
dia sendiri. Sebab dia tak akan dengar cakap aku.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi, tapi
lagi. Kau sendiri jumpa dia. Eh, ole-ole untuk aku tak ada ke?”
“Sengaja tukar
topik nampak?”
Sofea tersengih.
“Ada. Nanti aku
bagi pada kau.”
“Untuk si mat singa
tu?”
“Hee buat apa aku
nak beli untuk dia.”
“Mana tahu kau
ingat kat dia ke?”
“Tolonglah. Buat
apa aku nak ingat orang macam itu.”
“Yelah, yelah. Kau
memang tak sudi nak ingat mat singa. Kasihan mat singa.”
“Aku memang tak nak
ada kena mengena dengan dia lagi. Cukuplah apa yang dia dah buat pada aku
selama hari ini.”
“Kau masih marahkan
dia?”
“Aku dah tak
marahkan dia tapi kalau boleh buat sementara waktu ni aku tak nak jumpa dia.”
“L, sampai bila kau
nak larikan diri? Dunia ni kecil je. Pusing-pusing kau akan jumpa dia juga.”
“Aku tahu, tapi...”
“Sudahlah itu. Kau
pergi jumpa dia okey,” pujuk sofea.
“Tengoklah dulu.
Aku tak janji,” jawab Elfira malas.
Sofea mengukir
senyum.