Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 28 : Pelindungku...

HARI yang tak dinanti-nantikan telah tiba. Rasa seperti menunggu hukuman mati saja. Tak ada hati langsung nak melangkah masuk. Ida awal-awal lagi dah masuk ke dalam. Nak ambil tempat.

Zahra pesan jangan ambil tempat dekat dengan Sheila. Jauh-jauh sikit. Zahra tahu kalau dia masuk, mesti ada orang akan ajak dia bertekak. Itu yang dia tak suka. 

Agaknya kalau bergaduh sampai tarik rambut baru si Sheila tu puas hati kot. Zahra mengeluh. Masa solat subuh pagi tadi, sikit punya lama dia berdoa. Dia memohon agar ALLAH s.w.t permudahkan segala urusannya.

“Tak baik mengeluh.” Ada suara garau menegurnya.

Kush! Semangat. Zahra mengurut dada. Terperanjat dengan teguran Arif yang entah datang dari mana. Dia mendongak sikit. Ketinggian Zahra ni paras bahu Arif sahaja. So kena dongak sikit. 

Suka benar buat orang terkejut. Apa punya orang da! Dah la tak bagi salam. Zahra menjeling.

“Nasib baik tak melatah macam hari tu,” usik Arif selamba. Dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Meninggalkan Zahra yang termangu-mangu seorang diri di luar. Lagi satu hobi Ustaz Pink ni. Suka benar usik orang. Saja je nak buat aku marah. Aku dah la takde mood. Ada juga nak kena lepuk dengan beg aku ni. Dia mencebik geram.

Arif kembali keluar. “Apa yang tercegat dekat situ lagi? Nak saya bagi denda. Ada seminit saja lagi sebelum kelas bermula,” kata Arif dengan wajah yang serius.

Seriusnya muka dia. Ingat aku heran ke? Terkocoh-kocoh juga Zahra masuk. Buatnya betul kena denda, haru namanya tu.

Seperti biasa, tengok sahaja muka Zahra, Sheila akan buat muka menyampah. Ida pesan buat don’t know je. Orang macam tu tak perlu dilayan. Zahra dan Ida mengambil tempat yang agak belakang. Baris kedua dari belakang. Malas nak duduk dekat-dekat dengan Sheila yang duduk barisan ketiga dari hadapan. Lagipun habis kuliah nanti, Zahra boleh terus menghilangkan diri melalui pintu belakang. Alhamdulillah, kuliah pada hari itu berjalan dengan lancar.

“Aku nak chow dulu. Aku tunggu kau kat kereta. Malas nak menghadap minah tu. Tak fasal-fasal gaduh lagi nanti.” Cepat-cepat Zahra kemas barang-barangnya dan bergegas keluar ikut pintu belakang. Sampai tak sempat Ida nak tahan dia. Nak buka mulut pun tak sempat. Zahra, Zahra. Pening kepala aku kalau dia berterusan macam ni sampai habis sem ni.

Zahra terus mengatur langkah menuju ke keretanya. Sampai sahaja di tempat dia memarkirkan keretanya, dia menerima satu panggilan. Zahra mendengus. Apa dia ni nak lagi! Zahra terus hang up apabila melihat nombor si pemanggil. Tak mengendahkan langsung panggilan itu.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu keretanya, ada seseorang menghalang dan memegang erat lengannya. Pantas Zahra menoleh.

“Johan!” Zahra terperanjat dengan perlakuan bekas tunangnya itu. “Apa ni! Lepaslah!” Dia meronta-ronta, minta dilepaskan. Dalam masa yang sama, Zahra tak perasan yang dia tertekan sesuatu pada telefon bimbitnya.

“Kenapa tak jawab call I tadi? We need to talk.” Mencerlung mata Johan melihatnya.

I tak nak dengar apa-apa lagi. Apa sahaja yang keluar daripada mulut you semuanya dusta!” Zahra melepaskan amarahnya.

“Zahra, please.” Johan masih tidak berputus asa. Dia tetap mahu bercakap dengan Zahra.

Zahra masih cuba melepaskan dirinya. “Ya ALLAH! You tak faham ke apa yang I cakap? I tak nak dengar apa-apa lagi! Lepaslah, you sakitkan la!” Cengkaman Johan benar-benar menyakitkannya. Zahra terasa ingin menangis. Air matanya mula menitis.

“Lagipun I dah bertunang. Tak faham lagi ke?” Sengaja dia meneruskan penipuannya.

“Tipu! I know you are lying!” Suara Johan melengking kuat.

Terkejut Zahra dengan Johan yang tiba-tiba menengkingnya. “Buat apa I nak tipu you?” Semakin gerun dia melihat wajah bengis Johan.

“Kalau ya, mana cincin tunang you?!” Johan menunjukkan jari Zahra. Membuatkan gadis itu semakin menggigil.

“Lepaskan dia!” arah seseorang.

Hanya beberapa langkah daripada mereka, Zahra tergamam melihat Arif dan Ida.

Melihat kedatangan mereka yang tak diduga, Johan melepaskan lengan Zahra. Pantas Ida dapatkan Zahra. Menjauhi Johan. Pipi sepupunya itu sudah dibasahi dengan air mata.

“Ni bukan urusan kau!” gertak Johan. Dia menguak kasar rambutnya ke belakang. Marah dengan kemunculan Arif secara tiba-tiba.

“Antara kita sudah tiada apa-apa urusan lagi, Johan. You juga yang tinggalkan I. Pergilah. Sudah-sudahlah you menghubungi I lagi.” Esakan Zahra kian menjadi-jadi walaupun perlahan. Dia masih dalam dakapan Ida.

“Encik Johan, saya tak rasa dia nak bercakap dengan awak,” tutur Arif mendatar dengan muka seriusnya.

Johan mendengus kasar. Tanda tidak berpuas hati. “Zahra, we are not finish yet.” Hasratnya untuk bersua muka dengan Zahra terkubur di situ. Hilang sahaja kelibat Johan, Zahra jatuh terjelepok. Kakinya terasa lemah sekali untuk terus berdiri. Terbang habis segala kekuatannya semasa berdepan dengan Johan.

“Zahra, kau ok?” Ida cemas.

Arif sudah berdiri di hadapan Zahra. Namun, dia tak bersuara. Tengkuk belakangnya diurut. Diri terasa tegang dan marah dengan perbuatan Johan. Kalau diikutkan nafsu marahnya, boleh sahaja dia bagi sebijik penumbuk pada muka Johan tadi. Namun, disabarkan sahaja hatinya yang tengah panas itu. Tak guna selesaikan dengan kekerasan.

Lama mereka begitu sebelum Zahra berdiri semula. Lalu menoleh kepada Arif. “Terima kasih.” Kemudian dia kembali tunduk. Malu dengan Arif yang melihat keadaannya yang sememeh itu.

“Dah menjadi tanggungjawab saya. Tanggungjawab sesama Muslim.” Arif memberi senyuman hambar.

“Cik Ida, saya rasa baik awak bawa dia balik.” Dia menyambung lagi.

Ida terus akur. Dipimpinnya Zahra ke bahagian penumpang, sebelum dia masuk ke bahagian pemandu. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada pensyarahnya itu.

Arif membalas dengan mengangguk. Ya ALLAH, KAU kuatkanlah semangat Zahra, KAU lindungilah dia.


Enjoy^_^
Terima kasih kerana sudi baca^-^b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera