SEJAK sejam
yang lalu, Zahra yang sudah sedar
dari tidurnya, masih termenung merenung kipas angin yang berputar malas di
siling. Wajahnya nampak sembap. Seketika
kemudian, mata dipejamkan semula. Atas
permintaannya, Ida membawa dia balik ke Desasiswa Tekun. Tak sanggup membiarkan
abah dan ibunya bimbang. Tambah-tambah lagi, Puan Sofea yang amat peka dengan
perubahannya, sudah tentu dapat mengesan sesuatu melalui keadaan dia yang
kurang baik tika ini.
Mata dicelikkan. Perlahan-lahan dia bangkit. Sewaktu sampai di bilik Ida
tadi, dia mengadu sakit kepala. Migrain katanya. Barangkali stress dengan masalahnya. Selepas mengambil dua biji panadol,
dia terus melelapkan mata.
“Migrain lagi ke?” Ida sudah duduk di birai katil.
“Tak sangat. Sikit je.” Zahra meletakkan ibu jari dengan jari telunjuk
kanan pada kedua-dua pelipisnya lalu memicit perlahan. Dalam hati, tak lupa
mengamalkan doa untuk sakit kepala. Tak rugi aku hafal doa-doa yang Ustaz Pink ajar. Terima kasih kepada Ustaz Pink yang sudi berkongsi ilmu tentang petua
ini. “Dan Kami turunkan dengan
beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman...” (Surah al-Israa’ 17:82). Begitulah
warkah-NYA yang berisi ayat-ayat penawar sebagai penyembuhan bagi segala
peyakit.
“Kau nak makan? Aku belikan nasi dengan sup ayam. Tak elok biarkan perut tu
kosong. Gastrik pula nanti. Nanti mak lang dan pak lang bising kat aku pula
sebab tak jaga anak dia orang baik-baik,” bebel Ida panjang lebar.
“Lailahaillallah, aku lupa nak bagi tau ibu aku. Mesti dia risau. Pagi tadi
aku beritahu pada ibu, aku akan terus balik ke rumah selepas kelas.” Cemas
Zahra mencari telefon bimbitnya. Menambahkan rasa sakit di kepala. Berkerut
dahi menahan sakit.
“Aku dah hantar mesej pada mak lang. Aku guna handphone kau tadi.” Ida tunjuk peace.
Zahra melepaskan nafas lega. “Thanks Ida. Aku susahkan kau pula.” Mata dipejamkan.
“No hal la Zahra. Kita kan sepupu
sehidup semati.” Dengan galak, Ida terpukul lengan Zahra.
“Ouch!” Zahra menjerit. Terasa perit pada lengannya.
“Sorry Zahra. Aku pukul kuat sangat ke?” Wajah Ida bertukar
menjadi cemas.
“Tak, bukan salah kau...” Zahra tak sanggup menghabiskan ayatnya. Lirih
sahaja suaranya.
“Mesti sebab Johan tadi kan?” Ida menebak dengan wajah yang serius. “Bak
sini aku nak tengok.” Tangan Zahra diraih sebelum sepupunya itu mengelak.
“Takpelah, sikit je ni.”
“Sikit apanya kalau kau dah jerit macam tu.” Ida bangun untuk mengambil
untuk mengambil sesuatu di dalam almari. Dia kembali dengan sebotol minyak
angin di tangan.
“Meh, nak tengok.” Ida menyingsing lengan baju Zahra sebelum sempat dia nak
halang. “Ya ALLAH! Teruk la Johan ni. Tadi merah je kan? Ni dah bertukar jadi
biru. Kalau aku dapat mamat mangkuk tu aku cincang-cincang dia. Geram betul!” sungut
Ida kegeraman. Nampaknya Ida pun dah pandai panggil anak orang mangkuk. Minyak
gamat disapu perlahan pada lengan Zahra. Sesekali dia merengus. Marah betul dia
dengan si Johan tu.
Zahra hanya diam memerhati. Ada rasa sebak di dada. Terharu dengan
keprihatinan Ida terhadapnya.
“Eh? Kenapa kau sedih ni? Aku bukan marah pada kau. Janganlah
menangis.” Ida bersuara cemas apabila dia melihat mata Zahra berair.
Sepantas kilat Zahra menggeleng. Air mata pada tubir mata diseka. “Tak. Aku
bersyukur ada sepupu macam kau,” tutur Zahra perlahan seraya memberikan segaris
senyuman.
“Ni yang aku nak kembang sekejap ni.” Ida cuba melawak agar Zahra tidak
terus diselubungi dengan kesedihan lagi.
“Kembang-kembang juga. Kau nak urut tangan aku ni sampai bila?”
“Dah siap dah. Kau nak makan sekarang? Aku panaskan sup eyh?”
“Kau nak panas guna apa?” Zahra kehairanan. Sejak bila desasiswa ni ada
dapur?
“Hehe. Dengan ni.” Ida menunjukkan sesuatu sambil tersengih.
“Tak tau pula aku, kau ada periuk nasi secomel tu.”
“Papa aku baru belikan. Tiba-tiba aku terasa nak ada periuk nasi.” Biasa
sangat kalau penuntut yang tinggal di asrama menggunakan periuk nasi untuk
memasak atau memanaskan makanan.
“Dah sem akhir baru teringat nak ada rice
cooker, kenapa tak masa
hari terakhir kat sini baru nak beli?” perli Zahra sebelum dia tergelak.
Ida tarik muncung. “Tak nak panaskan baru tahu. Kita punyalah baik hati nak
tolong dia panaskan, dia perli kita macam tu lak.”
Zahra tergelak lagi. Kelakar tengok Ida tarik muncung dan merajuk. Bukan
Ida namanya tu. “Eh? Pukul berapa eyh sekarang?” Macam dah lama je aku tidur.
Rasanya sejak pukul sebelas setengah pagi tadi.
Ida melirik pada jam di atas meja studinya. “Lima minit lagi nak pukul
empat.”
Bulat mata Zahra mendengarnya. “Alamak! Aku belum zohor. Kenapa tak kejut
awal-awal?” Lekas-lekas dia menuju ke bilik air yang terletak di luar bilik Ida
untuk mengambil wuduk.
“Aik? Bukan aku dah panggil dia awal-awal tadi ke?” Ida garu kepala. Pelik
benar aku dengan Zahra yang sentiasa kalut tak bertempat ni.
***
SRUPPP.
Sesudu sup ayam dihirup. Lagi, lagi dan lagi. Nikmatnya sup ayam ni. Makan
dengan nasi panas-panas lak tu. Zahra menghirup lagi dan terus menghirup sup
ayamnya. Makan sampai tak ingat dunia budak seorang ni.
“Oishii? (Sedap?)” Ida yang
sedang menopang dagu di meja menegur Zahra. Zahra ni dah ada rupa macam sepuluh
tahun tak makan. Siap duduk bersila atas tikar aku lagi tu. Dah la tak pelawa
aku sekali. Tengok dia makan buat aku lapar pula. Padahal tadi dah bedal sup
yang sama juga.
“Hurm,” jawab Zahra dengan sekali angguk. Penuh nikmat beb. Tak pandang langsung Ida yang berada di meja belajar. Sibuk
menikmati makanannya saja. Macam tak nak kasi chance orang lain untuk berkongsi makanan dengannya.
Bosan betul aku dengan Zahra ni. Ida bangun dan duduk berteleku di hadapan
Zahra. “Kau dah nak habis makan ke? Aku nak tanya sikit ni.” Ida buat muka
toya.
Suapan terhenti. Kepala dipanggung. “Tanya apa?” Zahra buat muka bosan.
Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Ida. Siapa-siapa pun boleh baca.
Boleh jadi mind reader.
“Macam mana nak tanya erk?” Berkerut dahi Ida memikirkan persoalan yang
bermain di benaknya.
Zahra menghela nafas panjang. Mangkuk yang sudah licin, diletak ke bawah.
“Daripada mimik muka kau, aku tahu kau nak tanya fasal apa.”
“Selama ini Johan masih cuba menghubungi kau ke?” soal Ida yang inginkan
kepastian.
Sebuah keluhan berat dilepaskan. “Ya, sejak bertemu semula di Jusco hari
tu.”
Terbeliak mata Ida mendengarnya. “Tapi aku tengok kau...”
“Aku cuba berlagak
macam tak ada apa-apa. Aku tak layan langsung segala panggilan dan mesej
daripada dia. Aku dah delete kesemuanya,” cantas Zahra. Dia kembali
muram. “Dia tak habis-habis ganggu aku, Ida. Bukan dia sahaja tapi si Wonderland tu juga.”
Dahi Ida berkerut seribu. “Si Wonderland?” Pelik. Siapa pulak
tu?
Zahra mengeluh pabila melihat perubahan pada wajah Ida. “Aku malas nak
sebut nama bini dia.” Dia tarik muka masam.
“Ooo si Elis tu rupanya.” Elis the Wonderland tu rupanya. Ingatkan siapa la tadi. Gasak kau lah Elis.
Sebutan nama kau dekat dengan Alice. Sebab tu sepupu aku ni boleh bagi gelaran.
“Kau tahu tak? Dia marah-marah aku. Tuduh aku nak rampas Johan semula.
Tuduh aku nak hancurkan rumah tangga dia.” Zahra mula menangis teresak-esak di
bahu Ida. Hatinya terasa sakit apabila dituduh sedemikian. Padahal bukan dia
yang terhegeh-hegeh mahukan Johan semula.
Melihat Zahra sebegitu, Ida pantas meraih sepupunya itu dalam pelukan. “Ya ALLAH,
Zahra, kenapa kau tak pernah nak beritahu pada aku? Kesian kau kena simpan sorang-sorang.”
Patut la aku tengok sepupu aku ni mudah menangis. Cengeng semacam. Ada masa
termenung seorang diri.
“Aku ingat aku kuat dan mampu hadapi semua ini seorang diri. Tapi
rupa-rupanya aku tak mampu. Kenapa dia orang nak terus ganggu hidup aku? Tak
boleh ke bagi aku hidup dengan tenang? Aku rasa macam nak lari daripada semua
ni je.” Dalam tangisan, Zahra meluahkan segala yang terbuku di hati.
Ida melepaskan pelukan. Kedua-dua tangan Zahra digenggam erat. “Janji
dengan aku, kau takkan sorokkan apa-apa lagi. Jangan simpan seorang diri lagi.
Apa guna aku di sisi kau kalau aku tak dapat nak bantu kau. Aku tak sanggup
lihat kau terus begini lagi. You
deserve the best.”
Zahra menarik nafas panjang. Tangisannya sudah mula berhenti. Air mata yang
mengalir disapu. Mujur Ida ada di saat-saat dia memerlukannya.
“Ok, dengar ni.” Ida memberi arahan. Dia buat mimik muka yang serius.
“Ok.” Zahra mengangguk sekali. Gayanya persis gaya prebet yang sedang mendengar
arahan leftenannya.
“Perkara pertama yang perlu kau lakukan ialah block nombor dia orang. Download
application yang boleh block nombor dia orang.” This
is a must!
“Ya,
that’s it. Apesal aku tak terfikir
langsung?” Zahra mengetuk kepalanya.
“Aku dah agak dah. Kau mesti tak terfikir punya. Perkara kedua ialah...” Senyuman
nakal mula terlukis pada wajah Ida.
Zahra mengerut. “Ida...what
with that face?” Semacam je
Ida ni. Ni yang buat aku cuak giler ni.
“Kelakarnya aku tengok muka kau ni.” Ida masih lagi dengan sengihan
nakalnya.
“Kau jangan nak main-main, Ida. Kau kena bagi tau aku juga,” pinta Zahra.
“Ada la. Mana boleh bagi tau.”
Zahra terus mendesak. “Ida, onegai
(please)...”
“Sampai masa nanti kau akan tahu juga.”
“Kau jangan nak buat sesuatu yang pelik dan tak masuk di akal.” Zahra
memberi amaran.
“Aku nak minta Ustaz Pink kau tu melamar kau, senang cerita, tak ada orang nak
kacau kau dah.” Dengan sekali nafas Ida menghabiskan ayatnya.
“Kau gila ke!” jerit Zahra. Mau terlompat dia mendengarnya.
“Ok apa.” Ala sepupu aku ni. Mahu tapi malu. Mulut cakap tak nak, hati
sebenarnya nak. Hehehe.
“Jangan nak merepeklah. Lagipun dia bukannya suka pada aku pun.” Zahra
mencebik dan menjelir lidahnya.
“Kau cakap macam ni, macam kau nak dia suka pada kau je? Kau dah suka pada
dia?” teka Ida. Sengihan dilebarkan.
Zahra semakin kalut. Duduk pun tak betul dah. Alamak! Aku tersalah cakap.
“Mana ada! Pandai-pandai jelah kau ni.”
“Kau jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang datang meminang kau. Kah!
Kah! Kah!” Ida gelak macam evil
witch.
“Ida, really. That’s not funny at all.” Zahra menjeling tajam. Berpura-pura marah.
“Bila masa aku buat lawak? Aku cakap je. Dahlah. Main-main pun tak
boleh.” Ida mencebik.
Mereka senyap seketika sebelum Ida bersuara semula. “Tapi kan, Encik Arif
risau betul dekat kau tadi. Dia nampak marah sangat-sangat dekat Johan. Aku
rasa dia ada hati pada kau la.” Ida merumus. Muka dia nampak serius. Bukan
main-main macam tadi. Tiada juga nada mengusik.
“Taklah. Kau je yang rasa macam tu,” dalih Zahra walaupun hatinya turut
merasakan sesuatu. Arif sentiasa sahaja berada di mana-mana saat dia dalam
kesusahan.
“Betul la Zahra. Aku tak tipu. Kau dengan dia macam ada chemistry.” Ida masih dengan pendapatnya. Dari dulu lagi dia dapat
merasakan Zahra dan Encik Arif ada chemistry. Seperti campuran bahan kimia yang kuat.
“Chemistry otak hanglah. Malaslah nak cakap fasal hal ni lagi. Baik aku gi basuh ni dulu.” Wajah Zahra
berubah menjadi kelat dengan kata-kata Ida. Dia yang kemudiannya baru sahaja
ingin bangun, kembali bersila. Dia buat muka pelik. “Chotto...(sekejap...)”
Ida angkat kening. “Nani (apa)?”
“Kenapa kau boleh ada dengan Encik Arif?” Perasaan ingin tahunya
membuak-buak. Kenapa ya Ida boleh ada dengan Ustaz Pink?
“Kenapa? Kau jealous eyh.” Ida mula menyakat dengan muka nakalnya.
“Ish! Takde mana aku nak jealous,” sangkal Zahra seraya berdecit. Hatinya tak keruan. Aku
cemburu ke?
“Kalau jealous cakap jelah. Kau ni aku berkenan pada kawan dia, bukan
dia. Macam tak faham-faham lagi taste aku.” Ida tarik muncung.
“Sebenarnya lepas habis kelas tadi, Encik Arif nak bagi handout. Tapi kau kan dah cabut awal sampai Encik Arif nak jumpa
kau pun tak sempat. Masa tu juga aku try
call kau. Nak bagi tau
aku lambat sikit sebab aku nak tanya dia fasal tugasan hari ni. Kau tak perasan
ke kau jawab call aku tadi?” Panjang lebar Ida bagi penerangan agar tak
tersalah sangka. Mematikan terus segala prasangka yang kurang enak di hati
Zahra.
Zahra dengan muka kelam, menggeleng. “Tak”
“Aku dengar kau menjerit. Tu yang kami bergegas ke tempat letak kereta.”
“Macam mana dia boleh ikut kau sekali?” Zahra bertanya dengan perasaan
ingin tahu. Berdebar-debar.
“Dah aku asyik cakap helo, helo, banyak kali. Aku siap panggil nama kau banyak kali lagi.
Mana la dia tak dengar sebab masa tu dia ada depan aku je. Muka aku pun cemas jugak
waktu tu. Mestilah dia syak ada benda buruk terjadi kat kau. Terus dia cakap
nak ikut aku sekali masa aku nak keluar untuk dapatkan kau,” terang Ida lagi.
Sampai tak cukup nafas dah. Kalau cemburu jugak tak tau lah.
“Sou iu koto ka (Macam tu ke?)” Zahra
buat ekspresi muka tak berperasaan. Pada hal dalam hati dia lega tak terkata. Dia
terus bangun dan membawa pinggan mangkuk yang kotor ke singki yang terletak di dalam
bilik air untuk dicuci.
Ida hanya memerhati. Zahra, Zahra. If
only you realize that. Ya
ALLAH, Ya TUHANku, jika benar Zahra dan Encik Arif ditakdirkan untuk bersama,
KAU permudahkanlah jodoh mereka ini.
Enjoy! TQ sudi singgah & baca^_^b
Hint bab seterusnya: SMS part II