Awak di mana-mana saja...♥
SAMPAI sahaja di bilik Ida, Zahra terus duduk di
birai katil sepupunya itu. Muka dia masam mencuka.
“Kau ni kenapa? Datang bilik aku lepas tu buat muka macam tu.” Ida menegur.
“Idaaa! Aku nak tukar subjek elektif kita tuuu...” Zahra menghentakkan
kakinya. Suaranya seakan-akan hendak menangis. Sebelum ni punyalah dia
berkobar-kobar nak ambil subjek tu. Sekarang terasa nak tukar sangat-sangat.
Menyesal sungguh! Kenapa la dia tak boleh nak pergi kelas dengan aman untuk
semester terakhir ni?
Ida mendapatkan tempat di sisi Zahra. Keningnya bertaut. “Kenapa nak
tukar?” Pelik. Bukan Zahra suka subjek macam tu ke? Pensyarah pun ok.
Zahra mendengus kasar. Dia menceritakan apa yang berlaku di pusat
pengajian sebentar tadi.
***
Kejadian
di lobi Pusat Pengajian Pengurusan...
Bagaikan bom atom jatuh ke bumi, begitulah keadaan Zahra pada masa itu. Rahang
bawah dah jatuh. Mulut ternganga. Rasanya orang yang tiada sakit jantung pun
boleh dapat penyakit itu. Bukan setakat bom atom sahaja. Malah terasa seperti ada seketul batu besar yang sedang menghempap atas kepalanya. Di hadapannya kini, terdapat satu notis penting yang ditampal pada papan notis
di pusat pengajian. Senarai nama pelajar dan pensyarah yang akan mengajar subjek Islamic Accounting.
Kenapa la dalam ramai-ramai orang, nama dua makhluk ni
ada dalam senarai! Hatinya menjerit.
“Tutup mulut tu. Lalat masuk baru tau.” Seseorang menegurnya dari tepi.
“Oh mak kau lalat!” Zahra melatah. Dia menoleh ke kiri. Mulutnya melopong lagi. Speechless. Matanya menangkap wajah Arif. Tercetus ketawa kecil
dari mulut lelaki itu. Geli hati dengan gelagat Zahra.
“Hmm, ramai juga yang ambil subjek ni.” Arif sedang membaca notis tersebut.
Padahal awal-awal lagi dia dah tahu sebab dia yang akan mengendalikan kelas itu.
“Balik-balik dia ni. Macam hantu. Mana aku pergi mesti dia ni ada,” ngomel Zahra
perlahan.
Arif memicingkan matanya. “Apa awak cakap? Macam hantu? Setahu saya hantu takde.
Yang ada jin dan syaitan je.”
“Ish! Tu pun boleh dengar.” Zahra mencebik.
“Suka benar buat mulut macam tu.” Arif menggeleng.
“Suka hati orang la.” Zahra menjuihkan mulutnya dan memeluk tubuh. Mata
dijeling ke arah Arif.
“Sweet sangat la buat macam tu,” usik Arif selamba. Tangan
diseluk ke dalam poket seluar.
“Apa dia? Ulang balik? Sweet? Saya memang sweet. Sweet
like sugar.” Zahra sengaja
memaniskan mukanya. Senyuman lebar disedekahkan. Entahkan ikhlas atau pun tak.
“Kalau cik Zahra ni betul-betul manis, dah lama segerombolan semut datang,”
balas Arif. Tapi Zahra ni memang manis senyumannya. Bila dia senyum, wajahnya
jadi sweet. Itu yang Arif rasa.
“Tu cuma perumpamaan la.” Zahra berdecit.
“But I prefer if you say
sweet like dates.”
Terbeliak mata Zahra mendengarnya. “Hah! Date? You
mean that ‘date’?” Siap buat
tanda inverted comma dengan tangan lagi. Zahra ni betul-betul dengar ataupun tidak ayat
Arif tu.
“Huh? Awak fikir...” Ayat belum dihabiskan, Arif dah ketawa.
Itu yang difikirkan Zahra rupanya. Zahra, Zahra. Kalau tak tersalah dengar,
mesti tersalah tafsir. Itu yang selalu membuatkan dia nampak kalut.
“Maksud saya buah kurma. Bukan keluar date
tu. Lagi pun kalau saya nak keluar date, baik saya keluar dengan isteri saya je. Keluar date sebelum kahwin ni boleh mengundang fitnah dan dosa.
Selepas kahwin apa pun jadi pahala. Tak gitu cik Zahra?” tutur Arif dengan nada
yang bersahaja.
Zahra berdecit lagi. “Mana la saya nak tahu Encik Arif maksudkan buah
kurma.” Buat malu betul. Sangkaannya Arif mahu mengajak dia keluar date. Dengar je perkataan date, dia dah berdebar-debar.
“Sengaja saya menggunakan kurma. Kesukaan Rasulullah s.a.w. Kurma ni banyak
khasiatnya. Banyak penawarnya.”
“Yelah.” Zahra malas mahu mendengar lagi. Kaki diangkat untuk berlalu
pergi. Tak betah lagi nak duduk lama-lama di situ dengan Arif.
Sebelum itu, sempat lagi Arif berpesan. “Jangan lupa buat revision dan yang paling penting jangan datang lambat. Satu saat
pun tak boleh.”
“Kenapa tak satu detik je?” Zahra menjawab seraya mencebik lagi. Dengan
muka masamnya, dia menapak keluar dari pusat pengajian. Itulah ceritanya di
pagi hari nan indah buat Arif. Tapi bagi Zahra tidak sama sekali.
Begitulah al-kisahnya...
***
IDA
yang setia mendengarnya dari tadi, terkekeh-kekeh mengetawakan Zahra. Tak
sangka sungguh!
“Sampai bila kau nak ketawa ni? Bukannya nak tolong aku. Aku tak kira. Aku
nak tukar juga!”
“Wei, setahu aku tarikh pertukaran subjek dah tutup.” Ida masih dengan sisa
ketawanya.
Zahra membeliakkan matanya. “Hah! Bila?”
Aduiii habis la kalau tak boleh tukar. Macam mana ni?
“Semalam. Sebarang rayuan pertukaran tak dilayan dah. Sama macam firasat
aku selama ni, kuat sungguh jodoh kau dengan Encik Arif erk. Kau nak risau apa?
Aku kan ada.” Ida menepuk-nepuk bahu Zahra sambil tersengih lebar. Tak disangka,
Encik Arif bakal mengambil tempat pensyarah kegemaran Zahra.
Zahra bagi jelingan mautnya. Tak membantu langsung si Ida ni! Dia masih
runsing memikirkan masalahnya itu. Yang lebih besar daripada masalah negara.
Ida hanya ketawa. Dia bangun dan menuju ke kabinet. Muk bercorak daun clover dikeluarkan. Lalu dia mengambil jag yang berisi air teh o
sejuk dan menuang ke dalam muk tersebut. Kemudian dihulurkan kepada Zahra.
“Nah.”
“Thanks.” Zahra sememangnya tengah dahaga selepas mulutnya tak
henti-henti bercakap sejak dari tadi. Habis dia meneguknya.
Ida mengambil semula tempatnya tadi. “Takpelah Zahra, Encik Arif kan pandai
mengajar. Kau pun skor giler-giler subjek
yang dia ajar sem lepas, kan?” Ikhlas Ida bertutur.
“Tapi aku tak nak satu kelas dengan mangkuk betina tu. Nanti dia mesti cari
fasal dengan aku lagi. Lepas tu mesti dia cakap bukan-bukan lagi.” Zahra masih tak
berpuas hati. Sesedap mulut Zahra panggil anak orang mangkuk betina. Nak buat
macam mana, inilah Zahra. Susah nak kikis perangai lama.
“Dia tu macam sengaja je nak ambil kelas tu sebab Encik Arif.” Ida turut
menambah.
Zahra mengeluh panjang. Ya ALLAH! “Boleh stress aku kalau terus macam ni.” Dia merungut.
“Tak baik mengeluh. Balik nanti kau buat solat hajat dan berdoa
banyak-banyak. Supaya tak jadi apa-apa masa di kelas tu nanti. Minta pada Yang
SATU,” cadang Ida. Kesian betul sepupu aku ni.
Sebetulnya semester yang
terakhir ni, Arif tak mengajar mana-mana subjek yang mereka ambil. Tup, tup,
ada juga. Yang paling Zahra bengang ialah Sheila ada sekali dalam kelas tu. Sah,
sah, menunjukkan bahawa dia sengaja ambil subjek tu sebab Arif.
Terima kasih kerana sudi membaca^-^b
Enjoy^_^v