BERAKHIR sudah semester kali ini. Tinggal satu
semester sahaja lagi yang sedang menanti. Tamat sahaja kertas peperiksaan yang
terakhir tadi, semua pelajar bergegas keluar dari dewan peperiksaan. Tak sabar
nak enjoy la katakan. Bak kata omputeh, is semester break time!
“Nak gi mana ni, Zahra?” Ida bertanya. Mereka mula menuju ke arah kereta
masing-masing.
“Gi mana lagi, balik tidur la. Aku tak cukup tidur ni. Semalam pun aku tidur
dekat pukul tiga pagi tau,” balas Zahra sambil menguap. Nasib baik dia tutup mulut.
Dia menggeliat sikit. Mindanya sudah terbayang-bayang katilnya yang
seolah-olah sedang memanggil-manggil.
'Bestnya kalau dah ada dalam bilik.
Boleh terus terjun atas katil.' Zahra menguap lagi. Semasa berada di dalam dewan
peperiksaan tadi, sempat juga dia terlelap selama 15 minit. Bertuah punya student.
Mujur tak berdengkur.
“Kau ni asyik dengan tidur je.”
Ida memuncungkan mulutnya.
“Lusa kau balik KL kan?” Giliran Zahra pula bertanya.
Ida angkat kening. “Yup, kenapa? Nak
ikut balik KL ke?”
Zahra menggeleng. “Tanya je.
Oklah aku balik dulu.”
“Yelah, yelah. Petang sikit aku
gi rumah kau.”
“Okey. Balik dulu, bye.”
Seperti kebiasaan, jika tiada aral melintang, Ida akan bertandang ke
rumah Zahra. Lagipun ke mana lagi harus dia pergi kalau bukan ke rumah mak
lang. Dan hobi barunya ialah mengusik dan menyakat Zahra. Semuanya bermula
dengan kehadiran Ustaz Pink dalam hidup Zahra.
“Tada! Tengok aku bawa apa?” Ida
menunjukkan DVD drama Koreanya. Dia terus meluru masuk ke dalam kamar tidur Zahra
tanpa menunggu pelawaan daripada sepupunya itu.
“Kau ni Ida, kalau nak tengok drama Korea, baik kau tengok dekat hostel je.” Ada ke dia bawak mai DVD Korea dia. Agaknya sampai pukul
berapa dia nak bersengkang mata untuk menghabiskan drama dia tu? Sah, sah, bermalam
dekat sini terus malam ni.
Ida tarik sengih sampai ke telinga. “Aku boring la tengok sorang-sorang. Kau join sekali eyh.”
“Ni nak jaga sampai pukul berapa ni?” Mahu sampai ke subuh ni.
Ida angkat bahu. “Entah. Drama ni ada dua puluh episode. Aku tak sempat nak
tengok lagi.”
“Hah! Dua puluh?!” Betul la tu. Nampaknya sampai ke subuh la aku kena teman
si Ida ni. Habis la laptop aku...
“Cite ni best.” Ida dah angkat ibu jari.
“Mana kau tau best? Tengok pun belum.” Zahra sudah bersila di atas lantai, di sisi Ida yang sedang menghidupkan laptopnya.
“Tak percaya. Cuba baca sinopsis dia.” Ida menghulurkan DVD box kepada Zahra lalu Zahra menyambutnya.
“The
King 2 Hearts.” Nan ja kore? (Apa ni?) Raja ada dua
hati. Lawak, lawak. Ceritanya mengenai percintaan antara Crown Prince dari Korea Selatan dengan Special
Force Instructor dari Korea Utara. Pada mulanya mereka tak mencintai antara satu sama lain langsung.
Asyik bergaduh je memanjang. Tapi dikahwinkan
atas urusan negara. Ala-ala arranged
marriage la jugak ni.
“Zahra kau takde snek ke? Macam popcorn ke? Cite dah
nak start ni.”
“Kau ingat rumah aku ni cinema ke?” Demand pula budak ni.
“Minta sikit snek pun tak boleh. Tau tak menjamu tetamu ni amalan yang
mulia?” Ida nak bagi ceramah agama da.
“Yelah, yelah. Aku turun jap. Nak tengok ada apa kat dapur.”
Zahra kembali dengan Mister
Potato Rice Crisps Flame grilled BBQ dengan air oren Sunkiss. “Nah, jajan ni je yang ada.”
Jajan disambut. “Mayones
takde ke?”
“Ada.” Zahra menghulurkan sepeket mayones pula kepada Ida. Tak sah kalau
makan jajan tanpa mayones. Tabiat
makan Zahra dengan Ida sejak kecil. Cecah jajan
dengan mayones.
Ida menyuap kerepek ubi kentang yang dicecah dengan sedikit mayones ke
dalam mulut. Sambil itu, “Kau tak rasa ke actor yang memainkan watak Eun Shi Kyung ni macam...” Tengah
menonton pun Ida sempat lagi berfikir, muka si Jo Jung Suk, actor yang membawa watak Eun Shi Kyung,
macam siapa. Mata dia dah la tak berganjak langsung daripada skrin laptop.
“Macam sape?” tanya Zahra. Air
oren diteguk sedikit.
Ida tertampar belakang Zahra. Pap! “Hah! Macam Encik Arif la. Ada rupa. Aku rasa aku lagi suka tengok supporting actor ni daripada main actor dia.” Sekacak-kacak Lee Seung Gi ni, kacak lagi Jo Jung Suk.
Itu yang terlintas dalam fikiran Ida. Muka dia nampak naif giler dalam cerita ni. Kecian
sebab selalu kena buli dengan Putera Lee Jae Ha.
Dek terkejut dengan tamparan Ida, Zahra tersembur. Uhuk! Uhuk! Terbatuk terus dibuatnya. Apa punya cousin da. Terkejut aku. "Kau ni Idaaa..."
"Hehe, sorry, sorry." Ida menepuk perlahan belakang Zahra.
"Kau dengar tak aku cakap apa tadi? Muka Encik Arif macam Eun Shi Kyung la."
Zahra buat-buat tak tahu. “Encik Arif mana?” Pada hal dia tahu Ida tengah
cakap fasal sapa.
“Buat tak tahu lak. Ustaz Pink kau tulah.” Ingat aku tak tahu ke? Saja buat-buat tak
tahu lak.
Zahra berdecit. “Apa-apa jelah kau Ida. Muka dia nak macam main actor ke, supporting
actor ke, apa kena
mengena dengan aku?”
“Memang ada kena mengena dengan kau. Sebab aku suka kalau kau dengan Ustaz Pink. Wahaha.” Ida ni tak habis-habis dengan kerja menyakat
dia. Zahra terus membaling bantal yang dipeluknya tadi ke arah Ida. Pantas Ida
menyambutnya. Maklumlah bekas pemain bola jaring masa sekolah dulu.
Ida tersengih. “Hehe jangan la marah. Okey, okey, aku tak usik dah. Kau
tengok tu. Sweetnye hero dan heroin
main piano sama-sama.”
Tuk! Tuk! Tuk! Sedang asyik menonton, pintu bilik Zahra diketuk. Zahra bingkas
bangun untuk membuka pintu bilik. Pasti ibu. Sebab setahu dia petang-petang
macam ni abah ada di masjid.
Tombol pintu dipulas. “Ibu, kenapa?” tanya Zahra saat melihat ibunya di muka pintu.
“Abah kamu dah balik. Dia bawa balik tetamu sekali. Jangan lupa pakai sopan sikit
masa nak turun nanti,” pesan Puan Sofea.
Tahulah Zahra tetamu abahnya itu adalah lelaki. “Okey. Jap lagi Zahra turun.” Setelah menutup pintu, Zahra mula bersiap.
Dia mengenakan jubah hitam dengan sedikit sulaman pada pergelangan tangan dengan tudung Ariani. Senang. Sarung je.
Zahra geleng kepala melihat Ida yang masih belum berganjak lagi. “Dah, dah, la tu Ida. Malam nanti boleh sambung lagi. Kita turun dulu. Ada guest la. Nak tolong ibu kat
dapur ni,” ajak Zahra.
“Janji kau kena teman aku tengok sampai habis.”
“Iye aku teman. Dah, cepat siap.
Aku turun dulu.”
Tanpa menunggu Ida,
Zahra terus turun ke bawah. Nak tahu apa yang terkeluar dari mulut dia
tatkala melihat tetamu abah, jeng, jeng, jeng...
p/s: agak-agaknya siapa la tetamu abah ni...Arif, Johan ataupun Alfiyaakob?