“LAMA Dina tak ke
sini. Along tak datang sama?” kata Datin Iznaini.
Irdina
menyalami Datin Iznaini. Keluhan ringan terlepas daripada bibir. Persoalan yang
sering singgah di cuping telinga. Apa jawapan yang harus diberikan kepada
ibunya itu?
“Lama
ibu tak jumpa dengan along,” suara Datin Iznaini.
“Along
sibuk la ibu. Business along makin
berkembang. Pekerja pun kurang. Jadi, along tak ada masa nak lawat ibu.” Irdina
berasalan. Berharap Datin Iznaini dapat menerima alasan itu.
“Itu
saja alasan Dina. Along sibuk! Along sibuk! Tak ada alasan lain lagi ke yang
boleh Dina bagi pada ibu?” balas Datin Iznaini bernada kecewa.
Irdina
terkedu. Wajah kecewa ibunya menyapa mata. Sungguh, dia berasa bersalah kerana
membohongi Datin Iznaini. Tetapi, dia tidak ada jalan lain selain daripada
berbohong.
“Sampai
bila-bila along takkan maafkan ibu,” luah Datin Iznaini, sebak.
“Ibu…
Janganlah macam ni,” pujuk Irdina, lembut.
“Ibu
menyesal dengan apa yang telah ibu lakukan dahulu pada kamu adik-beradik.
Tapi….” Datin Iznaini mematikan ayat. Rasa kesal membelenggu diri.
“Ibu,
sudahlah! Kan Dina ada beritahu dulu. Satu hari nanti, along pasti akan maafkan
ibu,” jelas Irdina, memujuk. Wajah tua ibunya ditatap kasih.
Datin
Iznaini tidak membalas. Senyuman hambar menghiasi bibir tuanya.
“Dina
lapar! Ibu ada masak apa hari ni?” adu Irdina, manja.
“Ibu
masak ayam masak merah. Dina nak makan?” balas Datin Iznaini.
“Mestilah
nak makan. Perut Dina dah buat konsert Search ni,” rengek Irdina sambil menepuk
lembut perut sendiri. Sengihan diberikan kepada ibunya itu.
Datin
Iznaini ketawa kecil. Kepala menggeleng melihat tingkah laku Irdina.
“Jom
ibu!” ajak Irdina sambil memaut lengan Datin Iznaini.
“Anak
ibu ni gembira semacam saja, kenapa? Ada yang ibu tak tahu ke?” tegur Datin
Iznaini. Itulah yang dilihatnya kepada Irdina. Wajah ceria anaknya itu.
“Mana
ada apa-apa la ibu. Kan Dina sentiasa ceria dan gembira.”
“Iya
ke ni? Anak ibu ni macam orang tengah angau bercinta saja.”
“Bercinta?
Tak adalah!”
Datin
Iznaini tersenyum. Dia yakin yang Irdina sedang dilamun cinta. Cuma anaknya itu
tidak menyedari akan keadaan itu.
“Siapa
jejaka bertuah tu?” Datin Iznaini masih tersenyum.
Irdina
tersenyum kelat. Siapa yang dimaksudkan oleh ibunya itu? Kenapa Datin Iznaini
berkata begitu? Benarkah dia sudah jatuh cinta dengan seseorang?
“KAU biar betul,
Ir?” soal Naufal inginkan kepastian.
“Kenapa?
Kau ingat aku main-main ke?” soal Tengku Irfan pula.
“Aku
tak kata kau main-main. Cuma aku pelik saja.”
“Pelik?
Apa yang nak dipelikkan?”
“Ir,
aku tak pernah tengok kau macam ni.”
“Macam
mana apa?”
“Perasaan!
Kau dah ada perasaan.”
Tengku
Irfan berkerut dahi. Kurang faham dengan kata-kata Naufal.
“Aku
gembira dengan perubahan kau.”
“Sebelum
ni kau tak gembira ke?”
Naufal
sekadar mengangguk. Sungguh, dia bersyukur dengan perubahan Tengku Irfan.
“Kau
dengan papa aku sama saja. Apa yang peliknya pun aku tak tahu.”
“Ir,
dulu kau tak macam ni. Kau suka menyendiri dan termenung. Kau seperti orang
yang tidak berperasaan. Masalah kemurungan kau menyedihkan hati papa kau. Walau
banyak kali kami nasihat, kau tetap sama,” jelas Naufal, tenang.
Tengku
Irfan berfikir sejenak. Otaknya cuba merencana penerangan Naufal. Ada benarnya
kata-kata Naufal itu. Tidak dinafikan dulu dia seorang yang tidak berperasaan.
Suka merisaukan hati Tengku Iqbal. Rasa bersalah mengepung diri.
“Siapa
yang buatkan kau jadi macam ni, Ir?” tanya Naufal ingin tahu.
Dia
yakin. Perubahan Tengku Irfan berkait rapat dengan seseorang. Adakah Irdina
yang telah mengubah Tengku Irfan?
“Tak
ada sesiapa,” jawab Tengku Irfan.
Nama
Irdina meniti di benak hati kala ini. Kenapa dia berasa berdebar-debar tatkala
nama itu meniti di benak hati?
“Irdina
Asyikin?” tebak Naufal sambil mengangkat kening.
“Minah
tu? No way!” bidas Tengku Irfan,
keras.
Naufal
ketawa. Geli hati melihat wajah tegang Tengku Irfan. Begitulah Tengku Irfan
setiap kali nama Irdina meniti di bibir.
“Minah
sengal! Aku suruh dia, dia suruh aku pulak. Siapa bos? Aku ke dia?” luah Tengku
Irfan tidak puas hati.
“Apa
yang dia dah buat pada kau?”
“Aku
suruh dia siapkan kerja. Boleh pulak dia suruh aku balik.”
“Kerja
apa?”
“Aku
mintak dia taipkan report yang aku
dah draf. Dia kata dia tak tahu menaip komputer. Mustahil dia tak tahu. Alasan
bodoh pulak tu yang dia bagi.”
“Habis
tu, dia buat tak kerja kau tu?”
“Okeylah.
Alasan yang dia bagi tu boleh difikirkan logik. So, aku tunjuklah kat dia macam mana nak buat. Alih-alih, aku yang
taip semua draf report tu,” bengang
Tengku Irfan.
Tergelak
Naufal mendengarnya. Kepala menggeleng memikirkan tingkah laku Irdina. Gadis
itu bukan calang-calang orang. Gadis itu seorang yang bijak.
“Haishh…
Sakit hati aku memikirkan pasal dia,” luah Tengku Irfan pula.
“Hai…
Setiap hari ke kau fikirkan pasal dia?” tanya Naufal sekadar menduga.
“Err…”
Tengku Irfan terkedu. Adakah dia tersalah berbicara?
“Kau
dah…”
“Nonsense!” pintas Tengku Irfan, tegas.
Naufal
ketawa. Wajah tegang Tengku Irfan menyapa mata.
“Aku
nak kenakan dia. Kali ini aku takkan lepaskan dia,” kata Tengku Irfan sambil
menggenggam erat tangan.
“Ir…
Ir…. Aku suka tengok kau macam ni berbanding dahulu,” ujar Naufal pula.
Tengku
Irfan menghalakan mata ke wajah Naufal.
“Aku
bersyukur dengan perubahan kau.”
“Aku
bersalah pada papa aku.”
“Kau
dah tebus rasa bersalah kau tu dengan apa yang kau buat sekarang ni, Ir.”
“Aku
tetap rasa bersalah, Naufal. Aku banyak susahkan hati papa aku. Insya-Allah,
mulai sekarang aku takkan susahkan papa aku lagi. Aku akan buktikan pada papa
aku yang aku benar-benar dah berubah. Aku nak buang jauh-jauh kenangan tu
semua,” jelas Tengku Irfan, tenang.
“Aku
tahu Ir. Peristiwa tu terkesan di hati kau. Malah, peristiwa tu juga buatkan
kau berasa rendah diri dan kekurangan. Mungkin ada hikmah kenapa kau alami
semua tu,” balas Naufal, tersenyum. Wajah Tengku Irfan ditatap mesra.
“Selama-lamanya
aku akan berasa rendah diri, Naufal. Tangan aku….”
“Insya-Allah,
Ir. Aku yakin suatu hari nanti tangan kau pasti pulih.”
Tengku
Irfan tersenyum hambar. Tangan kanannya dipandang sayu. Disebabkan itu, dia
berasa rendah diri dan kekurangan. Semoga dia dapat menghadapi kekurangan itu
seikhlas hati.
“CINTA! Ibu
aku tu dah mengarut. Aku jatuh cinta? Please!!!”
kata Irdina kepada dirinya sendiri. Kakinya melangkah menyusuri gerai-gerai di
pasar malam itu.
“Mel
pun sama macam ibu. Kata aku dah jatuh cinta. Dengan siapa aku jatuh cinta?”
sambung Irdina lagi. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Tengku
Irfan? Gila! Mustahil dia!” tukas Irdina, menggeleng laju.
Langkah
dihentikan di sebuah gerai menjual cakoi. Setelah membeli, dia menyambung
langkah menuju ke rumah. Entah kenapa fikirannya memikirkan Tengku Irfan.
Adakah benar dia jatuh cinta kepada Tengku Irfan?
“Daripada
tengku poyo tu, baik aku jatuh cinta dengan Naufal. Lelaki tu hebat. Cool. Handsome dan macho.”
Irdina memuji Naufal. Tersengih-sengih dia ketika itu.
“Macam
mana kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan Naufal?” Irdina menduga sendiri.
Senyuman malu menghiasi bibirnya pula.
“Oh
mak kau jatuh tergolek!” latah Irdina tatkala bahunya berlanggar dengan
seseorang.
Tengku
Irfan terkejut. Dihalakan mata ke tubuh yang dilanggarnya sebentar tadi.
“Haishh….
Jalan tak tengok orang. Inilah padahnya,” rengus Irdina, keras.
“Maaf,
tak sengaja,” ucap Tengku Irfan tanpa menyedari Irdina.
“Irdina?”
tegur Naufal, tiba-tiba.
Irdina
terkedu. Wajah Naufal dan Tengku Irfan menyapa mata.
“Awak
buat apa kat sini?” tanya Naufal, prihatin.
“Baru
lepas main kejar-kejar dengan Melisa,” jawab Irdina, selamba.
Berkerut
dahi Naufal mendengarnya. Apa yang dimaksudkan oleh Irdina itu?
“Tak
adalah, Encik Naufal. Saya gurau saja,” sengih Irdina.
Naufal
hanya mengangguk dan tersenyum. Wajah Irdina masih menjadi tatapan mata.
“Eh…
Tengku pun ada juga,” tegur Irdina tatkala terpandang Tengku Irfan.
Bukannya
dia tidak menyedari kehadiran Tengku Irfan di situ. Sengaja buat-buat tidak
nampak. Sengihan diberikan kepada Tengku Naufal.
“Seorang
saja ke?” tanya Naufal lagi.
“Dengan
pakwe!” balas Irdina, tersenyum malu. Sekadar mengusik pemuda itu.
“Awak…
Dah ada boyfriend?” soal Naufal ingin
tahu.
Irdina
hanya tersenyum. Perlukah dia menjawab pertanyaan Naufal itu?
“Dari
mana?” tanya Irdina kemudian.
“Jalan-jalan.
Cuci mata sambil hirup udara malam,” beritahu Naufal, tersenyum.
Irdina
mengangguk faham. Dihalakan mata ke wajah Tengku Irfan. Hanya cebikan yang
diberikan oleh pemuda itu.
“Tak
apalah. Saya jalan dulu,” ujar Irdina, lembut.
“Apa
kata kita minum dulu,” cadang Naufal.
Tengku
Irfan yang mendengar pantas menyiku lengan kawan baiknya itu. Kurang senang
dengan cadangan Naufal.
“Errr…
Tak apalah Encik Naufal. Dah lewat malam ni. Nanti along saya risau pulak,”
tolak Irdina, ramah. Khuatir akan kemarahan Irshad atas kelewatannya nanti.
“Saya
akan jelaskan pada along awak nanti,” balas Naufal sambil memandang Irdina.
Irdina
menggaru kepala yang tidak gatal. Serba salah ketika ini. Ditatap wajah Tengku
Irfan buat seketika. Pemuda itu hanya membisu dan mencebik sedari tadi. Adakah
Tengku Irfan kurang senang dengan kehadirannya? Bagaimana untuk mengelak
pelawaan Naufal?
“So? Macam mana Irdina?” soal Naufal
sambil mengangkat kening.
Irdina
berfikir sejenak. Seminit kemudian, dia mengangguk tanda setuju.
“HAISHHH!!!”
Luah Irdina, geram.
“Kenapa
dengan adik along ni?” tegur Irshad dari muka pintu bilik.
Irdina
menghalakan mata ke arah pintu bilik. Diramas bantal sambil melepaskan
kemarahan ke atas bantal itu. Apa yang berlaku beberapa jam yang lepas
memanaskan hatinya.
“Kenapa
ni?” tanya Irshad lagi.
Dia
menapak masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduk di birai katil. Wajah tegang
adiknya ditatap seketika.
“Marah!”
balas Irdina, sepatah.
“Marahkan
siapa pulak kali ni?”
“Tengku
poyo!”
Irshad
berkerut dahi. Siapa yang dimaksudkan oleh Irdina? Adakah Tengku Irfan?
“Geram
betul!” luah Irdina, keras.
“Apa
yang tengku tu dah buat?” tanya Irshad, berminat.
Irdina
mendengus kasar. Sakit hatinya mengingati peristiwa yang berlaku beberapa jam
yang lepas. Ikutkan hati, mahu ditumbuk sahaja wajah Tengku Irfan ketika itu
juga.
“Why? Kau takut?” soal Tengku Irfan,
sinis.
“Takut?
Bila masa saya takut?” bidas Irdina, keras.
“Kalau
kau tak takut, kenapa muka kau pucat?” Tengku Irfan masih lagi sinis. Wajah
pucat Irdina ditatap.
Irdina
menelan liur. Kelat! Memang dia takut sebenarnya tetapi dia berpura-pura tidak
takut. Sesiapa pun akan berasa perasaan yang sama.
“Hakikatnya
kau memang seorang yang penakut. Kau tu perempuan. Buat saja cara perempuan.
Ini tidak. Nak berlagak macam lelaki,” kata Tengku Irfan, mengutuk.
Irdina
yang mendengar mengetap bibir. Semakin sakit hatinya mendengar kata-kata sinis
Tengku Irfan. Memang dia mengaku yang dia benar-benar takut kepada ketinggian.
Disebabkan peristiwa lama, dia tidak berani untuk berada di kedudukan yang
tinggi. Peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam sehingga ke hari ini.
“Saya
tak takut!” balas Irdina, serius.
“Okey!
Kalau kau betul-betul tak takut, esok kita jumpa di sini. Kalau kau datang,
memang kau bukan seorang perempuan yang penakut. Tapi kalau kau tak datang, kau
faham-faham sendiri la,” putus Tengku Irfan lalu tersenyum sinis.
“Tengku
belum kenal dengan saya lagi. Kita tunggu dan lihat. Siapa yang terkena nanti?”
balas Irdina tidak mahu mengalah.
Tengku
Irfan ketawa kecil. Wajah Irdina ditatap tajam. Nak berlagak dengan aku. Tunggu
kau, aku kerjakan kau nanti, bisik Tengku Irfan dalam hati.
“Dia
fikir dia hebat. Tau la macam mana aku nak buat esok,” bisik Irdina kepada
dirinya sendiri. Matanya memandang riak selamba Tengku Irfan.
“Jom!”
tegur Naufal, tiba-tiba.
“Oh
mak kau terjatuh!” latah Tengku Irfan dan Irdina serentak.
Berkerut
Naufal melihat tingkah laku Tengku Irfan dan Irdina. Seminit kemudian, dia
ketawa dengan tingkah laku Tengku Irfan dan Irdina sebentar tadi.
“Hahahaha…”
gelak Irshad, tiba-tiba.
Irdina
tersentak. Dihalakan mata ke wajah ketawa Irshad.
“Apa
la Dina ni. Pasal tu pun nak mengamuk bagai,” kritik Irshad, menggeleng.
Irdina
memandang tajam wajah Irshad. Rasa nak hempuk
sahaja abangnya itu.
“Buku
bertemu dengan ruas,” ujar Irshad masih ketawa.
“Maksud
along?” tanya Irdina kurang faham.
“Sebelum
ni tak ada sesiapa yang boleh lawan Dina. So,
sekarang Dina dah ada pesaing.”
“Alah…
Setakat tengku poyo tu. Ingat Dina takut ke?”
“Eleh…
Action saja lebih. Hakikatnya Dina
memang seorang yang penakut.”
“Along
jangan nak kutuk Dina pulak. Belum cuba belum tahu.”
“Dina…
Dina… Dina dah lupa ke yang Dina takut dengan tempat tinggi?” Irshad
mengingatkan. Wajah Irdina ditatap kasih.
Irdina
terdiam. Kata-kata Irshad ada benarnya.
“Along
tak yakin Dina berjaya.”
“Dina…
Dina…” Sukar untuk Irdina membalas. Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“Sudahlah!
Kadang kala, kita perlu mengaku kalah,” ujar Irshad bingkas bangun. Tanpa menunggu,
dia menapak keluar dari bilik.
“Tapi
kan, along dapat rasakan yang perasaan cinta dah mulai bercambah dalam hati
Dina,” beritahu Irshad seraya menoleh. Wajah berkerut adiknya menyapa mata.
“Cinta?
Gila!” tukas Irdina, keras.
Irshad
ketawa. Dia segera beredar dari bilik itu. Geli hati mengenangkan tingkah laku
Irdina. Belum pernah lagi dia melihat adiknya sebegitu. Adakah Tengku Irfan
telah mengucar-kacirkan hidup Irdina? Dia menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.
Irdina
hanya memandang. Kata-kata Irshad terngiang-ngiang di minda.
“Jatuh
cinta? Along, Mel dan ibu memang dah gila,” putus Irdina mendengus ringan.