“KATA kunci.
Bagaimana nak kenakan lelaki. Search!”
kata Irdina sambil jari-jemarinya menaip di keyboard
komputer.
Melisa
yang mendengar ketawa. Apa yang Irdina ingin lakukan?
“Pak
cik google mesti boleh beritahu aku
macam mana nak kenakan lelaki. Along tu tak boleh diharap. Baru nak tanya, dah
pusing sana pusing sini,” bebel Irdina pula.
Melisa
masih lagi ketawa. Geli hati mendengar bebelan Irdina.
“Aha!!!
Dah jumpa!” girang Irdina.
Melisa
yang mendengar segera menghampiri Irdina. Matanya terpahat ke skrin komputer.
“Hurm…
Tak ada yang mencabar langsung,” kata Irdina sehabis sahaja membaca.
Melisa
masih lagi membaca. Berkerut-kerut dahinya sambil cuba memahami maksud tersirat
pada penerangan yang terdapat di dalam blog itu.
“Kau
ada idea tak Mel? Macam mana nak kenakan mamat tu?” tanya Irdina seraya
memandang Melisa. Keluhan ringan terlepas daripada bibir.
Melisa
tidak membalas. Ralit membaca.
“Mel!
Kau dengar ke tidak ni?” tegur Irdina, menekan.
“Jatuh
cinta!” ujar Melisa, selamba.
“Jatuh
cinta?” ulang Irdina, berkerut dahi.
“Ni
ha… Cuba kau baca perenggan ni,” unjuk Melisa.
Irdina
membaca perenggan yang dimaksudkan. Semakin berkerut dahinya itu.
“Mudah,
kan?”
“Gila!”
“Apa
yang gila?”
“Kau
nak aku tackle tengku poyo tu?”
“Yalah!
Cara yang paling berkesan untuk kau kenakan dia.”
“Hisy!
Tak nak aku main-mainkan perasaan orang.”
“Kenapa?
Kau takut jatuh cinta betul-betul ke?” tebak Melisa sambil mengangkat kening.
“Eh…
Bukan itu maksud aku. Aku… Aku takut!” jujur Irdina.
Tergelak
Melisa mendengarnya.
“Yang
kau takut, kenapa? Apa salahnya kalau kau jatuh cinta betul-betul.”
“Aku
takkan ambil kesempatan atas kebaikan orang Mel.”
“Maksud
kau?”
“Aku
tahu, Tengku Irfan bukanlah jahat benar dan bukanlah teruk benar. Dia…”
“Habis
tu? Yang kau pergi search kat pak cik
google tanya bagaimana nak kenakan
lelaki tu, kenapa?” soal Melisa, pelik.
“Aku
memang nak kenakan dia,” tegas Irdina.
“Tak
faham aku dengan kau ni, Dina. Sekejap kau kata macam ni. Sekejap kau kata
macam tu. Kau dengan dia sama-sama pelik.”
Irdina
tidak membalas. Kata-kata Melisa berlegar-legar di minda.
“Aku
balik tempat dulu. Nanti tak pasal-pasal, marah pulak Encik Razman tu,” ujar
Melisa sambil melangkah menuju ke muka pintu bilik.
“Lunch nanti kita makan sama,” cadang
Irdina sebelum Melisa keluar.
Melisa
sekadar mengangguk. Dia segera beredar dari bilik Irdina. Rasa kelakar dengan
tingkah laku Irdina. Aku pasti kau dah jatuh cinta kepada Tengku Irfan, Dina.
Melisa menduga.
Itulah
yang dirasai melihatkan tingkah laku Irdina tatkala berhadapan dengan Tengku
Irfan. Tapi, macam mana dengan Naufal? Persoalan itu meniti di minda Melisa
dengan tiba-tiba.
“MACAM mana dengan
kerja Ir sekarang?” tanya Tengku Iqbal, prihatin.
“Setakat
ni, alhamdulillah. Banyak yang Ir kena belajar dan Encik Razman banyak bantu
Ir,” beritahu Tengku Irfan.
“Baguslah
kalau macam tu. Papa nak Ir kembangkan Suria sama seperti Mutiara.”
“Insya-Allah,
papa. Ir akan cuba.”
Tengku
Iqbal mengangguk. Matanya memandang segenap ruang dalam bilik pejabat Tengku
Irfan. Anaknya itu seorang yang menitikberatkan kesempurnaan.
“So, macam mana dengan pembantu Ir?”
“Pembantu?
Maksud papa, Irdina Asyikin?”
Tengku
Iqbal sekadar mengangguk.
“Bolehlah!
Seorang pembantu yang mendengar kata.”
“Dia
ada mendatangkan masalah pada Ir?”
“Buat
masa sekarang ni tak ada papa.”
“Baguslah
kalau dah macam tu. Tak adalah papa risaukan Ir lagi.”
Tengku
Irfan hanya tersenyum. Wajah tua Tengku Iqbal ditatap kasih.
“Kalau
dia ada mendatangkan masalah pada Ir… Ir beritahu pada papa. Tahulah macam mana
papa nak buat,” beritahu Tengku Iqbal bernada serius.
“Tak
apalah papa. Ir boleh settlesendiri,”
tolak Tengku Irfan, lembut.
Tengku
Iqbal tersenyum senang. Rasa lapang di dada melihat perkembangan positif Tengku
Irfan. Rasa bersyukur turut menumpang di hati.
“Kalau
Ir nak tanya sesuatu boleh?” ujar Tengku Irfan, perlahan.
“Apa
dia, Ir?” tanya Tengku Iqbal dan memberi sepenuh perhatian kepada Tengku Irfan.
“Kenapa
papa pilih Irdina Asyikin?” tanya Tengku Irfan.
Persoalan
itu yang sering berlegar di minda. Kenapa Tengku Iqbal memilih Irdina sebagai
pembantu peribadinya? Kenapa tidak orang lain?
Tengku
Iqbal tidak membalas. Hanya senyuman yang meniti di bibir.
“Kenapa
papa?” soal Tengku Irfan lagi.
“Encik
Razman yang rekemenkan Irdina pada papa. Mungkin ada sebab kenapa Encik Razman
memilih Irdina,” terang Tengku Iqbal.
Tengku
Irfan mengangguk faham. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Mungkin
juga perwatakan Irdina itu sendiri. Seorang gadis yang mendengar kata dan
kualiti kerjanya bagus,” sambung Tengku Iqbal.
“Mungkin
juga,” sahut Tengku Irfan.
“Ir
tak perlulah nak fikirkan tentang tu. Apa yang penting sekarang, Irdina
jalankan tugas sebagai pembantu Ir sebaik mungkin. Kalau Irdina mendatangkan
masalah pada Ir, beritahu saja pada papa dan Encik Razman. Tindakan akan
diambil terhadap Irdina,” jelas Tengku Iqbal bernada serius. Wajah Tengku Irfan
ditatap kasih.
“Baiklah
papa. Kalau Ir ada masalah, Ir beritahu pada papa,” balas Tengku Irfan.
Tengku
Iqbal tersenyum. Semoga Tengku Irfan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.
Hanya Tengku Irfan harapan untuk mewarisi segala harta yang dimiliki.
“PERUT aku dah buat
konsert ni,” beritahu Irdina sambil mengusap perut.
“Lagu
apa?” tanya Melisa sekadar mengusik.
“Lagu
Cinta Satay,” beritahu Irdina, tergelak.
Melisa
turut sama tergelak. Kepala menggeleng kecil melihat tingkah laku Irdina.
“Hurm…
Nak makan apa ni? Semuanya sedap!” ujar Irdina sambil membesarkan mata.
“Kau
tu memang. Semuanya sedap. Yang tak sedap pun jadi sedap,” tegur Melisa.
Irdina
tersengih. Tanpa berlengah, pinggan dicapai lalu memasukkan nasi dan lauk pauk
ke atasnya. Setelah itu, dia segera ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“Mel,
aku cari tempat dulu,” beritahu Irdina.
Melisa
hanya mengangguk. Dia turut bertingkah laku yang sama dengan Irdina.
Irdina
melilaukan mata. Mencari tempat kosong untuk diduduki. Namun, kesemua meja
sudah diduduki oleh pelanggan. Dia mengeluh ringan. Di mana dia dan Melisa
perlu makan?
“Irdina?”
tegur seseorang daripada belakang.
Irdina
terkejut. Dia menoleh ke belakang untuk melihat. Terkedu dia buat seketika
tatkala wajah Tengku Iqbal menyapa mata.
“Come! Join us!” pelawa Tengku Iqbal, ramah.
“Errr…
It’sokey tengku. Saya datang dengan
kawan,” tolak Irdina, lembut.
“Tak
apa. Jemput sekali kawan ke sini,” balas Tengku Iqbal pula.
Irdina
berkira-kira dalam hati. Perlukah dia menerima pelawaan Tengku Iqbal? Dihalakan
mata ke wajah Tengku Irfan. Tenang sahaja wajah itu dilihatnya.
“So?” soal Tengku Iqbal. Matanya tepat ke
wajah Irdina.
Irdina
menghela nafas ringan. Anggukan diberikan sebagai tanda setuju.
SUASANA sunyi menemani
mereka berempat. Irdina ralit dengan makanannya. Tidak dihiraukan pandangan
Tengku Iqbal dan Tengku Irfan. Apa yang penting, perut yang terasa lapar dapat
diisi. Walaupun dia menyedari pandangan mereka tertumpu kepadanya, dia tidak
peduli. Nikmat menjamah makanan tidak mungkin disia-siakan.
“Macam
mana dengan Tengku Irfan, Irdina? Selesa bekerja dengan Tengku Irfan?” tanya
Tengku Iqbal menceriakan suasana.
Irdina
tidak membalas. Otaknya cuba mencari jawapan kepada pertanyaan Tengku Iqbal.
Perlukah dia bercakap jujur atau sebaliknya?
“Tengku
Irfan ada menyusahkan awak, Irdina?” soal Tengku Iqbal lagi.
“Haaa…
Soalan tu yang saya tunggu,” balas Irdina seraya mengangkat wajah.
Berkerut
dahi Tengku Iqbal mendengarnya. Wajah Irdina ditatap. Tengku Irfan turut
memberi sepenuh perhatian kepada Irdina. Menanti butir bicara daripada gadis
itu.
“Dina!”
tegur Melisa, berbisik. Khuatir Irdina akan bercakap yang bukan-bukan.
“Memang
menyusahkan. Benda senang pun nak suruh saya buat. Lepas tu membebel macam
orang tua. Muka tu cuba la senyum sikit. Ini tidak, masam memanjang. Macamlah handsome sangat muka tu. Kalau handsome macam Arjun Rampal ke, Shahid
Kapoor ke, okey la jugak. Ini tidak, muka tu dah macam Amir Raja Lawak. Lagi
tengok lagi menyampah.”
Selamba
Irdina meluahkan. Rasa puas sebaik sahaja meluahkan kesemua itu di hadapan
Tengku Iqbal. Dia tidak peduli jika ditegur atau diberhentikan. Asalkan rasa
sakit hati dihamburkan kepada Tengku Iqbal.
“Kau
kata muka aku macam Amir Raja Lawak?” tegur Tengku Irfan menekan.
“Tak!
Amir tu lagi handsome daripada
tengku,” balas Irdina masih selamba.
“Kau
kata dia handsome? Aku lagi handsome daripada dia,” tegas Tengku
Irfan.
“Perasan!”
cebik Irdina, meluat.
Tergelak
Tengku Iqbal mendengar dan melihat tingkah laku Tengku Irfan dan Irdina. Wajah
Tengku Irfan dan Irdina ditatap silih berganti. Pertama kali melihat Tengku
Irfan beriak begitu. Jika sebelum ini, hanya riak tidak berperasaan yang
terlukis di wajah anak tunggalnya itu.
“Kau
ingat kau tu cantik sangat ke?” kutuk Tengku Irfan tidak mahu mengalah.
“Cantik!
Kalau tak cantik, tengku takkan syok kat saya, kan?” kata Irdina turut tidak
mahu mengalah. Dicebikkan bibir tanda meluat dan menyampah dengan Tengku Irfan.
“Bila
masa aku syok kat kau?” soal Tengku Irfan dalam nada serius.
“Alah!
Tak nak mengaku. Saya ni cantik, kan?” kata Irdina sekadar mengusik. Kening
diangkat. Lagak seperti penjahat.
“Kau….”
Tengku Irfan menahan kemarahan. Tangan dikepal. Erat!
“Sudah…
Sudah… Jangan nak gaduh-gaduh,” tegur Tengku Iqbal.
“Dina…
Apa yang kau dah buat ni? Kau sedar tak dia tu siapa?” tegur Melisa yang sejak
dari tadi mendengar dan membisu.
“Dia
kerek dengan aku,” rengus Irdina,
keras.
Tengku
Irfan mendengus kasar. Dia bingkas bangun lalu beredar dari situ. Sakit hatinya
tatkala Irdina berkata begitu. Sejak bila aku syok kat dia? Perasan! Geram
Tengku Irfan dalam hati. Ikutkan hati, mahu disumbat mulut lancang Irdina
dengan kepala ikan yang berada di pinggan nasinya tadi.
“Saya
harap awak dapat jalankan tugas sebaik mungkin,” ujar Tengku Iqbal, tersenyum.
Irdina
hanya tersenyum. Wajah Tengku Iqbal ditatap mesra.
“Saya
mintak diri dulu,” sambung Tengku Iqbal bingkas bangun dari duduk.
Irdina
dan Melisa turut sama bangun. Senyuman menghiasi bibir masing-masing. Mata
mereka mengekori langkah Tengku Iqbal sehingga hilang dari pandangan. Seminit
kemudian, terhambur ketawa mereka yang ditahan-tahan sedari tadi.
“Gilalah
kau ni, Dina. Selamba badak saja kau kutuk tengku poyo tu,” puji Melisa.
“Padan
muka dia!” balas Irdina, tergelak.
Melisa
masih lagi ketawa. Kepala menggeleng kecil melihat tingkah laku Irdina. Kagum
dengan keberanian Irdina. Tidak menyangka kawan baiknya itu begitu berani di
hadapan Tengku Iqbal dan Tengku Irfan. Dia sendiri pun tidak berani untuk
bertingkah laku seperti tadi.
“Macam
mana kau boleh kata yang dia syok kat kau?” tanya Melisa ingin tahu.
Termati
ketawa Irdina. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Melisa?
“SAYA nak awak arrange appointment saya dengan pengedar
di sana,” arah Tengku Irfan bernada serius. Fail di tangan diserahkan kepada
setiausahanya, Fatimah.
“Baiklah
tengku. Ada apa-apa lagi tengku?” tanya Fatimah, ramah.
“Irdina
mana?” soal Tengku Irfan pula.
“Irdina?
Dia belum masuk lagi, tengku. Dia…”
“Belum
masuk? Dah pukul berapa ni?” pintas Tengku Irfan, keras. Dikerling jam di
dinding. Masa sudah merangkak ke pukul 3.00 petang.
Fatimah
tidak membalas. Wajah tegang Tengku Irfan menjadi tatapan mata.
“Awak
call dia sekarang!” arah Tengku Irfan
pula.
“Err…
Baiklah tengku,” balas Fatimah lalu beredar dari situ.
Tengku
Irfan mendengus kasar. Ke mana Irdina pergi ketika ini?
“Suka
hati dia saja nak masuk pukul berapa. Macam office
ni bapak dia yang punya.” Tengku Irfan membebel sendirian.
“Hai
tengku!” sapa Irdina dari arah muka pintu bilik.
Terkejut
Tengku Irfan mendengar sapaan itu. Diusap dadanya yang berombak kencang.
“Alamak!
Tengku terkejut ke?” tanya Irdina, prihatin.
“Kau
ni tak reti nak ketuk pintu ke?” geram Tengku Irfan.
“Ketuk?
Ala… Takkan dengan saya pun tengku nak berkira. Kita kan adik-beradik,” sengih
Irdina. Dihampiri meja Tengku Irfan dan menatap wajah pemuda itu.
“Kau
ke mana? Baru sekarang nampak batang hidung.”
“Jalan-jalan!”
“Jalan-jalan?
Siapa bagi arahan pada kau suruh pergi jalan-jalan?”
“Tak
ada sesiapa.”
“Kau
tahu tak sekarang ni waktu bekerja?”
“Hisy
tengku ni. Asyik nak marah saja. Cubalah cool
macam Encik Naufal tu.”
Tengku
Irfan berkerut dahi. Kenapa Irdina mengaitkan dirinya dengan Naufal?
“Tengku!”
panggil Irdina, lembut.
Tengku
Irfan tidak membalas. Wajah Irdina ditatap curiga.
“Nak
tanya boleh?”
“Tanya
apa?”
“Errr…
Encik Naufal tu dah ada girlfriend?”
Malu-malu Irdina bertanya. Panas pipinya ketika itu. Menahan malu yang amat
sangat.
“Apasal
kau tanya?” soal Tengku Irfan, curiga.
“Saya
nak tackle Encik Naufal. So, saya kenalah siasat hal peribadi dia
dulu,” jawab Irdina, tersenyum malu.
Terkejut
Tengku Irfan mendengarnya.
“Tengku…”
seru Irdina, lembut.
“Dia
dah ada girlfriend!” balas Tengku
Irfan, keras.
Entah
kenapa perasaan lain hadir dengan tiba-tiba. Perasaan apa, dia sendiri tidak
tahu. Kata-kata Naufal terngiang-ngiang di minda ketika ini. Niat Naufal untuk
mengenali Irdina turut sama bergema di cuping telinga.
“Hurm…
Masih boleh tackle.”
“Maksud
kau?”
“Selagi
tak kahwin, dia belum milik sesiapa. Betul tak, tengku?”
Tengku
Irfan tidak membalas. Otaknya cuba merencana penjelasan Irdina.
“Saya
keluar dulu. Sorry atas kelewatan,”
ujar Irdina lalu beredar dari situ. Dia mengekek ketawa melihat wajah kelat
Tengku Irfan.
Tengku
Irfan hanya memandang. Rasa sakit hati dipermain-mainkan oleh Irdina.
“Memang
nak kena minah ni,” geram Tengku Irfan sendirian.