“YEAH!
Along kalah!” sorak Irdina sambil bertepuk tangan.
Irshad
mengeluh. Untuk kesekian kali dia kalah dengan Irdina.
“Dah
banyak kali along kalah dengan Dina,” ejek Irdina, selamba.
“Ala…
Along bagi peluang pada Dina saja. Kalau tidak…”
“Sudahlah
along. Banyak alasan pulak. Dah kalah tu ngaku sajalah kalah.”
“Eh..
Betullah. Apa pulak alasannya?”
Irdina
mencebik. Irshad masih tidak mengaku kalah.
“Mel
tak ikut sekali?” tanya Irshad tatkala menyedari ketiadaan Melisa.
Jarang
sekali Melisa tiada bersama Irdina. Ke mana sahaja Irdina pergi, pasti Melisa
turut sama ada. Rasa janggal melihat Melisa tidak bersama dengan Irdina.
“Mel
balik kampung,” jawab Irdina seraya mencapai botol mineral. Diteguk air dari
dalam botol itu.
Irshad
mengangguk faham. Dia turut mencapai botol mineral lalu meneguk air dari
dalamnya. Setelah itu, dihalakan mata ke arah langit malam.
“Hai!”
tegur seseorang, tiba-tiba.
Tersentak
Irdina dan Irshad mendengar teguran itu. Masing-masing menghalakan mata ke
wajah yang menegur.
“Hai!”
suara Naufal lagi.
“Err..
Hai!” balas Irdina, berkerut.
“Awak
yang melanggar kawan saya hari tu, kan? Kat pasar malam,” tebak Naufal.
Irdina
masih lagi berkerut. Cuba untuk mengingati peristiwa itu.
“Oh…
Saya ingat. Mamat perengus tu, kan?” kata Irdina sebaik sahaja mengingatinya.
Ketawa
kecil Naufal mendengarnya.
“Dina,
siapa ni?” sampuk Irshad.
“Kawan
kepada lelaki yang Dina langgar hari tu. Along ingat tak Dina ada cerita pasal
budak yang kena marah hari tu?”
Irshad
berfikir sejenak. Seminit kemudian, dia mengangguk tatkala mengingatinya.
“Dia
ni kawan mamat yang marah budak tu la.”
“Oh…
Okey. Hai, saya Irshad. Abang Irdina,” perkenal Irshad seraya menghulurkan
tangan. Disambut baik oleh Naufal.
“Naufal
Shafiq,” balas Naufal lalu tersenyum.
Irshad
turut sama tersenyum. Matanya memandang penampilan Naufal. Kemas dan segak.
Pasti Naufal dari golongan orang berada.
“Jadi
nama awak Irdina,” suara Naufal. Wajah Irdina ditatap mesra.
“Irdina
Asyikin,” sambut Irdina turut sama tersenyum.
Ditatap
mesra wajah Naufal. Handsome! Puji
Irdina dalam hati lalu tersengih. Belum pernah lagi dia melihat lelaki handsome berdepan seperti ini.
“Naufal!”
panggil Tengku Irfan.
Mereka
yang berada di situ tersentak. Masing-masing menghalakan pandangan ke wajah
Tengku Irfan yang semakin menghampiri.
“Puas
aku cari kau. Kat sini rupanya kau. Siapa…” Tengku Irfan mematikan ayat tatkala
wajah Irdina menyapa mata.
Irdina
menelan liur. Kelat! Kenapa dia boleh berjumpa dengan lelaki itu lagi?
“Kau!”
tegur Tengku Irfan sedikit meninggi.
“Errr…
Hai!” tegur Irdina, ramah.
“Ir…”
Naufal menegur. Sekadar untuk mengingatkan Tengku Irfan.
“Dina,
siapa ni?” tanya Irshad pula.
Wajah
pemuda di hadapannya itu ditatap. Seperti pernah melihat wajah itu. Tetapi, di
mana? Otaknya dikerah berfikir.
“Kenalkan
Teng…”
“Irfan!”
pintas Tengku Irfan.
Naufal
terkedu. Matanya memandang wajah Tengku Irfan.
“Irshad
dan adik saya, Irdina,” balas Irshad, ramah.
Tengku
Irfan sekadar mengangguk.
“Apa
kata kita lawan? Awak dan adik awak satu group.
Saya dan Naufal satu group,” cadang
Tengku Irfan kemudian. Wajah-wajah di hadapan ditatap silih berganti.
“Okey
juga tu,” sokong Irshad.
“Along!”
tegur Irdina sambil menjegilkan mata.
Sungguh,
dia kurang senang dengan jawapan Irshad. Kenapa Irshad bersetuju dengan
cadangan Tengku Irfan?
Irshad
berkerut dahi. Kurang faham dengan jegilan mata Irdina.
“So, boleh kita mulakan sekarang?” suara
Tengku Irfan sambil tersenyum sinis.
“Haa…
Boleh.. Boleh..” balas Irshad sedikit tersentak.
Tengku
Irfan masih lagi tersenyum. Wajah Irdina ditatap benci. Rasa sakit hati pada
peristiwa yang lepas masih lagi bersisa.
Irdina
tersenyum kelat. Rasa berdebar-debar ketika ini. Pandangan Tengku Irfan sungguh
menggerunkan. Seperti tidak berpuas hati pun ada juga. Adakah pemuda itu
menyimpan dendam atas apa yang berlaku sebelum ini?
TENGKU
Iqbal menyandarkan tubuh ke kerusi. Telefon bimbit di tangan ditatap. Mesej
yang diterima daripada Lokman dibaca berulang kali. Rasa kagum dengan kecekapan
Lokman menjalankan tugas. Tidak sia-sia dia melantik Lokman sebagai penyiasat
persendirian selama ini.
Tengku
Iqbal bangun dari duduk. Perubahan Tengku Irfan dalam beberapa hari ini
menggembirakan hati. Dia mengucap syukur. Bersyukur atas perubahan Tengku
Irfan. Anaknya sudah memulakan kerja di Mutiara Holdings.
Buat
masa ini, Tengku Irfan menjalankan kerja-kerja biasa. Sebagai persediaan
sebelum dia menyerahkan sepenuhnya Suria Holdings kepada Tengku Irfan. Syarikat
yang baru diambil alih oleh Mutiara Holdings.
Ada
sesuatu yang istimewa pada syarikat tersebut. Disebabkan itu, dia sanggup
membayar dengan harga yang tinggi kepada Haji Jamal asalkan dia dapat Suria
Holdings.
Bunyi
telefon menyentak lamunan pendek Tengku Iqbal. Dicapai telefon bimbit dari atas
meja lalu melekapkan ke telinga selepas butang hijau ditekan. Menanti sapaan
dari hujung talian.
“Saya
dah buat apa yang tengku suruh,” beritahu Lokman dari hujung talian.
“Bagus!”
puji Tengku Iqbal.
“Saya
akan hubungi tengku lagi,” kata Lokman pula.
“Terima
kasih!” ucap Tengku Iqbal lalu mematikan talian.
Senyuman
menghiasi bibir. Berita yang baru diketahui menggembirakan hati. Semoga
rancangannya berjaya. Semoga dia dapat membalas atas apa yang berlaku kepada
Tengku Irfan selama dua tahun ini.
“Papa!”
tegur Tengku Irfan, tiba-tiba.
Tengku
Iqbal sedikit terkejut. Dihalakan mata ke arah pintu bilik. Wajah Tengku Irfan
menyapa mata. Muram wajah anaknya itu. Kenapa Tengku Irfan beriak begitu?
“Papa!”
Tengku Irfan memanggil buat kali yang kedua. Tubuh Tengku Iqbal didakap.
“Kenapa
ni?” tanya Tengku Iqbal, pelik.
Tengku
Irfan tidak membalas. Dieratkan dakapan di tubuh. Pada waktu dan ketika ini,
dia amat merindui Tengku Zaharah.
“Tengku
Irfan, kenapa ni?” Tengku Iqbal masih menyoal.
“Ir
rindukan mama,” ujar Tengku Irfan bernada sebak.
Tersentak
Tengku Iqbal mendengarnya. Dia tersenyum kecil dengan tingkah laku Tengku
Irfan. Beginilah setiap kali Tengku Irfan merindui Tengku Zaharah.
“Esok
kita ke kubur mama, boleh?” tanya Tengku Irfan seraya meleraikan dakapan.
Wajah
Tengku Iqbal ditatap. Menanti jawapan daripada papanya itu.
“Boleh!
Esok kita ke sana,” jawab Tengku Iqbal lalu tersenyum.
“Terima
kasih, papa.”
“Sama-sama,
Ir.”
Tengku
Irfan tersenyum. Tanpa membalas, dia segera beredar dari situ. Kepenatan mulai
terasa dan minta direhatkan.
Tengku
Iqbal berkerut dahi. Apa yang tidak kena dengan anaknya itu? Dengan tiba-tiba
sahaja anaknya muncul. Bukankah Tengku Irfan keluar bermain badminton bersama
dengan Naufal sebentar tadi?
Tengku
Iqbal tersenyum seketika. Walaupun usia Tengku Irfan menjangkau 25 tahun tetapi
anaknya itu masih kebudak-budakan. Manja dan mudah tersentuh. Adakah kerana
peristiwa kemalangan pada dua tahun yang lepas telah mengubah sikap Tengku
Irfan?
TENGKU
Irfan menyandarkan tubuh ke kepala katil. Terasa segar tubuh badannya selepas
mandi. Nafas ditarik dan dilepaskannya ringan. Otaknya sedang ligat berfikir.
Peristiwa beberapa jam yang lalu turut meniti di tubir mata.
“Bulu
tangkis tu jatuh dalam garisan,” tegas Irdina, keras.
“Tak!
Di luar garisan!” tegas Tengku Irfan pula.
“Dalam
garisan!”
“Luar
garisan!”
Irdina
mendengus kasar. Tengku Irfan di hadapan dipandang tajam.
“Dah
kalah buat sajalah cara kalah. Ini tidak, nak main tipu pulak.” Selamba Tengku
Irfan berkata. Senyuman sinis menghiasi bibir.
“Bila
masa saya kalah? Awak tu yang kalah. Main tipu!” Irdina tidak mahu mengalah.
Dia membidas kata-kata Tengku Irfan.
“Penipu!”
tuduh Tengku Irfan.
“Apa
awak cakap?” tanya Irdina, serius.
“Penipu!”
balas Tengku Irfan, selamba.
Irdina
mengepal tangan. Sakit hatinya melihat riak selamba Tengku Irfan. Kau main
kasar dengan aku, bisik Irdina.
“Looser!”
“Awak
cakap apa tadi?”
“Looser!”
“Looser? Awak yang looser.”
“Hey…
Kenapa ni?” tegur Irshad, tiba-tiba.
“Dia
ni along. Main tipu!” adu Irdina bernada geram.
“Kenapa
ni Ir?” tanya Naufal pula.
“Kau
tanya la minah ni. Dia kata aku main tipu. Sah-sah bulu tangkis tu jatuh di
luar garisan. Dia kata dalam garisan,” cerita Tengku Irfan turut sama geram.
“Dalam
garisan!” bentak Irdina.
“Luar
garisan!” Tengku Irfan membidas.
“Sudah…
Sudah… Jangan bergaduh,” tegah Irshad.
“Kita
batalkan perlawanan ni,” putus Naufal pula.
Irdina
dan Tengku Irfan mendengus kasar. Masing-masing memalingkan muka.
“Dina
ni pun satu. Tak boleh nak beralah sikit.” Irshad menegur. Kepala menggeleng
kecil. Irdina seorang yang degil.
“Along!”
tegur Irdina. Rasa malu tatkala Irshad menegurnya sebegitu.
“Dahlah
Ir. Jom kita balik,” ajak Naufal, lembut.
Tengku
Irfan tidak membalas. Wajah Irdina masih menjadi tatapan mata. Rasa sakit hati
terhadap Irdina semakin menebal.
“Yang
along bela dia, kenapa? Dina nampak dengan mata kepala Dina sendiri. Bulu
tangkis tu dalam garisan,” bengang Irdina. Wajah Irshad ditatap tajam.
“Along
tahu. Buat apa nak besar-besarkan hal ni? Kita batalkan perlawanan ni. Tak ada
siapa menang dan kalah,” putus Irshad, serius.
Irdina
mendengus keras. Rasa sakit hati mendengar teguran Irshad. Dihalakan mata ke
wajah Tengku Irfan. Riak sinis terbias di wajah itu. Pasti Tengku Irfan sedang
mengejeknya.
“Puas
hati kau? Dah la main macam orang cacat. Penipu pulak tu. Huh!” rengus Irdina
lalu beredar dari situ.
Tengku
Irfan yang mendengar tersentak. Matanya memandang pemergian Irdina.
“Maafkan
adik saya. Ada jodoh kita jumpa lagi,” ucap Irshad, kesal.
Tanpa
menunggu, dia segera beredar dari situ. Rasa malu turut menumpang di hati. Malu
dengan tingkah laku dan kata-kata Irdina. Semoga Tengku Irfan dan Naufal tidak
menyimpan dendam di dalam hati. Semoga perkara itu selesai begitu sahaja.
Naufal
hanya mengangguk. Keluhan ringan dilepaskan. Kemudian, dihalakan mata ke wajah
Tengku Irfan. Sukar untuk menafsir riak di wajah itu.
“Ir..”
seru Naufal, lembut.
“Aku
nak balik!” kata Tengku Irfan dan beredar dari situ.
Naufal
menghela nafas berat. Tanpa berlengah, diekori langkah Tengku Irfan daripada
belakang. Apa yang Tengku Irfan fikirkan ketika ini?
Bunyi
mesej masuk mematikan lamunan panjang Tengku Irfan. Dicapai telefon bimbit lalu
membaca kiriman mesej. Setelah membalasnya, dibaringkan tubuh dan menarik
selimut. Rasa rindu terhadap Tengku Zaharah hadir dengan tiba-tiba.
“Ir
rindukan mama,” luah Tengku Irfan, sebak lalu menutup mata.
“ALONG!”panggil
Irdina, perlahan.
Irshad
tidak membalas. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.
“Along!”
panggil Irdina buat kali yang kedua.
“Along
sibuk, Dina,” balas Irshad.
Irdina
melabuhkan duduk di sisi Irshad. Wajah abangnya ditatap kasih. Adakah Irshad
marah atas apa yang berlaku beberapa jam yang lalu?
“Dina
nak apa?” tanya Irshad tatkala menyedari kebisuan Irdina.
“Dina
mintak maaf. Dina…”
“Bukan
dengan along yang Dina perlu mintak maaf. Dengan Irfan.”
“Irfan?”
“Dina
sedar tak apa yang Dina cakap pada Irfan tadi?”
Irdina
mengerahkan otak supaya berfikir. Seminit kemudian, dia mengangguk lemah.
“Suka
hati Dina saja nak gelarkan Irfan tu orang cacat. Apa perasaan Irfan bila
dengarnya? Tentu Irfan terasa hati ketika ni. Kalau orang kata Dina macam tu,
apa perasaan Dina? Tentu sama, kan?”
“Dina
tak sengaja.”
“Tak
sengaja? Along dah tegur Dina, tapi Dina tak nak dengar cakap along.”
Irdina
menundukkan wajah memandang kaki sendiri. Rasa sebak dengan teguran Irshad.
“Dina
perempuan. Along tak nak orang mengata Dina. Perempuan tapi berlagak lelaki,”
tegur Irshad pula. Wajah adiknya ditatap seketika.
“Dina…
Dina mintak maaf,” ucap Irdina seraya mengangkat wajah.
“Along
boleh maafkan. Tapi dengan syarat.”
“Syarat?”
“Along
nak Dina pergi mintak maaf dengan Irfan. Selagi Dina tak mintak maaf, jangan
harap kemaafan along.”
“Mintak
maaf dengan Irfan?” ulang Irdina sedikit terkejut.
“Sebagai
hukuman buat Dina. Along nak bukti sekali yang menandakan Irfan memaafkan
Dina,” beritahu Irshad dan beredar dari situ.
Irdina
menelan liur. Kelat! Bukti? Bukti apa yang diperlukan oleh Irshad itu?
“Mengada-ngada
la along ni,” rungut Irdina sendirian.
Tanpa
berlengah, dia bingkas bangun dari duduk menuju ke bilik. Dia perlu memikirkan
tindakan seterusnya. Bagaimana untuk meminta maaf daripada Tengku Irfan?