NUHA melolos keluar dari perut kereta.
Cuaca hari ini panas membahang. Bermanik-manik peluh di dahi. Nasib baik dia
jumpa lokasi pengambaraan Harraz. Itu pun setelah puas dia memujuk P.A kepada
Harraz. Amraz tu lebih bertimbang rasa dari Harraz. Dia hubungi pun langsung
tidak mahu menjawab. Agaknya Harraz sudah siap-siap menyimpan nombor
telefonnya. Itu sebab tidak diangkat.
Terukir
senyuman di bibir Nuha melihat Harraz yang sedang duduk berehat menguyah biskut
di mulut. Santai saja gaya lelaki itu. Masa sedang makan pun terserlah kemacoan
lelaki seorang ni.
Amraz
ada memberitahunya yang Harraz sedang menjalani pengambaraan untuk sebuah drama
terbaharu dalam slot berepisod. Watak hero yang sepatutnya dipegang diberikan
kepada pelakon lain. Tapi mungkin lebih baik orang lain yang memengang watak
hero itu. Kalau hero muka tegang dengan senyuman menakutkan macma Harraz,
heroin pun lari. Nuha senyum sendiri. Dia pun lebih suka melihat Harraz
melakonkan watak jahat. Nampak realistik.
Harraz
nampak saja manoh (pendiam) kata orang
Banjar tapi bila sudah buka mulut
boleh tahan juga bahasa pedasnya.
“Cik
Nuha…” Amraz menyapa.
“Assalamualaikum.
Maaflah kalau menganggu.”
“Waalaikumusalam.
Takde mengganggunya pun.”
“Mood dia okay?” Nuha bercakap main
bisik-bisik.
“Okay.
Ehem… Cik Nuha saya nak bertanya sesuatu ni?”
“Tanya
apa tu?”
“Apa
tu cakah?”
Nuha
ketawa halus.
“Cakah tu maknanya sombong. Mak saya
orang berketurunan banjar. Saya ni
sikit-sikit bolehlah bercakap loghat banjar.”
“Ohhhh…”
Amraz
ketawa.
“Encik
Amraz… Encik Amraz tak takut kena cekik dengan dia nanti.”
“Jangan
risaulah. Tahulah saya putar belit cerita dengan dia.”
“Terima
kasih Encik Amraz sebab tolong saya.” Nuha membuka beg tangannya. Sebungkus
kecil biskut chips more dihulurkan
kepada Amraz.
“Biskut
ni?”
“Upah
untuk Encik Amraz sebab tolong saya.”
Amraz
senyum dengan gelengan di kepala.
“Tak
payahlah. Saya tolong ikhlas.”
“Saya
pun ikhlas juga memberi.”
Amraz
ambil juga biskut chips more pemberian Nuha.
“Awak
tunggu sini sekejap. Saya nak berjumpa dengan Harraz.”
Nuha
angguk.
“KAU jangan buat lawak dengan aku?”
“Aku
tak buat lawak. Aku serius ni.”
“Kau
nak budak perempuan tu jadi P.A dalam masa satu hari?”
“Bagi
peluang pada dia. Jika dia lulus, kau terima kontrak iklan dia tu? Caranya
mudah bukan? Dia kena tahan dengan kerenah kau dalam masa satu hari.”
Harraz
tidak mengendahkan kata-kata Amraz. Malah, makin membelalakkan matanya tepat ke
arah Nuha. Nuha buat derk. Tidak
tergugat dengan pandangan maha tajam dari Harraz.
“Macam
mana?” Amraz menepuk bahu Harraz.
Harraz
membisu. Dia sedang membuat pertimbangan. Amraz senyap-senyap atur rancangan tanpa
perbincangan dari dia terlebih duhulu.
Harraz
menarik nafas dalam-dalam.
“Aku
tak suka buli perempuan.”
“Aku
tak suruh pun kau buli dia.”
“Habis,
yang kau nak dia jadi P.A aku satu hari tu untuk apa?” Harraz masih mengawal
suaranya. Dia tidak mahu krew-krew di situ memasang telinga perbualan antara
dia dengan Amraz.
“Uji
kesabaran dia. Kalau dia tak tahan sodia
kena mengalah. Aku dah deal dengan
dia.”
Kali
ini Harraz terdiam agak lama. Akalnya
berselirat dengan benang-benang kebuntuan. Dia melepaskan keluhan berat. Dia
bukannya memandang pada wang ringgit yang ditawarkan tetapi ada sebab-sebab
tertentu menolak untuk menjadi model dalam iklan komersil ini.
“Kau
panggil budak perempuan tu ke mari.”
Lebar
senyuman Amraz. Lantas dia memberikan isyarat kepada Nuha. Dengan pantas Nuha
mengaturkan langkah panjangnya.
Apabila
mata mereka bertaut, Harraz segera melarikan anak matanya ke arah lain. Tidak
senang dengan renungan mata jernih gadis itu.
Riak
muka Harraz masih sama seperti semalam. Bagai tiada perasaan pada wajahnya itu.
Nuha sungguh-sungguh serba salah. Dia bagaikan memaksa orang pula. Dan dia
tidak boleh kalah kekerasan hati Harraz demi menjaga periuk nasinya itu.
“Harraz
dah bersetuju. Awak akan jadi P.A dalam masa satu hari. Jika awak tak mampu
bertahan maka awak kena undur diri dengan rela hati.”
Yes! Nuha bersorak dalam hati.