HARRAZ terduduk di atas kerusi dengan
wajah agak lesu. Ada beberapa babak yang terpaksa berulang-ulang dilakukan
semula kerana pelakon wanitanya terlupa dialong dalam skrip. Nuha
mendekati Harraz. Dia hulurkan segelas
air kosong kepada lelaki itu.
“Awak
nampak tak okay?”
Harraz
mengangkat wajahnya.
“Saya okay.”
“Tipulah.”
Nuha menyilangkan tangan. Dia nampak langkah Harraz agak terhuyung-hayang tadi.
Langkah tidak stabil.
Harraz
menghela nafas kecil. Spontan telapak tangan Nuha melekap pada dahi Harraz.
Serentak itu dia menarik tangannya semula.
“Panas.”
“Panas
sikit aja.”
“Awak juga kena
kesiankan tubuh badan awak.” Suara Nuha agak meninggi.
Harraz
senyum.
“Dah
lama saya tidak kena marah begini.”
“Maaflah
jika mulut saya ni bising macam mak nenek sikit.”
Harraz
senyum lagi.
“Harraz!
Kita dah boleh ready untuk scene tu semula!” Suara selaku pengarah
drama tersebut memanggil.
“Okay.”
Harraz bangun dari duduk.
Lelaki
itu berlagak seperti tidak apa-apa. Nuha mengebam bibir.
Dalam
kesibukkan menjalani penggambaran, Nuha lihat Harraz tidak meninggalkan
tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Lelaki itu menunaikan solat di tempat yang
tertutup. Sejuk perut ibu Harraz mengandung kerana memiliki anak yang menjaga
tiang agamanya.
Pada
Nuha, pelakon bernama Harraz Aryan itu berimej bersih. Tiada kontroversi hangat
melanda lelaki itu. Tidak nampak lelaki itu berpelukan bergambar artis wanita
sana-sini. Lelaki itu menjaga batasnya. Adegan-adegan lakonannya juga lebih
kepada aksi. Barangkali Harraz mencari watak yang bersesuaian dengan dirinya.
Tanpa sedar dia membandingkan Harraz dengan Syahin.
“Esh,
tak baik betul aku. Baik buruk Syahin aku sepatutnya terima. Dia orang yang aku
sayang.” Hati kecil Nuha berbisik sendiri.
“Okay,
cut!” Pengarah berpuas hati dengan
babak berkenaan.
Harraz
menarik nafas lega.
Dia
mula tercari-cari Nuha. Nuha sudah tiada di lokasi penggambaran. Ke mana pula
gadis iu menghilang? Harraz berasa kepala berpinar-pinar. Panas badannya terasa
membahang. Dia kembali bersandar pada kerusi.
“Maaf…
saya menghilang sebentar.”
Nuha
muncul di belakang Harraz.
“Awak
ke mana tadi?”
“Beli
ubat untuk awak.” Nuha menayangkan plastik farmasi di tangannya. Mujur saja ada
farmasi berdekatan.
“Tak
menyusahkan awak ke?” Harraz bersuara rendah.
“Nope. Selaku sebagai P.A awak, so memang sudah menjadi tugas saya.”
Nuha tersenyum sahaja. Mungkin dia hanya P.A satu hari kepada Harraz tetapi
tugas yang diamanahkan dia perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan
kerana kontrak tersebut.
“Terima
kasih Nuha.”
“Sama-sama.
Awak rasa sakit tekak kan? apa kata awak telan strepsilsni.” Nuha menghulurkan satu pek strepsilskepada Harraz.
“Lepas
habis shooting ni, kita pergi
klinik.” Nuha menyambung kata.
“Baiklah
Cik Nuha.”
Kali
ini Harraz terpaksa menurut kata.
Harraz
perlu menyudahkan tiga babak lagi untuk pengambaran drama tersebut sebelum
menamatkan sesi untuk tugasnya hari ini. Dari Kuala Lumpur ke Shah Alam untuk
pengambaraan bukan jarak yang dekat. Kalau terpaksa tempoh jam memang lewat sampai KL.
MAGHRIB menghampiri ketika mereka keluar
dari lokasi penggambaran tersebut. Nuha bertindak mengambil tempat pemanduan. Harraz
tidak terata apa melihat kerlingan tajam Nuha. Dalam keadaan Harraz yang demam,
lelaki itu lebih merbahayakan keselamatan jika dibenarkan memandu.
“Singgah
masjid berdekatan. Saya nak solat Mahgrib dulu.” Pinta Harraz.
“Kita
singgah masjid Shah Alam untuk solat.”
Harraz
mengangguk.
Usai
solat mereka meneruskan perjalanan. Harraz bersandar lesu. Walaupun dia sudah
menelan dua pil panadol siang tadi demamnya masih belum.
Nuha
mencari-cari klinik 24 jam yang berdekatan. Dia memandu dengan kelajuan yang
sederhana.
Harraz
sudah memenjamkan mata di sebelah. Dalam keadaan yang tidak sihat pun lelaki
itu masih bersikap professional dalam kerjanya. Kalau dilihat ketika Harraz
berlakon tadi tidak kelihatan seperti dia sedang demam.
Nuha
merenung lelaki itu di sebelah. Hatinya tersentuh. Kesian. Jelas nampak
kepenatan pada wajah Harraz. Jadual Harraz kerap kali padat. Itu yang pernah
dinyatakan oleh Amraz.
Nuha
meletakkan ear phone di telinga. Dia cuba
menghubungi Amraz. Liat pula lelaki seorang ini mengangkat telefonnya. Tidak
seperti selalu. Baharu pukul 8.00 malam, masakan sudah masuk bilik tidur.
“Awak
takkan dapat hubungi dia. Dia sedang ber ‘dating’
dengan bakal pak dan mak mertualah tu.” Suara Harraz mengejutkan Nuha.
Ingatkan
lelaki itu tertidur. Harraz macam tahu-tahu pula dia ingin menghubungi Amraz.
“Bakal
pak dan mak mertua?”
“Sesi
soal kenal.”
“Oh,”
Nuha
sudah mengerti maksud Harraz.
“Lepas
ke klinik kita terus pergi makan. Cari saja restoran berdekatan. Perut saya
lapar.”
“Saya
pun lapar juga ni.”
Perutnya
hanya diisi dengan biskut chips more dan air kosong. Itu ketika mereka terperangkap
di dalam di dalam lif. Mana kenyang makan biskut beberapa ketul itu. Dia kena
cari nasi.
“Awak
nak makan apa? saya belanja.”
“Emmm…
tak kisahlah. Janji halal dan mengenyangan perut saya.”
“Kalau
begitu, saya ikut saja restoran yang awak pilih.”
Senyuman
Harraz masih manis bergula. Kalau ditambah dengan susu lemak berkrim pasti akan disukai ramai.