“ANDY,kenapa
mummytengok Andy termenung aje sejak tadi?” soal Puan Sri Zalina sambil
menepuk lembut bahu anak lelakinya yang sedang leka memerhati sekumpulan ikan
berlegar-legar di dalam kolam, di sudut halaman banglo mewah itu.
“Oh, mummy.
Terkejut Andy,” balas Adrian sambil berpaling ke arah Puan Sri Zalina yang
sedang berdiri di belakangnya.
“Dari
tadi mummytengok Andy termenung kat sini. Kenapa? Sebelum ni tak pernah
pun Andy suka nak tengok ikan-ikan tu,” tanya Puan Sri Zalina hairan.
“Tak
adalah, seronok pulak tengok ikan-ikan tu berenang-renang ke sana ke mari,
berpasang-pasang tak henti-henti. Hidup bebas tanpa sebarang masalah yang perlu
difikirkan,” ujar Andy sambil memuncungkan bibir ke arah ikan-ikan di dalam
kolam itu.
“Hai,
lain macam aje bunyinya anak mummyni bercakap.Ada apa-apa ke yang Andy
risaukan ni?” Dengan nada nakal, Puan Sri Zalina menyerkap jarang anak
lelakinya itu.
“Mengapa
mummykata macam tu? Takkanlah Andy nak relaks-relaks sambil layan
ikan-ikan tu pun membimbangkan mummy?” soal Adrian kembali, sengaja
menangkis serkap jarang Puan Sri Zalina itu.
“Bukan
bimbang, just curious. Sebab selama ni kalau Andy nak relaks, Andy
takkan duduk kat rumah tetapi entah ke mana-mana dengan kawan-kawan Andy. Itu
yang mummyhairan tu,” balas Puan Sri Zalina.
“Kenapa?
Mummytak suka ke Andy relaks-relaks kat rumah macam ni?” balas Adrian,
terus cuba merisik perasaan Puan Sri Zalina.
“Eh,
siapa kata mummytak suka? Mummylagi suka kalau Andy selalu ada
kat rumah. Sekurang-kurangnya tak adalah mummysunyi sangat bila daddy
selalu keluar negara macam sekarang.
Tapi,
kadang-kadang tu susah sangat mummynak jumpa Andy. Tiap-tiap hari
keluar pagi dan balik tengah malam. Hujung minggu pulak asyik keluar dengan
kawan-kawan. Jadi, mummypun macam tak percaya pulak bila Andy langsung
tak keluar hari ni,” terang Puan Sri Zalina. Tangannya kemudian mengelus-ngelus
lembut bahu anak kesayangannya itu.
Adrian
merenung Puan Sri Zalina yang telah pun duduk di sebelahnya. Hatinya tiba-tiba
terdetik sendu apabila menyedari betapa dia tidak pernah mengambil tahu
perasaan ibunya yang kesunyian apabila Tan Sri Affendy sentiasa sibuk dengan
urusan perniagaan. Sedangkan dia pula sentiasa sibuk berfoya-foya dengan kawan-kawan
setiap kali ada masa terluang.
“Mummy,
maafkan Andy kerana tak temankan mummyselalu kat rumah masa daddytak
ada. Andy ingatkan mummypun selalu sibuk dengan persatuan mummytu.
Sebab tulah Andy selalu keluar dengan kawan-kawan bila dah penat berhari-hari
kat pejabat,” ujar Adrian sambil mencapai tangan kanan Puan Sri Zalina dan
menggenggamnya sebagai tanda memohon maaf.
“Mummy
tak kisah sebenarnya. Mummyfaham kesibukan daddydan Andy.
Orang yang nak berjaya dalam perniagaan memanglah kena bekerja keras macam tu.
Sebab tulah mummytak pernah larang bila Andy nak enjoydengan
kawan-kawan. Tapi, hari ni tak ada ke kawan-kawan yang ajak Andy keluar?” soal
Puan Sri Zalina, mengulangi persoalan utamanya.
Adrian
terkedu. Terbayang di tubir matanya, wajah Mia Karmila yang mencuka dan sedang
merenung tajam kepadanya.
“ANDY, kan
Andy dah janji tadi takkan bawa Mia ke tempat yang tak senonoh macam ni. Mia
tak nak masuk. Mia nak balik!” Suara Mia Karmila meninggi tanpa mempedulikan
pengawal yang sedang memerhatikan mereka.
Dia
segera menolak tangan Adrian yang sedang merangkul pinggangnya ketika mereka
beriringan mahu melangkah masuk ke kelab malam yang ekslusif itu.
Sejak
siang tadi, setelah Mia Karmila bersetuju untuk keluar, Andy telah berkira-kira
hendak membawa Mia Karmila ke tempat istimewa, berbeza daripada tempat-tempat
yang biasa mereka pergi. Harapannya agar Mia Karmila tidak berasa bosan dan
akan bersedia menemaninya sepanjang malam itu.
Rudy,
seorang rakan niaga Adrian yang telah mencadangkan kelab malam itu ketika
mereka berbual-bual pada petang itu. Malah Rudy juga menolong membuat tempahan
nama Adrian sebagai tetamu pada malam itu. Sebenarnya, tidak semua orang boleh
memasuki kelab itu tanpa tempahan terlebih dahulu.
Adrian
benar-benar tidak menyangka Mia Karmila telah terlihat beberapa pasangan
pengunjung di kelab itu yang sedang khayal menari sambil berpeluk-pelukan.
Mereka mengikut gaya penyanyi sambil menari dengan gaya yang amat
mengghairahkan di pentas. Malah sebuah kumpulan live bandturut
mengiringi persembahan, ketika mereka baru sahaja mahu memasuki pintu utama ke
ruang dewan pusat hiburan itu.
Adrian
terpaksa mengalah. Mahu atau tidak, dia turuti kehendak Mia Karmila
meninggalkan pusat hiburan itu. Dia tidak mahu Mia Karmila membuat kecoh dan
merajuk lagi. Jauh di sudut hati, dia ternyata hampa dan kecewa kerana gagal
lagi untuk ‘menakluki’ gadis itu.
Setelah
menghantar Mia Karmila pulang, Adrian cuba menghubungi telefon bimbit Zetty
untuk mengubati hatinya yang kecewa. Malangnya panggilannya tidak berjawab
walaupun telah beberapa kali mencuba. Tidak berputus asa, Adrian segera menuju
ke kondo Zetty. Namun dia bertambah hampa apabila tiada sesiapa pun di situ.
Akhirnya
Adrian terpaksa balik ke rumah. Hatinya rawan dan resah gelisah. Niatnya hendak
berseronok sepanjang malam bagi melempiaskan gelora naluri kelelakiannya tidak
kesampaian.
Rasa
resah itu terus membelenggunya sampai ke siang hari sehingga membuatkan
tubuhnya rasa tidak bermaya. Hati Adrian menjadi tambah bergelora apabila
mengenangkan sikap Mia Karmila yang seolah-olah sudah tidak lagi memerlukan
kehadirannya. Adrian benar-benar rasa tercabar dengan perubahan sikap Mia
Karmila.
“ANDY,
kenapa ni? Apa yang Andy sedang fikirkan tu? Andy sedang fikirkan
Mia ya?”
Suara
Puan Sri Zalina bagaikan panahan petir yang telah menyentakkan Adrian daripada
khayalannya.
“Aaa...apa
yang buat mummysangka Andy sedang fikirkan Mia?” tanya Adrian. Dia kembali
kelihatan gugup.
“Andy,
mummykan ibu Andy. Yang mengandungkan dan membesarkan Andy. Jadi, mummy
tahu hati anak mummysama ada dia gembira ataupun sedang bersusah
hati. So, come on boy. Tell me what’s the problem,” usik Puan Sri Zalina
sambil mengelus lembut belakang anak lelakinya itu.
“Mum,
I’m not your boy anymore. I’m a matured man now,” balas Adrian sambil
tersenyum lebar.
Entah
kenapa dia rasa geli hati kerana Puan Sri Zalina masih menganggapnya sebagai
kanak-kanak hingusan. Mereka berdua saling berpandangan dan kemudian sama-sama
tergelak besar.
“Mummy
tahu anak mummydah matured.Dah boleh berumah tangga. Sebab
tulah mummytahu apa yang dia sedang fikir sekarang. Betul, kan?” komen
Puan Sri Zalina setelah ketawa mereka reda.
“Apa
yang betul?” soal Adrian, buat-buat tidak faham.
“Andy
sedang fikir pasal Mia,” jawab Puan Sri Zalina spontan.
Adrian
menarik nafas dalam-dalam. Kemudian kedengaran keluhan berat daripada mulutnya,
menggambarkan keresahan yang sedang melanda hati lelaki itu.
Puan
Sri Zalina terus merenung anak kesayangannya itu dengan penuh keprihatinan.
Walaupun dia dan Tan Sri Affendy sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing,
namun mereka tidak pernah mengabaikan hubungan kekeluargaan yang rapat dengan
Adrian.
Mereka
lebih mengamalkan sikap terbuka di dalam mendidik satu-satunya anak kesayangan
itu. Sebab itulah juga Adrian akan sering memohon pendapat mereka dalam
pelbagai perkara.
“Ya, mummy.
Andy tak tahu mengapa sejak kebelakangan ni dia agak dingin dengan Andy. Malah
dia dah tak nak lagi keluar dengan Andy.” Akhirnya Adrian mengakui dengan nada
kecewa.
“Bukan
ke malam tadi Andy keluar dengan Mia?” soal Puan Sri Zalina terkejut.
“Betul,
Andy keluar dengan Mia tetapi kami bertengkar dan akhirnya Andy terpaksa hantar
dia balik awal semalam,” jelas Adrian perlahan.
“Kamu
berdua bertengkar? Bertengkar pasal apa?” soal Puan Sri Zalina berkerut dahi.
“Entahlah,
mummy. Andy pun hairan dengan sikap Mia sekarang.”
“Apa
yang dia dah buat pada Andy?”
“Tak
ada apa-apa, cuma dia dah tak semesra dulu.”
“Maksud
Andy?”
“Dia
dah tak nak lagi pergi ke tempat-tempat yang kami selalu pergi. Dia jadi agak conservative.”
Adrian
tidak tahu bagaimana mahu menerangkan perubahan sikap Mia Karmila yang
dirasanya itu kepada Puan Sri Zalina.
“Mungkin
ada apa-apa yang Andy dah buat dan tak menyenangkan hatinya, agaknya,” ujar
Puan Sri Zalina, cuba merisik.
“Tak
adalah, mummy. Andy macam biasa aje dengan dia. Biasalah bila lelaki
perempuan sedang bercinta, pegang-pegang tangan tu memang tak hairanlah. Tapi,
Andy tahu Mia seorang gadis yang baik, tak seperti kawan-kawannya yang lain.
Sebab itulah Andy sayang sangat pada dia. Andy tak boleh kalau tak dapat jumpa
dia, mummy. Itulah yang Andy sedang risaukan sekarang.”
Tanpa
segan silu, Adrian mengakui perasaannya dan berharap Puan Sri Zalina membantu
mencari jalan terbaik untuknya memperoleh kembali perhatian Mia Karmila.
“Mungkin
dia ada boyfriendlain agaknya,” teka Puan Sri Zalina.
“Tak
mungkin, mummy.”
“Mana
Andy tahu?”
“Andy
tahu Mia bukan gadis yang mudah digoda. Sebab itulah Andy tak boleh lupakannya mummy,”
ujar Adrian, penuh yakin.
Puan
Sri Zalina terus merenung wajah Adrian dengan penuh kasih sayang. Kasihan
melihat Adrian berkeluh-kesah begitu. Sejujurnya, dia dan Tan Sri Affendy amat
merestui hubungan cinta Adrian dan Mia Karmila. Puan Sri Zalina yakin, hubungan
baik keluarganya dengan Dato’ Kamal sekeluarga akan bertambah erat andai Adrian
dan Mia Karmila disatukan.
“Betul
Andy cintakan Mia?” soal Puan Sri Zalina ingin kepastian.
Adrian
kehairanan dan segera berpaling memandang ke arah Puan Sri Zalina. Kemudian dia
mengangguk perlahan.
“Kenapa
mummytanya Andy soalan tu?” tanya Adrian setelah melihat Puan Sri
Zalina terus tersenyum mesra.
“Tak
adalah. Saja mummynak tahu. Mummytahu anak lelaki mummyni
ramai jugak girlfriends,” usik Puan Sri Zalina dengan nada nakal.
“Girlfriends
memang ramai, mummy. Dah namanya pun girlfriendssss. Lagipun
anak mummyni kan anak jantan,” balas Adrian dengan menekankan bunyi
‘ssss’ sambil tertawa kecil, seronok dapat membalas gurauan Puan Sri Zalina.
Puan
Sri Zalina segera membulatkan matanya, kurang senang dengan jawapan Adrian itu.
“Tapi...”
ujar Adrian terhenti, bagaikan mencari perkataan yang sesuai untuk diucap.
“Tapi
apa?”
“Cinta
Andy hanya pada Mia,” ujar Adrian sambil merenung Puan Sri Zalina. Dia mahu mummynya
tahu ia bukanlah gurauan.
Puan
Sri Zalina mengangguk-angguk, cuba memahami hati dan perasaan anak lelakinya
itu. Kemudian dia mengelus lembut belakang Adrian dengan penuh kasih sayang.
“Macam
mana kalau mummydengan daddypergi pinang Mia?” usul Puan Sri
Zalina tiba-tiba.
Adrian
merenung anak mata Puan Sri Zalina. Sungguh, dia tidak percaya soalan itu akan
terkeluar daripada bibir mummynya.
“Pergi
pinang Mia?” soal Adrian. Masih tidak percaya dengan apa yang didengar.
“Ya,
kita pinang Mia untuk jadi isteri Andy, untuk pastikan Mia akan jadi milik Andy
sebelum orang lain memilikinya,” ujar Puan Sri Zalina. Hatinya cuba
membahagiakan Adrian.
Adrian
terkedu seketika. Terbayang wajah Mia Karmila dengan mata yang bulat, sedang
merenung tajam kepadanya. Betapa marahnya Mia Karmila malam tadi.
Mahukah
Mia terima lamaran aku? Bagaimana kalau dia menolak? Soal Adrian dalam hati.
Kau
belum cuba, mana tahu dia terima ke tidak? Lagipun, bukankah perkahwinan itu
matlamat percintaan. Jadi masa inilah kau buktikan pada Mia yang kau
betul-betul cintakan dia. Tentu dia tak sanggup untuk hampakan kau. Sebelah
lagi hati Adrian seolah-olah memujuknya.
“Bagaimana
dengan daddy? Dia setuju ke?” tanya Adrian ingin kepastian.
“Jangan
risau pasal daddy. Mummyyakin, kalau Andy setuju dan mummysetuju,
daddypasti takkan membantah. Apa yang penting sekarang adalah
kebahagiaan anak lelaki mummyni,” ujar Puan Sri Zalina sambil
menepuk-nepuk lembut belakang Adrian untuk memberikan semangat.
“Terima
kasih, mummy,” ucap Adrian.
Perlahan-lahan
dia mencapai kedua-dua tangan mummynya dan mencium telapak tangan itu
dengan penuh syahdu.