Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,453
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 17
Semakin hari semakin rapat perhubungan Nadhila dan Shakil. Walaupun hanya berhubung melalui telefon saja. Nadhila rasa tenang bila bercakap dengan Shakil. Shakil pun selalu beri nasihat dan beri kata-kata positif pada Nadhila. Nadhila senang dan gembira berkawan dengan Shakil. Shakil jugalah yang selalu beritahu pada Nadhila mengenai Nadhif.

Sejak kes tamparan dari Nadhif dulu sehingga kini, Nadhila terus mendiamkan diri. Langsung tidak menghubungi Nadhif ataupun ibunya di kampung. Nadhila betul-betul terasa hati. Nadhila memang rindu pada Makcik Alimah tapi mahu menghubungi Makcik Alimah, Nadhila jadi takut. Takut ibunya beritahu pada Nadhif. Dan takut Nadhif akan memarahinya. Nadhila jadi trauma pula.

Shakil jarang menghubunginya. Dengan kekangan kerja yang sentiasa busy. Nadhila pun faham sangatlah tugas Shakil. Satu unit dengan abangnya. Bila Shakil betul-betul free baru dia akan hubungi Nadhila.

Nadhila duduk sendirian di katil. Terasa amat-amat rindu pada si ibu. Mengalir airmatanya menahan rasa rindu. Dalam masa yang sama, dia juga rindu pada Nadhif. Rindu pada bebelan Nadhif. Garang-garang Nadhif pun, abang kandungnya sendiri. Rindu pada harimau jadian itu. Dia mahu menghubungi Nadhif tapi tak ingat nombor telefon. Nombor telefon yang tersimpan dalam simkad semua hilang. Dia lupa letak simkad lamanya dimana. Terpaksa abaikan perasaan rindunya. Tapi Nabiha.. Sikit pun dia tidak ingin mahu rindu. Sebut saja nama Nabiha pun, sudah cukup buat dia sakit hati.

"Ibu.. Dhila rindu ibu. Rindu sangat-sangat. Dhila harap ibu sentiasa sihat. Insha Allah.. Hujung bulan ni Dhila balik jumpa ibu.." terketar-ketar suara Nadhila menahan kesedihan. Betul-betul dia rindu akan ibunya.
Wajah disembamkan ke bantal. Menangis semahunya, menangis kerinduan pada ibu tercinta.

Tut.. tutt..! Handphone berbunyi. Nadhila mengesat airmata dan duduk. Tangan mencapai handphone yang berada diatas meja. Nama Sha tertera. Terus senyum lebar dia.

" Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.." jawabnya.

" Dah tidur ke?! Sihat tak ni?!" Tanya Shakil lembut.

" Belum.. Sihat alhamdulilah.." Nadhila baring lagi.

" Sorrylah Dhila. Lama tak contact awak. Saya busy, lepas kursus hari tu terus operasi. Tak henti. Sorry ye..!" Jelasnya.

"Tak apa. Saya faham.. " Jawab Nadhila lemah.

" Rindu saya tak?!" Soalan itu buat Nadhila malu sendiri.

"Saya rindu ibu saya. Saya rindu Abang Dip. Abang Dip sihat tak?!" Soalan Shakil tidak dijawab. Tapi meluahkan rasa rindu pada ibu dan abangnya.

" Tuan sihat. Dhila tak call ibu??!"

"Tak.. Saya nak call ibu tapi saya takut nanti ibu bagitahu abang. Mesti abang marah saya.." luah lagi. Airmata menitis. Sedih.

" Kalau rindu ibu, call je ibu. Ibu pun mesti rindu awak. Lagipun, abang awak kan tak ada dengan ibu. Tuan pun busy. Jangan seksa diri menahan rindu tu Dhila. Lagi-lagi bila rindu pada ibu.." Makin deras airmata Nadhila. Teresak-esak Nadhila menangis.

"Ingat tak nombor ibu?!" Tanya Shakil.

" Ingat cuma nombor Abang Dip je saya tak ingat.." Nadhila mengesat airmatanya.

" Nanti call ibu ya. Lama awak tak call dia kan. Kasihan dia. Kalau sekarang awak cakap rindu dia, sebenarnya dia lagi amat-amat merindui awak tapi tak tahu macam mana nak hubungi awak. Awak faham kan?!" Nasihat Shakil pada Nadhila.

" Iya faham..!! Sha.. Kalau saya call abang. Awak rasa dia akan marah saya lagi tak?!" Tanya Nadhila. Teragak-agak nak tanya.

" Insha Allah tak marah. Dia pun ada cakap juga yang dia risau dan rindu awak. Dia ada call Helmi tapi tak dapat. Baru-baru ni dia ada minta tolong saya, kalau saya balik JB, minta tolong carikan awak.." jelas Shakil. Sejuk hati Nadhila dengar.

" Tapi kalau saya call dia dan dia marah lagi. Macam mana?  Saya takut..!" Nadhila dua hati sebenarnya. Antara takut dan rindu.

" Dhila.. Percayalah cakap saya. Awak call dia, cakap baik-baik. Minta maaf dekat dia. Insha Allah dia tak kan marah. Saya jamin. Awak kena ingat, apapun yang abang awak dah buat itu semua untuk kebaikan awak, jahat-jahat dia pun, dia adalah abang kandung awak dan wali awak. Buangkan segala perasaan takut tu semua.." Nadhila hanya mendengar. Diam sekejab.

" Nanti saya sent nombor tuan. Awak call dia ya..!"

"Baiklah.. Nanti saya call.. " jawab Nadhila lembut.

"Macam ni lah kan elok tu. Hmm... Bukan awak cakap awak kasar ke tapi kenapa nangis ek. Tak hebat langsung..! Hehehe" Shakil saja mengusik. Mahu ambil hati Nadhila.

" Shaaa!! Tak baik tau..!! Kasar saya pun saya perempuan ori tau bukan perempuan cetak rompak. Perasaan sensitif tetap ada " Nadhila senyum.

"Hahahahaa.. Ori ke spicy? Hahaha.." Shakil gelak besar. Nadhila pun ikut gelak.

" Hot spicy..!! Hahahaa...!!" Gelak lagi dan lagi.

"Awak ni ada-ada je kan. Macam manalah saya tak rindu awak ni Dhila.." Telan liur Nadhila. Rindu?? Terkedu sekejab.

" Oh..!! Rindu ye.. Oh okey!!" Nadhila senyum. Berbunga-bunga pula hatinya. Hai lah hati. Jangan macam-macam.

" Iya Dhila.. Rindu gurauan awak, rindu gelak awak. Rindu kedegilan awak tu. Buat saya terhibur.." kata Shakil jujur. Nadhila terdiam. Nak cakap lebih, rasa malu pula. Diam jelah. Bisik hati Nadhila.

" Iyeke.. Entah, saya pun tak tahu.." Nadhila sengeh sendiri.

"Hehe.. Tak apa. Nanti awak akan tahu juga..!" Lembut je suara Shakil. Tiba-tiba Nadhila teringat akan jam yang dia dapat kelmarin.

" Sha.. Awak tahu tak? Saya ada dapat hadiah  dari siapa, saya tak tahu. Ada delivery man hantar.." Nadhila memulakan cerita.

" Oh ya?! Secret admire kut. Ada tengok tak hadiah apa? " Teka Shakil.

" Mula-mula saya takut nak tengok hadiah tu. Takut kalau bom ke, tak pasal-pasal mati pula. Tapi tengok jugalah. Nak juga tahu kan. Hehe..!" Nadhila gelak kecil.

" Hahahaa.. Apa hadiahnya? Cantik tak?" Berkobar-kobar pula Shakil bertanya.

"Jam tangan. Cantik. Kawan saya cakap, sesuai dengan saya dan pandai orang tu pilih.." sambung Nadhila.

" Oyeke? Habis awak suka tak? Ada pakai?!" Tanya lagi Shakil.

"Saya tak pakai pun. Tak nak saya pakai. Takut lah..."

"Takut? Kenapa takut pula?"

"Takutlah. Dahlah jam tu mahal lepas tu saya tak kenal orang tu. Tak beranilah nak pakai. Awak tahu..! Saya bawa jam tu ke kedai jam, saya tanya berapa harga jam tu. Fuhh!! Nak terberak dengar harganya. Kecut perut saya dengar...!!" Nadhila cerita dengan penuh semangat.

" Apa? Awak tanya harga jam tu dekat kedai?" Terkejut besar Shakil.

"Ha lah. Tengok jenama Crocodile, saya tak puashati. Saya tanyalah kedai harganya. Kata penjual tu jam ni keluaran baru.." jelas Nadhila.

"Ya Allah..!! Hahahaha.. Dhila.. Dhila.. Lawaklah awak ni. Aduhai.. Kantai..  Kantoii..!!" Shakil gelak kuat. Naik sakit perutnya gelak. Kelakar dengan si Nadhila ni.

"Kantoi? Apa kantoi?"

"Tak.. tak..!! Siapa nama pengirim tu.." tanya Shakil lagi masih gelak.

" Nama pengirim tu Aliyan Sha. Entah Alien dari mana entah. Alien planet pluto kut.."Selamba Nadhila cakap. Shakil semakin gelak kuat.

" Alien awak cakap? Aduhaii... Hahahahaha.." Gelak lagi dan lagi.

"Iyalah. Kalau dia manusia mesti dia tahu nak isi borang delivery tu. Kan kena isi nama pengirim, alamat, nombor telefon. Tapi dia cuma isi nama je. Tu pun bukan fullname. So, alien lah tu. Tak reti isi..! Cunlah tu nama dia. Aliyan dan Alien.. Sama kan..!!" Kata Nadhila selamba mengutuk.

" Hahahahaaaa...!!!" Shakil gelak tak sudah.

"Yang awak over gelak sangat ni dah kenapa Sha?! Betul kut apa yang saya cakap.." Nada suara Nadhila mula serius. Dia biarkan Shakil habiskan gelak dulu. Pelik.

" Cik Nadhila.. Dengar ni.. Untuk pengetahuan awak. Alien planet pluto yang awak cakap tu adalah Aliyan Shakil. Aliyan Shakil tu yang tengah bercakap dengan awak sekarang ni. Sayalah Aliyan Sha tu sayang oiii..!!" Shakil menjelaskan satu persatu.

" Ha? Awak.. awak Aliyan Sha... Kil?" Nadhila terkedu. Alamak!!

"Iya Dhila.."

"Tapi... Hahaahahaaaa... Awaklah Alien planet pluto tu yang hadiahkan jam crocodile man pada saya tu?. Hahahahaa.. " Giliran Nadhila pula gelak besar. Bahagianya hidup gelak manjang.

" Crocodile man pula.. Aduhai Dhila..!! Hahahaa!!" Dua-dua gelak. Meriah betul mereka. Hilang rasa kesedihan Nadhila tadi.


" Eeee dahlah Sha. Penatlah gelak. Hmm.. Tapi kenapa alamat JB pula. Awak kan dekat KL?!" Tanya Nadhila masih tak puashati.

" Saya minta tolong anak buah saya belikan. Dia nak hantar terus pada awak, tapi dia tak sempat. Jadi, dia poskanlah. Tapi pengirim saya.." Terang Shakil.

"Ooooo alkisahnya.. Apapun terima kasih. Tapi saya takut nak terima. Barang mahal tu. Lagipun kalau Abang Dip tahu awak yang bagi. Mati saya.." Nadhila tetap rasa takut.

" Dhila.. Kenapa nak takut je ni. Tak apalah kalau tuan tahu kita kawan. Saya boleh terus-terang dengan dia nanti. "

" Jangan Sha jangan. Awak tak kenal Abang Dip tu macam mana. Dia tak suka saya layan lelaki. Saya dah pernah kena pukul hampir mati dengan dia sebab layan lelaki.." Nadhila mula menceritakan pengalamannya.

" Kena pukul hampir mati?!" Terkejut Shakil dengar.

" Iya Sha.. Semuanya sebab Biha. Dia mengadu dekat Abang Dip. Konon saya menggedik dengan lelaki. Dia ambil gambar saya dan edit. Padahal lelaki itu cuma kawan kelas saya dan kami duduk belajar satu meja bersama kawan perempuan, lelaki lain. Bila saya balik rumah, Abang Dip dah tunggu depan pintu. Abang terus tampar saya, pukul saya, tumbuk sampai setengah mati tanpa dengar penjelasan saya. Waktu tu ibu tak ada, ibu pergi rumah makcik. " Sedih Nadhila. Menitis airmata lagi. Itulah sejarah hitamnya.

"Astagfirullah Al Azim.. Sampai macam tu sekali.. Ya Allah Dhila.. maafkan saya..!"

"Tak apa. Sebab tulah saya takut nak berkawan dengan lelaki Sha. Saya kawan dengan awak ni pun saya takut sebenarnya. Tolong jangan bagitahu abang ye kita kawan.." Pinta Nadhila.

" Insha Allah..! Saya tak sangka hidup awak selama ni.... Hmm.  Iyalah, saya tengok awak happy, gelak tawa, hiburkan orang tapi sebenarnya awak banyak terseksa Dhila..."

" Hahahaaa... Tak kanlah saya nak tunjuk sedih saya dekat orang. Mestilah saya nak orang tengok saya sentiasa happy, gelak tawa. Bila orang tengok kita happy orang pun akan happy. Betul tak?!"

" Iya Dhila. Saya faham. Insha Allah.. Saya  akan cuba happy kan awak dan buat awak happy, okey..!!"

" Thanks Sha..!! Kalau boleh saya minta, kita kawan ni biarlah rahsia dari pengetahuan abang ye. Boleh kan?!" Pinta Nadhila lagi.

" Tapi kalau boleh saya nak kita terus berkawan rapat dan ada ikatan.."

"Saya tak berani nak komen Sha. Buat masa ni elok kita berkawan je dulu. Lagipun masih terlalu awal kan.. "

" Iya.. Saya tahu.."

" Awak janji jangan bagitahu abang pasal kita..?!"

" Insha Allah.. !"

" Thank you Mr. Alien pluto.. Hahahaaa.."

"Aikk!! Main kasar nampak?!"

" Hahaahaaa... Alaaa janganlah marah. Gurau je..! Eh! Okeylah.. Lama dah ni borak. Jangan lupa ya. Sent nombor abang dekat saya..!"

" Baiklah.. Dhila.. Saya tahu awak seorang yang kuat. Saya simpati dengan nasib awak tapi semua ni dah ditentukan. Saya cuma harap. Apapun yang abang dan adik awak dah lakukan pada awak. Janganlah simpan jadi dendam ya. Walau apapun terjadi, mereka tetap darah daging awak. Tetap adik beradik awak. Jangan sebab perbuatan mereka, sampai terputus tali persaudaraan awak adik beradik. Saya tahu awak bukan jenis pendendam kan..!" Nasihat Shakil.

"Insha Allah Sha. Saya tak simpan jadi dendam dalam hati. Saya tak kisah pun apa yang mereka dah buat dan akan buat. Saya redha. Cuma kadang, saya sengaja menjauhkan diri macam sekarang ni. Untuk merawat kelukaan sendiri walaupun saya tahu mereka tak kisah kewujudan saya tapi saya tetap sayang mereka sangat-sangat. Ibu pun selalu pesan, sama macam yang awak cakapkan tu. Jangan simpan jadi dendam.." luah Nadhila. Sedih.

" Alhamdulilah. Syukurlah.. Doalah selalu Dhila, dan jangan putus berdoa untuk mereka. Semoga lembut hati abang dan adik awak tu. Saya akan sentiasa bersama awak dan akan sentiasa sokong awak. Dan, jika diberi keizinan saya akan lindungi awak Dhila.."

"Terima kasih Sha. Saya ni insan lemah yang mengharapkan secebis kasih dari insan yang bertanggungjawab ke atas diri saya. Arwah ayah dah tak ada, hanya pada abang dan bakal suami saya nanti. Tak banyak yang saya minta, hanya secebis kasih sementara masih bernyawa..!"

Sedih Shakil dengar luahan hati Nadhila. Hanya pada Shakil lah Nadhila mahu meluahkan segalanya. Dan tak tahu kenapa dia boleh luah pada Shakil. Sedangkan selama ni Nadhila tak pernah cerita sikit pun pada sesiapa. Dia pendam sendiri dan simpan rapat. Hanya orang kampung je yang tahu. Tapi majoriti mereka tahu kerana kedegilan Nadhila sendiri.

 Hakikatnya orang tak tahu dan tiada siapa tahu apa yang Nadhila hadapi dan apa sebenarnya yang berlaku. Yang mereka tahu, Nadhila degil, perangai teruk, selalu buat hal dan Nabiha sebaik-baiknya. Itu saja. Padahal, Nabiha punya hati busuk pada kakaknya sendiri. Tapi kerana sifatnya yang lemah lembut dan sopan santun di hadapan orang dan mendengar cakap. Jadi, orang nampak hanya Nabiha saja yang baik. Tapi , hanya si ibu saja yang memahami Nadhila. Yang selalu menyebelahi Nadhila. Nadhila jadi nakal seperti itu pun disebabkan kurangnya kasih sayang dari keluarga iaitu dari arwah ayahnya dan kini dari abang dan adiknya. Mujur ada ibunya, dapatlah kasih sayang sebenar. Rasanya, kalau ibunya tiada. Dah lama Nadhila mati sebab tekanan dengan si ayah, abang dan adik kandungnya.

Lumrah manusia. Yang tak baik itulah yang orang nampak jelas dan yang baik orang tak nampak pun. Nadhila dah masak dengan semua ini. Dah lali dengan keperitan hidup ini. Biarlah kalau orang nak bercakap. Mulut orang tak boleh ditutup. Kerana mulut orang, Nadhila selalu kena marah dan kerana mulut Nabiha, Nadhila menjadi mangsa amukan. Allahu..!!

Sabarlah Nadhila.. 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs