Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
127,040
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4
Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan Nadhila kerja. Semakin seronok dan semakin sesuai dengan jiwanya. Hari-hari yang dia lalui baik-baik saja. Hubungan dia dan Helmi juga bertambah rapat. Banyak Helmi mengajarnya. Kerja dalam satu team memang kena sepakat. Kalau ada diantara mereka yang tidak puashati, mereka akan duduk berbincang. Meluahkan rasa hati masing-masing. Yang biasa buat hal dengan staff lain adalah Kak Siti sendiri. Asyik nak angin satu badan je. Ada saja yang tak kena. Benda kecil pun nak marah. Sudahlah marah lepas tu cakap main lepas saja. Tak fikir hati perasaan orang lain. Selalu bermasam muka dengan Hidayu. Nadhila buat tak tahu jelah. Macam biasa buat hal sendiri. Kadang-kadang ,dengan Helmi dan Lani juga. Tapi mereka berdua tu, malas nak layan. Pandailah Kak Siti nanti yang mulakan untuk berbaik semula. Susah Kak Siti kalau bermasam muka dengan Helmi dan Lani. Nadhila geleng kepala melihat perangai Kak Siti. Hmm..

Biasalah manusia. Perangai pelik-pelik. Macam-macam. Sabar jelah. Hari Sabtu, di Plaza Angsana juga. Tiba- tiba muncul Noni di hadapan Nadhila.

"Dhila..!!" Menjerit Noni. Nadhila dan Noni berpelukan. Rindu teramat, dah lama tak jumpa. Noni lah satu-satunya kawan kolej yang paling rapat berbanding yang lain. Masing-masing sibuk dengan dunia mereka.

"Noniii.. Rindunya dekat kau. Kau sihat ke?!" 

"Iyelah Dhila. Aku pun rindu kau sangat-sangat tau. Perlukah aku jawab soaalan kau tu Dhila?!" Noni bertanya kembali pada Dhila. Dhila gelak besar. Noni ni berbadan tegap dan gemuk. Gemuknya macam Sherry Alhadad. Tapi pandai bergaya. Kalau makeup, fuh!! Naik letih menunggu. Tapi Noni baik hati dan happy go lucky. Memang seronok kawan dengannya.

" Hahaaha... Aku rasa aku tahu jawapan itu..!" Gelak mereka berdua.

"Kau datang sorang je ke?!" Tanya Nadhila.

" Taklah. Tu kawan-kawan aku.." Noni memuncungkan mulut kearah tiga orang kawannya. Mereka melambaikan tangan pada Nadhila. Nadhila senyum.

"Haiiii... Kau dari Kluang ke ni?!"

"Iyelah. Saja nak jalan JB. Eh.. Dhila. Aku nak tunjuk kau pada seseorang ni." kata Noni Nadhila berkerut.

"Siapa pula kau ni Noni. Kau jangan macam-macam" Nadhila mula rasa tak selesalah pula.

" Hahaha. Orang tu ada dekat belakang kau tu.." Nadhila terus menoleh ke belakang. Terpaku mata memandang lelaki tinggi lampai. Dan memandang ke arah Noni pula. Noni senyum. Nadhila sikit pun tak senyum.

"Kau game aku ek Noni. Hampeh kau kan..!" Mengeluh Nadhila pada Noni. Noni gelak besar. Azar jalan perlahan menuju ke arahnya dengan senyuman manis. Segak dan bergaya. Tapi sorry.. Nadhila masih tak terbuka hati mahu menerima Azar.

"Assalammualaikum.. Hai.. Apa khabar?!" Tegur Azar.

"Waalaikumsalam. Hai.. Iya. Alhamdulilah sihat walafiat.. " jawab Nadhila.

"Makin comel..!" Pujian ikhlas dari Azar. Senyum lagi.

"Oh iya!! Thank you.."senyum sikit je. Pujian tu tak terkesan pun dihati Nadhila.

"Dhila.. Takkan nak borak dekat sini je. Jom makan. Azar nak belanja tu. Jom..!!" Noni mencelah.

"Hmm.. Tunggu sekejab ya. Aku nak info boss aku kejab.." Nadhila terus jumpa Kak Katty dan minta izin mahu keluar makan bersama Noni dan Azar. Kak Katty izinkan. Nadhila mengucapkan terima kasih dan jalan ke arah mereka semula.

"Dhila..!!" Helmi memanggilnya. Nadhila menghentikan langkah.

"Siapa tu?! Boyfriend ke?!" Nampak ada nada jelous disitu.

" Kawan kolej aku. Eh!! Jom.. Aku kenalkan dengan kau. Jomlah..!" Nadhila mengajak Helmi. Muka Helmi ketat je. Entah apa masalah Helmi ni.

" Nor.. Azs.. Kenalkan ni Helmi. Kawan sekolah aku.." Nadhila senyum. Azar dan Helmi bersalaman.

" Dari mana ni?!" Tanya Helmi pada Azar. Peramah.

"Dari Melaka. Datang sini nak jumpa Dhila. Dah lama tak jumpa dia. Rindu pula..!" Eh..Eh..!! Selamba je Azar ni bercakap. Terkejut Nadhila dengar. Noni senyum saja manakala Helmi terus berkerut dahi. Muka ketat kembali.

" Oh.. Okey..!! Tapi Dhila tak pernah pun cerita pasal kau. Kau datang ni pun dia tak pernah cerita.." Nadhila pandang pada Helmi. Kemudian, pandang pada Azar. Lain macam je mereka berdua ni.

"Memang Dhila tak tahu. Aku sengaja buat surprise untuk dia. Jom..!! Join minum sekali.."jawab Azar dan mempelawa Helmi.

"Tak apa. Terima kasih. Aku ada kerja. Korang pergilah. Dhila.. Jangan lama-lama tau.." Helmi menolak dengan baik. Dhila hanya angguk dan mula melangkah. Azar jalan disebelah Nadhila. Seronok berbual. Helmi memandang dengan satu perasaan yang agak cemburu. Dah kenapa pula Helmi nak cemburu dengan Azar. Hmm.

Helmi ada hati dekat Nadhila ke?! Tak mungkin.. Tak mungkin..!! Diaorang kawan kut. Nadhila pun anggap Helmi hanya kawan saja. Tapi tak tahu hati Helmi. Kadang, walaupun kawan tapi dah rapat. Semua perangai dah tahu, buruk baik dah faham. Tak mustahil akan timbul satu perasaan sayang. Iya.. Perasaan sayang. Pernah juga, tiba-tiba mood Helmi berubah dari suka berbual dan menyakat Nadhila terus jadi pendiam dan bersendirian. Jenuh Nadhila bertanya, apa masalahnya. Kenapa tiba-tiba moody. Salah apa yang Nadhila buat tapi Helmi langsung tak jawab. Diam je. Satu masalah besar betul. Kalau tak puashati pun, terus-teranglah. Ini tidak, terus jadi pendiam dan sunyi sepi. Nadhila jadi rimas pula dengan perangai Helmi. Mengalahkan perempuan. Itu yang dia malas nak bercinta bagai. Nak melayan perangai mengada-ngada lelaki. Bikin sakit jiwa.

Disebabkan malas nak bising. Nadhila biarkan je Helmi dengan rajuknya yang entah kenapa entah. Empat hari jugalah Nadhila biarkan Helmi. Dan, Nadhila rapat pula dengan Lani. Ke mana-mana minta tolong Lani. Rupanya dapat tahu dari Hidayu yang Helmi cemburu tengok Nadhila layan Lani lebih dari Nadhila layan dia. Pula dah..!! Ketuk dahi sendiri Nadhila. Pelik juga dia. Dia layan kedua-duanya sama je kut. Tak lebih tak kurang. Dua-dua kawan dalam satu team. Nadhila hormat Lani sebagai seorang abang memandangkan umurnya pun lebih tua dari dia. Yang Helmi ni dah angau apa pula sampai merajuk. Eee... Lelaki.. Lelaki..!! Tak fahamlah. Tapi dah okey dah. Nadhila pun dah jelaskan pada Helmi. Walaupun Nadhila dah cakap banyak kali, yang dia anggap Helmi tu kawan je kut tapi hmm.. Tak tahulah perasaan Helmi tu rasa seperti Nadhila syok dekat dia pula. Aduh..!! Keperasanan apakah itu? Helmi ni macam tepuk sebelah tangan pula.

Di Restoran Marry Brown. Mereka duduk makan disitu. Tak ramai orang. Berbual mereka bertiga. Yang banyak berbual Azar dan Noni. Nadhila sesekali je menyampuk. Air pepsi dihirupnya.

"Dhila.. Kau nampak lain dah sekarang.." Azar memulakan perbualan.

"Apa yang lainnya Azs. Aku sama je macam dulu. Tak ada apa yang berubah pun.." jawab Nadhila.

" Tu bagi kau. Tapi bagi aku, kau lain. Lebih special for me..!" Nadhila pandang sekilas pada Azar. Azar merenungnya tak berkedip mata.

" Hmm.. Sudah.. Sudahlah Azs. Lupakanlah. Aku tak sedialah beb. Kau carilah orang lain yang lebih special lagi.."balas Nadhila. Lemah betul lah dia kalau cerita bab hati perasaan ni.

" Hahahaha... Kau ingat senang ke nak cari orang lain sedangkan dalam hati aku ni cuma ada kau je. Dari sem satu kut.. " Luah Azar.

" Hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa tau. Kalau aku paksa terima kau pun tapi aku tak bahagia, aku tak ikhlas dan aku tak ready. Sia-sia lah beb. Aku taknak kau terus macam ni. Janganlah mengharap pada aku Azs. Aku memang tak boleh. Tak boleh.." Nadhila jujur berkata. Tegas!

" Aku tahu. Tapi tak kan sikit pun tak ada peluang dan ruang untuk aku?!" Tanya Azar lemah.

" Kalau ada mungkin dah lama kut aku terima kau. But.. I'm sorry. I can't and I'm not ready.. Sorry Azs.." jawab Nadhila. Berterus-terang.

"Hmm.. Aku takkan putus asa. Aku akan cuba juga Dhila untuk bukakan hati kau.." Tetap taknak mengalah. Nadhila tarik nafas dalam dan hembuskan. Menyandarkan badan di kerusi. Memandang Nor yang hanya mendengar perbualan mereka. Senyap saja.

" It's up to you. Aku tak nak cakap apa-apa. Aku dah cakap semuanya. Kalau kau rasa kau boleh, okey. Go on!! Tapi aku taknak bila kau kecewa nanti dan salahkan aku sebab tolak cinta kau. Aku dah info awal-awal. Aku harap kau faham.. " Nadhila pandang tepat ke mata Azar dan senyum. Mohon difahami. 


Azar membalas senyuman. Dia yakin Nadhila akan terbuka hati untuknya. Apa plan Azar, tiada siapa tahu. Noni sebagai saksi. So, lepas ni kalau Azar cakap bukan-bukan pada Nadhila. Ada saksi yang mendengar. Bagus juga Noni ni.

Habis minum, mereka menemani Nadhila ke exchibition. Sebelum pergi, Noni berbual sekejab dengan Nadhila. Azar pula berjumpa Helmi. Entah apa yang mereka bualkan. Nampak serius. Nadhila sempat melirikkan mata pada mereka. Sukahati diaoranglah.

" Okeylah Dhila. Aku gerak dulu ya. Insha Allah.. Kalau panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi ya. Take care yourself.." Mereka berpelukan.

" Alright.!! Dah sampai Kluang kang info aku tau. Beb.. Nasihatkanlah kawan kau tu. Tak payahlah harap dekat aku lagi. Kau tau aku macam mana kan. Aku malas nak bercinta-cinta bagai. Rimaslah. Belum terbuka hati ni pun.." Nadhila meminta tolong Noni.

" Aku dah cakap banyak kali dekat dia. Tapi dia betul-betul sayang dekat kau tu.." Kata Noni.

" Tak ada makna sayang. Aku not ready and tak kuasalah. Aku nak kerja nak cari income nak fokus pada hidup aku. Lelaki ni semua aku tak fikir pun.." luah Nadhila lagi.

" Aku faham kau macam mana. Tak apalah. Nanti aku nasihat kan dia sikit-sikit, okey.." Nadhila senyum. Azar dan Helmi menghampiri mereka. Tersenyum keduanya pada Nadhila.

" Okey lah Dhila. Aku gerak dulu ye. Jaga diri baik-baik. Jumpa lagi.." Kata Azar.

" Okey..! Hmm.. Sorry Azs..!"

Azar angguk perlahan. Mata tepat pandang wajah Nadhila. Tak selesa pula Nadhila direnung begitu.

" Apa-apa nanti aku call kau ye.." kata Azar pada Helmi.

" Okey boleh je. Hati-hati.!" Jawab Helmi. Nadhila pandang Helmi. Apa sebenarnya plan mereka berdua ni. Lain macam pula. Nadhila abaikan. Azar dan Noni berlalu pergi. Helmi berdiri disebelah Nadhila dan mereka memerhatikan Azar dan Noni hingga hilang dari pandangan.

" Kau ada plan something ke dengan Azs tu?!" Tanya Nadhila ingin tahu.

"Plan apa?!" Tanya Helmi semula.

" Aku tengok macam ada plan je. Kau jangan macam-macam ya Mi.." teka Nadhila.

"Ini hal orang lelakilah. Kau tak payah sibuk ya..!"

" Oh.. Okey!! Tapi sampai aku tahu plan kau dan dia melibatkan aku. Siap kau ya!!" Nadhila beri amaran.

" Apa kau nak buat? Nak meminang aku? Tak payah meminang pun aku terima..!" Kata Helmi. Selamba.

" Eee... Gila! Malas aku layan orang gila macam kau ni. Cari customer lagi baik." Helmi gelak besar. Nadhila meninggalkan Helmi seorang diri.

Pening juga Nadhila fikir mengenai Azar. Memang lama dah dia menunggu cinta Nadhila. Tapi Nadhila tak layan pun. Dari semester pertama sampai habis study pun masih menunggu. Setahu Nadhila dia tak pernah berjanji apa-apa pada Azar. Bagi harapan pada Azar pun langsung tak pernah. Tapi kenapa masih menunggy dia lagi. Sedangkan, Azar ni pun banyak peminat. Tapi tak tahulah, kenapa Nadhila juga yang dia tunggu. Macam-macam dah Nadhila cakap, terus-terang tapi sikit pun tak memberi kesan pada Azar malah makin dia mahu mendekati Nadhila pula. Parah.. Parah..!!

Tutt... Tutt...!! Handphone berbunyi lagi.  Tadi pagi ibunya call. Ini pula. Hmm.. Siapa lagi kalau tak harimau jadian.

" Dhila dekat mana?!" Ucap salam tidak terus terjah je tanya. Berkerut Nadhila.

"Kerjalah.."

"Memanglah kerja. Masih dekat Plaza Angsana lagi ke?!" Tanya Nadhif lagi.

" Iyalah pun. Hmm.. Kenapa Abang Dip tanya ni.." jawab acuh tak acuh je.

" Okey bye!!" Terus talian dimatikan.

"Peliklah harimau jadian ni. Mengelupur tak tentu pasal. Entah apa-apa entah..!" Merungut sendirian. Kemudian, melihat jam ditangan. Sudah masuk zohor, Nadhila minta izin Kak Siti mahu pergi ke surau sebentar. Kak Siti pun mahu join sekali. Berjalanlah mereka berdua didalam kesesakan orang ramai. Waktu lunch memang penuh Plaza Angsana ni. Masing-masing mahu mengisi perut. Selit menyelit jalan dicelah-celah orang ramai.

Dalam surau memang ramai, kena tunggu giliran. Selesai solat, mereka kembali ke exchibition site. Masih ramai lagi orang. Nadhila jalan perlahan-lahan. Sambil bernyanyi-nyanyi. Dia relax sikit kerja hari tu. Sudah capai  targetnya untuk bulan tersebut.


Cuma kawan-kawan yang lain masih belum capai target masing-masing. Hampir dua bulan kerja, dan dua bulan jugalah dia cepat capai target personal. Kerja enjoy, tak perlu stress. Orang kata, mood tengah memuncak untuk kerja. Esok-esok kalau dah mula malas, sama jugalah dengan kawan yang lain. Kerja pun banyak mengular, kerja tak fokus. Biasalah tu, mood manusia. Kejab semangat, kejab down.

Sampai saja di exchibition site, Nadhila duduk sebentar melepaskan lelah. Meneguk air mineral water. Habis sebotol kecil. Dia bangun dan membuang sisa botol ke dalam tong sampah. Kembali lagi.

"Dhila.. Ada orang nak jumpa.." panggil Hidayu.

" Customer ke?!" Tanya Nadhila pada Hidayu.

"Entah.. Dia dengan Helmi tu sana.!" Hidayu menunjukan ke arah Helmi bersama dua orang lelaki yang berdiri membelakangkannya.

" Okey.. Thanks..!" Nadhila terus berjalan ke arah Helmi. Mungkin customer kut.

"Tu Dhila..!!" Helmi memncungkan mulut ke arah  Nadhila. Terhenti langkah Nadhila.

"Alamakkk!!" Ketuk dahi. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs