Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,469
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 25
Seharian Nadhila tak tengok handphone pun. Sibuk tolong Makcik Alimah buat kuih hari ni, petang pula sibuk ronda kampung dengan motor. Nama je balik kampung tapi tak duduk rumah pun. Asyik hilang je. Tak reti duduk diam. Tapi bukan ke mana pun, mula-mula memang dia ronda kampung dan semasa dia lalu depan warung Cik Pah, dilihatnya ramai pelanggan. Jadi, dia singgah di warung itu dan tolong Cik Pah niaga. Petang-petang Cik Pah ada jual goreng pisang, keropok lekor, cucur udang dan air cincau. Kebetulan ramai pelanggan. Apalagi, dia tolonglah. Dia memang suka pun.

Balik rumah terus mandi, dan bersiap mahu ke masjid pula. Dia memakai jubah hitam dan selendang berwarna pink belacan. Sebelum keluar bilik dia mencapai handphone. Duduk menghadap handphone sekejab. Ada whatsapp lah, terus senyum lebar dia.

" Haiii... Seronok balik kampung ya?" Whatsapp dari Shakil.

" Mestilah. Nanti kita sambung whatsapp ya. Saya nak pergi masjid ni. Ibu dah tunggu. Byee..!!" Balas Nadhila. Dan letakkan handphone semula diatas meja.

" Dhilaaa...!! Cepatlah dah lambat ni..!!" Jeritan suara Makcik Alimah dari luar rumah kedengaran nyaring. Alamak!! Ibu dah keluar.

" Okey bos! Siapp..!!" Terus berlari anak ke pintu. Sengeh-sengeh pandang Makcik Alimah. Kunci kereta diberi pada Nadhila, Nadhila mengangkat kuih koci yang tersusun kemas didalam bekas dan bawa ke kereta. Diletak bekas itu di seat belakang dan masuk ke dalam kereta. Kereta Proton Waja peninggalan arwah ayahnya.

Enjin kereta dihidupkan dan memasang aircond. Memulakan pemanduan menuju ke masjid. Masjid tak jauh pun dari rumah, biasanya Makcik Alimah naik motor saja tapi  sebab balik dari masjid nanti mahu ke pekan untuk mencari barang dapur sikit. Jadi, nak tak nak kenalah Nadhila memandu juga. Masuk ke perkarangan masjid. Kereta diletak berhampiran pagar. Parkir kereta dah penuh. Nadhila membawa bekas kuih koci tadi dan mengekori Makcik Alimah masuk ke masjid.

Bekas kuih koci diberi pada Kak Jun. Nadhila bersalaman dengan semua jemaah wanita. Dan duduk di sebelah Makcik Alimah. Hanya senyum dan senyum. Azan berkumandang dan mereka berjemaah bersama. Hidup bermasyarakat, lagi-lagi di kampung memang amat menyeronokkan. Dapat berkumpul bersama, dapat menunaikan ibadah bersama. Apa saja aktiviti masjid atau surau pasti satu kampung  akan turut serta menjayakannya.

Yang paling seronok, ketika bulan puasa. Moreh. Memang Nadhila tak kan lepaskan peluang itu. Saat yang akan ditunggu-tunggu setiap tahun. Sepanjang bulan puasa Nadhila dan Makcik Alimah dan jiran-jiran hanya jalan kaki je ke masjid. Ramai-ramai jalan dengan budak-budak sekali. Biasanya setiap tahun, pelita akan dipasang kanan dan kiri jalan sepanjang jalan. Jadi, memang meriahlah kampung mereka diterangi cahaya lampu pelita. Itu yang paling Nadhila suka.

Mulalah budak-budak bawa mercun dan main mercun. Jalan ramai-ramai campak mercun, main bunga api. Terkejut makcik-makcik kampung dengan bunyi kuat mercun. Bukan budak-budak je yang main mercun. Nadhila pun sama join. Suka menyakat makcik-makcik kampung. Gelak kuatlah dia apabila ada makcik yang melatah. Memang menghiburkan hati.

Selesai semuanya, seperti biasa masa untuk mengemas pula. Sambil mengemas sambil mereka berbual. Tapi tak boleh lama berbual, sebab Nadhila dan Makcik Alimah mahu ke pekan. Bekas kosong berisi koci tadi di bawa Nadhila dan diletakan diatas batu depan masjid.

" Ibu.. Dhila nak pergi toilet kejab ek!!" Makcik Alimah angguk. Dan terus meluru ke toilet. Nadhila tidak perasaan, seseorang sedang memerhatikannya dengan senyuman. Tak lepas pandangan sejak tadi.

Makcik Alimah menunggu Nadhila di beranda masjid. Seorang demi seorang jemaah beredar. Muncul pula Tok Ketua bersama Imran.

" Kau tunggu siapa ni Mah?!" Tegur Tok Ketua pada Makcik Alimah.

" Tunggu si Dhila. Ke tandas dia.." jawab Makcik Alimah.

" Ada Dhila ke?! Bila dia balik. Tak perasan pula.."

"Pagi tadi. Imran kan ni..!" Tanya Makcik Alimah pula memandang Imran.

" Iya Cik Mah.. Cik Mah apa khabar, sihat tak?!"

" Alhamdulilah sihat. Lain kau sekarang ni.."


" Eh..! Mana ada lainnya Cik Mah. Sama je. Mungkin sebab lama tak jumpa kut.." balas Imran.

" Iyalah kan.." Makcik Alimah senyum. Tok Ketua meninggalkan mereka berdua apabila ada orang memanggilnya.

" Cik Mah datang naik apa ni?!" Tanya Imran lembut.

" Kereta. Nak ke pekan kejab ni, terlanjur ada Dhila ni ajak dia beli barang dapur sikit.." jelas Makcik Alimah. Imran angguk-angguk.

" Nadhif tak balik ke Cik Mah.Lama saya tak jumpa dia?" Tanya Imran lagi. Dalam bual-bual tu pun mata meliar mencari Nadhila.

" Tak balik. Orang sibuk macam dia tu memang susah nak jumpa. Nak balik kampung jenguk maknya pun payah. Harapkan telefon jelah. Itu pun kalau Cik Mah rindu, telefon dia susah nak jawab. Tunggulah dua tiga hari baru dia telefon balik. Tapi tak apalah. Dah kerja dia memang sentiasa sibuk mungkin.." Imran gelak kecil mendengar.

" Biasalah tu Cik Mah. Kerja dia tu memang sibuk sentiasa. Saya ni pun sama juga.." kata Imran.

" Imran masih kerja dekat Penang lagi ye.."

"Iya Cik Mah.. Tapi awal bulan depan saya dapat pindah Hospital Kuala Lumpur. Jadi, dekatlah sikit.." terang Imran.

" Baguslah tu. Boleh balik kampung selalu.." Senyum Makcik Alimah. Makin lebar senyuman Imran bila nampak susuk tubuh Nadhila jalan ke arah mereka.

" Insha Allah.. Tapi tulah bertugas dekat hospital kerajaan ni lagi sibuk.." sambungnya lagi.

" Itulah kan.. Tak apalah. Besar pahalanya tu.."

" Aik..!! Abang Im ada juga ke? Ingat tak ada tadi?!" Buat muka terkejut. Memang dia tak tahu pun ada Imran tadi.

"Adalah. Dhila yang tak nampak abang.." Nadhila angguk-angguk kepala.

" Jom ibu..! Nanti tutup pula supermarket tu. Kitaorang minta diri dulu ya.. Assalammualaikum..!!" Nadhila mengukir senyuman pada Imran. Bekas kosong diambil dan dipegang.

" Cik Mah pergi dulu ya. Kirim salam dekat mak nanti..!"

" Insha Allah Cik Mah.. Hati-hati Dhila..!" Sempat Imran memesan. Nadhila jalan bersebelahan Makcik Alimah.

" Dhila.. Makin hensem pula ibu tengok Imran tu. Kau tak terpikat ke? Hehehe.." Makcik Alimah mengusik Nadhila.

"Eh.. Eh.. Ibu ni.." Nadhila jeling manja pada Makcik Alimah.

"Eh..Eh.. Apa pula. Jujur ibu cakap ni.." Berkerut pula Nadhila. Ada-ada saja ibu ni. Kata hatinya.

" Hmm.. Alamak!! Ibu.. ibu kejab. Dhila belum bayar lagi duit minyak siang tadi dekat Abang Im lah. Lupa pula. Ibu tunggu dekat kereta ya..!!"

" Iyelah..!" Nadhila terus berlari anak berpatah balik. Mengeluarkan wang kertas bernilai Rm10 didalam poket jubahnya.

Imran masih lagi tercegat di tepi pintu batu itu. Dan, masih memandang pada Nadhila. Nadhila buat muka selamba menghampirinya. Senyum manjang Imran ni. Tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

" Abang Im.. Sorry.. Sorry..!! Dhila lupa nak bagi duit minyak siang tadi ni. Nah!! Terima kasih ya..!" Nadhila menghulurkan wang kertas itu pada Imran.

" Dhila.. Kan abang cakap siang tadi. Tak payah bayar. Abang ikhlas tolong..!"

"Iya ke abang ada cakap. Tak perasan pun..!" Nadhila garu kepala yang tak gatal.

"Adalah..! Mesti lupa ni. Cepat sangat lupa ni. Dah tua ke?!" Perli Imran. Nadhila cuba mengingati semula.

"Ishh!! Mana ada tua. Muda lagi lah. Abang tu yang dah tua. Hmm.. Tak apalah. Dhila bayar juga. Nah..!!" Di hulurkan lagi duit itu pada Imran.

" Tak payahlah.." Imran tetap menolak. Berkali- kali Nadhila bagi, Imran tetap tak terima. Sampai bengang Nadhila.

" Ish!! Orang nak bagi, tak nak pula. Berlagak betul..!" Nadhila terus masukkan duit itu dalam poket baju melayu Imran dan terus jalan meninggalkan Imran.

" Heyy..!! Dhila.. Ya Allah..!" Jerit Imran memanggil Nadhila.

" Kalau abang tak nak duit tu. Abang masukkan duit tu dalam tabung masjid. Okey byee..!!" Jerit Nadhila pula. Geleng Imran dengan gelagat Nadhila. Tiba-tiba Imran terpandang sesuatu diatas batu. Eh!! Ni kunci kereta... kata Imran sendiri.

Nadhila menuju ke kereta. Makcik Alimah bersandar di kereta dan berbual bersama Mak Bedah. Apalah yang diborakkannya tu, mesti membawanglah tu. Kata hati Nadhila.

" Dhila.. Mak Bedah nak tumpang kita. Dia nak ikut ke pekan sekali. Boleh ke tak?!" Makcik Alimah bersuara. Tersengeh Mak Bedah.

" Hmm.. Kalau naik teksi biasanya ke pekan Rm5, balik Rm5. Jadi, Mak Bedah kena bayar kat Dhila Rm10. Boleh? Tapi tak apalah, Mak Bedah pnya pasal, Dhila bagi diskaun Rm5. Okey tak?!" Nadhila bergurau.

" Bukan takat Rm5. Rm50 ringgit pun boleh..!!" Semangat sungguh Mak Bedah cakap. Makcik Alimah dan Nadhila gelak.

" Amboi.. Tahulah nak dapat menantu orang kaya..!" Sempat lagi Nadhila perli. Sambung gelak mereka.

" Ibu.. Kunci kereta ada dekat ibu tak?!" Muka Nadhila berubah. Mana pula kunci kereta ni. Dicari dalam poket jubahnya tapi tiada. Cuak dah dia.

" Dhila tak bagi ibu pun tadi. Dekat poket tak ada ke?!" Makcik Alimah meraba-raba mencari kunci didalam beg telekungnya. Tapi tiada juga.

" Tertinggal dekat dalam kut..!" Kata Mak Bedah.

" Kejab ye Ibu.. Dhila cari kat dalam kejab.."

" Ada ni ha kunci kereta Dhila dekat abang..!" Muncul Imran dari arah belakang. Sengaja dia mahu tengok gelagat Nadhila.

" Abang curi ye..?! Macam mana kunci ni boleh ada dekat abang? Abang kenakan Dhila ye.. Cepat cakap.. Cepat cakap??!!" Terbeliak mata Nadhila. Muka serius dan marah. Tercengang Imran dituduh mencuri.

" Dhila.. Apa tuduh macam tu tu. Kau yang lalai.." tegur Makcik Alimah.

" Ha betul tu Cik Mah. Bila masa pula abang curi. Suka-suka dia je tuduh abang kan. Cili mulut tu kang..!" Balas Imran. Makcik Alimah dan Mak Bedah berpandangan. Senyum.

" Habis tu macam mana kunci ni boleh ada dekat abang?!" Nadhila masih tak puashati dengan jawapan Imran. Menjeling pada Imran.

" Cik Dhila oii.. !! Abang jumpa kunci ni terletak dekat atas batu tu. Mujur abang yang jumpa bagi Dhila ni tau..!" Jelas Imran lembut.

" Iyeke?! Boleh percaya ke?!" Imran gelak. Mencebik muka bengang.

" Sukahatilah nak percaya atau tak. So, nak kunci ni ke tak? Kalau tak nak...!!" Baru saja Imran mahu masukkan kunci dalam poket terus Nadhila rampas.

" Mestilah nak.. Okeylah.. Okeylah.. Terima kasih banyak-banyak..!" Keras suaranya. Imran gelak lagi.

" Lembutlah sikit cakap terima kasih tu Dhila. Kasarnya..!!" Sampuk Mak Bedah pula.

" Hmm.. Terima kasih ya Abang Im ya. Terima kasih banyak-banyak..!"Nadhila ulang semula. Imran gelak dan gelak. Nadhila pelik. Itu pun nak gelak ke? Entah apa yang lawak entah. Sakit kut dia ni. Kata hati kecilnya.

" Iya sama-sama..!" Balas Imran.

Nadhila buka pintu kereta dan terus masuk dalam kereta. Seperti  biasa enjin kereta dihidupkan. Mak Bedah duduk di seat belakang.

" Terima kasih ya Imran. Maaflah ye. Dhila tu memang macam tu. Imran pun tahu kan perangai dia tu. Jangan ambil hati ya..!" Ucap Makcik Alimah. Lembut saja.

" Tak apa Cik Mah. Dah faham sangat dah dengan dia tu. Sebab perangai dia macam tulah buat saya terpikat. Eh!! Alamak..!!" Terlepas sudah. Ketuk dahi sendiri Imran. Malu.

" Ha? Apa? Buat apa? " Makcik Alimah sengaja buat-buat tak dengar. Padahal dia dengar dengan jelas pun.

" Tak.. Tak.. Tak ada apa!" Tersengeh malu Imran pada Makcik Alimah.

" Ibu.. Cepatlah. Nanti supermarket tu tutup pula. Esok-esoklah ibu interview doktor tu.." Cermin tingkap diturunkan. Membebel si Nadhila. Makcik Alimah terus jalan ke pintu sebelah pemandu.

" Udah-udahlah tu Abang Im. Dah malam dah ni. Tak baik anak bujang balik lewat malam . Kang tak laku pula.." Nadhila bergurau.

" Hahahaaa...!" Gelak kuat Imran.

" Bye..!!" Sebelum menutup cermin tingkap, Nadhila mengukir senyuman manis dan melambaikan tangan pada Imran. Imran membalas lambaian. Terhibur hatinya.

Tak sangka, balik kampung dapat jumpa Nadhila. Budak kasar yang mencuit hatinya sejak di Sekolah Menengah lagi. Tapi nak mendekatinya punyalah payah. Kasar-kasar Nadhila tersembunyi kelembutannya. Nakal-nakal Nadhila punyai hati yang baik dan jujur. Degil-degil Nadhila punyai hati yang cekal dan kuat hadapi dugaan. Bukan Imran tak tahu macam mana kehidupan Nadhila. Semua dia tahu.

" Laaaa... !! Dekat sini rupanya. Ayah tunggu kau dekat sana.." tegur Tok Ketua pada Imran.

" Sengeh-sengeh je ni kenapa? Hmm.. Ni mesti sebab Dhila kan..!" Teka Tok Ketua. Malu Imran.


" Hehe.. Ayah..!! Apa kata ayah tanyakan Cik Mah tu. Kut dia setuju ke?!" Mereka berdua berjalan ke kereta.

" Dah naik berbuih dah mulut ayah ni tanya Im. Mak kau pun selalu juga tanya. Nak masuk meminang si Dhila tu. Tapi jawapan tetap sama.." jawab Tok Ketua.

" Iye ke yah..!! Kecewalah Im..!"

"Nak buat macam mana Im. Tak kan kita nak paksa pula kan. Ibunya pun tak boleh buat apa kalau si Dhila tu tak terima. Belum terbuka hati dia nak berumahtangga. Anggaplah tak ada jodoh.." Imran angguk-angguk kepala. Tanda faham.

"Tapi yah. Bagi Im lah kan. Selagi dia tak kahwin selagi tu Im rasa, masih berpeluang kut..!" Imran dan Tok Ketua masuk ke dalam kereta serentak.

"Hmm.. Tapi kita tak tahu apa dalam hati dia. Mungkin dia dah berpunya tapi tak bagitahu ibunya. Hati dan perasaan orang ni kita tak tahu Im. Ayah tak nak, dia terpaksa terima Im sebab ibunya atau Nadhif. Kasihan dia nanti. Im tahu kan, Nadhif tu macam mana. Ayah taknak macam tu! Biar Dhila ikhlas terima Im tapi bukan kerana dipaksa dan terpaksa." Nasihat Tok Ketua pada anaknya. Imran angguk lagi. Betul juga apa yang ayahnya cakapkan.

Imran mula memandu meninggalkan perkarangan masjid. Tak apalah. Mungkin memang dah tak ada jodoh. 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs