Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,988
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 30
Mata meliar mencari kelibat Shakil. Tapi tak pula nampak. Dari pagi dia tunggu Shakil. Mana pula dia pergi. Takkan dia nak mengelak dari jumpa aku kut. Ish!! Tak mungkinlah. Teka Nadhif sendiri. Dia mengambil handphone diatas meja dan melangkah keluar dari biliknya. Jalan perlahan mahu turun makan tengahari. Terasa lapar pula perut, tadi pagi di rumah hanya minum air teh je. Tak ada selera nak makan. Tapi ni bila perut dah berbunyi, baru nak diisi.

Sampai di lobi, mata terpandang pada Shakil yang baru keluar dari keretanya dengan memegang beberapa fail. Nadhif memberhentikan langkah apabila melihat Shakil berjalan ke arahnya. Menunggu Shakil datang menghampirinya. Shakil senyum memandang Nadhif.

" Tuan.. Buat apa dekat sini?" Tegur Shakil. Kacamata hitam ditanggalkan dan dipegang.

"Tunggu awaklah. Awak dari mana ni..!" Tanya Nadhif pula. Shakil senyum. Dapat agak dah niat Nadhif tapi buat selamba je.

" Dari Bukit Aman lah. Kan tuan minta saya hantar laporan semalam tu.." Jawab Shakil.

" Oh ya.!! Lupalah.. Sorry.. sorry!!" Nadhif ketuk kepala sendiri. Shakil gelak kecil. Orang tengah serabut kut. Kata hati Shakil.

" Hmm.. Awak dah lunch? Jom.. Saya belanja..!" Pelawa Nadhif.

"Belum lagi. Saya pun nak lunch juga ni, tapi tuan tunggu sekejab ya. Saya nak hantar ni naik atas kejab.. " Nadhif mengangguk. Shakil terus jalan meninggalkannya.

Nadhif senyum. Lega sebenarnya dia dengan layanan Shakil. Depan mata Shakil dia buat Nadhila seteruk itu takut Shakil rasa hilang kepercayaan dan hilang hormat padanya. Tapi Shakil nampak tenang je seperti biasa. Dia sendiri pula yang jadi segan.

Tidak lama kemudian, Shakil muncul dengan senyuman.

"Tuan nak makan dekat mana ni?!" Tanya Shakil.

" Kita makan kedai mamak depan tulah ye. Teringin pula nak makan kari kambing dia, lama dah tak makan situ.." Shakil mengangguk. Mereka berdua jalan serentak.

" Ok boss.. Boleh je..!" Berjalan sambil berbual. Kemudian, melintas jalanraya pula.

Kedai mamak ni waktu makan tengahari memang penuh, terpaksa kena tunggu pelanggan habis makan baru dapat tempat duduk. Lauk-pauk dan masakan yang pelbagai memang sedap. Lagi-lagi kari kambing. Kalau makan di kedai tu, memang kari kambing jelah pilihan Nadhif. Si Shakil pula, bab-bab masakkan mamak ni tak berapa suka sangat. Selera dia lebih kepada selera kampung. Makanan yang simple je. Kalau betul-betul teringin, baru dia makan. Setelah ambil makanan, Nadhif memilih meja diluar kedai. Meja paling hujung, selesa sikit nak berbual. Dan, niatnya sebenar mahu bertanyakan pada Shakil mengenai Nadhila. Itu point Nadhif.

Air sirap limau ais di sedup. Lega tekaknya. Mereka menikmati hidangan sambil berbual mengenai tugasan masing-masing. Rancak berbual. Selesai makan, mereka masih duduk berbual lagi.

" Shakil.. Saya minta maaf atas apa yang dah berlaku malam tadi. Maaf Sha..!!" Nadhif mula buka cerita. Shakil senyum. Memang dia tunggu Nadhif mulakan perbualan itu.

" Tak apalah tuan. Benda dah berlaku. Cuma.. Maaf tuan, sebenarnya saya sedikit kesal dengan tuan. Iyalah.. Tak sangka sanggup tuan buat adik tuan macam tu. Terkejut saya sebenarnya.." kata Shakil.

" Iya saya tahu. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh bertindak teruk pada Dhila. Saya menyesal sangat. Kasihan Dhila..!!" Keluhan keras Nadhif. Memandang ke meja.

" Saya tak tahu punca sebenar. Jadi saya tak berani nak komen lebih-lebih. Tapi bila di khalayak ramai tuan berkelakuan kasar macam tu. Agak memalukan dan keterlaluan. Mengasari seorang wanita sampai cedera. Kita anggota tuan. Tuan pun tahu kan..." sambung Shakil.

" Iya.. saya tahu. Itu yang buat saya kesal dengan diri saya. Saya... Ish!! Entahlah Sha.!" Nadhif menekup muka dengan tangan. Shakil hanya memerhati. Senyap sekejab.

" Lepas saya pergi malam tadi. Dhila macam mana Sha? Keadaan dia? Dhila balik JB terus ke atau ada dekat KL? " Nadhif pandang tepat ke muka Shakil. Sangat-sangat ingin tahu.

Ini yang berat Shakil nak jawab. Nak terus-terang pada Nadhif, tak mungkinlah. Lain pula jadinya nanti. Terpaksa dia berbohong seperti yang dirancang dengan Helmi.


Berbohong demi keselamatan Nadhila.

" Dia menangis dan cuma cakap, sakit. Lepas tuan pergi, Helmi datang. Jadi, Dhila ikut mereka balik JB terus. Saya pun tak tahu sekarang keadaan Dhila macam mana. Saya lupa nak minta nombor telefon Helmi.." Maafkan saya tuan, terpaksa menipu. Kata hati Shakil.

" Allahuakhbar..!! Ya Allah.. kejamnya aku.." Nampak riak wajah penyesalan. Untuk apa dikesali. Esok-esok lakukan juga.

" Saya nak jumpa dia dekat JB, tapi kekangan kerja pula. Lusa kita kena outstation ke Penang. Saya tak ada dah nombor Helmi, tu yang susah tu. Dia dah tukar nombor telefon. Tak tahu macam mana nak contact dia. Saya call Dhila, tapi tak dapat. Saya rasa dia block nombor saya kut. Awak ada contact Dhila tak?!" Tak keruan hati Nadhif jadinya. Risau, takut, serba salah, bersalah semua perasaan ada. Baru tahu!

"Mana ada tuan. Saya minta nombor dia tempoh hari, mana dia nak bagi. Ingat kalau dapat, nak juga tackle tapi tak dilayan pula.. Hehe..!!" Shakil sengeh. Amboii.. Pandai juga Shakil berlakon ye. Hahaahaha..

" Tak apalah. Harap-haraplah dia call ibu dekat kampung. Sekurang-kurangnya tahulah juga keadaannya. Kalaulah ibu tahu kejadian malam tadi, mesti ibu kecewa dengan saya. Ya Allah Ya Tuhanku..!!" Shakil hanya mengangguk saja.

" Tuan.. Saya tahu saya tak ada hak nak campur urusan keluarga tuan. Tapi sebagai seorang kawan, tak salah saya menegur. Tolonglah jangan lakukan lagi pada Dhila seperti itu tuan. Dhila tu hanya seorang wanita yang lemah, yang perlukan perlindungan dan perlukan kasih sayang dari tuan. Jangan perlakukan dia seperti dia tak ada hati dan perasaan.." Nadhif senyap. Mendengar saja. Sedar akan kesalahannya.

" Kalau tuan boleh bersikap tegas dalam kerjaya tuan, saya pun boleh bertegas dalam keadaan ini. Saya tak kan biarkan Dhila atau sesiapa saja wanita diluar sana dikasari dan diperlakukan seperti malam  tadi. Saya rasa bertanggungjawab pada wanita yang dianiaya dan dikasari tanpa sebab. Dan, saya tak teragak-agak untuk laporkan pada pihak atasan jika tuan masih bersikap kejam pada adik tuan sendiri. Saya ada hak untuk membela nasib mereka yang tak bersalah.." Telan liur Nadhif. Terkedu dengan kata-kata Shakil. Walaupun Shakil menjelaskan dengan senyuman tapi dari nada suaranya amat serius.

" Maafkan saya tuan..!!" Shakil meminta maaf.

" Hmm.. Iya. Tak apa. Saya faham. Saya sedar kesalahan saya, itu silap saya sendiri.." Mendatar suara Nadhif. Ada rasa takut jugalah dia. Kagum dengan Shakil.

" Jangan kerana perlakuan bodoh tuan tu. Habis sekelip mata kerjaya yang tuan banggakan ni. Dan maaf tuan, jangan ingat tuan pegawai atasan, saya tak berani bertindak. Kalau sekarang ni saya bagitahu pihak atasan pun, boleh je tuan. Tapi saya tak sekejam itu.." Sambung Shakil. Terus berubah airmuka Nadhif.

"Eh.. Sha.. Janganlah macam ni Sha. Saya tahu, saya sedar, saya salah, saya silap. Saya akan usaha untuk perbaiki diri saya. Saya janji saya tak kan buat Dhila macam tu lagi. Saya pun menyesal pada diri sendiri. Adik kandung saya, memang saya tak patut buat dia macam tu. Saya cukup menyesal. Saya patut jaga dia, bagi kasih sayang, lindungi dia tapi saya gagal jadi abang yang baik untuk Dhila. Dari dulu Sha saya buat dia macam tu. Bodoh betul saya ni..!" Keluh demi keluhan pada diri.

Nadhif dah betul-betul tolak ke tepi rasa egonya. Takut juga dia dengan ugutan Shakil. Shakil memang sengaja pun cakap begitu. Biar Nadhif berfikir dan biar Nadhif takut kehilangan kerjayanya. Kehilangan kerja tahu takut tapi kehilangan adik. Tak fikir pun tak takut pun. Mujur masih bernyawa si adik tapi tak kan nak tunggu nyawa terbang baru nak berubah. Hmm.. Manusia. Bila didepan mata tak reti menghargai, bila dah hilang baru terhegeh-hegeh menyesal lah, nak berubahlah. Nak tunggu nasi jadi bubur baru nak berubah. Makan jelah bubur tu sampai hadam.

Bippp... Whatsapp masuk di handphone Shakil. Dia mencapai handphone yang berada diatas meja dan membaca whatsapp. Berkerut sekejab.

" Assalammualaikum Abang Sha..!!
Abang sihat tak? Dah makan belum?"

Siapa pula ni? Shakil tak layan dan letakkan semula handphone diatas meja. Berbual semula bersama Nadhif. 


"Dahlah tuan. Lupakanlah. Sekarang ni, doakanlah yang baik-baik untuk Dhila. Semoga dia sihat dan kembali ceria. Saya cuma takut dia jadi tekanan perasaan. Jadi trauma. Minta dijauhkanlah. Dan bagi saya, seeloknya tuan jangan ganggu dia dulu buat masa ni. Biarkan dia tenang, bagi dia masa dan ruang. Insha Allah dia okey juga. Saya yakin..!" Kata Shakil. Nadhif mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

" Thanks Sha..!! Thanks..!! Saya malu sangat dengan awak. Iyalah kan.. Saya nama je pegawai polis tapi sikap saya memang.. Mmm.. Teruk betul lah.." Shakil gelak kecil. Menyandarkan badan di kerusi.

" Kita manusia tuan. Setinggi mana pun pangkat seseorang tu, tak semestinya baik segalanya. Pasti ada buat salah juga. Kadang, yang berpangkat tinggi tulah lebih teruk perangai dari yang berpangkat rendah.. Semua tu dari dalam diri sendiri.." Tersentak Nadhif dengar. Telan liur kau.

"Alamak!! Betul-betul terkesan apa yang awak cakap tu Sha.."

"Eh.. Alamak!! Sorry.. Sorry tuan. Terlepas cakap pula. Hahahaaa..!!" Shakil gelak. Ketuk dahi. Padahal memang sengaja pun dia cakap macam tu. Nak bagi Nadhif fikir sikit.

" Tak apalah. Saya redha je. Dah salah saya kan. Tapi apapun, saya kagumlah dengan awak.  Awak berani tegur saya, sesetengah orang kalau pegawai buat hal ke apa ke, diaorang diamkan je. Malas nak campur dan tak berani nak tegur. Takut kena balik..!" Nadhif memuji Shakil.

" Saya menegur diatas kebenaran. Saya tak takut kalau tuan nak ambil tindakan pada saya atau tak puashati pada saya. Niat saya nak melindungi golongan yang lemah tapi bukan menindas dan menyokong kekejaman.." Kata Shakil tegas. Tapi tetap tersenyum. Nadhif angguk dan angguk.

Bipp.. !! Whatsapp masuk lagi. Shakil mengambil handphone dan membacanya lagi.

"Abang Sha ni sombonglah. Ini Biha lah. Adik Abang Nadhif. Abang Sha busy ke tu?"

Ha?? Biha?? Mana pula dia dapat nombor aku ni. Aduhh!!  Terkejut Shakil. Terus pandang Nadhif. Nadhif juga sedang melayan handphone.

Tuan ke yang bagi nombor aku dekat Biha? Ish! Biar betul. Masalah ni masalah. Ah!! Biarkan jelah. Shakil berkata dalam hati.

Handphone diletakkan semula. Shakil memandang ke tengah jalan. Memandang kosong ke kenderaan yang lalu lalang. Teringat pada Nadhila. Entah buat apalah Nadhila sekarang ni ye. Dah makan entah belum. Sekejab lagi lah baru call. Senyum dia.

Tutt.. tutt..!! Berbunyi pula handphonenya. Alamak!! Biha ke yang call ni. Tekanya. Tangan mencapai handphone. Tertera nama Kak Ida di skrin handphone. Senyum dia.

" Hmm.. Waalaikumsalam.. Sha baru lepas makan ni.." Nadhif memandang Shakil. Air sirap limau air disedutnya habis.

" Tak busy. Hari ni relax sikit kerja. Kenapa kak, cemas je suara ni?" Shakil berkerut. Nadhif masih lagi memandang Shakil. Mencuri dengar perbualan Shakil.

"Apa?? Ya Allah..!! Baiklah Kak. Sha balik sekarang. Iyelah.. Sha terus pergi sana. Thanks Kak..!!" Terus berdegup kencang jantung Shakil. Risau. Talian terus dimatikan.

" Tuan.. Saya ada emergency. Saya kena balik sekarang..! Saya gerak dulu tuan.. " Pinta Shakil. Dah tak tenang hatinya.

" Baiklah.. Hati-hati!!" Nadhif mengizinkan. Muka Shakil memang cemas. Lalu, terus berlari meninggalkan Nadhif. Nadhif bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Setelah membayar bil makanan dia pun berjalan menuju ke bangunan IPD.

Shakil terus memecut laju keretanya memecah kesesakkan lalulintas. Hati semakin berdebar, fikiran tak tenang. Dia cuba memandu dengan tenang. Tak boleh terlalu ikut perasaan. Keselamatan perlu juga dia ingat. Jangan sebab mahu sampai dengan cepat ke destinasi, hingga terjadi sesuatu di tengah jalan. Doa dan doa mengiringi.

Tuttt... Tuttt...!! Handphone berbunyi lagi. Terus Shakil menekan butang pada earphone nya.

"Hello Kak..!!"

" Eh..!! Ini Biha lah Abang Sha..!!"  Aduhaii.. Budak ni.

" Oh iya..! Kenapa ye Biha call?" Nak tak nak terpaksa juga Shakil layan.

" Tak ada apa. Saja kacau Abang Sha. Biha whatsapp Abang Sha tak reply. Tu yang Biha call ni.." Suara gedik Nabiha di talian.

" Sorry..!! Abang busy tadi.." jawab Shakil bersahaja.

"Oh iyeke?! Sorrylah ganggu. Hmm.. Abang Sha..!! Hujung minggu ni Abang Sha free tak? Boleh tak temankan Biha cari barang. Abang Dip busy lah. Biha tak ada kawan nak pergi. Boleh tak Abang Sha?!" Mengada-ngadanya suara Nabiha. Shakil berkerut. Pula dah budak ni.

" Sorrylah Biha.. Abang outstation. Biha ajaklah kawan Biha ye..!" Jawab Shakil lagi.

"Ooo iyeke..!! Maknanya kalau Abang Sha outstation, Abang Dip pun samalah kan?! Hmm.. Tak apalah kalau macam tu..!" Suara sedih pula.

" Iye..! Okeylah Biha, abang tengah memandu ni.."

"Okey Abang Sha..!! Hati-hati ye memandu. Nanti bila ada free time kita keluar ye. Byee..!!" Talian terus dimatikan. Geleng kepala Shakil.

Malas dia mahu fikir mengenai Nabiha. Macam-macam hal. Sekarang ni, dia kena sampai rumah dengan cepat. Selagi tak tengok sendiri dengan matanya selagi tu hati tak tenang.

Ya Allah...!! Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik. 

Previous: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs