Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,990
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 20
Hari ni semua pergi kerja lambat, sebab hari ni hari last exibition di Komtar. Biasalah, kalau hari last memang masing-masing agak malas nak kerja. Paling tidak pun pergi exibition ambil meja kerusi dan balik. Pula esok subuh nak balik kampung dah. Memang fikiran dah tak ada nak kerja, fikiran dah melayang ke kampung. Excited dah semua.

Samalah juga dengan Nadhila, tak sabar nak jumpa ibu. Nak peluk cium ibu. Nak makan masakan yang paling sedap didunia iaitu semestinya masakan ibu. Selesai mengemas bilik dan siap mengemas pakaian yang akan di bawa balik kampung nanti, Nadhila merehatkan badan sekejab. Melayan perasaan sendiri. Sekejab baring, sekejab duduk. Handphone dipusing-pusingkan. Direnung handphone.

" Aku nak call Abang Dip lah. Rindu pula dekat harimau jadian tu. Tapi..." kata-katanya terhenti. Memikirkan sesuatu.

"Call jelah kan. Dia nak marah ke, nak meletup ke. Biarlah. Lagipun, aku bukan ada depan dia. Kalau dia marah, aku matikanlah handphone.. iye tak?!" Nadhila nekad. Kali ni dia memang nak call Nadhif. Lembut dah hatinya. Ni semua penangan si Shakil. Yang sentiasa beri nasihat padanya. Hai lah Shakil..

"Hello...!!" Suara Nadhif di talian. Nadhila senyap tidak menjawab. Dup.. dap.. dup.. dap.. jantungnya. Antara takut dan rindu.

" Hello.. Siapa ni?!" Nadhif bertanya. Lembut pula suaranya. Rasanya mood Abang Dip baik kut hari ni, bisik hati Nadhila.

" Hello.. Ni nak cakap ke tak nak?!" Tanya lagi.

" Assalammualaikum Abang Dip..!" Perlahan suara Nadhila memberi salam. Nadhif terdiam sekejab.

" Waalaikumsalam. Dhila?!" Mata Nadhila mula berkaca. Sebak. Rindu.

"Iya abang. Dhila ni.. Abang sihat?!" Tanya Dhila.

"Alhamdulilah sihat. Dhila macam mana, sihat tak?" Sungguh Nadhila sangat merindui suara garang abangnya itu. Mula teresak dia.

" Dhila sihat abang. Dhila okey..!!" Jawab Nadhila perlahan.

Nadhif angguk-angguk kepala. Di hadapannya, Shakil. Mereka sedang bersarapan di cafe. Kebetulan Nadhila call Nadhif ada Shakil bersama. Senyum Shakil apabila dengar panggilan itu dari Nadhila. Call juga Dhila akhirnya, kata hati Shakil.

" Kenapa baru sekarang nak call? Berapa lama dah? Dhila ingat abang tak risau Dhila ke?" Telan liur Shakil. Pula dah. Dimarahnya Nadhila dengan suara keras. Bengis.

" Dhila minta maaf. Dhila perlukan masa. Dhila kecil hati dengan abang dan Biha.." Nadhila berterus-terang. Mendatar suaranya.

" Kecil hati kenapa? Benda tu Dhila yang salah sendiri kan. Dah tu nak menuduh Biha pula.." Keras Nadhif. Shakil hanya mendengar. Masalah betul lah tuan aku ni, kata hatinya lagi.

" Abang ni kenapa? Ibu ada bagitahu abang kan, ibu nampak perbuatan Biha. Abang tetap nak salahkan Dhila. Sampai hati abang.. Kalau Dhila tahu Dhila tak nak call abang. Call salah tak call salah.." Betapa sedihnya hati Nadhila. Dia mengalah dan lembutkan hati untuk hubungi Nadhif dengan harapan Nadhif boleh cakap baik-baik dengan dia. Tapi lain pula jadinya.

" Bagus sangatlah tu. Yang kau tahu, kecil hati, merajuk lepas tu lari. Tak call ibu, tak call abang, menghilangkan diri berbulan-bulan. Suka sangatlah buat hal. Tak fahamlah abang dengan kau ni..!!" Deras airmata Nadhila. Kecewa sangat kecewa dengan layanan Nadhif.

" Tak apalah abang. Dhila memang banyak menyusahkan abang. Dhila tahu Dhila ni selalu buat hal. Adik abang hanya Nabiha  bukan Nadhila. Abang tak pernah anggap Dhila ni wujud. Tak apalah abang.." Luah Nadhila dengan esak tangis.

" Tulah kalau orang cakap. Sikit-sikit nak jelous dengan Biha. Dhila tu yang keras hati sangat, cubalah jangan nak ikut kata hati degil tu sangat.." Shakil geleng kepala. Aduh!! Rasa simpati sangat pada Nadhila.

" Maafkan Dhila, abang..!! Dhila call ni nak minta maaf dekat abang. Ampunkan segala salah silap Dhila selama ni. Dosa-dosa Dhila. Halalkan makan minum Dhila. Macam mana pun layanan Abang Dip dan Biha dekat Dhila. Dhila tak pernah simpan jadi dendam dan Dhila maafkan semua. Dhila tetap sayang abang dan Biha. Dhila minta maaf. Jaga ibu baik-baik ya. Jaga diri abang baik-baik. Lepas ni, abang anggaplah Dhila dah tak wujud lagi. Anggaplah Dhila dah mati. Assalammualaikum..!!" Nadhila terus matikan handphone. 


Dia menangis semahu-mahunya. Tersedu-sedu tangisannya. Apa yang dia harapkan semua sia-sia. Kecewa terus disakiti. 


" Sampai hati abang buat Dhila macam ni. Dhila rindu abang. Dhila nak dengar suara abang. Tapi kenapa abang marah Dhila macam ni. Jahat sangat ke Dhila ni abang. Kenapa abang, kenapa??" Tangisan demi tangisan.

Shakil menarik nafas dalam. Memandang kosong cawan berisi teh tarik diatas meja. Sangat sedih dengan layanan Nadhif terhadap Nadhila. Shakil pun tersentak dengan kata-kata Nadhif pada Nadhila. Apatah lagi Nadhila.

"Dhila.. Dhila..!! Hello...!! Ishh!! Bertuah punya budak. Dimatikan pula. Saya peninglah dengan adik saya ni.." Handphone terus diletakkan diatas meja. Menyandarkan badan di kerusi. Berkerut dahi. Shakil hanya mendengar.

" Entah macam mana pula dia boleh tergerak hati nak call. Tak habis-habis nak kecil hati. Kita punyalah risau kat dia. Hmm..!!" Shakil senyum.

" Mungkin dia perlukan masa. Sebab tu dia tak call tuan. Dan mungkin, dia rindu tuan, tu yang dia call tu.." kata Shakil lembut.

" Entahlah Sha. Yang saya geram tu, dia asyik jelous je dengan Biha. Dia kata, saya lebihkan Biha tapi saya rasa saya layan mereka sama je. Tapi tak tahulah.." Shakil senyum lagi. Sama? Tak sama tuan. Memang tuan lebihkan Biha. Bisik hati Shakil lagi. Kalaulah boleh dia nak je cakap depan Nadhif. Tapi taknak keruhkan keadaan. Biarlah cakap dalam hati je.

"Kadang.. Kita rasa kita betul tuan. Tapi sebenarnya kita banyak lakukan kesilapan yang kita sendiri tak sedar. Maaflah kalau saya cakap ni buat tuan marah, apa yang tuan cerita pada saya mengenai adik-adik tuan. Saya cuma boleh buat andaian tapi saya tak tahulah situasi sebenar macam mana kan..!" Teragak-agak pula Shakil nak beritahu. Jenuh menyusun ayat agar Nadhif tak memarahinya pula. Sekadar beri nasihat. Itu je niatnya.

" Andaian? Maksud awak?!" Tanya Nadhif ingin tahu. Shakil senyum dan membetulkan  kedudukannya.

" Macam ni.. Tapi tuan jangan marah saya pula ye. Dari apa yang saya tengok, saya nampak layanan tuan pada adik-adik tuan ni ada pilih kasih sikit. Tapi sikit jelah. Hmm.. Nampak tuan lebihkan Biha dari Dhila. Iya memang betul, Dhila tu nakal, degil, keras hati, keras kepala semua. Tapi mungkin kerana kurang kasih sayang dari family tuan dan dari tuan sendiri...!" Sungguh berhati-hati ayat Shakil. Nadhif memandang wajah Shakil tanpa sebarang reaksi. Tapi Shakil senyum je.

" Tak mungkinlah. Sebab saya rasa apa saya buat pada Biha, saya buat pada Dhila juga. Saya bagi Biha duit jumlah yang sama saya bagi Dhila.." jawab Nadhif. Menafikan. Mana nak mengaku.

"Duit bukan segalanya tuan. Duit tak menjanjikan kebahagiaan. Duit tak boleh beli kebahagiaan dan kasih sayang. Dhila bukan nak kebendaan tapi Dhila perlukan kasih sayang dan kebahagiaan dari family dan dari abang kandungnya. Dia insan lemah yang mengharapkan secebis kasih dari insan yang sangat dia hormati iaitu tuan sendiri.." Nadhif memandang ke meja pula. Ada sedikit terkesan dengan kata-kata Shakil.

" Maaflah tuan kalau saya ada buat tuan terasa. Saya cakap dari apa yang saya lihat, belajar dan saya kaji. Iyelah tuan pun tahu kan, dulu saya seorang kaunseling, handle masalah orang dan banyaklah saya belajar dari pengalaman orang. Jadi... saya cuma bagi hmmm... " Alamak!! Risau pula Shakil apabila melihat airmuka Nadhif berubah. Tak pasal-pasal ada meja terbang pula ni.

"Tak apa. Saya faham..! Saya tak kecil hati.. Mungkin betul apa awak cakap tu. Mungkin saya yang kena berubah tapi tulah masalahnya saya ni terlalu garang, terlalu baran kut dengan adik-adik. Dah sifat macam ni kut. Dengan tugas kita yang memang kena bertegas macam ni.." Nadhif memenangkan Shakil yang mula rasa bersalah atas nasihatnya itu.

" Tuan seorang abang. Sifat tu memang elok kena ada untuk adik supaya adik ada rasa takut tapi garang tuan dan baran tuan tu bukan pada adik-adik tuan tapi hanya pada Dhila saja. Itu memang tidak adil.." sambung Shakil lagi.

" Hmm.. Entahlah Sha. Saya pun tak tahu nak buat apa. Ada terfikir sebenarnya tapi malas nak fikir sebab dengan kerja yang sibuk. Dengan perangai adik-adik, dengan fikir ibu sorang-sorang dekat kampung. Kadang diri sendiri pun tak berjaga. Fuhh!!" 


" Iya saya faham.. Sebagai rakan sepasukan saya cuma nak ingatkan jelah. Hargailah apa yang ada didepan mata sekarang. Jangan sampai suatu hari nanti, bila Dhila dah pergi buat selamanya dan waktu itu baru tuan rasa menyesal dan akan rasa sangat kehilangan. Dah tak ada guna waktu tu tuan.." Tersentak sekejab Nadhif mendengar kata-kata Shakil. Shakil tetap je senyum dan tetap lembut suaranya. Pandai dia mengawal emosi Nadhif.

" Ishh !! Janganlah cakap macam tu. Insha Allah tak kan terjadi macam tu...!!" Risau juga Nadhif. Tapi dari reaksi wajahnya, Shakil tengok seperti tidak rasa bersalah pula dia lakukan Nadhila begitu. Betul-betul ego.

Tutt... Tuttt... Handphone Nadhif berbunyi. Tangan terus mencapai handphone diatas meja. Menjawab panggilan.

" Hello ya.. Saya di cafe ni. Kenapa? Ha? Dekat mana?" Serius muka Nadhif jawab panggilan. Shakil hanya mendengar. Tenang saja wajahnya. Tapi fikiran melayang jauh pada Nadhila. Kasihannya Nadhila. Mesti Nadhila sedang menangis dan sedih sekarang ni dan mesti Nadhila perlukan seseorang untuk dia meluahkan rasa isi hatinya. Tapi apa boleh buat, Shakil nak call Nadhila tak boleh. Dia masih bersama Nadhif sekarang. Niatnya terpaksa diabaikan sekarang.

" Okey..  Okey..!! Saya datang sekarang..!! " Terus matikan talian. Mengeluarkan wallet dan sekeping wang kertas bernilai Rm20 dan diletak diatas meja.

" Jom Sha. Kita kena gerak sekarang.."

" Ke mana tuan..?!" Tanya Shakil.

" Ampang..!!" Shakil mengangguk. Dan terus bangun. Mereka berdua jalan laju meninggalkan cafe dan menuju ke kereta Nadhif.

Kereta dipandu laju. Memecah kesesakkan lalulintas. Sunyi sepi je mereka. Hanya alunan muzik perlahan di corong radio.

" Bila awak balik kampung?!" Tanya Nadhif memulakan perbualan.

" Tak pasti. Cuti pun tak apply lagi. Saya ingat nak balik minggu depan. Kenapa tuan?"jawab Shakil.

" Kalau awak balik tak kisahlah bila-bila. Nak minta awak tolong tengokkan Dhila boleh?!" Pinta Nadhif. Terus senyum Shakil.

" Boleh sangat-sangat tuan. Kalau tuan tak suruh pun memang saya nak tengok dia..!" Eh!! Alamak..!!! Terlepas cakaplah pula. Shakil sengeh.

"Aikkk!! Lain macam je awak ni Sha. Ke awak syok kat adik saya tu. Ha?!" Sengeh Shakil.

" Eh.. Taklah tuan. Saja je bergurau. Tapi kalau betul, apa salahnya kan...!" Amboi.. peluang ni.

" Hmm.. Awak tak tahu perangai dia tu macam mana Sha. Saya sendiri pun tak boleh nak handle. Malu saya nanti kat awak. Lagipun, mana nak Dhila tu kawan dengan polis macam kita ni. Benci betul dia dengan polis. Silap haribulan, pandang awak pun dia tak nak.." kata Nadhif.

" Belum cuba belum tahu tuan. Orang kata tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru boleh cinta. Betul tak?!"

" Tak payahlah Sha. Cari jelah perempuan lain. Saya tahu Dhila tu macam mana. Susah awak nanti. Tapi kalau awak nak dengan Biha. Okey saya setuju. Saya boleh plan untuk awak. Biha tu lemah lembut, dengar cakap.." Terkedu Shakil terus. Terdiam seribu bahasa.

" Eh..!! Tak apalah tuan. Saya gurau je...!" Garu kepala Shakil.

Aduhai.. Aku nak Dhila, bukan Biha. Masalah tuan ni. Nampaknya tuan macam tak suka je aku dengan Dhila. Boleh pula nak rekomenkan aku dengan Biha. Menakutkanlah.. Nampak gaya, memang kena rahsiakan hubungan aku dengan Dhila. Tapi kenapa ye. Sampai tu sekali tanggapan tuan pada Dhila. Kasihan Dhila. Apapun terjadi, saya tetap akan bersama awak Dhila. Kata hati Shakil. Mengeluh kecil.

Tutt... tutttt... Handphone Shakil berbunyi. Shakil keluarkan dari dalam poketnya. Direnung skrin handphone. Alamak!! Nadhila call lah pula.

Shakil tidak jawab dan memang tidak boleh jawab. Bahayaa!!! Lalu, dibiarkan saja berbunyi.

" Eh..! Dah kenapa tak jawab?!" Tanya Nadhif.

" Tak penting. Malas nak jawab..!" Jawabnya selamba.

" Tak penting?! Ke buah hati call tu. Jawab jelah. Kut ada hal penting.."

" Tak ada yang penting pun.." senyum.


Shakil terus matikan volume handphone nya. Perasaan bersalah mula menerjah.

" Maafkan aku Dhila. Aku tak dapat jawab. Kasihannya dia. Mesti Dhila nak luahkan perasaan sedihnya pasal tadi. Dan mesti Dhila perlukan aku sekarang ni. Maafkan aku Dhila.. Maafkan aku..!" Kata hati kecil Shakil.

Mata terus memandang ke hadapan. Masih fikir mengenai Nadhila. Tak apalah. Nadhila mesti faham. Nadhila kan tahu, Shakil sentiasa bersama Nadhif. Biarkan Nadhila dengan perasaannya dulu. Bagi dia masa untuk rasa tenang sikit.

Notification whatsapp berbunyi. Handphone dikeluarkan semula. Cepat-cepat dia baca. Dari Nadhila juga.

"Sha.. Awak busy ye?"

" Maaf Dhila. Saya ada dengan abang awak sekarang ni. Ada tugas sikit. Nanti selesai tugas, saya call awak ye.." balas Shakil.

" Baiklah. Saya tunggu..!!"

Cepat saja Nadhila balas. Memang dia betul perlukan Shakil saat ini.

"Banyak-banyak bersabar ya. Saya akan sentiasa bersama awak. Nanti saya call awak. Bye..!"

Whatsapp akhir dihantar. Handphone digenggam erat.

" Gaduh dengan buah hati ke?!" Tiba-tiba pula Nadhif bertanya. Terhenti lamunan Shakil.

" Ah?! Eh.. Taklah tuan..!" Jawab Shakil.

" Tengok dari airmuka tu pun tahulah. Orang mana?!" Tanya Nadhif ingin tahu. Sibuk pula dia nak tahu.

" Hmm.. Orang Selangor.." Jawab Shakil. Dia terpaksa cakap bila ingat yang Nadhif nak rekomen dia dengan Nabiha. Risau pula dia.

" Oh yeke? Baguslah tu. Baru nak rekomenkan awak dengan Biha. Rupanya dah berpunya awak ye.. Hahahaa.. Tak dapatlah saya nak beradik iparkan awak Sha. Hahaha." Gelak Nadhif sendiri.

Shakil tercengang. Ha?? Biar betul Nadhif ni. Sampai jauh ke situ pula niatnya. Masalah ni masalah. Tapi mujurlah Shakil cakap sudah berpunya. Tak pernah terlintas dek fikiran. Patutlah beberapa bulan ni Nadhif baik je dengan Shakil. Asyik bercerita je mengenai Nabiha pada Shakil. Ini ke sebabnya.

Macam manalah agaknya kalau Nadhif tahu yang sebenarnya dalam hati Shakil sudah bertahta nama Nadhila. Iya.. Nadhila. Shakil mula tertarik dan jatuh hati pada Nadhila sejak pertama kali melihat Nadhila di JB tempoh hari. Sewaktu Nadhif bawanya balik KL. Ada sesuatu yang menarik perhatian Nadhila dimata Shakil hingga ke hari ini dan sampai bila-bila.

Hanya Nadhila dihati Shakil kini. Insan yang disisihkan Nadhif, insan yang perlukan kasih sayang. Insan yang perlukan perlindungan. Insan yang sentiasa disakiti oleh Nadhif dan Nabiha. Insan yang memerlukan Shakil. Hanya Nadhila. Dan, tak mungkin Nabiha. 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs