Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,675
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 18
" Penatnya.." keluhnya sendiri. Duduk bersandar di kerusi exibition. Beg masih dipangkuannya. Entah kenapa, hari ni rasa tak bermaya pula. Lemah pula rasa badannya. Tak cukup rehat kut. Tapi tak apalah, berbaloi dengan apa yang dia dapat. Orang kata, bila kita kerja keras, hasilnya lumayan. Insha Allah..

Nadhila duduk termenung. Melihat jam di tangan pemberian Shakil tempoh hari. Tepat jarum jam di angka 3.20petang. Cepatnya masa berlalu. Perut dah berbunyi dah, nak pergi makan pun jadi malas bila badan rasa letih. Tapi mana boleh tak makan, tak pasal-pasal kena gastrik pula nanti.

Nadhila melihat sekeliling. Hari ni tak ramai orang datang Komtar. Mungkin waktu kerja kut, tunggulah hujung minggu nanti kalau tak sesak. Nak bernafas pun payah. Masa tulah nak fokus kerja habis-habisan.

"Oi Dhila.. Termenung pula dia. Aku panggil buat tak tahu je.." terkejut Nadhila bila ditegur oleh Helmi.

"Bila masa kau panggil? Tak dengar pun.." jawab Nadhila.

" Tak dengar konon. Jom makan..!!" Ajak Helmi. Nadhila terus bangun dan berjalan perlahan mengekori Helmi dan Hidayu. Menuju ke foodcourt. Sampai di foodcourt, terus ambil makanan. Tak selera pula dia nak makan. Hanya ambil nasi suku, telur masin setengah biji dan kuah sup. Dan, duduk. Muka murung je.

Helmi duduk disebelah Nadhila, manakala Hidayu duduk di hadapan Nadhila.

" Makan tu je? Apasal ni.. Kau tak sihat ke? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Apakes!!" Tanya Helmi.

" Tak adalah.." Nadhila menyuapkan nasi ke mulut dan kunyah perlahan.

" Eh.. Eh..!! Baru perasanlah. Cantik jam?! Dah tahu ke siapa Crocodile man tu?!" Hidayu perli.

" Dah tahu dah..!" Jawab Nadhila.

" Siapa beb siapa?!" Excited Hidayu mahu tahu.

"Hmm.. Adalah..!" Jawab Nadhila bersahaja. Berkerut Hidayu dengar jawapan dari Nadhila.

" Eee kau ni kan. Belagaknya. Ni mesti dari orang yang special ek?" Teka Hidayu. Nadhila pandang Hidayu serius. Kemudian, sengeh.

"Ha.. Kan..!! Dah agak dah. Terus senyum berseri muka tu..!" Hidayu gelak kecil. Helmi senyap dan hanya mendengar.

"Hahahaa... Tapii... Dia bukan crocodile man tau..!!" Nadhila gelak.

" Hahaha.. Habis dia lelaki apa?" Hidayu melirik pada Helmi. Berubah airmukanya.

" Dia Mr. Alien dari Planet Pluto.. Hahahahaha!!" Nadhila sambung gelak lagi. Cerita pasal Shakil, terus jadi gembira.

"Ha?? Alien? Kau ni Dhila. Suka-suka je kutuk nama orang.." Hidayu geleng kepala. Nadhila gelak lagi.

" Customer ke?!" Hidayu masih bertanya ingin tahu. Padahal, Hidayu sengaja bertanya depan Helmi.

" Dia bukan customer.. Dah sudah, banyak tanyalah kau ni. Makan habiskan cepat. Nanti lambat, kena bebel dengan nenek lampir pula.." Nadhila malas nak cerita lebih-lebih. Cukuplah setakat itu saja. Hidayu gelak. Nadhila meneruskan makan.

" Korang dah habis borak ke ni?!" Helmi bersuara. Serius mukanya. Hidayu pandang Nadhila dan angkat kening. Nadhila senyum je.

"Habis dah..!" Jawab Nadhila selamba.

" Kak Katty ada bagitahu korang tak?!" Tanya Helmi lagi. Nadhila dan Hidayu serentak pandang Helmi. Masing-masing buat muka serius.

" Bagitahu apa?!" Tanya serentak.

" Boss bagi kita cuti balik kampung tiga hari. So, lusa kita balik KL ya.." Terus senyum lebar Nadhila dan Hidayu.

" Ha? Iyeke? Serius??" Tanya Nadhila.

"Iyelah. Tak kan aku nak tipu pula.." jawab Helmi.

"Yeahhhh!!" Bersorak mereka berdua. Helmi gelak.

"Korang ni buat malu je. Macam tak pernah balik kampung je. Macam budak-budak.." kata Helmi. Pelanggan yang duduk berdekatan mereka memerhatikan gelagat Nadhila dan Hidayu. Kemudian, senyum.

" Hahahaa.. Seronoklah nak balik kampung. Kan  Dhila kan..!" Nadhila angguk.

" Korang tahu tak? Aku rindu dengan ibu aku sebenarnya. Malam tadi aku mimpi dia.." luah Nadhila. Muka sedih.

" Iyeke..!! Patutlah kau diam je ek tadi. Tak apa Dhila, lusa kan kita balik kampung. Bolehlah kau jumpa ibu kau kan..!" Hidayu memujuk. Sedih. Nadhila kembali senyum.

" Lusa kita balik satu kereta. Dengan Kak Siti sekali. Sebab lepas cuti tu company ada buat Annual Dinner tau dekat Hotel Istana." jelas Helmi.


" Wow!! Bestnya.. Pakaian tema apa Mi?!" Teruja sangat Hidayu. Terbeliak matanya.

"Tak ada tema. Pakai sukahati..!" Balas Helmi lagi.

" Kalau tak join tak boleh ke?!"  Nadhila bertanya perlahan. Dia tak minat nak pergi tempat macam tu. Malas nak kenal orang dan tak nak orang kenal siapa Nadhila sebenar.

" Dah kenapa pula kau tak nak join? Rugi tau Dhila tak join. Kau kena join sebab kau akan dapat award nanti. Kan Mi kan..!" Kata Hidayu. Helmi mengangguk. Nadhila mencebikkan muka. Senyap.

" Tengoklah nanti..!" Jawabnya malas. Mereka menghabiskan makanan. Nadhila menyedut air limau ais . Tak sabar dia mahu balik kampung. Mahu jumpa dengan ibunya yang dah terlalu merinduinya. Dan, tak sabar nak bagitahu Shakil yang dia nak balik kampung.

Selesai makan, mereka pun beredar dari foodcourt. Semasa menaiki esklator, Helmi mendekatinya. Berdiri disebelahnya.

" Dhila.. Aku nak cakap ni.."

"Cakap apa?!" Nadhila mendongak pandang muka Helmi.

"Nabiha ada hantar personal message dekat facebook aku. Dia tanya engkau.." kata Helmi perlahan.

"Dia tanya apa?" Tanya Nadhila bersahaja. Bosan dia dengar nama Nabiha. Tak ada apa-apa reaksi pun dari airmukanya.

" Dia minta nombor hadphone kau. Katanya Abang Nadhif nak." Jelas Helmi.

" So, kau bagi ke?!"

"Tak.. Aku tak reply apa-apa pun. Lepas tu dia ada minta nombor telefon aku. Pun aku tak reply.." sambung Helmi lagi. Nadhila angguk-angguk kepala.

"Dia minta nombor kau untuk apa?" Berkerut Nadhila.

" Mungkin Abang Nadhif nak kut. Sebab kan sebelum ni dia call aku tanyakan kau. Aku pula dah tukar nombor kan.!" Terang Helmi.

" Hmm... Tak payah layan dia Mi. Biarlah dia. Abaikan je okey.."

"Tapi Dhila.. Kalau betul abang kau yang nak nombor kau, macam mana? Dia risau kut.." Nadhila menghentikan langkah. Pandang Helmi.

"Kan aku dah cakap. Tak payah layan. Abaikan message tu. Kau tak faham ke? Nak aku cakap Bahasa Jepun ke..!"Tepat mata Nadhila pandang Helmi. Serius. Marah. Bengang. Semua perasaan ada.

" Iyelah.. Iyelah.. Aku tak layan. Puashati?!" Mengalah juga Helmi. Nadhila senyum sinis dan sambung jalan.

" Dhila.. Cubalah lembutkan hati kau tu sikit. Yang sudah tu sudahlah. Sampai bila kau nak berdiam macam ni.." Helmi masih cuba memujuk.

"Sampai bila-bila.."

"Tak kan sampai macam tu sekali. Dhila.. Abang kau risau kat kau tu. Kau tak kasihan dekat ibu kau ke..!" Nadhila mula rasa tension. Berkerut lagi dahinya.

" Risau apalah. Dia risau dan ambil tahu dekat Biha je. Aku tak..!" Jawab Nadhila. Langkah semakin laju.

" Janganlah fikir macam tu. Ada sebab kenapa dia buat macam tu. Mungkin kau ada lakukan kesilapan yang kau sendiri tak sedar..!" Helmi masih memujuk. Nadhila terus menghentikan langkah lagi. Merenung tajam ke dalam anak mata Helmi. Telan liur Helmi. Macam nak makan orang je.

" Memang.. Memang.. Memang...!! Memang selama ini aku je silap di mata abang. Tak pernahnya betul. Puashati kau!! Helmi... Boleh tak kau jangan tambah serabutkan kepala aku yang dah serabut ni. Boleh?" Keras suara Nadhila.

"Aku bukan apa Dhila. Aku cuma..."

"Cuma apa? Cuma simpati dekat aku. Helmi.. Tak payah nak simpatilah. Aku tak perlukan simpati dari sesiapa pun. Faham? Lepas ni tolong jangan tanya apa-apa pasal ni. Aku datang sini nak kerja bukan nak fikir pasal benda ni.. Okey?!" Betul-betul Nadhila marah. Entah kenapa hari ni moodnya mudah sangat tersentuh. Nadhila terus jalan laju meninggalkan Helmi. Helmi garu kepala.

" Laa.. Aku tak habis cakap lagi. Aku cuma nak bagi nasihat je. Aku pula yang kena marah. Apa kena dengan Dhila hari ni. Datang bulan kut.  Hmm.. Perempuan.. Perempuan" Helmi bercakap sendiri. Dan, meneruskan jalan.

Hari ni emosi Nadhila memang agak terganggu. Mudah sangat terasa. Rasa nak nangis, nak marah, semua bercampur. Nak buat apa pun tak kena. Memang dia rasa tension sangat. Inilah pertama kali dia rasa perasaan seperti itu selama bekerja. Hatinya jadi tak tenang. Tak tahulah kenapa.

Bippp..!! Whatsapp masuk. Handphone diambil dan membaca whatsapp.

" Hai.. Busy ke tu?!"  Whatsapp dari Shakil.

" Tak.." Nadhila balas.


Dan terus handphone berbunyi. Shakil menghubunginya pula. Nadhila bangun dan menuju ke tepi pintu utama Komtar. Duduk di atas batu menghadap ke jalanraya.

" Dhila.. Tak busy ke ni?!" Tanya Shakil lagi ingin kepastian.

" Tak.." jawab Nadhila ringkas.

" Macam mana kerja hari ni? Okey tak?"
Nadhila memandang ke jalanraya. Melihat kenderaan lalu lalang.

" Tak okey..!! " jawabnya lemah.

" Kenapa ni? Awak tak sihat ke?"

" Saya sihat. Tapi tak tahulah Sha. Hari ni, rasa macam apa yang saya buat, semua tak kena. Serabut kepala tapi saya tak tahu apa yang serabut.." Nadhila meluahkan.

" Awak ada call ibu awak?!"

"Belum..!"

" Dhila.. Hati awak tak tenang sebenarnya kan..?!" Teka Shakil. Nadhila senyap. Menarik nafas dalam dan hembuskan perlahan.

"Mungkin sebab sekarang ni ibu awak sedang merindui awak. Selagi awak tak call ibu, selagi tu awak tak kan tenang. Awak tahu kan, menahan rindu itu sakit. Macam mana awak rasa sakit menahan rindu pada ibu, macam tu jugalah seorang ibu rasa sakit menahan rindu pada anaknya.." Airmata Nadhila terus menitis.

Memang sangat terkesan dengan kata-kata Shakil. Nadhila sangat terharu, Shakil seakan mengerti isi hatinya. Dan apa yang Shakil katakan semua adalah betul. Nadhila senyap lagi.

" Dahlah.. Jangan nangis. Buruk rupa tu nanti.." Shakil bergurau. Nadhila gelak kecil.

"Nanti call ibu ya.. Cakap kejab pun tak apa, janji ibu dapat dengar suara awak dan tahu khabar awak. Itu dah cukup buat ibu awak gembira. Dengar tak ni Nur Nadhila?" Lembut saja suara Shakil.

" Okey..!!" Jawab Nadhila. Senyum dalam kerinduan.

" Jangan okey je. Hari tu awak kata pun okey juga tapi tak juga call kan. Awak kena call juga hari ini. Faham?" Kata Shakil tegas.

"Iya.. Malam nanti saya call.."

" Okey..! Tapi kalau awak tak call. Saya sendiri yang akan ke JB dan bawa awak balik kampung jumpa ibu awak. Dan, saya akan cakap dekat majikan awak, awak kena berhenti kerja. Nak?!" Shakil mengugut.

" Awak pun nak jadi macam Abang Dip.. "

"Iya.. Lebih teruk dari abang awak. Sebab.. Awak lupa ibu. Awak marah dekat abang awak tapi yang jadi mangsa, ibu awak. Awak tak call dia langsung sejak kes hari tu. Dah lama Dhila, kasihan ibu awak. Awak tak sayang ibu ke? Awak nak jadi anak derhaka ke?" Nadhila jadi hiba dan sebak.

" Bukan macam tu Sha..!" Mendatar suara Nadhila. Sungguh.. Dia tak pernah terfikir semua tu.

" Dhila.. Jangan kerana awak takut pada abang awak. Awak seksa diri awak dan seksa ibu awak. Jangan macam tu ya.." Shakil sengaja buat Nadhila sedih. Kalau Shakil tak buat macam tu, Nadhila tetap akan keras hati.

" Sha..!! Dahlah.. Janganlah cakap macam tu lagi. Saya tak nak jadi anak derhaka. Saya janji, saya akan call ibu malam ni.."

" Baiklah..! Saya percaya cakap awak. Okeylah.. Ni pun dah masuk asar, kalau boleh solat, pergi solat dulu. Minta Allah tenangkan hati.. Jaga diri baik-baik ya.. Assalammualaikum..!!"

"Okey.. Waalaikumsalam.." Nadhila mematikan talian. Memandang jauh ke hadapan. Memang sangat terasa dengan kata-kata Shakil tadi.

Terasa sangat bersalah dan sangat berdosa pada ibunya. Nadhila melihat jam ditangan. Sudah masuk waktu asar, dia bangun dan jalan menuju ke surau. Senyum sendiri.

" Terima kasih Sha mengingati saya dan tegur salah saya. Terima kasih..!" Kata Nadhila perlahan.

Orang kata, jika nak tegur salah silap orang. Kena ada cara penyampaiannya. Bukan tegur dengan kekerasan dan penghinaan. Bila tegur dengan kekerasan dan penghinaan. Pasti tak akan berhasil tapi bila tegur dengan kelembutan. Insha Allah akan menusuk ke dalam hati dan akan diterima dengan positif.

Setelah selesai menunaikan solat, Nadhila tidak terus bangun. Dia masih duduk di tikar sejadah.  Berdoa pada Allah hingga menitis airmatanya. Dia berdoa bersungguh-sungguh dan memohon keampunan atas segala dosa-dosanya. Dia takut dosa, dia takut api neraka ,dia takut pembalasan atas perbuatannya pada si ibu. Dia takut akan jadi anak derhaka. Takut azab Allah. Dia janji pada diri sendiri. Dia akan hubungi ibunya malam ini. Dia tak boleh keras hati. Dia mahu minta ampun dan maaf pada ibunya. Dia tak nak ibunya menanggung kerinduan padanya. Dia tak nak ibunya sedih kerana perbuatannya yang menjauhkan diri. Nadhila tahu, ibu pasti merinduinya saat itu. 


Nadhila mengesat airmata. Melipat telekung dan tikar sejadah. Dan duduk lagi.

"Terima kasih Ya Allah..!! Engkau hadirkan Shakil untuk menegur silap aku. Yang aku tak perasan dan yang aku tak sedar. Terima kasih..!!" Kata Nadhila didalam hati. Nadhila senyum. Rasa tenang hatinya kini, segala perasaan diluahkan pada yang Maha Esa. Pada yang Maha Mendengar. Pada yang Maha Memahami.

Terima kasih Aliyan Shakil..!!
Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs