Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,473
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1
Haru biru betul lah keadaan di Puduraya ni. Sesak dengan orang ramai. Tak pernah tak sibuk tempat ni. Mana taknya, inilah perhentian bas ekspress utama ke arah Selatan. Perhentian bas Selatan paling sesak dan sesak. Sesak dengan penumpang keluar masuk turun naik bas. Sesak dengan ulat-ulat bas yang bersepah mencari pelanggan. Sesak dengan jualan-jualan di kanan kiri lorong. Memang betul-betul semput berada disini. Tapi apa boleh buat, nak tak nak terpaksa juga Nadhila redah.

Dengan berpakaian kurung tradisional, sopan katanya, dia jalan laju menuju ke kaunter tiket ke Johor Bahru. Banyak betul kaunter, tapi dia hanya akan memilih syarikat bas Transnasional saja. Itu jelah syarikat bas yang dia confident dan selesa basnya. Memang dia setia dengan Transnasional sejak dia belajar di salah satu kolej di Melaka dulu sampailah mahu berhijrah dan bekerja di Johor Bahru pula. Tetap perkhidmatan Bas Ekspress Transnasional menjadi pilihannya. Panjang berjelar beratur.  Apabila sampai giliran.

" Assalammualaikum. Tiket ke JB masih ada lagi tak?" Tanyanya pada penjual tiket.

"Waalaikumsalam.. Ada, tinggal 4 tiket je lagi.." jawab penjual itu.

"Okey.!! Saya nak satu tiket. Jam berapa gerak?" Nadhila setuju dan senyum. Lega!!

"Bas gerak jam 7.30malam. Berhenti di Perhentian Larkin. " Nadhila angguk kepala. Setelah puashati dengan penjelasan penjual tiket itu dan setelah membuat bayaran. Nadhila mengambil tiket dan baki wangnya terus berjalan mencari bas yang diberitahu tadi. Menempuh kesesakan orang ramai lagi. Dia tak sabar nak duduk di ruang menunggu. Kepenatan. Ramai orang! Mengeluh sendiri didalam hati. Meliar mata mencari kerusi kosong, penat dah kakinya. Nampak saja seorang bangun dari ruangan menunggu, cepat-cepat dia menyelit dan duduk. Fuh!! Lega dapat duduk.

Dari kampung berjalan kaki ke bus stop. Tunggu bas setengah jam nak ke pekan, perjalanan dari kampung ke pekan hanya 10minit saja tapi disebabkan tiada public transport lain dan hanya ada bas saja. Jadinya, terpaksalah menunggu bas yang masuk kampung sejam sekali. Ada teksi pun, jarang-jarang masuk. Kalau dapat ke pekan naik teksi itu dah kira satu bonuslah tu. Kemudian sampai saja di bus station pekan, terpaksa menunggu bas ke Kuala Lumpur pula. Tunggulah setengah jam lagi. Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam. Itu pun kalau jalan tak sesak di area Subang Jaya ke Bangsar. Memang sakit jiwa kalau masuk Subang Jaya. Elok-elok dua jam perjalanan boleh jadi sampai tiga jam diatas bas saja. Naik kebas punggung. Tapi Nadhila dah biasa dah. Memang ulang-alik tiap dua tiga bulan ke kampung semasa dia belajar di Melaka. Kadang-kadang je, kalau abang kandungnya, Nadhif ada masa. Bolehlah ambil dia di Hentian bas Puduraya dan hantar balik kampung. Tapi.. Hmm.. jarang pun.

Nadhila menutup hidung, asap rokok dari lelaki sebelah ni memang betul-betul menyakitkan hati. Nak je dia sekeh kepala lelaki ini. Langsung tak ada hormat orang lain. Memang tak ada kesedaran moral betul. Nadhila benci betul dengan orang yang merokok, ingat macho ke merokok. Kalau nak mati, mati jelah sorang-sorang. Janganlah bawa orang lain mati sekali. Gila!! Gerutu hatinya. Luah dalam hati jelah, nak luah depan-depan takut lelaki tu sentaplah pula. Tak pasal-pasal, cipta rekod amukkan perokok. Bahaya!!

Selalu Nadhif ingatkan dia. Dekat bandar KL ni jangan cakap main lepas je, kena jaga-jaga. Kalau tak, tempah bahaya! Nadhila ni boleh tahan juga beraninya. Kalau dia tak ingat pesanan si abangnya yang garang mengalahkan harimau. Memang dah kena lelaki perokok ni. Kerana tak tahan dek asap rokok yang dirasakan seperti sengaja je lelaki ini hembus padanya. Nadhila bangun dan terus menuruni anak-anak tangga ke parking bas. Tunggu dekat bas lagi best. Lagipun lagi 15minit bas nak gerak. Dah ada penumpang yang menunggu.

Beg pakaian diletakkan ditepi. Dia bersandar pada besi penghadang. Senyum pada penumpang yang lain. Seorang penumpang lelaki muda senyum-senyum padanya. Dia membalas senyuman biasa. Tak lama lelaki itu menghampirinya. 


" Hai.. Nak ke mana?" Tegur lelaki itu.

"Ya hai.! JB lah.." jawabnya ringkas.

" Oh okey! Student?!"

"Tak. Kerja.."jawab acuh tak acuh je.

" Oh..! Saya student.." Nadhila angguk dan senyum. Tak tanya pun, katanya dalam hati.

" UTM, Skudai?!" Nadhila bertanya pula. Lelaki itu angguk.

" Saya tahun lepas Konvo dekat UTM tu.."

" Oh ya! Ambil apa?"

" Dip Pengurusan Perniagaan. Awak?"

" Saya Degree Sains Komputer. Saya Irham. Awak?!"

" Nadhila. Panggil Dhila je.." Mereka berbual kosong. Seronok pula berbual dengan kenalan baru. Dari bosan tak buat apa, layan jelah. Tidak lama kemudian, pemandu bas sampai. Semua penumpang beratur naik bas. Nadhila ambil tempat dibahagian tengah bas. Duduk sendiri. Manakala Irham di bahagian belakang.

Memandangkan tiada penumpang disebelahnya, beg pakaiannya diletak diseat sebelah. Duduk sorang, lebih selesa. Dapat bersandar di seat memang cukup lega. Harap-harap dapat tidur dengan lena. Penat sungguh. Perjalanan ke JB mengambil masa dalam lima jam jugalah. Dan dijangka sampai di Larkin jam 12.30 malam. Nanti sampai di Larkin, kawan sekolah Nadhila iaitu Helmi akan menjemputnya. Helmi lah yang ajak Nadhila kerja.

Nadhila termenung memandang luar. Senyum sendiri. Teringat minggu lepas, bertemu dengan  Helmi. Kebetulan, Helmi balik kampung dan mereka jumpa di satu majlis perkahwinan rakan mereka.

Selepas SPM memang tak pernah jumpa  hinggalah di majlis tersebut, jadi mereka berbual dan bertukar-tukar nombor telefon. Helmi sengaja ajaknya bekerja di JB, dan apabila dengar cerita Helmi. Nadhila tertarik hati pula nak kerja dengannya. Dan terus buat keputusan mahu berhijrah ke JB. Memang tak fikir apalagi dah Nadhila. Terus setuju. Memang dia nak berhijrah tempat lain tapi tak tahu nak kemana. Alang-alang dah jumpa kawan sekolah yang memang rapat. Apalagi, dia terus ambil peluang. Balik saja rumah, terus dia beritahu ibunya akan niatnya mahu berkerja dan berhijrah di JB. Terkejut Makcik Alimah mendengar.

"Dhila biar betul?! Tiba-tiba buat keputusan ni, dah fikir masak-masak ke?!" Tanya si ibu.

"Betul lah ibu. Dah fikir masak ranum dah ni. Dhila nak kerja kat JB dan bina hidup berdikari.." jawabnya confident.

" Tapi kan jauh tu, kalau ada apa-apa macam mana? Dhila tu perempuan, saudara-mara tak ada, kenalan tak ada.." nasihat Makcik Alimah lagi.

" Alaa ibu ni. Masa Dhila study dulu pun sama juga kut. Mana ada saudara-mara, kenalan langsung tak ada. Boleh je hidup, sampai habis study pun.."

" Itu lainlah. Dah sah-sah Dhila duduk asrama. Terjamin. Ini tak, dengan kenalan tak ada, entah duduk dekat mana, kerja entah macam mana, tempat entah elok entah tidak.."

"Ibu.. Kan ada kawan Dhila. Ibu pun kenal Helmi, mak ayah Helmi pun ibu kenal juga kan. Ibu janganlah risau, anak ibu ni pandai jaga diri. Insha Allah ibu. Percayalah dekat Dhila. Please ibu, please!! Bagilah Dhila peluang nak hidup berdikari.." pujuk dan pujuk.

" Hmm.. Kalau cakap tak pun kau tetap akan pergi juga kan. Tapi ibu tak tahu tau. Kena minta izin Abang Dip.."

" Alaa ibu..!! Ibu tolonglah cakap kat Abang Dip tu. Dia memang tak kan bagi punya. Abang Dip tu bukan confident dengan Dhila pun. Apa Dhila buat semua tak kena. Ada je salah. Tapi kalau Biha, semua boleh je. Ibu tolong Dhila ye..!!" Nadhila merayu pada Makcik Alimah.

" Dah kau yang selalu buat dia marah. Cuba ikut je apa Abang Dip cakap. Macam Biha tu ha, apa-apa semua dia bincang dengan Abang Dip dan ibu. Yang Dhila, buat keputusan sendiri. Ni tiba-tiba nak berhijrah ke JB pula. Mahu mengamuklah Abang tu karang. Hmm..!" Nadhila buat muka bengang.

" Alaa.. Orang tahulah apa orang buat. Tengok berjaya juga dapat Diploma. Dhila tahulah ibu, mana yang buruk mana yang baik.." jawabnya perlahan.

" Baru je Abang Dip tu sejuk hati. Ni kang tahu Dhila nak ke JB tu, panas baliklah hatinya. Punca betul lah kau ni.." Menggeleng kepala Makcik Alimah dengan anak perempuannya yang sorang ini. Keras hati, keras kepala, keras segala-galanya.

" Habis tu.. Dah orang taknak. Nak paksa-paksa pula. Kalau Dhila sambung degree pun tapi dalam hati ni dah taknak study lagi. Tak guna kut. Buat habis duit je, tambah hutang PTPTN adalah. Ibu.. Ibu.. Tolong ye ibu, cakap dekat Abang Dip dan pujuk dia. Ibu yakinkanlah dekat dia ye. Boleh ye ibu.." 


" Nantilah, tapi ibu tak janji tau. Kalau Abang Dip tak izinkan, ibu tak boleh buat apa." Nadhila senyum.

"Kalau Abang Dip tak izinkan, Dhila tetap nak pergi juga. Dhila nekad. Niat Dhila baik kut, nak cari rezeki dan nak cari pengalaman.." Berkerut si ibu.

" Kalau Abang Dip tak izinkan, Dhila duduk jelah temankan ibu ni ha. Kerja kat pekan tu je. Dekat, senang. Dahlah Biha belajar dekat Kelantan, balik pun susah. Abang Dip sibuk kerja. Kau pula nak ke JB. Tak kasihan dekat ibu ke?!" Luah Makcik Alimah.

" Taknak lah. Kerja kat pekan, kerja kedai CD, kedai baju, kedai kek. Taknak.. taknak.. taknak..!!  Tak pasal-pasal kena rompak lagi kedai. Cukuplah. Serik dah. Selamat anak ibu ni tak ditembaknya, kalau ditembak. Dah lama arwah.." Makcik Alimah gelak kecil.

" Kalau taknak kerja, duduk je rumah. Tolong ibu buat kuih, jual nasi lemak. Lumayan juga tau kalau rajin..." Sengaja Makcik Alimah mengusik Nadhila.

" Ishh!! Ibu ni.. Taknaklah. Lepas tu nanti, ada orang kampung masuk meminang. Kena kahwin. Ahhh!!! Taknak... taknak...!!" Menjerit Nadhila. Gelak lagi si ibu.

Degil-degil Nadhila pun dialah penyeri rumah itu. Sentiasa ceria dan ada saja ngomelannya. Jauh beza dengan adiknya, Nabiha. Pendiam. Susah nak dengar suaranya, macam ada emas je dalam mulut. Ditanya sepatah dijawabnya sepatah. Ditanya berpatah-patah pun dijawabnya sepatah. Lemah lembut je. Ikut je apa abangnya cakap. Tak macam Nadhila. Apa Nadhif cakap, ada je dilawannya. Tak puashati, tak kena dengan hatinya. Nadhila dan Nadhif memang selalu je bergaduh. Tak boleh jumpa, mengalahkan anjing dan kucing. Nadhif ni garang. Kalau dia cakap hitam, hitamlah. Dilawan pula Nadhila yang keras kepala. Makin meletuplah.

Tapi walaupun selalu bergaduh, merekalah yang paling rapat. Nabiha lebih rapat dengan ibunya. Sifatnya pun sama seperti ibu. Nadhila ni kasar macam lelaki sikit tapi bukan tomboy. Perempuan kasar. Sebab tu dicampak kemana pun dia boleh hidup. Berani. Nadhif pula tegas. Abang Long lah katakan. Pengganti arwah bapanya. Nadhif lah ketua keluarga. Yang bertanggungjawab menjaga ibu dan dua orang adik perempuannya. Dia kena pastikan ketiga-tiga kesayangannya dalam keadaan yang baik. Besar tanggungjawabnya.

Nadhila suka gelarkan Nadhif dengan gelaran harimau jadian. Garang tak bertempat. Asyik nak mengamuk je. Lagi-lagi kalau jumpa dia. Pasti akan membebel je. Garang dan tegas, sesuailah dengan kerjayanya sebagai Inspektor Polis. Walaupun garang dan tegas, Nadhif sangat baik hati, pemurah, menghormati orang tua dan lembut sebenarnya. Kalau balik kampung, dia akan panggil kedua-dua adiknya dan minta mereka mengaji depannya. Dah macam budak-budak sekolah mengaji dah. Dah tua-tua pun tetap kena juga. Selalu Nadhila mengelak. Macam-macam alasan. Alasan paling glamour, datang bulan. Geram je Nadhif.

Kemudian, setiap seorang dinasihatinya. Yang Biha dengar nasihat. Tapi kalau si Nadhila. Hmm.. Apa Nadhif cakap, ada je soalan dan persoalan. Nadhila ni suka bertanya mengenai kerjaya Nadhif. Lagi-lagi bab undang-undang. Apa saja yang melibatkan isu pertahanan, akan ada soalan cepumas untuk Nadhif. Nadhif kena sedia dengan jawapan. Selagi Nadhila tak puashati dengan jawapan yang Nadhif beri. Selagi itulah Nadhila akan terus tanya sampai Nadhif menyerah kalah. Kenapa? Mengapa? Apakah? Bagaimanakah? Dimana? Semualah. Satu perkara yang buat Nadhif kagum dengan adiknya sorang ni. Bila dia bertanya mengenai sesuatu. Apa saja, dia akan tanya dan nak tahu detail dan betul-betul fakta. Andaikata Nadhif tak dapat menjawab soalannya dia akan cari di internet atau apa saja sumber berkaitan. Dia akan ajak Nadhif cari sekali. Dia akan kaji sampai dapat.

Dan, jangan sesekali menipu Nadhila. Kalau dia tahu diri dia ditipu,dia akan tanya dan terus tanya. Dalam masa yang sama dia akan cari bukti kukuh atas penipuan orang terhadapnya. Bila dah ada bukti, baru senang dia nak sembur orang tu semula. Sampai ke lubang cacing dia akan cari bukti. Selalu Nadhif juga yang kena .

Satu perangai Nadhila,dia ni bukan suka sangat dengan anggota polis. Baginya perangai anggota polis ni sama je. Suka buat hal dan berlagak katanya. Ramai kawan-kawannya juga anggota dan majoriti buat hal yang sama. Biasalah manusia. Tak semestinya anggota polis je. Mana-mana badan beruniform memang Nadhila tak berapa suka. Sebab pengalaman. Arwah bapanya bekas anggota polis juga. Buat hal pada ibunya sewaktu mereka dialam persekolahan lagi. Sejak itu dia memang tak suka dengan nama polis sampai dewasa ini.

Lagi dia geram, bila Nadhif buat keputusan mahu mengisi jawatan polis. Memang sakit hati bertambah dan sebab itu juga pendapat mereka bertentangan. Gaduh dan tak sepakat. Geram dan sakit hati dengan keputusan Nadhif.

Nasiblah Nadhila. Apa yang kita tak suka, itulah yang kita dapat. Redha jelah.
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs