Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,801
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 26
Beg pakaian sudah diletakkan di beranda rumah. Sekejab lagi dia nak balik KL dah. Menuggu Helmi datang menjemputnya. Malam ni ada Annual Dinner company di Hotel Istana dan lepas majlis terus gerak ke JB. Rasa sedih pula dia mahu meninggalkan ibu seorang diri di kampung. Kalau boleh, mahu je dia bawa ibunya balik JB. Duduk dengannya. Mesti best. Tapi tak mungkin ibunya nak pun.

Nadhila duduk di pangkin. Handphone dipegang sejak tadi. Nak menghubungi Shakil tapi tak berjawab pula. Sibuk agaknya. Teka Nadhila. Kasihan Shakil, tiga hari Nadhila dekat kampung jarang dia pegang handphone. Sibuk meronda kampung dan sibuk kejar ayam kampung untuk dijual. Whatsapp dari Shakil pun lepas sehari baru dia balas. Seronok sangat duduk kampung.

Lamunan terhenti apabila handphone berbunyi. Terus dia jawab, panggilan yang dia tunggu-tunggu sejak tadi.

"Assalammualaikum.. Sorry, saya isi minyak tadi. Sihat ke tu?!" Lembut suara Shakil. Rindu Nadhila dengan suara itu.

" Waalaikumsalam.. Semakin sihat kat sini ni. Ada abang saya ke tu?!" Tanya Nadhila. Memang soalan itu yang akan ditanya bila Shakil call. Risau dia.

"Eh tak adalah. Saya on the way nak ke rumah kakak saya ni,.." terang Shakil.

"Rumah kakak? Dekat mana?!" Tanya Nadhila.

" Shah Alam. Hantar barang kejab. Eh!! Annual Dinner awak malam ni kan Dhila?" jawab Shakil.

" Aha malam ni. Ni tengah tunggu Helmi lah ni tak sampai lagi pula dia.." Nadhila bangun dan jalan ke tepi parit. Memetik-metik daun.

"Habis jam berapa agaknya?"

"Tak pastilah Sha. Tapi lepas habis majlis kami terus balik JB. Kenapa Sha?!" Jawab Nadhila lagi.

" Iyeke?! Nak jumpa awak kejab nanti boleh. Sekejab je. Jumpa tepi jalan pun tak apa. Please Dhila.." Merayu Shakil. Alamak!! Dah kenapa sampai merayu. Kata Nadhila dalam hati.

" Hmm.. Macam mana ek! Nanti saya bagi jawapan ya.." Nadhila jalan ke beranda rumah.

" Okey!! Thanks. Okeylah, saya tengah memandu ni. Kalau dah confirm nanti whatsapp saya ya.." Pesannya. Nadhila senyum.

" Insha Allah.. Tapi tak janji tau. Hati-hati memandu. Bye..!!" Talian dimatikan.

Berkerut dahi sejuta. Memikirkan sesuatu.

" Sha nak jumpa aku? Tapi untuk apa ek?! Hmm.. Tengoklah nanti, kalau aku rasa nak jumpa dia. Aku jumpa, kalau rasa tak nak. Maknanya lain tahunlah jumpa. Tak penting kut.." gerutunya sendiri. Lalalalaaa.. Jalan terus ke beranda. Bernyanyi kecil. Senang hati.

Jam ditangan dilihatnya. Mana pula si Helmi ni. Lambatnya. Kata hatinya. Nadhila duduk pula di kerusi kayu. Menyandarkan badan.
Muncul Makcik Alimah dari dalam.

" Tak sampai lagi Helmi? Janji jam berapa?!" Tanya Makcik Alimah dan duduk di sebelah Nadhila.

"Janji jam 3.00petang. Ni dah jam 3.30 petang dah. Lambat setengah jam.." jawab Nadhila muka bengang.

"Sekejab lagi sampailah tu. Ingat pesan ibu ya. Jaga diri baik-baik. Rajin-rajinlah telefon ibu. Jangan nak menghilangkan diri lagi. Kasihanlah dekat ibu ni ha, rindu dekat Dhila.." kata Makcik Alimah. Nadhila memegang tangan Makcik Alimah.

"Insha Allah bu. Kali ni tak hilang lagi dah. Nanti sampai je JB Dhila terus call ibu ya..!" Tangan Makcik Alimah dipeluk dan dicium-cium.

" Iyelah.. Tadi Abang Dip ada telefon. Tanya Dhila.." Nadhila berkerut. Memandang wajah tua si ibu.

" Kenapa dia tanya Dhila?"

" Dia cakap, dia telefon Dhila tak dapat. Dia tanyalah, Dhila ada telefon ibu atau tak.." terang Makcik Alimah.

" Hmm.. Habis tu ibu jawab apa?!" Nadhila mahu tahu.

" Ibu  cakap adalah Dhila telefon tapi ibu tak cakap Dhila ada dekat sini.." Terus senyum Nadhila. Lega dia rasa.

" Terima kasih ibu. Sayang ibu..!" Nadhila peluk Makcik Alimah.

" Dhila tahu. Mesti abang marah Dhila.."

"Biarkanlah dia. Yang penting Dhila jangan buat perkara yang tak elok ye. Jaga maruah diri jaga maruah keluarga.." pesanan dari seorang ibu.

" Insha Allah ibu. Dhila ingat pesan ibu.." Senyuman manis terukir lagi.

Tidak lama kemudian, kereta Proton Ezora masuk ke halaman rumah. Helmi dah sampai. Alahaiii.. Sedihnya nak tinggalkan ibu. Tapi Nadhila kena tahan airmata, tak nak sampai jatuh ke pipi. Nanti mesti ibunya sedih. 


" Assalammualaikum.. Sorry Dhila..! Lambat sikit.."

" Waalaikumsalam.."jawab Nadhila dan Makcik Alimah serentak.

" Kau memang. Naik cair make up aku sebab tunggu kau tau. Ni tolong bawakan.." Merungut Nadhila dan memberikan beg pakaian pada Helmi. Helmi mengambil beg itu dan bawa masuk dalam kereta.

"Ibu.. Dhila pergi dulu tau. Ibu jaga kesihatan ya. Insha Allah.. Nanti dapat cuti, Dhila balik lagi.." kata Nadhila perlahan je. Rasa sebak pula dia.

"Insha Allah.. Dhila pun kena jaga kesihatan juga ye. Makan banyak-banyak tau, ibu tak nak tengok Dhila kurus macam ni. Biar gemuk sikit, mesti Abang Im suka. Hihii..!" Sempat Makcik Alimah bergurau.

" Ibuu... Ish!! Asyik Abang Im je. Ibu jelah yang kahwin dengan Abang Im. Biar Dhila dapat ayah muda.. Hahaahahaa!" Nadhila mengusik ibunya pula.

" Eh.. Eh.. budak ni. Ke situ pula engkau ya. Orang nak jodohkan dia, dia pula nak jodohkan kita. Bertuah memang bertuah punya anak..!" Nadhila gelak kuat sekuatnya. Lalu, bersalaman dan mencium tangan si ibu. Dipeluk dan dicium pipi Makcik Alimah. Helmi turut gelak mendengar gurauan Nadhila terhadap ibunya.

Nadhila masuk dalam kereta. Melambai-lambai tangan pada Makcik Alimah. Makcik Alimah membalas lambaian dengan senyuman. Kereta meninggalkan halaman rumah. Helmi dan Nadhila berbual sepanjang jalan.

Perjalanan lancar, tiada kesesakkan lalulintas, semua dipermudahkan. Setelah ambil Kak Siti dan Hidayu mereka terus ke Hotel Istana. Majlis akan bermula pada jam 8.30malam. Majlis memang gilang gemilang. Memang teruja sangat. Pelbagai tema team mereka. Ada tema Arab, Retro, Bollywood, macam-macam lagi. Naik takut Nadhila tengok. Paling simple adalah team Nadhila sendiri. Tema tradisional. Nadhila, Kak Siti, Hidayu dan Kak Katty hanya pakai baju kurung tradisional manakala Helmi dan boss mengenakan baju melayu siap bersampin. Mudah. Tak ada nak make up bagai, mereka bukan minat pun.

Satu persatu acara berjalan. Nadhila tak join pun, hanya duduk di meja bersama yang lain. Dan menghadap makanan. Lagi baik! Sedang asyik menikmati hidangan, tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Ish!! Kenapa pula ni. Tak sedap hati pula. Dia abaikan perasaan itu. Tak nak terus fikir, senyum dan sesekali gelak melihat team-team lain yang mencuit hatinya.

Teringat pula dia akan Shakil. Handphone diambil dan menghantar whatsapp pada Shakil.

" Nanti saya tunggu depan Lobi Hotel ni ye. Tapi tak boleh lama tau. Apa pula mereka cakap nanti.."

Bipp!! Cepat saja Shakil balas.

"Okey boleh je.."

" Awak masih dekat Shah Alam ke Sha?!"  Tanya Nadhil.

Bermain dengan handphone lagi best. Yang lain berbual sesama mereka. Nadhila tak ada mood pula mahu berbual sebab dia mahu berbual dengan Shakil.

"Saya dah di KL ni. Ada dekat area Hotel Istana lah ni. Tunggu awak..!"

Ha?? Terkejut Nadhila. Senyum sendiri. Semangatnya Shakil ni.

"Laa iyeke? Tapi saya lambat lagi kut Sha. Kasihan awak..!" Balas Nadhila.

"Tak apalah. Bukan selalu, lagipun bosan dekat rumah. Demi Cik Nadhila saya sanggup..!!"

Ceh!! Sanggup konon. Ayat poyo je. Nadhila cakap sendiri. Senyum lagi. Mata memandang ke pentas, entah apalah game mereka ni. Sikit pun Nadhila tak layan. Gembira betul mereka.  Tapi tak boleh lawan gembiranya hati Nadhila ketika itu. Gembira whatsapp dengan Shakil. Hai Nadhila.. Lain je tu.

" Saya tak sedap hatilah. Tiba-tiba berdebar pula hati.." Balas Nadhila lagi. Meluah apa yang dia rasa.

" Iyeke? Istigfar banyak-banyak. Insha Allah tak ada apa yang berlaku. Positif je ye.." Nadhila angguk sendiri. Menarik nafas, pejamkan mata, hembuskan perlahan-lahan.  Terus kumat kamit mulutnya beristigfar.

Tepat jam 11.00 malam. Majlis tamat. Kak Katty terus beredar tanpa tunggu mereka kerana ada hal. Mereka jalan bersama menuju ke lobi hotel.

" Korang tunggu dekat tepi jalan sana ya. Aku nak ambil kereta kejab.." Kata Helmi.

Sementara tunggu Helmi datang, bolehlah Nadhila jumpa Shakil. Tapi dia cuba hubungi Shakil. Tak dapat pula. Whatsapp pun tak dibalasnya. Tadi kata dah ada dekat kawasan Hotel ni. Tapi mana pula dia pergi.


Helmi terus menuju je tempat parkir, manakala Kak Siti, Hidayu dan Nadhila jalan ke tepi jalanraya yang disuruh oleh Helmi tadi. Liar mata Nadhila nencari kelibat Shakil. Hatinya semakin berdebar. Pula dah. Kenapa ni. Kata hati kecilnya. Mereka bertiga berbual.

Kenderaan jalan agak perlahan, memberi peluang kepada kenderaan yang beratur mahu keluar dari hotel. Dalam banyak-banyak kenderaan itu, terselit kereta Nadhif. Nadhif baru pulang dari berjumpa kawannya dan kebetulan melalui jalan itu. Sedang asyik melayan perasaan, mata memandang kanan kiri jalan. Tiba-tiba mata tertumpu pada seseorang yang dia amat kenali di tepi jalan. Gembiranya dengan gelak tawa.

" Eh..!! Itu Dhila. Dia ada dekat KL? Aku tak tahu pun. Apa dia buat malam-malam macam ni. Ya Allah..!! Dah dekat jam 12.00 malam ni. Budak ni memang tak habis-habislah. Berani dia keluar malam-malam macam ni.." Terus naik darah Nadhif. Bengis mukanya. Merah muka menahan marah.

" Dhila.. Dhila.. Memang nak kena.." Nadhif  berhentikan kereta di hadapan Nadhila dan kawan-kawannya. Terus keluar dari kereta dengan perasaan yang teramat marah.

" Dhilaaa..!!!!"

Nadhif menjerit kuat memanggil Nadhila. Suaranya lebih kuat dari kebisingan kenderaan di jalanraya. Nadhila terus menoleh pada suara itu. Termasuk kawan-kawan Nadhila dan semua orang yang berada di situ. Ya Allah.!! Nadhila sangat terkejut. Bagai mahu gugur jantungnya. Terpaku kaku. Menggeletar seluruh badannya.

" Apa kau buat malam-malam dekat sini? Kau cakap kau dekat JB. Macam mana kau boleh ada dekat sini ha? Kau tipu abang..!!" Nadhif terus menghampiri Nadhila. Kak Siti dan Hidayu lari ke arah lain. Dibiarkan Nadhila sendirian.

Paaanngg..!!

Aduh..!! Pantas saja tangan Nadhif menampar pipi Nadhila. Terasa perit mukanya. Tangan terus memegang pipi sendiri. Airmata serta merta mengalir. Luka lagi bibirnya ditempat yang sama ketika dia ditampar tempoh hari. Kena lagi dia.

" Abang.. Abang..!! Tolong dengar apa Dhila nak cakap. Dhila dekat sini ada dinner dengan company...!" Nadhila cuba menjelaskan perkara sebenar pada Nadhif tapi Nadhif tak layan pun.

"Kau nak cakap apa?. Kau ingat abang nak percaya cakap kau. Pandai kau tipu abang sekarang kan. Aku pantang ditipu.." Nadhif merentap tangan Nadhila.

" Abang sakit abang.. Lepas abang..!! Dhila tak tipu. Abang boleh tanya kawan-kawan Dhila. Abang... Sakit..!!" Nadhila merayu dan merayu minta dilepaskan. Tangan Nadhila dipegangnya kuat. Bagai mahu patah tulang tangan.

" Mulai dari hari ni. Kau tak payah pergi JB lagi. Elok kau balik kampung, duduk kampung.." Nadhif tetap marah. Menarik tangan Nadhila dengan kasar ke keretanya. Kak Siti dan Hidayu hanya mampu melihat penuh simpati. Kak Siti cuba menghubungi Helmi tapi tak dapat pula.

" Masuk sekarang..!!" Nadhif buka pintu kereta dan memaksa Nadhila masuk. Tapi Nadhila enggan.

" Tak nak..!! Dhila nak kerja. Tolonglah abang jangan paksa Dhila. Dhila nak kerja..!" Esak tangis semakin kuat. Nadhila tetap berkeras.

" Cuba jangan degil.. Abang cakap masuk dalam kereta, sekarang..!!" Semakin marah Nadhif. Tak hirau dengan orang ramai yang melihat kejadian itu.

" Dhila benci abang..!! Benci..!!" Menjerit.

"Kurang ajar..!!"

Pangg..!! Terus Nadhila jatuh ke jalan tertiarap. Lemah sungguh badannya. Dua kali ditampar oleh abang kandung. Bagai mahu tercabut nyawa. Pandangannya jadi kabur. Nadhif terus cuba tarik tangan Nadhila yang masih tertiarap itu. Nadhila bangun kuatkan juga.

" Abang..! Dhila merayu dekat abang. Tolonglah abang. Jangan buat Dhila macam ni. Lebih elok abang bunuh Dhila je abang. Abang tak sayang Dhila.
. Abang tak adil. Abang pilih kasih. Abang jahat.. Abang jahat...!!" Terketar-ketar suara  Nadhila. Semakin tercabar Nadhif pada Nadhila.

"Kau jangan nak cabar abang ya Dhila..! Kena kau nanti.." Turun naik nafas Nadhif.

"Abang nak buat apa dekat Dhila? Abang nak pukul Dhila? Pukul lah abang. Abang nak bunuh Dhila? Bunuhlah abang. Dhila rela mati ditangan abang dari hidup diseksa abang kandung sendiri yang tak guna..!!!" Nadhila terlepas cakap.


Pang...!!! Kali ketiga Nadhila di tampar di khalayak ramai. Airmata deras mengalir. Darah mengalir di bibirnya. Mata merenung tepat ke dalam anak mata Nadhif. Nadhif membalas renungan. Merah mata seperti mata naga kemarahan. Dua-dua senyap. Kak Siti dan Hidayu terpaku. Tak boleh buat apa.

Tanpa belas kasihan, Nadhif terus sentap tangan Nadhila sekuat hati. Ditarik pula tangan Nadhila dan menolak badan Nadhila masuk ke dalam kereta dengan sekuat hati tapi kepala Nadhila terhantuk pada pintu kereta dan Nadhila terjatuh ditepi keretanya.

" Tuaaannn...!!!" Nadhif menoleh pada suara itu. Tercegat Shakil memandang tepat wajah Nadhif.

" Apa tuan dah buat ni. Ya Allah!! adik kandung tuan, darah daging tuan. Tuan tak kasihan dekat Dhila ke?" Shakil terus mendapatkan Nadhila yang lemah terduduk ditepi kereta. Darah mengalir dari dahi Nadhila akibat terhantuk kuat tadi.

" Kau jangan campur urusan aku dengan adik aku..!" Nadhif marah.

" Saya ada hak untuk campur kalau ini yang terjadi. Saya tak akan biarkan tuan terus buat Dhila macam ni.." tajam renungan Shakil. Nadhif senyap. Menyapu muka dengan tangan. Nadhila kuatkan untuk berdiri dengan bantuan Shakil. Kepala jadi sakit, jalan perlahan menghampiri Nadhif.

" Abang..!! Dhila minta maaf. Ampunkan Dhila. Dhila sayang abang. Dhila tak ambil hati dengan apa yang abang buat. Dhila redha dengan semua ni. Semua salah Dhila. Dhila minta maaf..!" Mengalir lagi airmata Nadhila.

 Nadhif terdiam. Tangan Nadhif dipegang lembut dan dicium. Menggigil. Nadhif menoleh pada Nadhila. Memegang bahu Nadhila. Mata Nadhif berkaca memandang wajah Nadhila. Memandang luka di dahi Nadhila. Kemudian, memandang bibir Nadhila yang luka dan berdarah. Nadhif mencium dahi Nadhila, mengalir airmatanya dan Nadhif terus berlalu masuk ke dalam kereta tanpa bicara. Terus memandu laju.

Nadhila teresak-esak menangis. Shakil memeluk bahu Nadhila. Terasa sakit kepalanya. Pandangan jadi kabur, lemah seluruh badan.

"Ya Allah..!! Dhila.. Dhila..!!" Nadhila pengsan dan rebah tapi dapat disambut oleh Shakil.

Hari gembira Nadhila, dicemari dengan kejadian yang amat menyedihkan. Sejarah berulang lagi. Kali ini lebih dasyat, lebih teruk. Seperti biasa, tiada penjelasan yang dapat diutarakan. Tiada belas kasihan dari insan yang amat dia sayangi. Tidak mampu untuk melawan, merelakan diri diperlakukan. dia redha segalanya. Kerana sayangnya, kasihnya dan rindunya pada abang kandung sendiri. 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs