| 09 |
LEPAS waktu makan tengah hari barulah Syahirah
dan Shakir sampai di butik Pak Saad. Mereka tidak tahu yang Pak Saad sudah
menahan geram sejak pagi tadi. Siap sedialah tahan telinga sebentar lagi.
“Weh, kau masuklah dulu,” suruh Syahirah
sambil mengintai ke dalam butik dari sebalik dinding luar butik itu.
Kelibat Pak Saad tidak kelihatan di dalam.
Shakir yang turut bersembunyi di sebalik
dinding itu, laju menggeleng.
“Tak nak, kaulah masuk dulu. Semua ni sebab
kau tau.”
“Eh, apa hal pulak sebab aku? Dah sah-sah idea
ni idea kau.”
“Masalahnya, aku rancang nak jumpa Ila Selasa
depan. Tapi kau pulak yang beria-ia nak jumpa dia hari ni. Siapa yang salah
sekarang ni?”
“Aku jugaklah yang salah ni?’
“Mestilah.”
Syahirah menjeling bengang lalu kembali
mengendap ke dalam butik. Mencari kelibat papanya yang tidak kelihatan.
“Ada tak, papa kau kat dalam?”
“Tak adalah wei, dia keluar beli makanan kut.
Tak pun, dia solat kat bilik belakang.”
Shakir turut terhendap-hendap ke dalam butik.
Mencari kelibat Pak Saad yang entah ke mana.
“Mengendap apa tu?” tanya suatu suara dari
arah belakang mereka.
Namun, mereka tidak sedar akan pemilik suara
itu.
“Tengah mengendap Pak Saad,” jawab Shakir,
masih menjengah-jengah ke dalam butik.
“Pak Saad tu, papa akulah,” ujar Syahirah,
membetulkan.
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://3.bp.blogspot.com/-IQlbntm9-6Q/Uz6nchp-idI/AAAAAAAAEr8/fNIlrIjvE50/s1600/Allstars.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-IQlbntm9-6Q/Uz6nchp-idI/AAAAAAAAEr8/fNIlrIjvE50/s1600/Allstars.png" /></a></div>
Dua saat berlalu. Masuk saat yang ketiga,
mereka berdua tersentak kecil. Air liur ditelan, kesat. Perlahan-lahan Shakir
dan Syahirah saling berpandangan. Sekarang, baru mereka teringat. Mereka
sebenarnya cukup kenal dengan pemilik suara itu. Dengan rasa cemas, mereka
menoleh serentak ke arah suara tadi.
“Mengendap aku ya? Ambil ni.”
Dengan perasaan geram dan sakit hati, Pak Saad
terus memiat cuping telinga kedua-dua manusia di hadapannya itu lalu ditarik
masuk ke dalam butik.
“Aduh sakit pa, sakit!” rengek Syahirah sambil
menahan telinga.
“Pak Saad, sakit,” rengek Shakir juga.
Terkial-kial mereka berdua mengikut rentak
langkah Pak Saad.
Pak Saad pula terus memiat lagi kuat
sehinggalah ke dalam butik. Sampai di dalam, barulah telinga Shakir dan
Syahirah dilepaskan.
“Duduk!” suruh Pak Saad dengan garang sekali
sambil bercekak pinggang.
Syahirah dan Shakir akur lalu duduk di atas
sofa yang ada sambil mengusap telinga yang terasa pedih. Merah sebelah telinga
masing-masing.
“Apa papa ni? Main piat-piat telinga pulak.
Kita orang bukan budak kecik lagi tau,” rungut Syahirah sambil buat wajah
cemberut.
Shakir terus diam. Dia tidak berani mahu
melawan Pak Saad. Dia sedar dia salah.
“Memanglah kau orang bukan budak kecik lagi.
Kalau kau orang berdua budak kecik, dah lama aku cekik-cekik sampai mati, tau!
Ke mana kau orang berdua pergi, hah?” marah Pak Saad.
Shakir memandang Syahirah. Syahirah memandang
Shakir. Buat seketika mereka saling berpandangan.
“Hai, masing-masing dah tertelan ubat gegat
ke? Dah tak ada suara? Aku ni, dari pagi sampai ke tengah hari tadi dah macam
tak ada kerja lain, duk cuba call kau orang berdua aje. Setiap kali call, asyik
perempuan operator tu aje yang jawab. Kalau ada telefon, tapi tak reti nak
jawab call, baik buang aje telefon tu dalam tasik! Baik kau orang berdua cakap.
Ke mana kau orang berdua pergi?” bebel Pak Saad.
Dia mahukan soalannya dijawab. Selagi soalan
itu tidak dijawab, selagi itu dia tidak akan puas hati. Dia perlukan
penjelasan!
Syahirah memberi isyarat bukan lisan pada
Shakir supaya memberi jawapan untuk soalan papanya itu. Shakir pula buat
perkara yang sama. Mereka saling tarik tali mahu memberi jawapan.
“Eh! Yang kau orang main jeling-jeling ni apa
hal? Jawablah soalan aku tu!” bentak Pak Saad.
Dia sudah tidak tertahan amarahnya.
“Kita orang ada hal sikit kat bandar tadi,”
jawab Syahirah takut-takut.
Dia terpaksa menjawab apabila papanya sudah
membentak.
“Hal apa, sampai masing-masing dah tak reti
nak jawab call aku?”
“Bukan tak nak jawab pa, bateri phone kita
orang, habis.”
Pak Saad semakin marah. Alasan yang tidak bisa
diterima dengan mudah.
“Bagi telefon kau orang berdua kat aku,” pinta
Pak Saad sambil menghulur tangan.
“Ha? Papa nak buat apa?”
“Bagi ajelah!” bentak Pak Saad dalam nada
tinggi.
Shakir dan Syahirah yang terkejut dengan
bentakan Pak Saad itu, kelam-kabut mengeluarkan telefon pintar masing-masing
lalu dihulur kepada Pak Saad.
Pak Saad melihat skrin telefon pintar yang ada
di tangannya. Bar bateri di kedua-dua telefon masih penuh.
“Kau punya fasallah ni. Kalau kau tak suruh
off phone pagi tadi, mesti benda ni tak akan jadi tau,” marah Shakir pada
Syahirah di sebelah dalam nada berbisik.
“Eh, kalau kita tak off phone, kau ingat kita
boleh aman ke pagi tadi? Sah-sah papa aku akan call dan terus call tau,” balas
Syahirah dalam nada yang sama. Tetap tidak mahu kalah.
“Dah! Tak perlu nak salah menyalahkan. Kau
ingat aku tak dengar apa yang kau orang berdua bisikkan.”
Shakir dan Syahirah terkejut apabila Pak Saad
tiba-tiba mencelah.
“Disebabkan aku bengang dan marah, telefon kau
orang berdua ni biar aku simpan hari ni. Esok baru aku kasi balik,” ujar Pak
Saad, menjatuhkan hukuman.
“Eh, mana boleh macam tu papa. Tu kan telefon
Syah.” ujar Syahirah, tidak boleh terima.
“Apa hal pulak tak boleh? Telefon ni, papa
yang belikan, kan? Jadi, suka hatilah papalah nak simpan ke tak.”
“Telefon saya pulak, macam mana Pak Saad? Saya
beli telefon tu guna duit saya sendiri,” celah Shakir.
“Kau beli guna duit gaji kau, kan?”
Shakir mengangguk.
“Duit tu dari aku, kan? Kira duit aku jugak.
Jadi, aku simpan. Esok baru aku kasi balik telefon ni kat kau,” ujar Pak Saad
lalu menyumbat kedua-dua telefon pintar di tangan ke dalam poket kemeja.
“Hah? Apa pulak macam tu Pak Saad? Sah-sah...”
“Dah, jangan nak banyak bunyi pulak. Kau orang
berdua tak nak bagi tahu aku ke mana kau orang berdua pergi pagi tadi, kan?
Jadi, ni hukuman untuk kau orang berdua,” pintas Pak Saad sambil melangkah ke
meja kerja dengan wajah selamba.
Syahirah sudah buat muka tidak puas hati.
Geram dia melihat papanya. Terasa dirinya seperti kanak-kanak. Dimarahi
disebabkan hal kecil. Tertekan dibuatnya. Shakir yang tidak ada kaitan dengan
hubungan kekeluargaan mereka turut terbabit sama.
“Tapi Pak Saad, kalau mak saya call macam
mana?” soal Shakir.
Dia masih cuba meraih belas kasihan Pak Saad
yang sudah mula membentang kain di atas meja.
Syahirah memandang Shakir dengan sakit hati.
Ada sahaja alasan kawan baiknya itu mahu mendapatkan telefon pintarnya semula.
Andai Shakir mendapatkan telefon pintarnya semula, pasti dia tidak akan berpuas
hati. Dia pun mahu juga.
“Tak apa, nanti aku tolong jawabkan. Aku
beritahu mak kau, kau tertinggal telefon kat sini,” jawab Pak Saad.
Shakir merengus bengang.
Syahirah menahan tawa melihat nasib kawan
baiknya itu.
“Ni semua salah kau. Tak fasal-fasal aku
terbabit sama.”
Syahirah hanya menjelir lidah, mengejek.
Pak Saad tiba-tiba muncul di hadapan mereka
semula bersama beg kertas di tangan.
“Shak, memandangkan kau masuk lambat, malam ni
kau kerja over time. Banyak baju nak kena siapkan tu. Ada jurulatih zapin
datang pagi tadi menempah baju zapin untuk kumpulan zapin dia,” beritahu Pak
Saad.
“Kerja over time? Tak pernah-pernah...”
“Dah kau masuk lambat, haruslah kau kena cover
balik waktu kerja yang kau dah ponteng pagi tadi,” pintas Pak Saad sebelum
sempat Shakir menghabiskan kata-kata.
“Ala...” keluh Shakir, kecewa.
Disebabkan Syahirah, dia yang kena kerja lebih
masa malam ini.
“Baju ni hantar kat Mak Senah yang duduk kat
taman perumahan seberang sungai tu. Hantar cepat! Alamat rumah dia ada kat
dalam beg ni,” suruh Pak Saad pada Syahirah sambil menghulur beg kertas berisi
baju yang sudah siap dijahit.
“Ala... Syah baru sampai ni. Penat pun tak
hilang lagi.”
“Ada papa kisah? Cepat hantar!”
Dengan malas Syahirah bangkit berdiri.
Pak Saad berkerut dahi apabila terpandang
sesuatu yang aneh di wajah Syahirah.
“Kejap!” pinta Pak Saad sambil memegang
kedua-dua pipi Syahirah lalu dihadapkan muka anaknya itu menghadap ke mukanya.
Bulu mata Syahirah ditelitinya.
Syahirah yang terkejut dengan tindakan papanya
itu hanya menuruti tanpa menepis atau menolak.
Perlahan-lahan Pak Saad mengetip hujung bulu
mata sebelah kanan anaknya dengan hujung jarinya lalu ditarik ke depan. Dia
melihat hujung jarinya. Ada kesan hitam. Dia mencium bau bahan berwarna hitam
yang melekat pada jarinya itu.
“Kau pakai maskara ke, Irah?”
Shakir sudah mengg igit jari dengan perasaan
cemas. Syahirah sudah menelan air liur. Macam manalah papanya boleh perasan
kesan maskara pada bulu matanya. Buat seketika Syahirah dan Shakir saling
berpandangan.
Alamak, apa aku nak jawab ni? Detik hati
Syahirah, cemas.