Home Novel Seram/Misteri BANGLO SEKSYEN 12
BANGLO SEKSYEN 12
Hasrudi Jawawi
3/2/2016 00:18:09
33,490
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Chapter 04 ~ Phase I

KEADAAN food court kampus agak sesak ketika ini. Maklumlah waktu makan tengah hari, masing-masing hendak mengisi perut yang kelaparan. Tapi tidak Fahmi dan Riena. Mereka berdua sekadar memesan air sirap bandung sahaja.

“Kau tengok ni.”

Fahmi menghala skrin komputer riba ke arah Riena di hadapannya. Keadaan kafeteria yang agak bising sedikit menganggu perbualan mereka.

Riena memandang skrin komputer riba Fahmi.

“Ni kes pembunuhan yang pernah berlaku dekat banglo tu. Selama ni aku tak tahu yang banglo terbengkalai tu, berhantu. Bila aku buat research semalam, ada sejarah dekat banglo tu, okey? Kita aje tak pernah ambil tahu,” bebel Fahmi.

Riena terus membisu. Dia sedang membaca artikal yang ada di skrin komputer riba Fahmi.

“Eh, apa hal aku tak pernah tahu fasal berita ni ek?”

“Sebab kau bukannya pernah ambil kisah fasal tempat berhantu ni semua. Kau gigih nak ke banglo tu sebab abang Fazlie kau tu, kan? Bukan sebab kau memang nak tengok hantu pun. Dasar perempuan!”

Tersentap jiwa dan raga Riena mendengar perlian kawan baiknya itu.

“Amboi, sedap kau mengata aku, kan? Kau ingat aku tak perasan kau tengok abang Amir tu macam mana malam tadi? Bukan main terkebil-kebil kau tengok dia, kan? Macam-macam soalan kau tanya dia. Kau syok dekat dia, kan?”

“Hey! Kau fitnah aku. Berdosa kau nok!” pantas Fahmi menafikan. “Tapi, dia tu elok juga, kan? Walaupun kurus,” sambungnya dengan pujian. Dari riak marah terus berubah riak tersipu-sipu malu.

“Ceh! Aku dah agak, kau mesti syok dekat dia. Sebab tu kau beria-ia tanya macam-macam soalan dekat dia malam tadi.”

Cebik Riena, geram sambil menjeling sakit hati ke arah Fahmi.

Fahmi hanya tersengih kerang.

“Dah, jangan nak merepek. Sekarang ni kita tengah bicang isu banglo puaka tu. Kau tak takut ke, kalau banglo tu memang berhantu? Sampai sekarang polis tak dapat kesan, siapa pembunuh sebenar dalam kes pembunuhan dekat banglo tu lima belas tahun lepas. Aku tak nak mati macam dia orang.”

Rengek Fahmi mengharap Riena bisa memikirkan semula keputusannya sebelum ini.

“Kau baca tak artikal ni sampai habis?” balas Riena dengan soalan.

“Haruslah habis.”

“Kan dalam artikal ni kata, enam remaja tu dipercayai main seruan Ouija sebelum mereka mati. Entah-entah roh yang dia orang seru tu yang bunuh dia orang. Kita ke sana buka nak main permainan syirik tu. Kita cuma nak tengok bangunan tu di waktu malam aje.”

Dari kata-kata Riena itu, memang tiada harapan untuk dia mengubah keputusannya.

“Kau ni Riena, tetap nak menangkan abang Fazlie kau tu, kan?” komputer riba dihadapkan ke arahnya semula.

“Eh, mana ada aku menangkan sesiapa? Aku cakap hal yang betul.”

“Kau dah buat research fasal banglo tu?” tanya Fahmi. Tangannya menaip sesuatu pada papan kekunci komputer ribanya.

Riena hanya tersengih.

Faham sangat Fahmi dengan sengih kerang kawan baiknya itu.

“Kalau kau nak tahu, banglo tu dulu milik Muna Fandi tau? Dekat dalam banglo tulah dia bunuh seorang lelaki berpangkat dato’ untuk lengkapkan ilmu hitam dia. Khabarnya, sepatutnya masa dia potong-potong badan lelaki tu, badan lelaki tu tak lut. Malangnya ilmu hitam dia tak menjadi, terus terpotong habis. Mati terus dato’ tu. Tu yang Muna Fandi tu kena hukum gantung atas tuduhan membunuh.” Sengaja Fahmi menceritakan kes Muna Fandi yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.

“Bukan ke banglo Muna Fandi tu dekat Perak? Apa ke hal sampai ke Seksyen 12 tu pulak?” Riena musykil.

“Manalah aku tahu, dah dalam internet ni dia kata macam tu.”

“Semua tu propa aje tu. Tak baik kaitkan orang yang dah tak ada. Kau percaya sangatlah ceria yang ada dekat internet tu, kan?”

“Apa-apa pun aku tetap tak sedap hati dengan banglo tu. Ada satu blog ni dia cerita balik pengalaman dia orang pergi banglo tu. Memang dia orang tak dapat recordapa-apa. Tapi, dalam perjalan dia orang nak balik dari banglo tu, macam-macam masalah berlaku tau? Enjin kereta tak boleh dihidupkanlah, tayar pancitlah, dan macam-macam lagilah.”

Riena mencebik lalu menyedut minumannya.

“Ala, benda tu semua kalau nak berlaku, tak payah nak tunggu pergi banglo tu. Kalau kereta kau nak rosak, balik dari kulih pun boleh rosak.”

Tidak pasti Riena memang benar-benar takbur atau dia memang tak percaya dengan kewujudan hantu. Sejak tadi ada sahaja alasan untuk menepis setiap kata-kata Fahmi yang berkaitan dengan banglo usang itu.

“Kau ni kan, dari tadi semua benda pelik yang pernah berlaku dekat banglo tu kau tak percaya. Kalau roh yang budak-budak tu seru sebelum ni masih berkeliaran dekat banglo tu macam mana? Lepas tu dia bunuh kita pulak, kau tak takut?”

“Merepeklah kau ni. Kau pernah dengar orang mati kena bunuh dengan hantu?”

“Tu, yang enam orang budak mati tu, bukan kena bunuh dengan hantu?”

“Ada bukti yang mengatakan budak-budak tu mati dibunuh hantu?”

Terdiam terus Fahmi. Sukar pula untuk dia memberi penjelasan pada Riena tentang apa yang dia rasa ketika ini. Dia merasakan seperti ada sesuatu di banglo usang itu yang akan menganggu mereka.

“Kenapa diam? Kau tak ada bukti, kan? Dahlah, dah nak pukul dua dah ni. Jomlah gerak. Lambat karang, membebel pulak lecterur kesayangan kau tu.”

Riena terus mengemas failnya lalu melangkah meninggalkan kafeteria itu.

“Weh, tunggulah aku,” ujar Fahmi. Kelam kabut dia mengemas barangnya lalu terkedek-kedek mengejar langkah Riena yang sudah menjauh.

Bersambung...

============================================

[Sedutan bab seterusnya...]

“Sebelum kita nak jalankan aktiviti terjah banglo tu, kita kenalah kenal-kenal banglo tu dulu. Tengok keadaannya macam mana, kan? Tak adalah masing-masing terpinga-pinga bila tiba harinya nanti. Sebab, aktiviti kita nanti akan dijalankan dalam gelap,” jelas Fazlie.

============================================

BAB STERUSNYA AKAN DI UPDATE DI WATTPAD SAHAJA, > https://www.wattpad.com/story/61829335-banglo-seksyen-12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.