Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,944
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 25

Rayyan menebarkan pandangannya di dataran kemerdekaan Shah Alam. Dataran ini sering digunakan untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Kadang-kala dataran ini juga sering digunakan untuk sambutan perayaan tertentu. Contohnya sambutan ambang merdeka yang diadakan di dataran kemerdekaan dengan mengubah cara sambutan yang lebih kepada hiburan kepada majlis ilmu.

“ Apa yang kau nak sebenarnya Hanif?” Tanya Rayyan.

“ Apa maksud kau?” Tanya Hanif pula. Dia bersandar di kereta sambil berpeluk tubuh. Seperti Rayyan, Hanif juga menebarkan pandangannya ke dataran kemerdekaan Shah Alam. Wajah Rayyan sedikit pun tidak dipandangnya.

“ Aku tahu kau yang perangkap aku malam itu,” kata Rayyan sambil menjeling tajam kepada Hanif. Hanif pula kelihatan selamba dan tidak pula terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Rayyan itu.

“ Kau ada bukti?” Tanya Hanif sinis.

“ Kau masukkan ubat dalam minuman aku bukan?”

“ Mana buktinya?”

“ Aku tahu kau yang lakukannya!”

Hanif ketawa mendengarkan tuduhan Rayyan itu.

“ Kau hanya menuduh tanpa ada bukti yang kukuh. Kau ingat orang percaya cakap kau itu?”

Rayyan mendenggus kasar. Dia berasa marah dengan Hanif yang tidak mahu mengaku kesalahan dirinya.

“ Aku tak sangka kau mempunyai hati yang busuk. Sanggup kau buat begini kepada aku. Kau nak apa hah? Kau nak bolot semua harta atuk? Atau kau dengki kerana atuk kerap memuji aku dari kau?” Marah Rayyan.

Hanif pandang ke arah Rayyan yang sedang memakai kaca mata hitam. Wajahnya kelihatan begitu serius sekali. Pasti sepupunya semakin tertekan dengan masalah yang datang bertalu-talu kepadanya.

“ Aku? Kenapa aku perlu busuk hati kepada kau? Atuk tak puji aku tak semestinya dia tak sayangkan aku. Cuma kau yang tidak pandai mengatur strategi dan sebab itu kau kalah!”

“ Jadi betullah kau yang perangkap aku?” Kata Rayyan sambil jari telunjuknya disuakan ke muka Hanif.

Hanif hanya tersenyum sinis. Dia masih kelihatan bersahaja.

“ Aku tak sangka kau mempunyai taste yang cukup rendah sekali. Pembantu rumah pun kau boleh ngap!”

Segera Rayyan mencengkam kolar baju Hanif. Marah benar Rayyan apabila Hanif merendahkan citarasanya.

“ Kau ingat aku hadap sangat dengan Hannah tu? Kalau tak kerana kau yang perangkap aku, semua ini tak akan berlaku! Kau ingat Hanif, suatu hari nanti kau akan terima pembalasannnya!” Kata Rayyan sambil melepaskan kolar baju Hanif.

Hanif membetulkan bajunya tanpa ada sedikit pun perasaan takut dengan ancaman yang diberikan oleh Rayyan terhadapnya.

“ Pembalasan? Ok kita tengok nanti,” kata Hanif berlagak sekali. Kemudian dia membuka pintu keretanya.

“ Oh ya lupa aku nak beritahu, projek lebuhraya EKKI yang sepatutnya dibawah seliaan kau, aku dah ambil alih. Pasti kau kecewa bukan. Tetapi padanlah dengan muka kau, siapa suruh kau buat onar! Aku blah dulu.”

Rayyan mendenggus lemah. Dia semakin kecewa. Segala usaha dan tenaganya kepada projek lebuhraya EKKI akhirnya sia-sia apabila projek itu diambil alih oleh Hanif. Pasti Hanif akan mendapat nama atas segala penat lelah yang sebenarnya dibuat oleh Rayyan.

Ah adilkah semua ini?

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.