SUASANA di KLIA begitu bising dengan bunyi
pengumuman ketibaan dan perlepasan kapal terbang.
“ betulkah
tindakkan kau ni, Irene?” Tanya Megat Tajuddin.
“
Irene dah tak boleh terima Rayyan dalam hidup Irene lagi,” kata Irene dengan
tenang.
“ Kau tak nak dengar penjelasan daripadanya
dahulu?” Tanya Sharifah Suhana.
“ Buat apa mummy? Supaya Irene terus dibohonginya?” Kata Irene dengan lemah.
Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin hanya
mampu mengeluh lemah. Sebenarnya mereka berdua begitu kecewa dengan tindakan
yang telah di ambil oleh Irene. Namun untuk menghalang mereka tiada kuasa.
Irene bukannya seorang anak yang mahu mendengar kata.
“ Mana tahu Rayyan diperangkap. Sepatutnya
kau dengar dulu penerangannya. Ini tidak cepat sangat ambil keputusan ke
Jepun,” nasihat Megat Tajuddin.
“ Betul tu. Lagipun persiapan perkahwinan
Irene semuanya dah ready,” sokong
Sharifah Suhana.
“ Irene tak boleh tengok muka dia lagi! Irene
benci! Terlalu benci!” Kata Irene.
Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin hanya
mampu mengeluh apabila mendengarkan bicara Irene itu. Nampaknya mereka terpaksa
akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Irene walaupun Rayyan itu adalah
calon menantu pilihan mereka. Lamunan mereka terhenti apabila mendengar
pengumuman yang dibuat untuk menjemput penumpang masuk ke balai berlepas.
“ Irene pergi dulu,” kata Irene sambil bangun
menjinjing tas tangannya.
Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin juga turut
berdiri. Kemudian Irene menyalami kedua-dua ibu bapanya sebelum dia masuk ke
dalam balai berlepas.
“ Harap-harap hati anak kita dapat dirawat di
sana,” kata Sharifah Suhana ketika melambaikan tangan kepada Irene.
“ Dan dia berjumpa dengan teman lelaki yang
seribu kali lebih baik daripada Rayyan,” tambah Megat Tajuddin pula.