Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,977
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 13

Hannah yang sedang sibuk menghidangkan makanan di meja makan di pandang Irene dengan tekun.

“ Siapa dia tu?” Tanya Irene. Wajahnya cantik sekali. Timbul rasa cemburu di hatinya apabila melihat kecantikan Hannah itu. Bimbang Rayyan akan berubah hati hanya kerana kecantikan wanita itu. Siapakah dia? Kenapa dia boleh berada di rumah Rayyan?

“ Khadam keluarga I. You tak perlu berkenalanlah dengan dia. Dia bukan sama taraf dengan kita,” kata Rayyan selamba.

“ Iskh Rayyan, tak baik cakap begitu. Ini Hannah, Hannah ini Irene tunang Rayyan. Maaf lah Hannah, jangan terasa hati dengan kata-kata Rayyan itu,” kata Puan Hajjah Salamah apabila melihat Hannah yang bagaikan terasa dengan bicara anaknya itu. Hannah hanya mengagguk lemah manakala Irene hanya tersenyum lebar. Gembira hatinya apabila Rayyan berkata begitu. Sedikit sebanyak hatinya mula tenang. Ah khadam itu bukannya pesaingnya!

“ Hai Hannah, how are you?” Tanya Irene berlagak mesra.

“ Hah?” Tanya Hannah kurang jelas dengan pertanyaan Irene itu. Dia begitu kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Irene. Sayangnya Irene jatuh hati dengan Rayyan yang perasan bagus itu!

“ Oh, you tak pandai Englishke? Sorry,” kata Irene sambil menutup mulutnya.

“ Muka cantik, tapi lembab,” kutuk Irene di dalam hatinya. Namun senyuman tetap meniti di bibirnya. Manakala Hannah membisu. Tidak guna dia membetulkan salah tanggapan Irene itu.

You ni kalau nak cakap bahasa Inggeris pun, agak-agaklah. Tak kan nak cakap dengan khadam I yang SPM pun tak lepas,” kata Rayyan manakala Puan Hajjah Salamah hanya menggeleng lemah.

Hannah menjeling geram.

“ Ingat aku bimbo sangat macam kau, hello,” balas Hannah di dalam hatinya. Namun dia beriak selamba. Malas mahu mengambil pusing dengan bicara Rayyan yang sentiasa berbisa itu.

“ Hannah, tuangkan air,” arah Puan Hajjah Salamah dengan lembut sekaligus mengubah topik perbualan antara mereka. Tidak mahu Hannah terus-terusan menjadi mangsa kutukan Rayyan.

“ Baik mak cik,” kata Hannah akur. Kemudian Irene, Rayyan dan Puan Hajjah Salamah mula menjamah makanan yang terhidang di atas meja.

“ Oh mee goreng ni siapa yang masak?” Tanya Irene sambil menyeduk mee goreng ke dalam pinggannya. Manakala Rayyan terus sahaja menjamah mee goreng yang sudah terhidang di pinggannya.

“ Hannah yang masak, Irene. Sedap tak?” Tanya Puan Hajjah Salamah.

“ Patutlah tak sedap pun! Air! Mana air aku?” Kata Rayyan kasar sekali sambil menolak pinggannya.

Puan Hajjah Salamah hanya menggeleng. Dia cukup kesal dengan sikap Rayyan itu. Malu dia dengan sikap Rayyan itu. Seolah-olah dia yang tidak pandai mendidik anak tunggalnya itu.

Cepat-cepat Hannah menuangkan air ke dalam gelas Rayyan. Meluat dia melihat perangai kebudak-budakan Rayyan itu. Ah kenapalah dia diberikan seorang majikan yang kerek seperti Rayyan ini? Namun Hannah sedar, dia perlu berbaik sangka dengan perkara yang dibencinya kerana ianya jauh lebih baik daripada perkara yang dia suka. Itulah ajaran Mak Cik Norsiah yang sentiasa diamalkannya hingga kini. Menurut Mak Cik Norsiah lagi, apabila kita mendapat perkara yang dibenci sebaliknya kita berbaik sangka dengan Allah, kita akan berasa tenang dengan ujian Allah ini.

Malang sekali, air batu yang jatuh ke dalam gelas membuatkan air itu terpercik ke muka Rayyan. Hanya sedikit sahaja percikan itu tetapi menimbulkan kemarahan yang begitu dasyat sekali di hati lelaki angin itu.

“ Apa ni? Macamana kau buat kerja ni hah?” Marah Rayyan kasar sekali.

“ Maafkan saya Tuan Rayyan,” kata Hannah panik manakala Irene tersenyum sumbing apabila melihat Hannah di marahi oleh tunangnya itu.

“ Rayyan, air terpercik sikit sahaja, tak kan nak mengamuk sampai macam tu. Sudahlah Hannah, ambilkan tisu kepada Rayyan,” kata Puan Hajjah Salamah sambil menggeleng sesal.

Cepat-cepat Hannah mengambil tisu kepada Rayyan.

“ Cepat sikit! This is not funny! Kau nak kerja ke tak hah?” Marah Rayyan.

“ Nah tisunya Tuan Rayyan. Maafkan saya,” kata Hannah sambil tangannya menyuakan sekotak tisu kepada Rayyan.

“ Apa lagi? Lap la muka aku ni!” Arah Rayyan.

Hannah mendenggus. Geram benar dia dengan sikap angkuh Rayyan itu. Hanya sedikit sahaja air terpercik ke mukanya, itu pun di suruh Hannah mengelapnya. Ada juga orang macam ni kat dalam dunia ini. Aku buat muka kau macam mop lantai baru kau tahu! Desis Hannah di dalam hatinya. Tanpa disedari sememangnya dia telah menzahirkan apa yang ada di hatinya itu. Muka Rayyan di lapnya dengan kasar!

“ Woiii! Kau ingat muka aku ni lantai ke?” Marah Rayyan sambil menolak tangan Hannah yang sedang mengelap mukanya. Puan Hajjah Salamah pula sudah tersenyum lebar. Pandai juga Hannah melawan anaknya dalam diam.

“ Hah, padanlah muka! Macamlah tak de tangan nak lap muka kau tu!” Perli Puan Hajjah Salamah manakala Irene mula terbakar hati dengan adegan sebabak itu. Entah kenapa dia rasa terancam dengan kehadiran khadam kekasih hatinya itu.

Previous: bab 12
Next: bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.