Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,780
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 32
“Ustaz Azhar? Macam mana nih?” jelas terpampang kerisauan di wajah Nurbaya sewaktu dia bertanyakan soalan kepada Ustaz Azhar. Keadaan Qinna yang semakin hari semakin pelik tingkah dan lakunya amat membimbangkan Nurbaya dan suami. Hampir setiap malam Qinna akan melangut di tepi tingkap biliknya merenung bulan. Bahkan kadang kala, dia akan menangis dengan tidak semena-mena.  

“Ada Qinna bercerita pasal makhluk tuh lagi?” serius pertanyaan Ustaz Azhar. 

“Beberapa hari lepas ada Ustaz”..

“Apa katanya?”

“Dia tunggu bapa pada anak dalam kandungan nya..”

“Ya Allah? Betul ke macam tuh Makcik Baya?” 

“Ntah la Ustaz.. nampak macam ada simpton orang mengandung.. ttaapiii perut Qinna takdelah sebesar mana pun kalau nak dikatakan mengandung?”

“Hmmm.. saya bimbang kalau betul Qinna dah menjalin hubungan dengan makhluk sana, bermakna Qinna dah jadi sebabagian dari golongan mereka Makcik Baya.” 

“Agak sukar untuk saya bawa Qinna balik ke Alam kita, maksud saya, jiwa nya akan tersesat jauh.. lebih lagi kalau betul dia mengandung!!” 

“Habis tuh? Apa ikhtiar kita Ustaz? Saya tak rela anak saya dilarikan lagi oleh makhluk terlaknat  tuh!”

“Kita rujuk Qinna pada sahabat saya dalam Darul Syafah boleh Makcik Baya?”

“Saya tak kisah Ustaz, asal anak saya boleh sembuh seperti biasa.” 

“Ustaz Syafiqullah tak datang melawat Qinna ke Makcik Baya?”

“Dah lama juga dia tak datang Ustaz.. saya pun kurang pasti sebab apa.. sebelum ni beria dia nak bantu Qinna.. tapi lepas kepulangan Qinna, macam ni pulak sikapnya” nada Nurbaya berbaur kesal dan geram. 

“Tak pun macam ni lah Makcik Baya, setiap kali bulan mengambang, pastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapat. Jangan biarkan sebilah pun cahaya bulan masuk ke dalam rumah.” 

“Baik Ustaz.. lagi? Apa lagi yang perlu saya buat Ustaz?”

“Taip malam Jumaat, bacakan ayatul Kursi dan Surah Al-Jinn secara berjemaah dirumah. Pastikan juga Qinna tidur dalam keadaan berwudhuk”.

“Sekarang-kurangnya ada pendinding buat Qinna” sambung Ustaz Azhar.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.