Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
3 - 1

Ikut hati mati,

Ikut rasa binasa,

Ikut mata leta.

 

FADLIsembammukanya ke atas meja. Manakala tangan kanan dan kirinya pula diletakkan di ataskepalanya. Sesekali tangan kanannya menarik rambutnya yang sudah kusut-masaiitu. Muzik yang kedengaran bingit di sekeliling pub itu langsung tidak menarikperhatiannya. Ramai orang yang terkinja-kinja menari di ruang tengah. Kebiasaannya,Fadli sudah turut serta bersama-sama dengan mereka.

            “Hoi,nyah.”

            Fadlitersentak bila tiba-tiba terasa bahunya ditolak dari arah belakang. Ditegakkantubuhnya untuk melihat si pemilik tangan yang telah menampar bahunya itu. Demimelihat Toffee, Fadli mempamerkan senyuman menggoda. Toffee atau namasebenarnya Taufiq juga ikut membalas senyuman Fadli. Fadli membulatkan matasambil memerhati penampilan Toffee yang amat menawan di matanya itu.

            “Kenapadengan you ni, Fad. Dari tadi I perhatikan you tau. Muka masam, tak nak senyum.Kecantikan you makin pudar kalau kau terus macam ni, nyah.”

            Begitumanja Toffee meluahkan kata. Bukan itu sahaja, dia mendekati Fadli laluterliuk-liuk manja. Lengan sasa Fadli dipaut. Kepalanya dilentokkan ke bahuFadli.

            “Istress la, nyah,” luah Fadli dengannada lembut.

            Toffeemengerutkan dahinya.

            “Kenapa?Siapa yang buat you tertekan? You nak I upah orang langgar dia ke? Hisy,geramnya I! I memang tak suka girlfriendI monyok macam ni. I nak tengok you ceria!” bentak Toffee lalu bangun danhentak kaki ke lantai selama beberapa kali.

            Fadlimendengus.

            “TunangI yang tak berguna tulah. Plus adik Iyang suka masuk campur urusan I! Rahsia I terbongkar sebab Hilman beritahustatus sebenar I pada tunang I, nyah. Papa I naik angin tau. Mujur mama I back up I. I dah putus tunang sekarangni,” rengek Fadli lalu menangis teresak-esak.

            Toffeememuncungkan bibirnya ke depan. Kedua-dua belah pipi Fadli dicubit. Kemudianpipi kanan Fadli diusap dengan penuh rasa sayang.

            “Youkan ada I. Untuk apa nak terhegeh-hegeh dengan tunang tak berguna you tu? Iseorang saja pun sudah cukup untuk membahagiakan you, Fad.” Toffee mengenyitkanmatanya kepada Fadli.

            Fadlimengukir senyuman penuh makna.

            Toffeegenggam tangan Fadli. Mereka bangun lalu beredar meninggalkan pub.

Previous: 2 - 3
Next: 3 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.