Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
4 - 3

“UNCLE?” sapa Asha.

            DatukHalim kerling ke hadapan. Dia berhenti menyedut minuman sejuknya. Ditegakkantubuhnya sambil matanya tertumpu ke arah Asha.

            Senyumanberbalas dengan senyuman.

            “Duduklah,Asha.”

            “Terimakasih, uncle.” Asha melabuhkan duduk di hadapan Datuk Halim.

            Bisuseketika.

            “Asha,uncle nak mohon maaf untuk khilaf yang telah anak uncle lakukan kepada Asha.Uncle amat malu dengan tindakan Fadli. Dia kasari kamu, lukai hati kamu. Unclekecewa sebab tak mampu tolong apa-apa masa kejadian tu berlaku. Uncle langsungtak tahu-menahu tentang perkara ni.” Raut wajah Datuk Halim kelihatan sugul.Tampak serba salah dengan kejadian itu.

            Ashamelepaskan keluhan.

            “Uncletak salah apa-apa pada Asha. Mungkin Asha yang buta sebab tak nampak dirisebenar Fadli. Jadi, uncle tak perlu mohon maaf bagi pihak Fadli. Uncle terlalubaik dengan Asha. Asha dah anggap uncle macam ayah Asha sendiri. Asha sayanguncle,” luah Asha.

            MengapaDatuk Halim yang terpaksa menebalkan muka bertemu dengan Asha? Bagi Asha, Fadliyang sepatutnya berjumpa dengan ibu bapanya. Kesalahan itu adalah datangdaripada Fadli sendiri, bukannya daripada Datuk Halim.

            DatukHalim tenung sayu wajah Asha.

            “Uncletetap rasa bersalah pada kamu, Asha. Kalaulah uncle tahu perbuatan Fadli, uncleakan ambil tindakan undang-undang. Uncle tak akan biarkan Fadli cederakan Ashasesuka hatinya. Mujurlah pertunangan kamu berdua putus. Uncle rasa bersyukursebab Asha pilih keputusan ni,” balas Datuk Halim. Dalam sedih, ada nada legadi setiap bait-bait ayat yang dituturkan.

            Ashaketap bibir. Apa reaksi Datuk Halim jika tahu tentang perkara sebenar? Pastilelaki tua itu diserang penyakit jantung. Perlukah dia berterus-terang? Tetapidia berasa bimbang akan kesihatan lelaki tua itu. Lantas terpaksa dia pendamrahsia itu seorang diri.

            “Uncletak perlu risau. Asha okey saja.”

            Bisuuntuk kesekian kalinya.

            “Asha,uncle mahu kamu cari pengganti Fadli. Kamu masih muda. Usahlah sia-siakan masakamu dengan mengharapkan cinta Fadli. Walaupun Fadli adalah anak kandung uncle,namun uncle tidak mahu kamu berkahwin dengan dia. Uncle lebih kenal siapa anakuncle yang sebenar.”

            Sebagaiseorang bapa, itulah harapan Datuk Halim terhadap Asha. Dia juga ada niat inginmenyatukan Hilman dan Asha. Antara Hilman dan Fadli, Hilman lebih sesuai denganAsha. Datuk Halim sendiri sudah merestui niat suci Hilman itu. Semoga impiananaknya itu untuk memperisterikan Asha diredhai dan diizinkan Allah, juga pintuhati Asha akan terbuka untuk menerima cinta Hilman.

            “Ashatak nak taruh apa-apa harapan lagi buat masa ni, uncle. Asha nak menyendiri.Asha takut nak dekati lelaki lain. Bagi Asha, mereka sama seperti Fadli.Sekarang Asha nak tumpukan perhatian pada kerja dulu. Andai kata ada jodohAsha, insya-ALLAH Asha akan berkahwin juga,” balas Asha.

            FikiranDatuk Halim mula menerawang mengingati Hilman. Dia kembali memandang wajahAsha.

            “Ashatak boleh berserah pada takdir. Asha kena usaha untuk cari lelaki sempurna yangboleh bimbing Asha sehingga ke Jannah. Bukan semua lelaki di dunia ni sama sifatnyaseperti Fadli. Jangan kerana Fadli, Asha anggap semua lelaki begitu. Masih adalelaki yang baik, Asha.” Datuk Halim membaiki tanggapan Asha.

            Ashamenundukkan kepala ke bawah.

            “Biarlahmasa yang menentukan, uncle.” Ringkas jawapan Asha.

            DatukHalim tidak terkata apa-apa lagi. Dia menghormati keputusan Asha. Kini, Ashaberasa fobia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.Sungguhpun begitu, Datuk Halim tetap dengan hasratnya untuk mendengar lafazakad nikah yang bakal menyatukan Asha dan Hilman. Amin. 

     

Previous: 4 - 2
Next: 5 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.