Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
6 - 3

“MAMA? Papa?” tegur Asha lalu duduk dihadapan suami isteri itu.

            EncikAzman dan Puan Fariha yang tengah berbual membuang pandang ke arah Asha.

            “Ya,nak?” balas Encik Azman.

            Ashamengambil teko berisi air teh O. Dituang ke dalam cawan lalu dihirup sedikitsekadar hendak membasahkan tekak. Cawan itu diletakkan di atas meja semula.Asha mengangkat wajah memandang mama dan papa.

            “Ashamemerlukan pendapat daripada mama dan papa.” Asha berkata jujur.

            PuanFariha mengerutkan dahi.

            “Berkenaanapa?” tanya Puan Fariha ingin tahu.

            Ashamenarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu.

            “Hilmanmelamar Asha sebagai isterinya, mama, papa,” beritahu Asha.

            Terjegilmata Puan Fariha, Encik Azman pula beriak tenang.

            “Selamaini Hilman menaruh perasaan terhadap Asha?” Puan Fariha mahukan kepastian.

            Ashaangguk.

            EncikAzman mengukirkan senyuman.

            “Jujurpapa kata, papa berasa senang hati dengan Hilman. Jika dibandingkan Hilman danFadli, Hilman lebih baik. Hilman menjaga adab dan lembut tutur bahasanya bilaberdepan dengan orang. Fadli pula tidak pandai menghormati orang tua dan seringbersikap kasar dengan kami berdua. Papa mohon maaf jika buat Asha terasa hati,tapi itulah hakikat yang papa rasakan.” Setelah sekian lama Encik Azmanmemendam perasaan, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berterus-terangkepada Asha.

            Ashamelepaskan keluhan. Wajahnya berubah sugul.

            “Ashasalah buat pilihan, papa, mama,” balas Asha sebak,

            PuanFariha mengusap lembut bahu Asha.

            “Sudahlah,nak. Kamu dan Fadli telah putus tunang. Kamu berhak memilih pengganti Fadli,jauh lebih baik daripada Fadli,” pujuk Puan Fariha.

            “Papaharap kamu pertimbangkan lamaran Hilman, Asha. Lebih baik terima orang yangikhlas menyayangi dan mencintai kita daripada mengharapkan kasih yang tidaksudi. Mungkin Hilman adalah jodoh yang tertulis buat Asha. Papa yakin yang diaboleh membahagiakan Asha,” celah Encik Azman.

            Harapanseorang ayah hanyalah satu. Ingin melihat satu-satunya puteri tunggalnya ituhidup bahagia di samping seorang lelaki. Lelaki itu pula haruslah menjagaanaknya itu sehingga ke akhir nyawa mereka. Encik Azman tahu Hilman mampumelaksanakan impiannya itu.

            “Ashatakut pisang berbuah dua kali. Sakit bila dikecewakan lebih perit berbandingrasa mencintai, papa, mama. Andai kata Asha terima Hilman, dan bagaimana jika tiba-tibasikapnya berubah menjadi baran seperti Fadli? Asha juga yang menderita.” Ashamula tersedu-sedan. Air matanya tumpah membasahi pipi.

            PuanFariha memaut tangan Asha.

            “Asha,belum cuba belum tahu kan?” balas Puan Fariha.

            “Bukapintu hati kamu untuk Hilman, Asha. Tidak salah jika kamu beri peluang padaHilman. Jangan disebabkan Fadli, kamu takut untuk bercinta dan mendirikan rumahtangga. Tak semua lelaki di muka bumi ni sama sikapnya seperti Fadli. Rambut samahitam, hati saja yang lain,” pujuk Encik Azman.

            Ashaterdiam. Dia mula memikirkan cadangan mama dan papa. Haruskah dia menerimalamaran Hilman? 

Previous: 6 - 2
Next: 7 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.