Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
15 - 3

BALIKdari rumah keluarga Asha, Fadli terus memerapkan diri di dalam bilik.Teguran mama sewaktu melintasi ruang tamu pun tidak dipedulikan. Hatinya masihterbakar dengan kemenangan yang berjaya diraih oleh Hilman. Puas dipujuk Ashaagar dirinya diberi peluang yang kedua, akan tetapi Asha tetap mahu meneruskanhasratnya untuk menikahi Hilman.

            “Ah,kau lelaki yang tak berguna, Hilman Adrian!” jerit Fadli.

            Fadlisudah hilang pedoman. Dia telah kalah pada Hilman! Jujur dia amat mencemburiHilman kerana adiknya itu merupakan anak kesayangan papa. Bahkan papa sentiasamelebihkan Hilman berbanding dirinya. Di mata papa, Fadli serba-serbi kurang! Persepsipapa terhadap Hilman pula ialah adiknya itu berupaya melengkapkan kekuranganyang ada pada dirinya. Oleh itulah, papa selalu membela Hilman. Malah merestuiperkahwinan Hilman dan Asha.

            Fadlimengusap wajahnya.

            “Akutakkan berdiam diri, Hilman. Kalau kau sangka yang aku masih mencintai Asha,kau silap besar! Aku tak suka tengok kau lebih bahagia daripada aku! Kau akanterima padah untuk perbuatan kau tu!” tekad Fadli.

            Fadlitersentak apabila mendengar bunyi beep dari telefon bimbitnya. Lekas dikeluarkantelefon bimbitnya itu. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Lelaki yang dianantikan selama ini akhirnya membalas mesejnya di laman sosial itu.Tergesa-gesa dia melangkah ke arah meja komputer. Lalu duduk. Komputer ribadibuka. Aplikasi laman sosial itu menjadi pilihannya.

 

            Mr Rayyan Hi.Sori lambat balas mesej u. I suka tengok picture you. Bergaya.

 

            Zul Fadli Hi.I rasa terpegun dengan gambar profile you. Kacak dan sado. Mmm…

                              Boleh kitaberjumpa di mana-mana?

 

            Masayang ada ini dihabiskan bersama dengan teman alam mayanya itu. Lupa seketikaperihal Hilman dan Asha.

 

Previous: 15 - 2
Next: 16 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.