PADA keesokan harinya, Asha ke pejabatseperti biasa. Walaupun riak wajahnya tampak tenang, namun kesedihan masih bersinardi matanya. Asha hayun langkah menuju ke meja kerjanya. Beg tangannyadiletakkan di atas meja. Lalu, dia menghempas punggung di atas kerusi. Tubuhnyadisandarkan ke belakang. Hendak melepaskan lelah buat seketika.
“Asha?”
TeguranAfidah mematikan lamunan Asha. Asha toleh memandang Afidah.
Afidahmelabuhkan duduk di sebelah Asha. Ditenung wajah Asha dengan mata tidakberkedip.
“Kauokey ke?” tanya Afidah.
Ashaangguk sebagai jawapan.
“Betulke ni? Kau tak boleh tipu aku, Asha. Dari rona mata kau, aku tahu kau masihbelum okey lagi.” Afidah inginkan kepastian.
Ashamenundukkan kepalanya. Setitis air mata tumpah ke riba.
“Fida,aku rasa diri aku ni bebal. Aku terlalu mengikut kata hati. Aku tidak pedulikannasihat orang sekeliling aku terutama mama dan papa aku. Aku… aku yang beria-iasayang pada Fadli. Aku yang bersungguh-sungguh mahu membina rumah tangga dengandia. Sedangkan dia sedikit pun tidak pernah mencintai aku. Siapa aku pada dia?Aku… aku…”
Afidahgenggam kedua-dua belah tangan Asha.
“Asha,untuk apa kau menangis kerana lelaki macam tu? Dia pernah fikirkan perasaan kauselama ni ke? Aku rasa dia hanya tahu lukakan hati kau sepanjang tempohpertunangan kau dan dia. Selebihnya? Aku tak pernah tengok dia cuba hiburkanhati kau. Dia hanya tahu menyakiti hati dan tubuh kau saja!” marah Afidah.
Afidahberasa tak sedap hati tatkala pertama kali bertemu Fadli. Firasatnya mengatakanbahawa Fadli bakal memberi impak negatif kepada Asha. Cuma dia tidak mampuuntuk bersuara. Dia bukan siapa-siapa bagi Asha. Dia hanyalah kawan baik Ashasahaja. Tetapi apabila dia mendengar berita pertunangan mereka putus, diamelafazkan syukur ke Hadrat Illahi. Mujurlah Asha lekas bertindak sebelumsituasi menjadi lebih parah.
“Akuterlalu ikut kata hati dan rasa cinta yang terlalu menggunung buat dia. Akuseolah-olah telah dibutakan dengan sikap sebenar dia. Aku tak nampak apa-apakecuali cinta aku kepada dia. Aku…”
Afidahletak satu jarinya di bibir Asha.
“Tolongberhenti bersuara. Aku tidak mahu dengar sepatah kata daripada mulut kau. Sekarangni aku nak kau undur diri. Buang perasaan cinta kau. Cinta kau tak ada gunasesen pun. Fadli tak pernah ikhlas bila bercinta dan bertunang dengan kau. Kausaja yang terhegeh-hegeh mengharapkan cinta dia.”
Setelahsekian lama Afidah memendam rasa, akhirnya dia meluahkan segala-gala yangterbuku di hatinya. Dia bukan tidak mahu membantah keputusan Asha. Dia amatmenyayangi persahabatan mereka. Pada masa itu, Asha telah meletakkan sepenuhkepercayaan kepada Fadli. Jika Afidah membuka mulut, Asha pasti tidak akanmendengar kata-katanya. Dia akan menuduh Afidah sebenarnya berasa cemburu.
“Apapatut aku buat, Fida?” Asha teresak-esak.
Afidahmelemparkan senyuman sinis kepada Asha.
“Lupakandia.” Sepatah jawapan Afidah.
Ashamembisu. Mampukah dia memadam nama Fadli di hatinya? Fadli merupakan cintapertama. Intihannya, kenangan bersama cinta pertama sukar untuk dihapuskan.