Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
10 - 1

Cinta dizahirkan melalui rasa.

Dan akhirnya, rasa itu berjaya menembusihati.

 

“Ihave some thingsimportant to tell all of you. It is about me and Hilman.”

            Asha melabuhkan duduk di sebelahPuan Fariha. Encik Azman menutup surat khabar yang sedang diabaca. Dilipat dualalu diletakkan di atas meja. Silih berganti Asha memandang mama dan papabersama segaris senyuman.

            “Apa yang Asha nak beritahu padakami?” tanya Encik Azman ingin tahu.

            Puan Fariha tekun menunggu kata-katayang seterusnya daripada Asha.

            “Papadan mama tahu Hilman telah melamar Asha?” tanya Asha.

            “Ya,kami tahu. Apakah keputusan Asha?” Laju Puan Fariha menyoal.

            Ashamenarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan kata.

“Asha dah buat keputusanuntuk menerima Hilman. Asha harap mama dan papa merestui pilihan Asha untukkali ni. Asha buta menilai keikhlasan lelaki sebelum ni. Tetapi Asha yakinbahawa Asha tidak salah dalam membuat pilihan. Hilman adalah lelaki yang tepatuntuk bimbing Asha melayari bahtera rumah tangga kami,” sambung Asha.

            EncikAzman dan Puan Fariha berpandangan sesama sendiri.

            “Mama,papa…”

            Ashameletak kedua-dua belah tangannya di atas tangan mama.

            “Ashatahu yang mama dan papa akan rasa terkejut dengan keputusan Asha. Inilah yangterbaik untuk kami berdua. Hilman boleh bahagiakan Asha. Percayalah cakap Asha,mama, papa,” pujuk Asha bersungguh-sungguh. Berharap agar Encik Azman dan PuanFariha bersetuju dengan keputusannya itu.

            EncikAzman mengukirkan senyuman di bibir.

            “Papatidak kisah siapa pilihan kamu, Asha. Papa ikut sahaja. Apa yang penting ialahkebahagiaan kamu. Bila melihat kamu gembira, ia sudah cukup melegakan hatipapa,” balas Encik Azman.

            “Mamamerestui pilihan kamu, Asha. Mama amat sukakan Hilman. Jika dibandingkan Hilmandan Fadli, Hilman is better than Fadli,”celah Puan Fariha.

            Sejakdari dahulu lagi, Puan Fariha tidak berkenan dengan Fadli. Namun apakan dayahendak membantah kemahuan si anak. Dituruti juga meskipun terpaksa. Tetapiapabila Asha memutuskan pertunangannya dengan Fadli, Puan Fariha berasa amatbersyukur. Entah mengapa dia tidak suka kepada Fadli? Dia sendiri tidak tahuapakah sebabnya.

Walaupun begitu, hatinyaterus terpaut tatkala kali pertama melihat Hilman. Mungkin kebaikan yangdipamerkan oleh lelaki itu menawan hatinya. Oleh itu, dia tidak putus-putusmengirimkan doa kepada-NYA agar jodoh Asha tertulis dengan Hilman. Kini, doanyaitu telah termakbul. Alhamdulillah!

            Ashaberasa lega kerana mendapat restu daripada kedua-dua orang tuanya itu. Restuitu amat penting untuk membina sebuah rumah tangga agar kekal harmoni dan amansehingga bila-bila.

            “Terimakasih, mama, papa,” ucap Asha.

            “Sama-sama,nak!” balas Encik Azman.

            EncikAzman bangun lalu menghampiri isteri dan anaknya itu. Dilabuhkan punggungnyaitu di sebelah Puan Fariha.

            “Asha,kamu akan menjadi isteri Hilman tak lama lagi. Jadi papa berharap agar kamuberusaha untuk baiki kelemahan diri kamu. Perkahwinan bukanlah untuk satujangka masa yang sekejap saja. Sesiapa sahaja mahukan yang terbaik setelahambil keputusan untuk membina masjid. Selepas berkahwin, semasa itulahkelemahan diri masing-masing akan terpamer di mata. Janganlah mudah melatahjika ada sesuatu perkara yang tidak digemari oleh kita. Kita perlulah bersediauntuk terima sudut positif dan negatif pasangan kita,” nasihat Encik Azman.

            Ashaterangguk-angguk.

            “Satulagi, sentiasa dengar pendapat pasangan kita. Kadang-kala, mereka lebih tahuapa yang lebih bagus untuk kita. Sesekali rendahkanlah ego dan dengar kata-katamereka.”

            GiliranPuan Fariha pula yang memberikan nasihat kepada Asha.

            Ashamengangguk lagi.

            “BilakahHilman akan hantar rombongan meminang ke rumah kita?” soal Encik Azman.

            “Insya-ALLAHpada hari Sabtu minggu ni, mama, papa. Kami juga bercadang untuk mendirikanrumah tangga sebulan selepas itu,” balas Asha.

            PuanFariha menjegil mata.

            “Subhanallah!Kenapa tidak beritahu awal? Bolehlah mama buat persediaan yang rapi. Mama perlumenjemput saudara-mara kita, menempah katering dan khemah dan sebagainya.”

            PuanFariha terus kelam-kabut. Dia membuat kira-kira dengan mengunakanjari-jemarinya. Gaya seperti sedang mengira kos yang akan dikeluarkan semasahari besar itu.

Asha hanya tersengih.

            Meletustawa Encik Azman bila melihat respon Puan Fariha.

            “Anakyang nak kahwin, tetapi mak pula yang over?”perli Encik Azman.

            PuanFariha mendengus.

            “Abang,Asha satu-satunya anak perempuan kita. Si Bazli tu bila entah nak kahwin? Bilasaya tanya, dia mengelak. Saya rasa geram dengan anak abang tu tau! When Asha is getting marrying to Hilman, Ifeel like I am a happiness woman in the world! Oleh itu, saya mahukanmajlis yang sempurna untuk anak kita,” balas Puan Fariha.

            Ashaberdehem.

            “Mama,Asha dan Hilman dah berbincang. Kami mahu adakan majlis secara kecil-kecilansaja. Tidak perlulah secara besar-besaran. Cukuplah sekadar saudara-mara, jirantetangga dan rakan-rakan mengetahui status kami berdua. Islam juga tidak menggalakkanpembaziran yang berlebihan bila mengadakan apa-apa majlis. Biarlah bersederhanasahaja. Akad nikah itu yang penting. Lagipula, Asha tidak mahu bebankanHilman,” balas Asha.

            EncikAzman tersenyum.

            “Papaberasa bangga dengan anak papa. Kamu amat matang ketika bertindak. Papa jugabersependapat dengan kamu, Asha,” puji Encik Azman.

            PuanFariha terdiam.

            “Terimakasih kerana faham, papa,” balas Asha.

Previous: 9 - 3
Next: 10 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.