Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,669
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

“Ika, betul ke ni tak kisah kalau Kimi datang rumah Ika ni. Kimi takutlah.” Nur Hakimi menarik tangan Atikah yang laju saja langkahnya.

Atikah berhenti melangkah dan menoleh memandang Nur Hakimi yang berada disebelahnya sambil bercekak pinggang. ‘Apa punya pakwe lah mamat sorang ni. Nak jumpa bakal mak mertua pun takut.’ Omel Atikah dalam hati.

“Awak….semalam bukan main berkobar lagi nak jumpa dengan Mak kita. Hari ni dah kecut perut pulak,” sinis Atikah menyindir.

“Kimi bukan apa Ika. Kimi takut kalau-kalau mak Ika tak setuju dengan hubungan kita macam mana?. Merana Kimi nanti,” jawab Nur Hakimi dengan wajah monyok.

Atikah menepuk dahinya. “Ya ALLAH…..boleh jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak?. Tak jumpa lagi mak kita dah cakap yang bukan-bukan.” Sergah Atikah.

“Ala…janganlah marah. Kimi kata kalau aje,” pujuk Nur Hakimi.

“Dah. Jangan nak berkalau-kalau lagi. Kita dah lambat ni. Nanti mak risau pulak,” ujar Atikah terus menarik tangan Nur Hakimi. Kalau dilayan lagi cakap Nur Hakimi jawabnya tak ke manalah mereka nanti.

“Assalamualaikum. Mak!...” Atikah memberi salam sambil membuka pintu rumahnya. “Masuklah awak.” Dalam masa yang sama Atikah mengajak Nur Hakimi masuk ke dalam rumahnya.

“Waalaikumussalam.” Kak Kiah muncul dari dapur. Matanya terpandang seorang lelaki disebelah Atikah.

“Mak…” Atikah terus memeluk kak Kiah dengan mesra. Terubat rindunya saat pelukan mereka bertaut. Kak Kiah membalas pelukan Atikah dengan erat.

“Siapa ni Ika?” tanya Kak Kiah sebaik pelukkan mereka terlerai.

“Mmmm…..Mak, ni kenalkan Nur Hakimi. Kawan sekolej Ika, Mak.” Atikah memperkenalkan Nur Hakimi pada Kak Kiah.

“Apa khabar Makcik?” Nur Hakimi menghulurkan salam.

“Alhamdulillah, baik.” Kak Kiah menyambut salam itu.

“Kawan ke…..pakwe ni Ika?” Duga Kak Kiah sambil bermain mata dengan Atikah yang malu-malu memandangnya.

“Mak…..” Atikah memeluk lengan Kak Kiah. Malu pulak bila disoal begitu.

Kak Kiah tersenyum. Dari riak wajah mereka berdua Kak Kiah dapat menduga yang mereka saling menyintai. Alhamdulillah jika Atikah dah menemui orang yang dapat menjaganya nanti.

“Ehh…..buat apa tercegat aje ni. Moh kita makan. Lauk semua Mak dah hidangkan tadi. Mak tunggu Ika aje ni.” Lawa Kak Kiah.

“Mmmm…..mesti sedap Mak masak. Jom Kimi.” Atikah dan Nur Hakimi mengekori langkah Kak Kiah menuju ke meja makan.

Usai menjamu selera Atikah membawa buah betik yang telah dipotong ke ruang tamu. Mak tengah berbual dengan Nur Hakimi.

“Jemput Kimi.”

“Terima kasih.”

“Makanlah Kimi. Buah betik ni Makcik beli kat pasar malam semalam.”

Nur Hakimi tersenyum. Hilang rasa gemuruhnya bila Mak Atikah melayannya mesra. Atikah mengambil tempat disebelah Kak Kiah.

“Mak, Kak Mira mana?. Dari tadi tak nampak pun batang hidung dia?.”

“Mira keluar. Katanya nak beli barang sikit. Kejap lagi baliklah tu.”

“Siapa Kak Mira tu?. Kakak Ika ke?.” Nur Hakimi menyampuk.

“Kak Mira tu menyewa bilik kat sini. Dia tu baik tau. Orang Siam.”

“Orang Siam?” Nur Hakimi terkejut.

“Assalamualaikum.” Terdengar suara Nurul Amira memberi salam dari luar.

“Waalaikumussalam.” Mereka bertiga menjawab serentak.

Namun sebaik Nurul Amira melangkah masuk, Nur Hakimi terkejut melihat wajah Nurul Amira. Mulutnya terlopong.

“Kak Mira.” Atikah mendapatkan Nurul Amira. Mereka berpelukkan.

“Ika makin cantik akak tengok.” Nurul Amira memuji sebaik pelukkan mereka terlerai. Atikah tersenyum dengan pujian itu.

“Kimi, kenalkan inilah Kak Mira.” Atikah memperkenalkan Nur Hakimi dengan Nurul Amira.

Nurul Amira melemparkan senyuman pada Nur Hakimi yang masih kaku memandangnya. Atikah membulatkan matanya bila melihat cara Nur Hakimi memandang Nurul Amira. Terdetik perasaan cemburu dihatinya.

“Oiii….pandang Kak Mira macam nak makan aje,” sindir Atikah yang sudah dipalit perasaan cemburu.

“Ha?” Nur Hakimi baru tersedar dari lamunannya. Atikah menarik muka masam. Kak Kiah dan Nurul Amira tersenyum.

“Ika tak payah cemburulah. Akak tak kebas pakwe Ika punyalah,” usik Nurul Amira.

“Isy….Akak ni.” Atikah malu sendiri bila Nurul Amira boleh membaca perasaan cemburunya.

Nur Hakimi mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia turut segan bila kelakuannya diperhatikan tadi.

“Maaf Kak. Kimi terkejut sebenarnya bila tengok muka Kak Mira.”

“Kenapa pulak?. Ada apa-apa yang pelik ke dengan muka Akak ni?” soal Nurul Amira sambil membelek mukanya.

“Muka Akak macam muka arwah Kak Ngah saya. Saling tak tumpah,” kata Nur Hakimi sedikit sayu bila terkenangkan kakak kesayangannya, Khyrulhydza yang telah pergi.

Nurul Amira, Atikah dan Kak Kiah saling berpandangan.

“Awak tak pernah cakap pun pasal kakak awak?” soal Atikah pulak.

“Hummm….dah Ika tak tanya,” jawab Nur Hakimi yang kembali tersenyum. Atikah memukul lengan Nur Hakimi.

“Adoiii…..” Nur Hakimi mengusap lengannya yang dipukul tadi.

“Padan muka,” Atikah menjelir lidahnya pada Nur Hakimi.

“Dahlah. Akak nak masuk bilik kejap. Akak tak solat lagi ni. Mira masuk dulu Kak Kiah.” ujar Nurul Amira dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Betul ke muka kak Mira sebijik macam muka arwah Kakak awak?” soal Atikah tidak puas hati.

“Betul. Sebijik Ika. Tu yang buat Kimi terkejut masa dia masuk rumah tadi. Berdegup kencang kejap jantung Kimi,” kata Nur Hakimi sambil meletakkan tangannya ke dada.

Atikah menjeling geram. Kak Kiah pulak tergelak dengan gelagat Nur Hakimi.

“Ada-ada aje kamu ni Kimi. Duduklah berbual dengan Ika. Makcik nak ke dapur kejap.” Kak Kiah meninggalkan mereka berdua dan terus saja menuju ke dapur.

Sementara itu Nurul Amira yang usai menunaikan solat Zohor menanggalkan telekung yang dipakai. Tiba-tiba kepalanya berdenyut sakit. Nurul Amira mengagahkan dirinya untuk mencapai ubat yang disimpan dalam beg sandangnya.

“Ya ALLAH, sakitnya.” Nurul Amira memegang kepalanya yang semakin berdegup kuat. Sejak kebelakangan ini sakit kepalanya semakin menjadi-jadi. Ubat migraine yang dibekalkan oleh doktor sering ditelannya bagi meredakan rasa sakit kepala yang kebelakangan ini sering menyerangnya.

Sebaik menelan ubat Nurul Amira merangkak menaiki katilnya. Direbahkan kepalanya di atas bantal sambil tangannya memicit kepalanya yang sedang berdenyut.


Saat terasa badannya kesejukkan Nurul Amira membuka matanya. Tapi alangkah terkejutnya dia bila melihat dia berada di tengah lautan yang luas. Dia sedang duduk di atas sekeping papan tanpa pendayung. Lebih membuatkan dirinya cemas bila tiada sesiapa bersamanya.

Nurul Amira memandang sekeliling. Dia mula rasa takut. Dia tak tahu bagaimana untuk berenang. Kenapa dia boleh berada ditengah lautan ini. Air mata sudah mengalir membasahi pipinya. Tangisannya semakin menjadi-jadi bila perasaan takut semakin menguasai dirinya. Dia takut lemas. Dia tidak pandai berenang.

“Sayang…..jangan tinggalkan Abang.” Suatu suara menerjah ke telinga Nurul Amira. Pantas Nurul Amira mengesat air matanya.

Dia mula memandang sekelilingnya. Dia ingin mencari suara yang didengari tadi. Sayup-sayup dia melihat ada sebuah sampan dan didalamnya ada seorang lelaki sedang mendayung meredah lautan yang luas ini.

“Tolong!.....Tolong saya!....” Nurul Amira melambai tangannya agar lelaki itu datang menyelamatkannya.

“Encik….tolong saya!” Nurul Amira terus menjerit sambil tangannya menolak-nolak air umpama dia mendayung untuk mengejar sampan yang dinaiki oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

Namun semakin dia cuba berusaha semakin jauh sampan itu berlalu. Nurul Amira semakin berusaha untuk mengejarnya.

“Tolong…..jangan tinggalkan saya!.” Nurul Amira menjerit sekuat hatinya. Nurul Amira semakin cemas bila papan yang menjadi sampannya semakin tengelam ke dalam air.

“Tolong!....Tolong!.....” Nurul Amira menjerit ketakutan bila dia tengelam-timbul di dalam air laut. Dia terkapai-kapai dan berusaha untuk bernafas.

“Mira….Mira……bangun Mira.” Kak Kiah mengejutkan Nurul Amira yang meracau-racau.

“Tolong!.....” Nurul Amira terjaga dan terus terduduk. Dadanya berombak. Mukanya dibasahi peluh.

“Ya ALLAH, Mira kenapa ni?” Kak Kiah terkejut. Dia mengusap belakang Nurul Amira.

“Kak Kiah?...” Nurul Amira baru menyedari kehadiran kak Kiah. Dia menoleh sekelilingnya. Dia berada didalam biliknya.

“Astaghfirullah……Astaghfirullah…..Astaghfirullah…..” Beberapa kali Nurul Amira mengucap. Rupanya itu semua tadi hanyalah mimpi. Dia hampir percaya yang dia hampir lemas tadi. Muka yang berpeluh diusap dengan kedua belah tangannya.

“Kamu ni kenapa Mira. Meracau-racau tadi.”

“Saya mimpi tadi Kak.”

Kak Kiah menghela nafas lega. “Ya ALLAH. Mimpi rupanya. Dahlah, pergi mandi. Dah nak masuk Maghrib ni.”

“Ha?. Maghrib kak Kiah?. Ya ALLAH, lamanya Mira tertidur. Tapi lepas makan ubat sakit kepala Mira ingat nak lelap kejap aje. Rupanya terlajak lama pulak,” ujar Nurul Amira kesal dengan kealpaannya.

“Apa yang Mira mimpi sampai mengigau macam ni sekali?.”

Nurul Amira menghela nafasnya perlahan-lahan. “Mira mimpi…..Mira ada kat tengah laut, kak. Mira seorang diri kat situ. Bila hampir lemas Mira menjerit minta tolong. Lepas tu Mira terjaga, kak. Mimpi tu macam betul aje,” jelas Nurul Amira perlahan-lahan.

“Mimpi aje tu. Mimpi mainan tidur,” pujuk kak Kiah.

Nurul Amira mengenggam erat jari kak Kiah. “Tapi kalau mimpi yang hampir sama kita alami berulang kali, mainan tidur jugak ke kak?” tanya Nurul Amira kebinggungan.

“Entahlah Mira. Dahlah tu. Tak payah difikirkan sangat.”

Nurul Amira mengeluh. Kak Kiah sendiri tak mampu menjawab soalannya. Fikirannya memang bingung kini. Acapkali dia mengalami mimpi-mimpi yang pelik-pelik.

“Dah tu. Pergilah mandinya.” Gesa Kak Kiah yang mula melangkah keluar dari bilik Nurul Amira.

Nurul Amira masih duduk di atas katil. Hatinya semakin resah dengan mimpi yang dialami sejak kebelakangan ini. Semakin lama semakin meresahkan hatinya. Dia dapat merasakan mimpi itu seperti ingin memberitahunya sesuatu. Namun dia masih tidak dapat menekanya. Mungkinkah ada kaitan dengan siapa dirinya sebelum ini?.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.