Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,671
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Hasnan mengeluh. Dia meneguk lagi air kopi yang di bancuh oleh Niza. ‘Hummmm….kenapa rasanya tak sama ek?. Apa yang tak kena dengan air kopi ni ek?.’ Satu per satu soalan bermain difikiran Hasnan. Dalam masa yang sama dia merenung air kopi yang masih panas di dalam mug ditangannya.

Hasnan menekan butang interkom. “Niza tolong masuk sekejap.”

Sesaat kemudian dia mendengar pintu bilik pejabatnya di ketuk.

“Masuk!...”

Niza melangkah masuk bersama dengannya buku nota dan sebatang pen. “Ada apa encik Hasnan,” ujar Niza yang sedia menanti mendengar arahan bossnya.

“Apa you bubuh dalam air kopi ni, Niza?.”

“Ha?” Kening Niza berkerut dengan soalan pelik daripada Hasnan itu. Selama ini tak pernah pulak dipersoalkan apa yang di bubuh dalam air kopi yang di bancuh. Tapi hari ini tanya pulak. ‘Tak cukup tidur ke boss aku ni?’ desis hati Niza.

“Kenapa encik Hasnan?. Tak sedap ke air kopi yang saya bancuh hari ni?.”

Hasnan mengelengkan kepalanya. “Bukan tak sedap. Cuma….cuma rasanya tak sama,” jelas Hasnan dengan kerutan didahinya.

“Tak sama?. Hari-hari sama aje bahan yang saya bubuh, encik Hasnan. Serbuk kopi, gula dengan air panas. Tak ada pulak benda lain lagi saya bubuh,” jelas Niza yang turut kebinggungan dengan sikap majikannya pagi ini. Nak kata tak sihat. Segar bugar saja muka tu. Nak kata wayar dalam kepala tu putus, mungkin juga kut. Sebab pagi-pagi sudah tanya soalan yang pelik-pelik.

Hasnan mengeluh buat sekian kalinya. Sebelah tangan mengusap dagunya. Sedang memikirkan jawapan pada persoalan yang bermain difikirannya tika ini.

“Niza…..you tolong dapatkan cleaner nama……” Hasnan cuba mengingati nama cleaner semalam yang tolong membancuhkan air kopi untuknya.

“Chombi ke encik Hasnan?.”

“Bukan. Mmm…..Mira. Haaa…..Mira nama dia. Tolong panggil dia jumpa I.”

“Mira?” Niza cuba mengingati wajah cleaner yang dimaksudkan oleh majikannya itu. Namun dia tak dapat bayangkan. Setahunya cleaner yang selalu mengemas ditingkat ini namanya Chombi dan seorang lagi kalau tak salah kak Kiah. Itu pun kak Kiah banyak buat kerja ditingkat lain. Siapa pulak Mira ni?.

“Laaa…..apa lagi tercegat tu. Cepatlah pergi cari,” gesa Hasnan.

“Baik encik Hasnan,” pantas Niza keluar dari bilik Hasnan.

Sebaik melangkah keluar dari bilik Hasnan, Niza terus saja mencari Chombi untuk bertanyakan tentang cleaner bernama Mira.

“Chombi!” laung Niza sebaik nampak Chombi baru keluar dari bilik air.

“Awat cik Niza?” tanya Chombi dalam loghat utaranya.

“Saya nak tanya ni.”

“Tanya apa?.”

“Mmmm…..kita ada cleaner baru ke?” soal Niza yang merenung tepat ke muka Chombi.

“Cleaner baru?. Maksud cik Niza, Mira ke?.”

“Ha!....betullah tu,” Niza terjerit sedikit.

“His….cik Niza ni, terkejut saya,” Chombi mengurut dadanya akibat terkejut.

Niza tersengih. “Sorry Chombi. Eeemmmm…..boleh tak Chombi panggil budak Mira tu jumpa dengan saya sekarang.”

“Lani ka cik Niza?.”

“Haah. Cepat sikit. Urgent,” kata Niza lagi.

“Baiklah.” Chombi mengangguk dan terus saja berlalu pergi.


“Mira….Mira…..” Terkocoh-kocoh Chombi berlari mendapatkan Nurul Amira yang sedang mengutip sampah.

“Kenapa ni Chombi. Macam kena kejar dengan hantu aje.”

“Banyaklah hang punya hantu. Mai ikut aku,” kata Chombi terus saja menarik lengan Nurul Amira.

“Nantilah.” Nurul Amira menahan Chombi dari menarik dirinya. “Nak ke mana ni?” soal Nurul Amira pada Chombi yang menoleh memandangnya.

“Hang ikut ajelah. Cepatlah…..sat lagi cik Niza marah pulak,” gesa Niza dan terus saja menarik lengan Nurul Amira sekali lagi.

Dalam keadaan masih berteka-teki Nurul Amira hanya mengikut saja langkah Chombi. Hatinya semakin berdebar bila lift menunjukkan mereka ke tingkat 5. Semalam dia bertugas di tingkat itu. Ada masalah ke dengan kerjanya semalam. Ya ALLAH.

“Cik Niza, ni Mira,” kata Chombi pada Niza yang sedang mengadap komputer.

Niza mengangkat mukanya keatas. “Kamu Mira ya?.”

Nurul Amira mengangguk sambil menelan air liur. Kecut perutnya bila ditanya begitu. Seolah-olah dia ada buat salah saja. Berdebar dadanya tika ini.

“Okey. Terima kasih Chombi. Jom Mira.” Niza tanpa berlengah terus menarik tangan Nurul Amira agar mengikutnya. Seperti lembu yang di cucuk hidung Nurul Amira hanya mengikut saja.

Niza mengetuk pintu dan membukanya bila terdengar suara dari dalam mengizinkannya masuk.Nurul Amira turut melangkah sama tanpa banyak cakap.

“Encik Hasnan, ni Mira,” kata Niza sebaik melangkah masuk ke dalam bilik Hasnan.

Hasnan tersenyum bila melihat Niza berjaya menemui Nurul Amira.

“Mira tolong ajarkan Niza cara bancuh air kopi macam you buat semalam, boleh?.”

Nurul Amira memandang wajah Hasnan dengan pandangan pelik. Dia di cari hanya kerana nak suruh mengajar cara bancuh air kopi. Pelik….pelik. Apa dah hilang akal ke lelaki kacak dihadapannya ini.

“Laaa…sebab tu ke encik Hasnan suruh cari Mira ni?” tanya Niza yang terasa kelakar dengan permintaan Hasnan tu. Niza menepuk dahinya.

“Ialah. Semalam dia bancuhkan I air kopi. Tapi air kopi yang you bancuh hari ni rasanya tak umph macam dia bancuh,” jelas Hasnan.

Tergeleng Niza dengan perangai majikannya ini. “Encik Hasnan…encik Hasnan. Macam-macamlah. Jom Mira kita pergi pantry. Awak ajar saya cara bancuh air kopi umph.” Sempat lagi Niza menyindir Hasnan sebelum berlalu keluar dari bilik Hasnan bersama dengan Nurul Amira.

Sampai di pantry Nurul Amira berdiri kaku. Tak tahu nak buat apa sebenarnya. Dia memandang cik Niza dengan pandangan kosong. Bancuh air kopi apa sangat yang nak diajarnya. Masukkan uncang serbuk kopi, gula secukup rasa dan air panas. Jadilah air kopi. Tak kan benda senang macam tu pun nak kena ajar?. Desis hati Nurul Amira.

“Okey Mira, awak ambil mug ni dan saya satu. Sekarang Mira ajar saya cara buat air kopi umph tu,” kata Niza sambil tergelak.

Nurul Amira tersenyum nipis. “Jangan cakap macam tu cik Niza. Segan saya,” kata Nurul Amira merendah diri.

“Tak payah segan-segan Mira dan tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil aje Niza. Cepatlah ajar. Encik Hasnan tu memang tiap pagi nak kena minum air kopi. Kalau tak boleh meroyan dia nanti. Tapi selama ni dia tak pernah pulak merungut air kopi yang saya bancuh. Hari ni aje mengada dia lebih sikit,” rungut Niza sambil mencapai balang uncang kopi dan gula. Diletakkan dua bijik balang itu didepan mereka berdua.

“Okey sekarang kita mulakan,” kata Niza tersenyum. Dia sudah bersedia untuk mempelajari cara bancuh air kopi umph dah Nurul Amira.

Nurul Amira mengaru kepalanya yang tidak gatal. Apa ke benar dia perlu mengajar Niza cara bancuh air kopi. Serasanya semua orang tahu cara nak bancuh air kopi atau air apa saja. Bukannya ianya kerja yang susah.

“Laaa….cepatlah ajar,” desak Niza.

Nurul Amira menghela nafas. Dengan bacaan Bismillah Nurul Amira mencapai balang uncang kopi. 1 uncang kopi diletakkan didalam mug. Kemudian dia menyenduk gula dalam 3 sudu teh dan seterusnya dituangkan air panas ke dalam mug.

“Sama aje macam mana saya buat.” Omel Niza sendiri. Namun masih dapat didengari oleh Nurul Amira. Dia hanya tersenyum memandang Niza.

“Dah siap ke?” Tiba-tiba terdengar suara Hasnan dari belakang. Pantas Niza dan Nurul Amira menoleh kebelakang.

“Dah encik Hasnan. Ni cuba encik Hasnan rasa. Satu Mira buat dan satu saya buat mengikut ajaran Mira,” kata Niza sambil meletakkan 2 gelas mug didepan Hasnan.

Hasnan menghirup mug yang di bancuh oleh Niza dan kemudian yang di bancuh oleh Nurul Amira.

“Haa….nilah rasa yang saya suka,” kata Hasnan sambil menghirup lagi mug air kopi yang di bancuh oleh Nurul Amira.

Niza yang mendengar tergelak sambil mengelengkan kepalanya. ‘Dah gila gamaknya boss aku ni.’ Hati Niza mengejek.

“Encik Hasnan….itu namanya air tangan encik Hasnan.”

“Air tangan?” Hasnan bertanya pelik.

“Haah. Cara saya dan Mira bancuh sebenarnya sama aje. Tapi air tangan yang bancuh aje berbeza. Kiranya air tangan Mira lebih sedap daripada air tangan saya bila bancuh air kopi ni.”

Hasnan mencebik sambil menganggukkan kepalanya. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Niza. Sedangkan Nurul Amira dah ajar Niza cara membancuh air kopi. Namun hasilnya tetap berbeza rasanya.

“Macam nilah encik Hasnan. Memandangkan encik Hasnan suka air kopi yang di bancuh oleh Mira, apa kata mulai hari ini Mira ditugaskan menyediakan air kopi untuk encik Hasnan setiap pagi.” Tiba-tiba Niza memberikan cadangan.

“Okey. Saya setuju.” Pantas Hasnan memberi persetujuan.

“Tapi …..” Nurul Amira serba-salah.

“Saya akan bagi elaun pada Mira. Niza nanti beritahu HR tambah RM100 pada gaji Mira sebagai elaun. Boleh Mira?” Hasnan memandang tepat ke anak mata Nurul Amira.

“Bolehlah tu Mira. Bukan senang tau nak dapat elaun banyak macam tu tau. Kerjanya bukannya payah pun. Mira hanya perlu bancuhkan air kopi untuk encik Hasnan setiap pagi,” ulas Niza yang turut menyokong kata-kata Hasnan.

Nurul Amira menghela nafas panjang. Nak tolak tak boleh. Arahan majikan. Silap hari bulan boleh kena buang kerja nanti. Lagipun dapat extra duit tambahan siapa tak nak.

“Baiklah. Saya terima.” Akhirnya Nurul Amira memutuskan untuk menerima cadangan Hasnan dan juga Niza itu.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.